Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN"— Transcript presentasi:

1 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
BBP 10102 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN DR. NORHASYIMAH HAMZAH

2 BBP 10102 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
Objektif Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. memahami dan mengetahui era maklumat 2. mengetahui 6 perbezaan era maklumat dengan era sebelumnya; 3. mengenalpasti 3 komponen teknologi maklumat; dan 4. mengetahui dan menerangkan Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super Corridor (MSC). 1/1

3 BBP 10102 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
Pengenalan Di dalam topik ini,anda akan berkenalan dengan era teknologi maklumat dan ciri-ciri yang membezakannya dengan era sebelumnya. Anda juga akan diberi kefahaman tentang Teknologi Maklumat. Ini meliputi prinsip, fungsi dan manfaat teknologi maklumat akan diterangkan dalam topik ini. Selain itu, Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super Corridor (MSC) dan Undang-undang Siber juga akan dibincangkan di akhir topik. 1/5

4 BBP 10102 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
Pengenalan Abad ini, bukan sahaja telah mendedahkan kita kepada permulaan era maklumat, malah teknologi ini berterusan membawa kita kepada perubahan yang pesat dalam teknologi maklumat. Tidak terdapat tanda-tanda kadar perubahan yang pesat ini akan menurun, sebaliknya ia semakin meningkat. Gelombang pertama dan kedua ialah gelombang pertanian dan gelombang perindustrian. Sesetengah penulis menyebut “gelombang” sebagai “era” iaitu merujuk kepada era pertanian, era perindustrian dan era maklumat seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.1. Kini, kita tinggal dalam masyarakat di mana maklumat merupakan sumber yang penting. 2/5

5 BBP 10102 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
Pengenalan Jadual 1.1: Takrifan Era Pertanian, Era Industri dan Era Maklumat Era Pertanian Suatu era apabila kebanyakan pekerja adalah petani dan kehidupannya berkisar dengan pertanian. Era Perindustrian Suatu era apabila proses kerja dipermudah melalui pemekanikan dan automasi serta bilangan yang bekerja dalam pembuatan terus bertambah. Era Maklumat Suatu era apabila kebanyakan pekerja terlibat dalam penciptaan, pengagihan dan penggunaan maklumat. 3/5

6 BBP 10102 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
Pengenalan Jadual 1.2: Evolusi Era Pertanian, Era Industri dan Era Maklumat Perkara Era Pertanian Era Industri Era Maklumat Kebanyakan Pekerja Rakan Petani/Peladang Manusia dan Tanah Alatan Tangan Pekerja Kilang Manusia dan Mesin Mesin-mesin Pekerja Berpengetahuan Manusia dan otak Komputer/ telekomu-nikasi 4/5

7 BBP 10102 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
Pengenalan Alat teknologi yang digunakan dalam era pertanian, era industri dan era maklumat adalah berbeza. Contohnya, teknologi dalam era industri (seperti jentolak dan kren) digunakan untuk meningkatkan kebolehan fizikal sementara teknologi dalam era maklumat (seperti computer dan server ) digunakan untuk meningkatkan kebolehan daya fikir pekerja. Dalam era maklumat, jalinan di antara seorang manusia dengan manusia lain diperkukuhkan dan alat utama yang digunakan ialah teknologi maklumat. Walaupun berada dalam era maklumat, pertanian dan pembuatan masih tetap berkepentingan. 5/5

8 BBP 10102 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
Era Maklumat Terdapat enam ciri yang membezakan era maklumat dengan era sebelumnya (Senn, 1998) : (i) Munculnya masyarakat berasaskan maklumat (information-based society): Dalam masyarakat bermaklumat (informative society), lebih ramai pekerja mengendalikan maklumat dari bekerja dalam gabungan pertanian dan pembuatan. 1/6

9 BBP 10102 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
Era Maklumat (ii) Kejayaan tugas-tugas perniagaan dan pengurusan bergantung kepada teknologi maklumat: Contohnya, urusan perbankan yang amat bergantung kepada teknologi maklumat bagi memudahkan urusan transaksi harian dengan lebih cekap dan berkesan. (iii) Proses kerja mengalami perubahan dan transformasi bagi meningkatkan produktiviti: Contohnya dalam era pertanian, traktor dan jentera pembajak digunakan di ladang bagi mempercepatkan kerja di ladang. Tetapi di era maklumat, pengetahuan memainkan peranan penting dalam menentukan bagaimana dan bila tanaman ditanam dan dijaga. 2/6

