Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

BAB 5 KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "BAB 5 KEMERDEKAAN TANAH MELAYU"— Transcript presentasi:

1 BAB 5 KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

2 PENGENALAN Kemerdekaan Kebebasan
bebas daripada kongkongan dan cengkaman kuasa asing yang menekan - penjajah. Kebebasan rakyat berhak mengatur dan memilih corak kehidupan mereka - sistem pemerintahan dan perlembagaan sendiri tanpa terikat dengan kuasa asing yang menjajah.

3 Penentangan bermula pertengahan abad ke-16
negeri Melaka kepada Portugis (1511), Belanda (1641), Inggeris menguasai negeri Pulau Pinang (1786), Perak (1874), negeri-negeri Melayu yang lain. Tanah Melayu pernah dijajah Jepun. Negeri-negeri Melayu di Utara pernah diperintah oleh kerajaan Siam. Kerajaan Brooke di Sarawak Syarikat Berpiagam Borneo Utara di Sabah

4 PERKEMBANGAN POLITIK TAHUN 1945-1955
British mula menunjukkan sikap bertolak ansur – ke arah pemerintahan sendiri. 1946 British perkenalkan Malayan Union ditentang habis-habisan oleh semua lapisan masyarakat dan pertubuhan Melayu. akhirnya British menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu.

5 1948, langkah-langkah ke arah pemerintahan sendiri dibuat.
Peristiwa darurat ( ) - banyak nyawa terkorban, beribu juta ringgit dibelanjakan. 1955, British membimbing rakyat ke arah sistem dan pemerintahan berbentuk demokrasi seperti memperkenalkan sistem pengundian dan mengadakan pilihanraya.

6 Usaha ke Arah Perpaduan
Perpaduan Kaum British menetapkan syarat bahawa semua kaum di Tanah Melayu mesti bersatu terlebih dahulu dalam politik sebelum kemerdekaan dapat diberikan. Usaha ke Arah Perpaduan Hasil perbincangan Dato’ Onn Jaafar dengan Tan Cheng Lock, E.E.C. Thuraisinggam, Malcom Mac Donald dan Roland Braddell Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum (Communities Liaison Committee) telah dibentuk.

7 Inisiatif parti politik ke arah perpaduan kaum.
Berasaskan tolak ansur antara politik Melayu dan bukan Melayu telah dilaksanakan pada tahun 1949. 15 orang anggota terdiri daripada tokoh-tokoh penting daripada kaum Melayu, Cina dan India. Memupuk persefahaman di antara pemimpin-pemimpin kaum di Tanah Melayu Inisiatif parti politik ke arah perpaduan kaum. bekerjasama UMNO, MCA dan MIC dalam pilihanraya di dalam Perikatan.

8 PERTUMBUHAN PARTI-PARTI POLITIK Perang Dunia Pertama
sudah ada usaha memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu melalui penubuhan beberapa parti politik. Parti politik Melayu pertama Kesatuan Melayu Muda (1937) diketuai oleh Ibrahim Haji Yaakob. bubar dengan kedatangan Jepun.

9 Cadangan Malayan Union (1946)
cetus penubuhan parti-parti politik Malayan Union merupakan pemangkin utama penyatuan orang Melayu. Hizbul Muslimin (1948) diketuai oleh Uztaz Abdul Bakar sekutu PKMM dibubarkan oleh British di tahun yang sama.

10 United Malays National Organization (UMNO)
Dato’ Onn Jaafar - pengerusi Pergerakan Melayu Johor mencadangkan diadakan Kongres Melayu bagi menyatukan seluruh masyarakat Melayu untuk menentang Malayan Union. Kongres Melayu Se-Malaya diadakan pada 1 hingga 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Dihadiri oleh 41 buah persatuan Melayu. Perlembagaan baru dibuat dan UMNO dengan rasminya ditubuhkan pada 11 Mei 1946

11 1951 pemimpin pertama UMNO Dato’ Onn Jaafar meletak jawatan
cadangan buka keahlian parti kepada semua bangsa tidak direstui oleh ahli-ahli UMNO. Diambil alih oleh Tunku Abdul Rahman menukar konsep perjuangan UMNO dari ‘Hidup Melayu’ kepada ‘Merdeka’. 1954, UMNO, MCA dan MIC bergabung dalam Parti PERIKATAN.

