Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

(Hadith riwayat Abu Dawud, Ibn Majah, al-Nasa’i)

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "(Hadith riwayat Abu Dawud, Ibn Majah, al-Nasa’i)"— Transcript presentasi:

1 (Hadith riwayat Abu Dawud, Ibn Majah, al-Nasa’i)
KONSEP DAN AMALAN RIBA Mukaddimah   “Akan tiba suatu masa di mana semua manusia akan memakan riba dan jika ia tidak memakannya, debu-debunya akan mengenai juga” (Hadith riwayat Abu Dawud, Ibn Majah, al-Nasa’i)

2 PENGENALAN Riba sinonim dengan “interest”
Bank “institusi yang menerima wang dan memberi pinjaman” Bank (konvensyenal) berniaga untuk cari untung melalui kaedah pinjaman dan dikenakan faedah untuk dapat Hasil Faedah.

3 TAKRIF RIBA Riba dalam bahasa Arab bererti “tambahan atau tumbuh.”
Surah 30 Ar-Rum: ayat 39 (yang bermaksud): Dan apa-apa wang yang kamu berikan dengan riba (tambahan, bunga), agar bertambah banyak harta manusia, maka tidaklah wang itu bertambah banyak di sisi Allah. Dan apa-apa (zakat) yang kamu berikan (kepada orang), kerana menghendaki keredaan Allah, maka itulah yang berlipatganda.

4 Definisi riba satu tambahan atau lebihan atau tidak sama timbangan atau sukatan semasa berlakunya pertukaran jenis bahan yang tertentu sahaja yakni bahan ribawi. Hadith Nabi Muhammad s.a.w. menjelaskan bahan ribawi (maksudnya): “Emas dengan emas, perak dengan perak, barli dengan barli, tamar dengan tamar, garam dengan garam, serupa dengan serupa, unjuk-berunjuk (secara kontan / tunai); sesiapa juga yang membayar lebih atau meminta (mengambil) lebih maka dia telah terlibat dengan riba. Orang yang mengambil dan yang membayar adalah sama.” (Riwayat Muslim, al-Tirmidhi, al-Nasa’i)

5 JENIS RIBA    Imam Shafi’e berpendapat bahawa Riba boleh diklasifikasikan kepada dua kategori: i.         Riba Jual Beli (Riba Al-Buyu') ii.       Riba Hutang Piutang (Riba Al-Duyun)

6 Bahan ribawi terdiri dari dua kelompok seperti berikut:
a) Emas dan Perak - Mata Wang b) Gandum, Barli, Kurma, Garam - Bahan Makanan Asas a. Mata Wang : Khususnya emas dan perak dalam apa saja bentuk dan juga bahan lain yang diterima pakai sebagai wang. b. Bahan Makanan Asas :Telah dikiaskan kepada semua jenis makanan asas yang lain, mengikut makanan asas setempat. Ini meliputi beras, tepung gandum, minyak masakan, daging binatang yang telah diproses dan seumpamanya.

7 RIBA JUAL BELI i. Riba Al-Fadl
Riba al-Fadl - aktiviti jual beli antara bahan ribawi sama sejenis (sistem barter) tetapi tanpa persamaan timbangan atau sukatan yang sama semasa berlakunya jual beli itu.

8 Riba Al-Fadl Hadith Nabi Muhammad s.a.w. (maksudnya):
“Bilal telah membawa buah tamar Barni (berkualiti tinggi), lalu Rasulullah bertanyakan dari mana buah tamar itu diperolehi. Bilal menjawab, “Tamar yang ada pada kami adalah Radi’ (bermutu rendah) lantas saya menjualnya dengan dua sa’ bagi mendapatkan satu sa’ untuk hidangan Rasulullah.” Rasulullah terus bersabda, “Hah, ini betul-betul riba, jangan kamu lakukan demikian sebaliknya jika kamu ingin membeli tamar, jualkan dahulu tamar yang ada pada kamu dan kemudian belilah tamar yang kamu kehendaki itu dengan harga yang kamu perolehi daripada jualan tadi.”

