Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Pengenalan Pengenalan mestilah mengandungi penjelasan/sokongan “kenapa” penyelidikan yang bakal dijalankan itu penting. Fokus adalah pada pembolehubah.

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Pengenalan Pengenalan mestilah mengandungi penjelasan/sokongan “kenapa” penyelidikan yang bakal dijalankan itu penting. Fokus adalah pada pembolehubah."— Transcript presentasi:

1 Pengenalan Pengenalan mestilah mengandungi penjelasan/sokongan “kenapa” penyelidikan yang bakal dijalankan itu penting. Fokus adalah pada pembolehubah bersandar yang menjadi tumpuan/fokus kajian. Antara kandungan terdiri daripada: Pernyataan Masalah Tujuan Penyelidikan Soalan Penyelidikan Definisi pembolehubah

2 Sorotan Karya Bahagian ini cuba menyakinkan pembaca bahawa penyelidik telahpun menilai atau mengulas semua penerbitan sebelumnya mengenai topik/bidang yang dikaji. Pencarian sorotan adalah berasaskan pembolehubah bersandar iaitu fokus kajian kita. Antara kandungan terdiri daripada: Sorotan am mengenai tajuk kajian Sorotan khusus tajuk kajian yang meliputi pembolehubah bersandar, tak bersandar, pencelahan atau penyederhana jika ada.

3 Metodologi Bahagian ini menejelaskan metodologi yang digunakan dalam kajian. Bahagian ini penting dari segi teknikal. Antara kandungan terdiri daripada: Kerangka Teori Hipotesis Pembolehubah dan ukuran Populasi, sampel dan kaedah pensampelan Kaedah kutipan data Teknik analisis data yang mungkin digunakan

4 Analisis data Bahagian ini sangat penting untuk menguji apa jua hipotesis yang telah dibangunkan Antara kandungan terdiri daripada: Profil Sampel (dari segi demografi) Analisis faktor (jika ada) Analisis Kebolehpercayaan Jadual deskriptif pembolehubah utama Ujian hipotesis yang berkaitan dengan kerangka teori Analisis tambahan yang boleh menyokong kajian

5 Kesimpulan Bahagian ini adalah yang terpenting untuk menunjukkan sama ada objektif kajian telah dicapai ataupun tidak. Perbincangan mestilah berpandukan hasil analisis dan bukannya pengalaman lampau. Antara kandungan terdiri daripada: Perbincangan penemuan utama (jangan bincang secara statistik sekali lagi, cuba jelaskan kenapa perhubungan yang wujud) Implikasi kepada teori dan pengurusan Had-had Cadangan untuk penyelidikan lanjutan (jika ada)

6 Bibliografi Semua rujukan dalam teks mestilah dimasukkan dalam bibliografi. Juga rujukan yang tidak disebut dalam teks tetapi telah dirujuk oleh penyelidik juga dimuatkan dalam bahagian ini. Format yang digunakan adalah format “APA”

7 Lampiran Output komputer yang berkaitan dan penting sahaja dilampirkan. Keratan akhbar atau lain-lain bahan yang relevan Borang soal-selidik (mesti dilampirkan)


Download ppt "Pengenalan Pengenalan mestilah mengandungi penjelasan/sokongan “kenapa” penyelidikan yang bakal dijalankan itu penting. Fokus adalah pada pembolehubah."

Presentasi serupa


Iklan oleh Google