12 Malayan Indian Congress (MIC) Ditubuhkan pada bulan Ogos tahun 1946
penggabungan persatuan-persatuan India di Tanah Melayu. Yang Dipertua Kongres pertama - John A. Thivy. Pernah terlibat di dalam Persatuan Pusat India di Tanah Melayu dan juga gerakan kemerdekaan India. Peringkat awal perjuangannya bertujuan menyokong perjuangan kemerdekaan di India. kurang mendapat sambutan di kalangan orang India di Tanah Melayu.

13 Selepas India mencapai kemerdekaan - 1947,
tumpuan kepada kegiatan politik di Tanah Melayu. Perjuangkan isu kerakyatan yang merupakan satu daripada isu utama di Tanah Melayu. menjaga kepentingan politik, ekonomi, dan sosial kaum India di Tanah Melayu. Menyertai IMP pimpinan Dato’ Onn - tidak berapa berjaya dalam pilihanraya 1952. Bergabung dalam Parti Perikatan (1955) - dapat sambutan orang India di seluruh Tanah Melayu

14 Malayan Chinese Association (MCA)
Ditubuhkan pada Februari 1949 atas idea British bagi membolehkan sebahagian orang Cina menyokong British dalam menghadapi darurat. Parti Komunis Malaya (PKM) merupakan satu-satunya parti yang disertai oleh kebanyakan orang Cina. Presiden MCA yang pertama ialah Tan Cheng Lock. Melindungi hak dan kepentingan ekonomi, politik, dan sosial kaum Cina di Tanah Melayu.

15 Berjanji akan bekerjasama dengan kerajaan untuk mematahkan kegiatan komunis.
Membuktikan kepada kerajaan Inggeris akan kesetiaan kaum Cina terhadap Tanah Melayu.

16 Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)
Ditubuhkan pada bulan Oktober 1945 di Ipoh, Perak, ditubuhkan selepas perang oleh Mokhtaruddin Lasso, Dr. Burhanuddin al-Helmi, Ahmad Boestamam dan Ishak Hj Mohamad. Melahirkan kesedaran politik dan menyatukan bangsa Melayu di Tanah Melayu dan di Indonesia PKMM turut serta sebagai anggota UMNO buat seketika. Percanggahan ideologi, kepimpinan, dan soal bendera, PKMM kemudian keluar dari UMNO. Ahli ditangkap dan PKMM dibubarkan.

17 Parti Islam Se-Malaya (PAS)
Ditubuhkan pada tahun 1955 hasil persidangan Persatuan Ulama Se-Malaya di Kuala Lumpur pada 23 Ogos 1951. Parti ini ditaja oleh Jabatan Agama UMNO. Dianggotai oleh bekas aktivis agama, dan bekas ahli HAMIM yang diharamkan oleh British. Menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi, dan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, serta mengetatkan peraturan kerakyatan.

18 Parti Kemerdekaan Malaya (IMP)
Parti pelbagai kaum pertama dan dipimpin oleh Dato’ Onn Jaafar. Bekerjasama dengan MIC dari tahun 1951 sehingga tahun 1953. MCA di bawah pimpinan Tan Cheng Lock juga pernah menyertai Dato’ Onn. MCA telah bekerjasama dengan UMNO dalam Parti PERIKATAN.

19 Kegagalan IMP menyebabkan Dato’ Onn berpatah balik memperjuangkan kepentingan Melayu melalui Parti Negara. Parti Negara ditubuhkan pada tahun 1955 Kebanyakan ahlinya terdiri daripada orang Melayu. Untuk menyatupadukan orang Melayu. Untuk mengambil bahagian dalam pilihanraya negeri dan persekutuan yang sedang dirancangkan ketika itu.