9 RIBA JUAL BELI ii. Riba al-Nasiah
Riba al-Nasiah berlaku antara bahan ribawi sama jenis tetapi melibatkan penangguhan bayaran, yakni tanpa penyerahan di waktu yang sama.

10 Sekiranya jual beli melibatkan bahan makanan asas yang berlainan jenis, seperti gula dengan gandum, tidak disyaratkan sama timbangan atau sukatan asalkan berlaku serah menyerah dalam satu masa. Emas boleh ditukar dengan perak secara tidak sama takaran atau timbangan tetapi hendaklah secara serentak atau kontan Jalan keluar kepada kedua-dua riba Al-Fadl dan Al-Nasiah adalah dengan menggunakan wang sebagai media atau bahan perantaraan, samada secara tunai atau hutang dengan bayaran wang.

11 RIBA HUTANG PIUTANG Riba al-Qard
Hutang atau pinjaman yang disyaratkan sesuatu faedah/manfaat untuk kepentingan pihak sipiutang atau kreditor itu. Riba al-Jahiliyyah Bayaran lebih (caj tambahan) dari hutang asal yang dikenakan ke atas orang yang berhutang sekiranya ia tidak membayar hutang itu pada tempoh yang ditetapkan.

12 SEJARAH RIBA i) Zaman Pemerintahan Mesir Kuno (Fir’aun di Mesir)
Raja Bukhuris (3,000+ tahun lalu) - telah menguatkuasakan undang-undang yang mengharamkan bayaran faedah yang melebihi daripada jumlah modal. ii) Zaman Babylon Undang-undang Hamurabi (1950SM) - perintah tegas menghapuskan amalan riba. Amalan pemberian pinjaman bank Babylon zaman itu mengenakan faedah 12 %.

13 iii) Zaman Yunani Kuno (Greek)
Plato menyeru agar amalan riba diharamkan sama sekali (secara mutlak) dalam kitabnya “Jiwa Undang-undang” - “Tidak halal seseorang itu memberi pinjaman kepada saudaranya secara riba.” Menurut Aristotle, wang hanya alat untuk memudahkan pertukaran dan memenuhi berbagai bentuk keperluan hidup umat manusia; beliau mencela wang faedah dan tidak bersetuju wang digunakan sebagai suatu sumber mendapatkan kekayaan melalui faedah; “sekeping wang itu tidak mungkin dapat melahirkan sekeping wang yang lain pula;” “Tiada terdapat suatu lojik pun yang lebih kuat daripada lojik yang mengatakan dan memperakui bahawa benda yang paling buruk sekali ialah riba yang mengambil untung daripada wang yang sama juga...”

14 iv. Kalangan Orang Rumawi
Pada asalnya penerimaan wang faedah diharamkan; kemudian ia muncul kembali dengan lahirnya golongan saudagar dan peniaga; kawalan dan pengawasan ketat diadakan atas amalan dan juga jumlah faedah dengan anggapan bahawa bertentangan dengan semangat kemanusiaan dan konsep kerjasama yang semestinya menjadi amalan masyarakat manusia. Pada undang-undang Jestenian telah dinyatakan bahawa jumlah faedah paling tinggi dibenarkan ialah 12%.

15 v. Pandangan Agama Yahudi
Riba diharamkan - Bahagian 18 kitab Hizqiyal: “Bahawa setiap manusia yang baik, dan bercakap benar lagi adil, tidak akan sanggup memberi (pinjaman secara) riba...” Dalam kitab yang berkaitan dengan al-Khuruj: “Anda telah memberikan pinjaman sekeping perak kepada rakyat jelataku yang miskin, maka janganlah anda jadi seperti seorang pemakan riba...dan janganlah pula kamu ke atasnya riba...” Bab Kitab al-Kawiyin: “Maka janganlah anda berikan perak mu itu dengan secara riba...” Dalam kitab lagu-lagu dan nyanyian (Mazamir) terdapat ungkapan: “Orang beriman itu tidak akan memberi (pinjaman) mengikut sistem riba...”