10 BBP 10102 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
Era Maklumat (iv) Teknologi maklumat menyediakan asas untuk berfikir semula - iaitu kejuruteraan semula proses bisnes: penggunaan teknologi maklumat dengan bijak bukan sahaja mempercepatkan aktiviti rutin malah memberikan peluang kepada syarikat untuk mengkaji dan menyusun semula proses kerja bagi mengoptimumkan penggunaan sumber serta meningkatkan produktiviti syarikat. 3/6

11 BBP 10102 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
Era Maklumat (v) Kejayaan dalam teknologi maklumat bergantung kepada keberkesanan penggunaan teknologi maklumat: contohnya, dalam era pertanian, petani perlu tahu keupayaan dan penjagaan kerbau, lembu dan tanah. Era industri memerlukan pekerja industri mengetahui keupayaan dan penjagaan mesin untuk keberkesanan kerja. Era maklumat memerlukan pengguna mengetahui bagaimana teknologi maklumat mampu meningkatkan keceriaan peribadi, meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan. 4/6

12 BBP 10102 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
Era Maklumat (vi) Teknologi maklumat terkamir (tersirat) ataupun bersepadu di dalam banyak produk dan perkhidmatan: contohnya dalam industri pelancongan, teknologi maklumat digunakan di beberapa bahagian seperti agensi tiket, lapangan terbang, hotel atau tempat penginapan, agensi sewa kereta dan lain-lain. Secara tidak langsung teknologi maklumat memberi suatu nilai tambah kepada sesuatu produk dan perkhidmatan. Nilai tambah ini boleh berbentuk kualiti, kebolehpercayaan, keterampilan, menarik dan sebarang ciri yang mampu memenuhi kehendak pengguna. 5/6

13 BBP 10102 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
Aktiviti 1 Di antara Era Pertanian, Industri dan Maklumat, dimanakah anda fikir Malaysia berada? Terangkan pendapat anda. 6/6

14 BBP 10102 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
Takrif Teknologi Maklumat Sebelum mendalami lebih lanjut tentang teknologi maklumat, alangkah baik jika kita dapat membezakan di antara data, maklumat dan pengetahuan sebagaimana yang ditunjukkan dalam Jadual 1.3 berikut: Jadual 1.3: Takrifan Data, Maklumat dan Pengetahuan Data Fakta mentah iaitu input kepada computer dalam bentuk nombor, hurut, perkataan dan sebagainya Maklumat Data yang telah diproses dan dianalisa yang digunakan untuk membuat sesuatu keputusan Pengetahuan Kefahaman dan keperihatinan kepada set maklumat dan bagaimana maklumat tersebut boleh digunakan sebaiknya 1/5

15 BBP 10102 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
Takrif Teknologi Maklumat Takrifan di dalam Jadual 1.3 menunjukkan data yang telah ditapis, diformat dan diringkaskan bertukar menjadi maklumat. Maklumat yang ditafsir, diputuskan dan diambil tindakan bertukar kepada pengetahuan. Dengan adanya pengetahuan, pengguna mampu membuat keputusan yang terbaik dan seterusnya melaksanakan tindakan yang sewajarnya. 2/5

16 BBP 10102 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
Takrif Teknologi Maklumat Secara umumnya, teknologi maklumat merupakan suatu alatan utama dalam era maklumat. Alatan ini digunakan untuk mencapai, menyimpan dan menyebar maklumat terutama maklumat berbentuk digital. Teknologi maklumat merujuk kepada penggunaan pelbagai item dan keupayaan dalam penciptaan, penyimpanan dan penyebaran maklumat. 3/5

17 BBP 10102 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
Takrif Teknologi Maklumat Berikut di dalam Jadual 1.4 adalah beberapa takrifan teknologi maklumat: Jadual 1.4: Takrifan Teknologi Maklumat Behan & Holmes (1990) Teknologi Maklumat adalah suatu istilah untuk memerihalkan teknologi yang membolehkan kita untuk merekod, menyimpan, memproses, mendapat semula, menghantar dan menerima maklumat. Martin et al. (1994) Teknologi Maklumat terdiri dari semua bentuk teknologi yang terlibat dalam pengumpulan, manipulasi, komunikasi, persembahan dan menggunakan data (data yang ditransformasi kepada maklumat). 4/5