20 Parti Buruh Ditubuhkan di Pulau Pinang oleh pemimpin Kesatuan Sekerja atas nama Parti Buruh Pulau Pinang pada 15 Mei 1951. Parti yang sama ditubuhkan di Selangor, Negeri Sembilan, Perak, dan Melaka - bergabung membentuk Parti Buruh SeMalaya di bawah pimpinan Mohd. Sopiee Ibrahim. Parti ini merancang untuk mencapai kemerdekaan pada 1964. Kurang mendapat sokongan dari orang ramai. Terdapat unsur sosiolisme dan komunisme dalam perjuangan parti.

21 Parti Progresif Perak PPP
Berfahaman sosiolis yang tidak mahu mengiktiraf hak keistimewaan orang Melayu. Pengalaman kezaliman komunis semasa darurat membimbangkan rakyat untuk menerima Parti Buruh. Parti Progresif Perak PPP ditubuhkan pada 1953 dipimpin oleh DR Senivasagam. menyertai Perikatan dan berjaya menguasai Majlis Perbandaran Ipoh atas nama Perikatan UMNO-MCA-PPP. Pilihanraya tahun 1955, PPP keluar dari Perikatan dan menukar nama Parti Progresif Rakyat.

22 Parti lain Parti Radikal pimpinan Dr. Lim Chong Eu, National Association of Perak (NAP) dipimpin oleh Dato Bukit Gantang Abdul Wahab Kesatuan Melayu Semenanjung pimpinan Haji Hashim Ghani.

23 PERUBAHAN DASAR BRITISH KE ARAH BERKERAJAAN SENDIRI
Politik di Tanah Melayu semakin rancak ekoran perkembangan penubuhan parti-parti politik ke arah berkerajaan sendiri. Hasrat Kerajaan Inggeris untuk memberikan kemerdekaan dapat di lihat daripada beberapa peristiwa penting yang berlaku pada tahun 1950-an. Sistem Ahli, Pilihanraya Majlis Tempatan Pilihanraya Umum 1955.

24 Sistem Ahli British memperkenalkan Sistem Ahli dalam Mesyuarat Kerja Persekutuan (Majlis Perundangan Persekutuan). Langkah penting ke arah mewujudkan perpaduan kaum. Mereka yang dilantik terdiri daripada beberapa warganegara Persekutuan Tanah Melayu untuk menjadi ahli Majlis serta diberi portfolio bertaraf menteri. Senarai menteri dan jawatan yang disediakan dalam Sistem Ahli. 1. Dato’ Onn bin Jaafar Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri 2. EEC Thuraisingham Ahli Pelajaran 3. Tunku Yaakob Ahli Pertanian dan Perhutanan 4. Lee Tian Keng Ahli Kesihatan

25 5. Dato’ Mahmud Mat Ahli Tanah, Perlombongan dan Perhubungan
6. J.D. Mead Ahli Kerja Raya dan Perumahan 7. J.D. Hodgkinson Ahli Perindustrian dan Perhubungan Sosial 8. O.A. Spencer Hal Ehwal Ekonomi Seorang ahli lagi bertanggungjawab mengetuai portfolio Keretapi dan Pos—menjadikan jumlah kesemuanya ialah sembilan orang ahli.

26 Tokoh-tokoh yang dipilih adalah terdiri daripada semua kaum.
Bertanggungjawab untuk mengetuai beberapa jabatan kerajaan. Mereka merupakan pemimpin-pemimpin tempatan. Satu pilihanraya bagi memilih anggota perwakilan di peringkat Penguasa Tempatan sebagai latihan kepada demokrasi berparlimen.