16 Walaubagaimanapun para pendita dan guru agama Yahudi kemudiannya telah menetapkan bahawa hukum-hukum itu adalah terbatas dalam muamalat di antara sesama orang Yahudi sahaja. Ini berpandukan kandungan Kitab Taurat: “...apabila seorang saudaramu memerlukan (pertolongan), maka janganlah anda memberinya (meminjam) dengan cara riba...” perkataan “saudara” ditafsirkan “orang Yahudi.”

17 Al-Qur’an - Surah al-Nisa’ (maksudnya):
Maka disebabkan kezaliman yang amat besar daripada perbuatan orang Yahudi, Kami haramkan atas mereka makanan yang baik-baik, yang pernah dihalalkan bagi mereka, dan disebabkan mereka banyak menghalang manusia dari jalan Allah. Dan juga (disebabkan) mereka mengambil riba pada hal mereka telah dilarang melakukannya, dan (disebabkan) mereka memakan harta orang dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya). Dan (ingatlah) Kami telah menyediakan bagi orang yang kafir di antara mereka, azab siksa yang tidak terperi sakitnya...”

18 vi. Pandangan Agama Kristian
Agama Masihi telah mengharamkan riba dengan jelas dan nyata. Injil Lucas: “Apabila kamu memberi pinjaman kepada orang yang kamu mengharapkan balasan hadiahnya, maka apakah kebaikan yang dapat diberikan kepada kamu?...” “Tetapi...buatlah kebajikan, dan berilah pinjaman tanpa menunggu keuntungannya...Oleh yang demikian, ganjaran pahala kamu banyak sekali.” “Kalaulah kamu memberi pinjam kepada orang yang kamu nantikan untuk membayar balik, maka apakah kelebihan untuk kamu? Sebenarnya orang yang bersalah dan berdosa sahaja yang sanggup memberi pinjaman kepada orang yang berdosa dengan tujuan mendapat bayaran balik yang setimpal. Kasihilah musuh-musuh kamu. Berbuatlah bakti dan berilah pinjaman sedangkan kamu tidak mengharapkan sesuatu apa pun...”

19 Pengharaman riba kekal sehingga hujung abad ke-13
Pengharaman riba kekal sehingga hujung abad ke-13. Kemudian, akibat Revolusi Perancis, maka wujud undang-undang Sivil Napoleon (1804) dan Undang-undang 1808 yang membataskan faedah kepada 5% dalam kes-kes sivil dan 6% untuk kes-kes perniagaan. Dalam undang-undang 1935, riba yang melebihi had adalah dikira sebagai suatu jenayah. Dalam undang-undang Itali, ada peruntukan yang menghadkan riba kepada 5% atau atas persetujuan kedua-dua pihak.

20 vii) Riba Zaman Jahiliyyah
“Wang memang boleh didapati dengan banyak di Makkah dan Taif, dan ini disertai pula oleh wujudnya suatu golongan pengamal riba yang berniaga secara riba sehingga amalan riba itu menjadi sumber utama kekayaan yang menyebabkan mereka menjadi orang yang berpengaruh dan berkuasa.”

21 Pada ketika itu: Riba Jahiliyyah
*  Amalan riba adalah di antara 40% hingga 100%; * Riba telah memaksa isteri-isteri dan anak-anak perempuan siberhutang menjadi pelacur; * Ramai peminjam melarikan diri ke Gurun Sahara dan menjadi samseng dan penyamun; *  Ada juga yang menjadi hamba sahaya.

22 RIBA DALAM AL-QUR’AN Peringkat Pertama:
Firman Allah S.W.T. (bermaksud): "Riba yang kamu berikan dengan tujuan menambah harta manusia, sebenarnya ia tidak menambah disisi Allah; (tetapi) zakat yang kamu keluarkan dengan maksud mendapat keredhaan Allah adalah mereka yang mendapat pahala berlipat ganda.” (Al-Rum 30:39) Disisi Allah S.W.T., akiviti riba tidak akan mendapat keredaanNya, tetapi aktiviti perniagaan yang mengeluarkan kewajipan zakat akan mendapat ganjaran yang meluas dari Allah S.W.T.