18 BBP 10102 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
Takrif Teknologi Maklumat Jadual 1.4: Takrifan Teknologi Maklumat (sambungan) Senn (1998) Teknologi Maklumat mengandungi tiga komponen iaitu komputer, komunikasi dan tahu-guna. Gabungan ketiga- tiga komponen ini mencipta peluang kepada manusia dan organisasi untuk lebih produktif, berkesan dan umumnya berjaya serta tidak boleh terpisah. Komputer dan rangkaian komputer tidak berguna jika tidak pandai menggunakannya. Mengetahui bila hendak menggunakan komputer sama penting dengan mengetahui bagaimana hendak menggunakannya. Selain daripada kebolehan berkomunikasi maklumat melalui komputer, menghubungkan manusia melalui teknologi maklumat adalah juga penting. 5/5

19 BBP 10102 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
Komponen Teknologi Maklumat Jadual 1.5 berikut menunjukkan komponen utama teknologi maklumat: Jadual 1.5: Komponen Teknologi Maklumat Komponen Takrifan Komputer Digunakan untuk menerima, menyimpan, memproses dan mempersembah data dan maklumat. Rangkaian Komunikasi TAHU-GUNA ( Know-How) Digunakan untuk penghantaran dan penerimaan data dan maklumat. Apabila dan bagaimana teknologi maklumat digunakan secara berkesan untuk menyelesaikan masalah iaitu merujuk kepada; kebiasaan dengan alat teknologi maklumat, kemahiran yang diperlukan, memahami bila hendak menggunakan teknologi maklumat untuk menyelesaikan masalah dan mengeksploitasikan peluang yang terbuka luas. 1/1

20 BBP 10102 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
Aktiviti 2 Bezakan antara data, maklumat dan pengetahuan. Beri satu contoh bagi setiap satu. Apakah yang anda faham tentang “tahu-guna”?

21 BBP 10102 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
Prinsip & Manafaat TM Pastinya tujuan utama teknologi maklumat ialah memberikan bantuan kepada manusia untuk menyelesaikan masalah, mencetuskan kreativiti, menjadikan manusia lebih berkesan dengan bantuan teknologi maklumat dalam aktiviti seharian. Oleh itu, teknologi maklumat mampu melepaskan manusia daripada belenggu kerja rutin dan menumpukan lebih perhatian di dalam menyelesaikan masalah dan merapatkan hubungan sesama manusia. 1/2

22 BBP 10102 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
Prinsip & Manafaat TM Prinsip utama teknologi maklumat ialah Prinsip teknologi-tinggi-sentuhan-tinggi (high- tech-high-touch) iaitu semakin banyak bergantung kepada teknologi termaju, semakin penting kita menimbangkan aspek “sentuhan-tinggi (high-touch)” iaitu “manusia”. Prinsip ini menekankan yang kita sepatutnya menyesuaikan teknologi maklumat kepada manusia, daripada meminta manusia menyesuaikan dengan teknologi maklumat. 2/2

23 BBP 10102 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
Fungsi TM Senn (1998) menyatakan bahawa teknologi maklumat melaksanakan enam fungsi pengendalian maklumat iaitu pengumpulan, pemprosesan, penjanaan, penyimpanan, dapatan semula dan penghantaran. Dalam kebanyakan hal, dua atau lebih fungsi dijalankan serentak. Ini dapat diperkatakan dalam Jadual 1.6 yang menunjukkan fungsi takrifan dan contoh teknologi maklumat. 1/4

24 BBP 10102 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
Jadual 1.6: Fungsi Teknologi Maklumat Fungsi TM Jadual 1.6: Fungsi Teknologi Maklumat Fungsi Takrifan Contoh Pengumpulan Mengumpul rekod aktiviti yang boleh digunakan kemudian. Mengira undi, membaca meter elektrik. Pemprosesan Proses menukar, menganalisis, pengiraan dan sintesis semua bentuk data atau maklumat Pemprosesan bil elektrik, pemproses perkataan, pemprosesan cukai Penjanaan Menyusun maklumat kepada bentuk berguna sama ada sebagai teks, audio atau imej. Bil elektrik, jadual, graf, carta. Cakera, pita, CD-ROM, fail. Penyimpanan Proses komputer menyimpan data dan maklumat untuk digunakan kemudian. Rekod cukai pendapatan, rekod ahli persatuan, rekod kesalahan lalu lintas. Dapatan semula Dapatan semula maklumat Faks, e-mel, mel suara. Penghantaran Penghantaran maklumat E-mel, mel suara 2/4