27 Pilihanraya Tahun 1951 Pilihanraya pertama pada 1 Disember 1951 1953
memilih perwakilan di majlis tempatan - Majlis Perbandaran Georgetown, Pulau Pinang. 1953 seorang speaker sebagai pengerusi Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan - menggantikan tempat Pesuruhjaya Tinggi British yang tidak lagi menganggotai majlis itu.

28 Pilihanraya Tahun 1952 Februari Pilihanraya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur dengan 12 kerusi dipertandingkan. Disertai oleh Perikatan UMNO-MCA, IMP dan calon Bebas. UMNO-MCA memenangi sembilan kerusi IMP berjaya memenangi dua kerusi Satu kerusi dimenangi oleh calon bebas.

29 bincang perkara melibatkan kepentingan awam di peringkat tempatan
Pilihanraya Majlis Bandaran di Johor Bahru, Ipoh, Melaka dan Seremban turut diadakan. bincang perkara melibatkan kepentingan awam di peringkat tempatan memberi pengalaman mentadbir kerajaan dan pendedahan awal tentang proses pilihanraya.

30 Pilihanraya Umum Tahun 1955
1953, Perikatan UMNO-MCA cadang kepada British supaya diadakan pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan. tuntut 60 peratus ahli dipilih melalui pilihanraya, 40 peratus dilantik British - ditolak oleh British. Perikatan memulaukan semua Majlis Mesyuarat Kerajaan di peringkat tempatan, negeri, dan persekutuan

31 British setuju pada prinsipnya keanggotaan Majlis Perundangan Persekutuan
Ahli dipilih oleh rakyat lebih daripada ahli yang dilantik. Perikatan meneruskan pemulauan kerana tidak bersetuju dengan keputusan British British akhirnya keanggotaan Majlis Perundangan Persekutuan seramai 98 orang. (i) 52 orang dipilih menerusi pilihanraya dengan seorang dilantik menjadi speaker. (ii) 3 orang dilantik kerana jawatan - Ketua Setiausaha, Peguam Negara dan Setiausaha Kewangan.

32 27 Julai 1955 Pilihanraya Persekutuan diadakan
(iii) 11 orang dipilih mewakili negeri. (iv) 22 orang dipilih mewakili berbagai golongan dan pertubuhan. (v) 3 orang dipilih mewakili kaum minoriti seperti Orang Asli, Serani dan Ceylon. (vi) 7 orang dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi, setelah berunding dengan parti yang mempunyai majoriti. 27 Julai 1955 Pilihanraya Persekutuan diadakan MIC menyertai Perikatan pada tahun yang sama. Tiga parti politik mewakili tiga kaum terbesar di Tanah Melayu bersetuju bergabung dan bertanding dalam pilihanraya membentuk di dalam Perikatan.

33 Parti yang bertanding Pecahan pengundi
Parti Perikatan bertanding disemua 52 kerusi. UMNO 35 kerusi (69 %) MCA 15 kerusi (28 % MIC dua kerusi (3 %). Parti Negara 33 buah kerusi, PAS 11 kerusi Calon Bebas 18 orang Pecahan pengundi 84.2 % pengundi Melayu 11.2 % pengundi Cina 3.9 % pengundi India

34 Pilihanraya Tahun 1955: Barisan Calon Mengikut Parti
Parti Melayu Cina India Jumlah Perikatan Parti Negara Parti Islam SeMalaya Persatuan Kebangsaan Perak Parti Buruh Ikatan Melayu Perak Parti Progresif Perak Bebas

35 Latar belakang pilihanraya
50 daripada 52 adalah kawasan majoriti pengundi Melayu. UMNO boleh menang tanpa sokongan MCA dan MIC. 80% jumlah undi dimenangi oleh UMNO, 20% oleh parti-parti lain orang Melayu telah berkorban demi perpaduan masa depan negara. Beri kerusi (31%) pada kaum Cina dan India walaupun peratus pengundi hanya 15.8%.