23 Peringkat Kedua: Firman Allah S.W.T. (bermaksud):
"Dan disebabkan mereka memakan riba, padahal sesungguhnya mereka telah dilarang daripadanya, dan kerana mereka memakan harta orang dengan jalan yang batil, Kami telah menyediakan untuk orang-orang yang kafir di antara mereka itu siksa yang pedih." (An-Nisaa' 4:161)

24 Peringkat Ketiga: Firman Allah S.W.T. (bermaksud):
"Hai orang-orang yang beriman; jangan kamu makan riba berganda-ganda dan bertaqwa kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan. " (Al-Imran 3:130) Konsep riba berganda-ganda (Ad’af Muda’afaf) itu bererti bahawa kalau sedikit pun riba adalah haram maka apatah lagi kalau berganda-ganda. Bukannya dari maksud riba yang berganda-ganda itu yang diharamakan, tetapi sebenarnya penegasan bahawa riba dalam apa saja bentuk dan nilainya adalah tetap riba dan diharamkan

25 Peringkat Keempat: Ayat-ayat dalam Surah Al-Baqarah 2: 275 - 281
Firman Allah S.W.T. (bermaksud): Ayat 275 "Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhoyong-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berjual beli itu sama sahaja seperti riba." Padahal Allah S.W.T. telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambil dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah S.W.T. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya."

26 Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba, dan Ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tia-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran dan selalu melakukan dosa. (Ayat 2:276) Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh, dan mengerjakan sembahyang serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala disisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (daripada berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita (Ayat 2:277)

27 Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang-orang yang beriman (Ayat 2:278) Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu, akan adanya peperangan daripada Allah dan Rasul-Nya, (akibatknya kamu tidak akan menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ilah pokok asal harta kamu. (Dengan demikian) kamu tidak melakukan zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa (Ayat 2:279)

28 Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya. Dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak) (Ayat 2:280) Dan peliharalah diri kamu dari huru-hara hari (kiamat) yang padanya kamu akan dikembalikan keapda Allah. Kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tiap seorang menurut apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak dikurangkan balasnya sedikitpun (Ayat 2:281)

29 RIBA DALAM AL-SUNNAH Larangan riba dalam al-hadith, mempunyai tiga kategori.  i) pengharaman riba dalam bentuk umum ii) penegahan amalan riba jahiliyyah (riba hutang) iii) penegahan amalan riba jual beli atau riba tersembunyi.

30 Pengharaman Riba Dalam Bentuk Umum
Rasulullah melaknat (mengutuk) orang yang memakan (mengambil) riba, memberi (membayar) riba, kedua-dua saksi dan penulisnya, dan baginda bersabda, golongan ini semuanya adalah sama. (Riwayat Muslim) "Baginda Nabi s.a.w. melaknati pemakan riba, saksi-saksinya dan penulisnya." (Riwayat Al-Nasa'i) "Satu dirham wang riba yang dimakan oleh seseorang dengan sedar adalah lebih dahsyat tiga puluh enam kali ganda dari dosa satu perbuatan zina.” (Riwayat Ahmad)

31 Riba mempunyai enam puluh dua pintu neraka (dan) yang kecil sebesar pintu neraka orang yang melakukan zina ke atas ibunya (Riwayat Ibn Jarir) Riba itu mempunyai tujuh puluh tiga bahagian, paling ringannya ialah seumpama seseorang mengahwini emaknya sendiri (Riwayat Ibn Majah) Pada malam mi’raj saya telah bertemu dengan orang yang perutnya besar seperti rumah yang boleh dilihat ular berada di dalamnya, lalu saya bertanya kepada Jibril, siapakah mereka itu. Jibril menjawab bahawa mereka itu adalah orang-orang yang memakan riba. (Riwayat Ibn Majah) “Akan tiba suatu masa di mana semua manusia akan memakan riba dan jika ia tidak memakannya, debu-debunya akan mengenai juga” (Riwayat Abu Dawud, Ibn Majah, al-Nasa’i)