25 BBP 10102 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
Manafaat TM Manfaat yang boleh pengguna perolehi daripada teknologi maklumat pula adalah pantas, konsisten, jitu dan boleh percaya seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.7 berikut: Manfaat Takrifan Pantas Satu nilai yang relatif. Komputer boleh melakukan dalam sekelip mata dan lebih cepat daripada manusia. Konsisten Komputer cekap melakukan kerja yang berulang secara konsisten. Keupayaan melakukan aktiviti yang sama setiap masa. Jitu Komputer begitu jitu atau tepat. Komputer berupaya mengesan perbezaan yang amat kecil.Komputer begitu jitu atau tepat. Komputer berupaya mengesan perbezaan yang amat kecil. Boleh keputusan Dengan kepantasan, kekonsistenan dan kejituan, kita boleh jangka percaya yang boleh dipercaya. Hasil yang sama boleh didapati berulang kali. 3/4

26 BBP 10102 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
Manafaat TM Dengan manfaat yang diperolehi daripada penggunaan teknologi maklumat, kita tidak boleh melepaskan peluang yang disediakan oleh teknologi maklumat. Secara amnya terdapat dua kategori peluang iaitu:- Membantu manusia: Contohnya orang istimewa (kurang upaya), meningkatkan produktiviti manusia dan membantu kepada kesejahteraan manusia. Membantu menyelesaikan masalah: Membantu proses mengenalpasti masalah, meneroka beberapa pilihan penyelesaian dan mengimplementasi penyelesaian dengan jayanya. 4/4

27 BBP 10102 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
Tanggungjawab pengguna TM Teknologi maklumat telah digunakan dalam berbagai bidang yang bertujuan untuk menyelesaikan masalah dan membantu manusia. Kita patut mengetahui tanggungjawab asas pengguna teknologi maklumat. Tiga tanggungjawab asas pengguna teknologi maklumat: (i) mengetahui keupayaan dan batasan teknologi maklumat (ii) menggunakan teknologi maklumat secara beretika dan betul (iii) melindungi keselamatan data dan maklumat dari berbagai ancaman.

28 BBP 10102 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
TM di Malaysia Di Malaysia, kita turut dilanda ledakan perkembangan pesat teknologi maklumat. Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super Corridor (MSC), merupakan satu gagasan Teknologi Maklumat yang sering kedengaran atau menjadi bahan di media massa. MSC adalah satu daripada perkembangan mutakhir teknologi maklumat di Malaysia. MSC juga merupakan satu agenda Malaysia untuk mencapai hasrat Wawasan 2020 dan merupakan alatan utama di dalam persaingan ekonomi berdasarkan pengetahuan. Kita sebagai pengguna teknologi maklumat harus memperlengkapkan diri untuk mendapat manfaat sepenuhnya dari teknologi ini. 1/3

29 BBP 10102 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
TM di Malaysia Di manakah tahap penggunaan teknologi maklumat? Pada masa ini, amat sedikit kilang atau sektor pembuatan yang menggunakan teknologi maklumat apatah lagi sistem robotik. Bagi industri yang menggunakan teknologi maklumat, mereka tidak menggunakan sepenuhnya keupayaan teknologi maklumat bagi kepentingan industri itu sendiri. 2/3

30 BBP 10102 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
Multimedia Super Corridor Satu daripada perkembangan semasa yang diperbincangkan ialah Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super Corridor (MSC). MSC adalah suatu kawasan seluas 15 x 50 km bermula dari KLCC di utara sehingga KLIA di selatan yang mengubah ladang kelapa sawit kepada lembah maklumat. MSC KLIK 1/9

31 BBP 10102 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
Multimedia Super Corridor Sila lawati laman untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang perkembangan Koridor Raya Multimedia (MSC) 2/9

32 BBP 10102 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
Multimedia Super Corridor Dua buah bandar pintar telah dibina di dalam kawasan MSC iaitu Cyberjaya dan Putrajaya. Cyberjaya menempatkan industri teknologi maklumat dan multimedia dan Putrajaya pula merupakan pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan. Sebuah perbadanan telah ditubuhkan iaitu Perbadanan Pembangunan Multimedia atau Multimedia Development Corporation (MDC) untuk memantau pembangunan MSC. 3/9