36 Moto Perikatan ialah ‘Menuju Ke arah Kemerdekaan’.
Kedudukan Calon Perikatan dalam Pilihanraya1955 Parti Peruntukan Kerusi Peratus Kerusi (%) Peratus Pengundi (%) UMNO MCA MIC Moto Perikatan ialah ‘Menuju Ke arah Kemerdekaan’. Janji Perikatan kepada rakyat; Pemerintahan berdasarkan demokrasi berparlimen. (ii) Bahasa Melayu dan sebagai bahasa kebangsaan. (iii) Agama Islam sebagai agama rasmi.

37 Perikatan berjanji menamatkan darurat secepat mungkin,
(iv) Melindungi dan mengekalkan institusi beraja Melayu. (v) Mengubahsuai undang-undang kerakyatan. (vi) Peningkatan taraf ekonomi Melayu. (vii) Menjalinkan hubungan antarabangsa. (viii) Hak asasi manusia. (ix) Sistem pendidikan kebangsaan. Kemerdekaan diperoleh dalam tempoh empat tahun. Perikatan berjanji menamatkan darurat secepat mungkin, menawar pengampunan kepada komunis yang majoritinya terdiri daripada kaum Cina. Rundingan Baling sejurus selepas Pilihanraya 1955.

38 Kabinet Pertama Persekutuan Tanah Melayu
Ketua Menteri dan Menteri Dalam Negeri Tunku Abdul Rahman Menteri Pelajaran Dato’ Abdul Razak Hussein Menteri Hasil Bumi Dr. Ismail A. Rahman Menteri Pengangkutan Kolonel H.S. Lee Menteri Tanam-Tanaman Abdul Aziz Ishak Menteri Kesihatan Leong Yew Koh Mengeri Buruh V.T. Sambanthan Menteri Kerja Raya Sardon Jubir Menteri Kerajaan Tempatan & Perumahan Sulaiman Abdul Rahman Menteri Perhubungan, Pos dan Telekom Ong Yoke Ling

39 Portfolio Kewangan, Hal Ehwal Luar, dan Pertahanan masih dipegang oleh pegawai British.

40 LANGKAH-LANGKAH MENUJU KEMERDEKAAN
Kejayaan besar dalam pilihanraya 1955 Perikatan desak dipercepatkan kemerdekaan Tanah Melayu. Hasil perbincangan di kalangan Raja-raja Melayu, MCA dan MIC Membuktikan majoriti penduduk di Tanah Melayu sanggup bertolak ansur dan berkongsi kuasa dalam usaha mewujudkan sebuah pemerintahan sendiri.

41 Rundingan ke Arah Kemerdekaan
Tunku Abdul Rahman berucap di Majlis Perundangan Persekutuan Untuk mencapai kemerdekaan dalam tempoh dua tahun Menimbulkan reaksi kontra daripada istana Johor. “Memanglah baik untuk melaung-laungkan tentang merdeka, tetapi dimanakah kapal-kapal perang kamu, kapal terbang kamu dan tentera kamu untuk menghadapi dan menangkis pencerobohan daripada luar? Kalau orang putih keluar, negeri ini akan susah 99 kali ganda daripada hari ini.” Keanggotaan perwakilan ke majlis perundingan kemerdekaan menjadi isu kontroversi.

42 Berlaku pertentangan dari segi kekuasaan dan kedaulatan
Pihak raja yang mewakili kepentingan pihak istana sahaja? Satu pihak lagi dipilih oleh rakyat dan menjadi wakil kepada rakyat. bersetuju dengan empat wakil raja-raja Melayu dan empat wakil dari Perikatan.

43 WAKIL RAJA-RAJA MELAYU
Dato Panglima Bukit Gantang Abdul Aziz Othman Dato Mohd Seth Dato Nik Ahmed Kamil WAKIL PARTI PERIKATAN Tunku Abdul Rahman Tun Dr Ismail Tun H.S Lee Tun Abdul Razak Hussein

44 Misi Kemerdekaan ke London Januari 1956,
lapan orang berangkat ke London, diketuai oleh Tunku Abdul Rahman. British diketuai oleh Lord Lennox Boyd, Setiausaha Tanah Jajahan British. Rundingan berlangsung dari 18 Januari hingga 8 Februari 1956 Perjanjian London telah ditandatangani pada 8 Februari 1956.

