Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AL-ZUHRI

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AL-ZUHRI"— Transcript presentasi:

1 INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AL-ZUHRI
Diploma Pengajian al-Quran dan al-Sunnah (DPQS) ULUM AL-HADITH INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AL-ZUHRI

2 TUGASAN ULUM AL-HADITH (30 MARKAH)
Tajuk Tugasan: 1- Sejarah Perkembangan Ulum al-Hadith pada Tahap Pertama dan Kedua 2- Hubungan al-Hadith dengan al-Quran 3- Pengenalan ringkas Kitab Sahih al-Bukhari 4- Pengenalan ringkas Kitab Sahih Muslim 5- Pengenalan ringkas Kitab Sunan Abu Daud 6- Pengenalan ringkas Sunan al-Tirmidhi 7- Pengenalan ringkas Kitab Sunan al-Nasa’i 8- Pengenalan ringkas Kitab Sunan Ibn Majah

3 Penilaian: Bahasa [5 markah] (penggunaan perkataan yang tepat, susunan bahasa, kesalahan ejaan) Susun atur [5 markah] (susunan bab, nota kaki, sumber rujukan) Isi Perbahasan [20 markah] (Ketepatan isi dan skop perbahasan kajian) Tarikh Akhir Penghantaran Tugasan: 15 Januari 2012

4 Pengenalan Istilah-Istilah Asas
Definisi Dan Perbahasan Ringkas: Pengajian Hadith Riwayah & Dirayah Sanad, Matan, Rawi & Muhaddith Al-Khabar, Al-Hadith, Al-Athar, al-Sunnah Perbezaan Antara kempat-empat istilah

5 Riwayah Dirayah Pengajian hadith

6 Pengajian hadis Riwayah
Merujuk kepada ilmu yang berkaitan dengan periwayatan dan pensabitan hadith melalui pengetahuan yang merangkumi semua rantaian sanadnya, penyebutan lafaz-lafaznya dengan betul dan tepat sama ada dalam sanad atau matan, pentahkikan nama-nama yang disebutkan di dalam keduanya (sanad atau matan) dan setiap aspek yang berkaitan dengan nukilan yang sahih dan tepat bagi sesebuah hadith pada kedua-dua aspek (sanad dan matan) tanpa membahaskan perihal kedua-dua sanad dan matan.

7 RIWAYAH DENGAN LAFAZ DENGAN MAKNA

8 HUKUM RIWAYAH DENGAN MAKNA
Sebahagian sahabat, Tabiin dan ahli Hadith mengharuskan riwayat dengan cara ini. Sebahagian sahabat, Tabiin dan ahli Hadith tidak membenarkan riwayat makna kerana tidak menepati syarat-syarat tertentu. Ulama sepakat mengatakan TIDAK BOLEH meriwayatkan dengan makna jika sekiranya perawi itu tidak mengetahui makna perkataan, topiknya, tidak mahir dengan bahasa Arab dan ucapannya, tidak mengetahui tentang fekah dan perselisihan hukum serta syarat-syarat lain yang wajar dipenuhi.

9 Dalam konteks perawi yang mahir mengenai hadith, ilmunya, bahasa Arab dan memenuhi syarat-syaratnya. Ulama berpendapat: Sebahagian ulama hadith, ulama usul dan ulama Fiqh tetap menolak riwayat dengan makna. Sebahagian mereka hanya menegah riwayat dengan cara ini pada hadith marfu’ sahaja. Sebahagian mengharuskan jika penukaran perkataan yang seerti dengannya. Sebahagian mengharuskan bila perawi lupa dan hanya mengingati maksud hadith sahaja. Ada yang mengharuskan riwayat dengan cara ini hanya untuk perawi dari kalangan sahabat.

10 Syarat riwayat dengan makna
Perawi mesti mahir dengan lafaz-lafaz hadith secara mendalam. Riwayat itu mestilah khabar yang zahir maknanya, tidak samar-samar atau mengandung makna yang tersirat lain. Penukaran lafaz dengan makna yang seerti. Lafaz yang diganti hendaklah benar-benar tepat tanpa sebarang tambahan dan pengurangan.

11 Skop perbahasan hadis Riwayah
Mengenali diri dan peribadi Rasulullah s.a.w dari sudut keistimewaannya di dalam perkataan, perbuatan, pengakuan dan sifat-sifat baginda.

12 PENGAJIAN HADITH DIRAYAH
Ilmu mengenai prinsip-prinsip untuk mengenali perihal sanad dan matan. Prinsip-prinsip ini dijadikan sebagai wasilah (perantaraan) untuk mengetahui samada sesuatu hadith itu diterima atau ditolak melalui penelitian, pembezaan, kritikan, kajian mengenai anasir-anasir yang membolehkan hukum terhadap sesuatu sanad samada ia sahih atau dhaif dan kajian untuk memahami maksud matan dengan kefahaman ilmiah.

13 Ilmu yang memperkenalkan segala kaedah berkaitan keadaan perawi, matan, metod penyampaian dan penerimaan hadith juga sifat rijal hadith. Konteks lain ilmu dirayah juga dikenali dengan; Ulum al-Hadith, Mustalah al-Hadith dan Usul al-hadith. Menurut Ibn Hajar al-Asqalani, ia adalah metodologi hadith untuk mengetahui keadaan perawi dan riwayat mereka.