33 BBP 10102 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
Multimedia Super Corridor Bil Jaminan (Bill of guarantees) telah disediakan oleh kerajaan untuk menarik syarikat beroperasi di MSC. Bil jaminan ini menyediakan prasarana fizikal dan maklumat bertaraf dunia kepada syarikat yang mendapat status MSC iaitu; (i) Menyediakan prasarana fizikal dan maklumat bertaraf dunia. (ii) Membenarkan tanpa sekatan pekerja pengetahuan tempatan dan luar. 4/9

34 BBP 10102 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
Multimedia Super Corridor (iii) Memastikan kebebasan pemilikan dengan mengecualikan syarikat berstatus MSC daripada keperluan pemilikan tempatan. Memberikan syarikat berstatus MSC kebebasan untuk menyediakan modal daripada pinjaman tempatan dan dunia untuk prasarana MSC. Menyediakan insentif kewangan yang menarik. 5/9

35 BBP 10102 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
Multimedia Super Corridor Menjadi ketua serantau dalam perlindungan Hakmilik Intelektual dan undang-undang siber. Memastikan tiada tapisan (censorship) Internet. (viii) Menyediakan tarif telekomunikasi yang bersaing sejagat. 6/9

36 BBP 10102 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
Multimedia Super Corridor (ix) Mengeluarkan tender kontrak prasarana MSC utama kepada syarikat yang ingin menjadikan MSC sebagai hab (hub) serantau. (x) Menyediakan agensi berkuasa untuk bertindak sebagai pusat sehentian (one-stop supershop) untuk memastikan MSC memenuhi keperluan syarikat. 7/9

37 BBP 10102 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
Multimedia Super Corridor Multimedia Development Corporation (MDeC)  juga bertindak sebagai pusat sehentian untuk memenuhi jaminan ke-10 di atas terutama untuk mempercepatkan permohonan visa, lesen dan permit. Prasarana komunikasi yang akan disediakan dalam MSC berkelajuan 2.5Gbps hingga 10Gbps. Selain itu, satu panel perundingan antarabangsa (International Advisory Panel, IAP) MSC juga telah ditubuhkan. Ahli panel terdiri dari mereka yang terkenal dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi seperti Bill Gates (CEO Microsoft), Scott McNealy (CEO Sun System), Stan Sheah (CEO Acer) dan James Barkdale (CEO Netscape). 8/9

38 BBP 10102 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
Aktiviti 3 Tujuh aplikasi utama (flagship) MSC telah dikenalpasti. Ianya boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu pembangunan multimedia dan persekitaran multimedia. Empat aplikasi yang pertama di bawah kategori pembangunan multimedia dan tiga aplikasi yang terakhir di bawah kategori persekitaran multimedia. Sila nyatakan ketujuh-tujuh aplikasi berkenaan. (Untuk membantu anda menjawab soalan ini,anda boleh melawat laman web berikut, 9/9

39 BBP 10102 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
Undang-undang siber Antara jaminan yang diberikan untuk syarikat bertaraf MSC adalah penggubalan dan pelaksanaan 6 undang-undang siber yang kini telahpun diluluskan oleh Parlimen. Di antara undang-undang tersebut adalah: (i) Akta Tandatangan Digital 1997 (ii) Akta Hakcipta (Pindaan) 1997 (iii) Akta Jenayah Komputer 1997 (iv) Akta Teleperubatan 1997 (v) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (vi) Akta Suruhanjaya Kommunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 1/2

40 BBP 10102 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
Aktiviti 4 Terdapat 6 undang-undang siber yang telah diluluskan oleh Parlimen. Sila nyatakan keenam-enam undang-undang siber tersebut bersama huraian bagi setiap satu undang-undang berkenaan. (Untuk membantu anda menjawab soalan ini anda boleh melayari laman web, 2/2

41 BBP 10102 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
Rumusan Kita telah menyentuh tentang maksud era maklumat dan alat yang digunakan dalam era maklumat iaitu teknologi maklumat. Perkembangan dan peluang mutakhir yang tercetus daripada perkembangan teknologi maklumat di Malaysia tidak harus dipersia- siakan. 1/2

42 BBP 10102 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
Rumusan Kita perlu lakukan perkongsian pengalaman, tenaga manusia, kepakaran, kebijaksanaan dan semua ini juga disebut “perkongsian pintar” untuk merebut peluang teknologi maklumat. Walaupun kita tidak mula-mula mencipta teknologi maklumat, tetapi sebagai rakyat Malaysia, kita boleh menjadikan teknologi maklumat sebagai landasan menjadikan Malaysia negara maju. 2/2


Download ppt "TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google