45 Persetujuan yang dicapai
(i) British memberikan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 (ii) Tanah Melayu berada dalam Komanwel dan pemerintahan secara demokrasi (iii) British mendapat hak menempatkan tenteranya di negara ini (iv) Suruhanjaya Reid ditubuhkan untuk menggubal perlembagaan Tanah Melayu (iiv) Raja berpelembagaan dikekalkan (iiiv) Pembahagian kuasa antara pusat dan negeri diteruskan

46 Jawatan Setiausaha Kewangan dan Pengarah Gerakan digantikan dengan jawatan Menteri Kewangan dan Menteri Pertahanan dan disandang oleh anak tempatan. British membayar ganti rugi kepada pegawai-pegawai dagangnya yang akan diberhentikan berikutan dengan kemerdekaan tersebut.

47 Suruhanjaya Reid Suruhanjaya Reid (1955) William McKell (Australia)
Pengerusi Lord Reid (Britain) Ahli Ivor Jennings (Britain) William McKell (Australia) Hakim B. Malik (India) Hakim Abdul Hamid (Pakistan) mengesyorkan satu perlembagaan Persekutuan berdasarkan demokrasi berparlimen.

48 Jun 1956, Suruhanjaya telah meminta sesiapa yang berminat menghantar memorandum mengenai perkara-perkara berikut Pembentukan sebuah kerajaan demokrasi berparlimen Menjamin kedudukan Raja-raja Memilih seorang Ketua Negara dari kalangan Raja-raja Melayu, Mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu tanpa banyak menjejaskan kepentingan kepentingan sah kaum-kaum lain. Membentuk satu rupa bangsa bagi seluruh negara iaitu satu kerakyatan yang sama.

49 Memo Perikatan atas sifat mewakili kaum-kaum terbesar.
Hanya dua memo (drpd 131) dianggap penting iaitu dari Raja-raja Melayu dan Parti Perikatan. Memo Perikatan atas sifat mewakili kaum-kaum terbesar. satu ‘pakatan murni’ iaitu persetujuan secara bertolak ansur (5 perkara) demi kepentingan semua kaum di Tanah Melayu. kewarganegaraan, kedudukan istimewa orang Melayu, bahasa Melayu, agama Islam kedudukan Raja-raja Melayu.

50 Berikut adalah antara kandungannya:
(i) Kewujudan Kerajaan Pusat dan Negeri (Federalisme) (ii) Nama negara: UMNO (Malaysia) dan MCA (Malaya) (iii) Mengujudkan institusi Yang Dipertuan Agung dan Timbalan Yang Dipertuan Agung bagi menggantikan Pesuruhjaya Tinggi. (iv) Penerusan Majlis Raja-raja. (v) Parlimen mengandungi dua Dewan, iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat. (vi) Kewujudan tiga badan pemerintah dan pengasingan kuasa. (vii) Kedudukan Islam sebagai agama negara. (viii) Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. (ix) Takrif Melayu

51 Dua perkara penting dalam ‘pakatan murni’
Pengekalan empat unsur tradisi dalam perlembagaan iaitu Bahasa, Agama, kedudukan Raja-raja Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu. Orang bukan Melayu mendapat keistimewaan apabila diberi kerakyatan secara jus soli. Persetujuan tidak dicapai mengenai pemberian taraf kerakyatan kepada individu yang lahir pada atau selepas hari merdeka, yang ibu bapanya adalah warganegara asing dan soal penggunaan bahasa Kuo Yu dan bahasa Tamil dalam tempoh 10 tahun selepas merdeka.