14 Skop PERBAHASAN HADITH DIRAYAH
MATAN (LAFAZ HADITH) Sanad (Rangkaian perawi) Perbincangan tertumpu kepada sifat perawi, iaitu sahih, Hasan dan dhaif. Jenis-jenis hadis dhaif seperti: Munqati’, mudtarib, syaz…. Hadith Palsu Perbincangan adalah dari aspek perbincangan perawi iatu : Ahad dan Mutawatir Jenis hadith Ahad Jenis hadith Mutawatir Riwayat hidup perawi Ilmu Jarh wa al-Ta’dil Metod penerimaan riwayat Metodologi buku-buku yang dihasilkan. Memastikan sanadnya bersambung atau terputus. Memastikan tiada penambahan dan penyelewengan pada sanad.

15 DEFINISI Sanad, Matan, Rawi & Muhaddith

16 SANAD Rantaian para perawi yang meriwayatkan sesuatu hadith; dari perawi yang pertama sehinggalah kepada perawi terakhir yang disebutkan dalam matan (teks hadith). Istilah sanad juga digunakan bagi perbuatan menyebut atau menyatakan rantaian perawi.

17 MATAN Matan adalah teks hadith yang datang setelah sanad.

18 Al-RAWI Al-Rawi ialah orang yang meriwayatkan hadith. Setiap nama yang ada dalam sanad hadith dipanggil sebagai rawi (periwayat hadith) .

19 Al-muhaddith Gelaran yang diberikan kepada seseorang yang melibatkan diri dalam ilmu hadith riwayah dan dirayah serta mempunyai pengetahuan mengenai sebahagian besar hadith-hadith dan para perawi pada zamannya. Pada masa kini gelaran al-Muhaddith adalah merujuk kepada seseorang yang melibatkan diri secar ikhlas dalam kajian-kajian berorientasikan hadith dan pengajiannya, berkeupayaan tinggi dalam melakaukan kajian, menyelidik perihal perawi hadis melalui aspek al-Jarh wa al-Ta’dil daripada rujukan kitab-kitab hadith utama berpengetahuan luas berkenaan sumber-sumber hadith dan para perawinya, syarah hadith, serta menguasai metod untuk berikteraksi dengan hadis-hadis nabawi mengikut keadaan tempat sebab meskipun meibatkan hadith-hadith yang bercanggha dan bermasalah.

20 SANAD AL-RAWI (Periwayat Hadith) MATAN

21 DEFINISI Al-Khabar, Al-Hadith, Al-Athar, al-Sunnah

22 Al-Hadith Bahasa: sesuatu yang baru atau ucapan.
Istilah: Segala ucapan, perbuatan, taqrir atau sifat yang disandarkan kepada Nabi s.a.w. sahaja. Al-Hadith al-Hadith lebih khusus daripada al-Khabar. al-Hadith juga dinamakan al-Sunnah.

23 Al-Sunnah Bahasa: Kebiasaan, yang indah, cara, jalan dll.
Istilah: ia terbahagi kepada dua: Sunnah Umum (Ajaran Islam keseluruhannya, sama ada daripada al-Quran atau drpd al-Hadith). Sunnah Khusus (Iaitu al-Hadith). Al-Sunnah

24 Al-Athar Bahasa: Kesan, bekas, peninggalan.
al-Athar lebih khusus daripada al-Khabar dan lebih umum drpd al-Hadith. Bahasa: Kesan, bekas, peninggalan. Istilah: Segala ucapan, perbuatan, taqrir atau sifat yang disandarkan kepada para sahabat Nabi s.a.w. atau tabi’in.

25 Al-Khabar Bahasa: Berita.
Istilah: Segala ucapan, perbuatan, taqrir atau sifat yang disandarkan kepada sesiapa sahaja sama ada Nabi s.a.w. atau sahabatnya atau tabi’in atau yang lain. Al-Khabar Ini bermakna al-Khabar merupakan suatu istilah yang umum.

26 Perbezaan antara al-sunnah dan al-hadith
Majoriti Ahli Hadith Tidak membezakan antara al-Sunnah & al-hadith Minoriti Ahli Hadith al-Sunnah ada perbezaan dengan al-hadith . Al-Sunnah sesuatu yang merangkumi tingkah laku Nabi sahaja. Al-Hadith merangkumi semua Sebahagian Ahli Hadith al-Sunnah -‘Amaliyah yang mutawatir. Al-Hadith – ‘Amaliah tidak mutawatir

27 Perbezaan antara al-athar dan al-khabar
Majoriti Ahli Hadith Menggunakan istilah hadith, Khabar dan Athar dengan makna yang sama. Setengah Ulama Hadith Khabar lebih umum Khabr merangkumi atahr tetapi athar tidak merangkumi Khabar Majoriti Ulama Khurasan Khabar dan hadith mengandungi makna yang sama Athar hanya terhad pada kata-kata dan keputusan sahabat sahaja.

28 Pembahagian Al-Hadith Secara Umum Dari Tiga Sudut
Derajat Kekuatannya [Sifat Perawi] Sudut Pembicaranya [Sanad Terakhir Sebelum Matan] Jumlah Perawi 1. Sahih 2. Hasan 3. Dha’if AL - HADITH 1. Mutawatir 2. Ahad 1. Qudsi 2. Marfu’ 3. Maqtu’ 4. Mauquf.

29 Pembahagian Al-Hadith Secara Umum
Pembicara Qudsi Marfu’ Mauquf Maqtu’ Jumlah Perawi Mutawatir Lafdzi Maknawi Ahad Gharib ‘Aziz Masyhur Derajat Kekuatan Maqbul Sahih Lidzatih Lighairih Hasan Mardud Dhaif Sanad Gugur Tuduhan Terhadap Perawi


Download ppt "INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AL-ZUHRI"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google