52 Kesatuan Perdagangan Cina Persekutuan Tanah Melayu
tidak bersetuju dengan peruntukan kedudukan istimewa orang Melayu dan kegagalan menjadikan bahasa Kuo Yu sebagai salah satu bahasa rasmi di negara ini. Persatuan Dewan Perniagaan Cina SeMalaya prinsip jus soli tidak berfaedah kepada mereka – rayu kurangkan tempoh kelayakan bermastautin 10 ke 5 tahun. mansuh ujian bahasa - melalui proses permohonan. kesamarataan antara bahasa Melayu, Inggeris, Cina, dan Tamil.

53 Dewan Perniagaan Melayu
undang-undang kewarganegaraan Persekutuan tidak harus dilonggarkan sehinggalah golongan bukan Melayu dapat membuktikan ketaatsetiaan mereka kepada Tanah Melayu. Persatuan Tamil Seluruh Malaya seluruh keturunan Tamil yang dilahirkan di Tanah Melayu wajar diberikan kewarganegaraan secara automatik.

54 Pejuang-pejuang UMNO yang menentang
berpendapat UMNO terlalu banyak mengalah terutama dalam hal-hal kerakyatan. kedudukan istimewa orang Melayu dalam pekerjaan, pelajaran, dan peluang peniagaan tidak memberi hasil yang serta merta seperti hak kerakyatan dasar jus soli akan mengurangkan kuasa politik secara beransur-ansur dan cengkaman politik bangsa Melayu dicabar oleh bangsa asing.

55 Perikatan dan beberapa pihak lain telah menentang pemberian dua kerakyatan kepada rakyat Komanwel.
Persatuan British Cina Negeri-Negeri Selat mahukan supaya Melaka dan Pulau Pinang dikekalkan di bawah jajahan British. Suruhanjaya ini mencadangkan ia dikaji semula selepas 15 tahun dengan tujuan ia ditarik balik secara beransur-ansur. Cadangan ini ditentang hebat oleh UMNO.

56 5 Ogos 1957, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani oleh Raja-raja Melayu dan Pesuruhjaya Tinggi British bersetuju menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu mulai 31 Ogos 1957. Majlis Perundangan Persekutuan meluluskan Ordinan Perlembagaan Persekutuan 1957.

57 Pengisytiharan Kemerdekaan
12.00 tengah malam 31 Ogos 1957 di Padang Kelab Selangor. Dimulakan dengan menurunkan bendera Union Jack dan digantikan dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu. Pagi 31 Ogos 1957, Tuanku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di Stadium Merdeka melalui pengisytiharan kemerdekaan yang diserahkan oleh wakil Ratu Elizabeth.

58 Tunku Abdul Rahman menjadi Perdana Menteri pertama dan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Abdul Rahman ibni Al Marhum Yamtuan Muhamad ditabalkan sebagai Yang Di Pertuan Agong yang pertama. Jemaah Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama turut diumumkan. Tanah Melayu menjadi ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-82 pada 17 September 1957.

59 KESIMPULAN Tanah Melayu kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 setelah dijajah selama 446 tahun. Rakyat boleh memerintah mengikut corak kehidupan mereka sendiri. Kemerdekaan diperolehi melalui proses perundingan dengan pihak Inggeris. Orang Melayu menunjukkan tolak ansurnya yang paling maksimum sehingga mengorbankan hak ketuanan mereka di bumi sendiri.

60 Dari tempoh 31 Ogos 1957 sehingga 31 Ogos 1958
Orang Melayu telah tidak dapat menahankan konsep jus soli yang ditentang mereka sejak penubuhan Malayan Union lagi. Dari tempoh 31 Ogos 1957 sehingga 31 Ogos 1958 kaum-kaum bukan Melayu telah diberikan pengecualian perlunya mengetahui bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. MCA menjalankan kempen berhabis-habisan hingga lebih daripada 800,000 orang bukan Melayu telah menjadi rakyat Persekutuan Tanah Melayu secara automatik.


Download ppt "BAB 5 KEMERDEKAAN TANAH MELAYU"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google