32 Penegahan Amalan Riba Jahiliyyah
... dan Riba al-Jahiliyyah dihapuskan dan pertama-tama riba yang saya hapuskan ialah riba yang kita bayar kepada ‘Abbas bin ‘Abd al-Mutallib. Sesungguhnya ia dimansuhkan semua sekali (Riwayat Muslim) Ingat-ingatlah bahawa semua riba al-Jahiliyyah itu dimansuhkan, bagi kamu adalah modal pokok kamu, kamu tidak menzalimi dan juga tidak dizalimi. (Riwayat Ibn Majah, al-Darimi dan al-Bayhaqi) Sesungguhnya riba itu berlaku pada bertangguh (Riwayat Muslim) Tidak berlaku riba pada benda yang ditukarkan secara unjuk-berunjuk (secara tunai).

33 Penegahan Riba Jual Beli (RibaTersembunyi )
Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, tamar dengan tamar, garam dengan garam, serupa dengan serupa, sama dengan sama, unjuk-berunjuk, sekiranya berbeza jenis barangan itu, maka kamu boleh berjual beli mengikut kehendak kamu dengan syarat urusniaga tersebut unujuk-berunjuk. (Riwayat Muslim) “Emas dengan emas, perak dengan perak, barli dengan barli, tamar dengan tamar, garam dengan garam, serupa dengan serupa, unjuk-berunjuk (secara kontan / tunai); sesiapa juga yang membayar lebih atau meminta (mengambil) lebih maka dia telah terlibat dengan riba. Orang yang mengambil dan yang membayar adalah sama.” (Riwayat Muslim, al-Tirmidhi, al-Nasa’i)

34 Bahawa Rasulullah mengutuskan seorang lelaki bekerja di Khaybar dan lelaki tersebut datang berjumpa baginda dengan membawa buah tamar janib (sejenis tamar yang berkualiti tinggi). Rasulullah bertanyakan lelaki itu sama ada semua buah tamar di Khaybar seperti yang dibawanya, lantas lelaki tersebut menjawab, tidak wahai Rasulullah, sebenarnya kami menukarkan satu sa’ (satu sukatan) tamar dari jenis ini dengan dua sa’ tamar biasa dan dua sa’ tamar ini dengan tiga sa’ tamar biasa. Lalu Rasulullah pun bersabda, jangan kamu berbuat begitu, jualkan tamar al-Jam’ dengan dirham dan gunakan dirham itu untuk membeli tamar janib. (Riwayat Muslim)

35 “Bilal telah membawa buah tamar Barni (berkualiti tinggi), lalu Rasulullah bertanyakan dari mana buah tamar itu diperolehi. Bilal menjawab, “Tamar yang ada pada kami adalah Radi’ (bermutu rendah) lantas saya menjualnya dengan dua sa’ bagi mendapatkan satu sa’ untuk hidangan Rasulullah.” Rasulullah terus bersabda, “Hah, ini betul-betul riba, jangan kamu lakukan demikian sebaliknya jika kamu ingin membeli tamar, jualkan dahulu tamar yang ada pada kamu dan kemudian belilah tamar yang kamu kehendaki itu dengan harga yang kamu perolehi daripada jualan tadi.” (Riwayat Muslim)

36 “Akan tiba suatu masa di mana semua manusia akan memakan riba dan jika ia tidak memakannya, debu-debunya akan mengenai juga” (Riwayat Abu Dawud, Ibn Majah, al-Nasa’I) “Pada malam mi’raj saya telah bertemu dengan orang yang perutnya besar seperti rumah yang boleh dilihat ular berada di dalamnya, lalu saya bertanya kepada Jibril, siapakah mereka itu. Jibril menjawab bahawa mereka itu adalah orang-orang yang memakan riba.” (Riwayat Ibn Majah)

37 PANDANGAN FUQAHA TENTANG RIBA
Riba ialah bayaran lebihan yang diterima oleh pihak pemberi hutang terhadap pinjaman daripada pihak yang berhutang atau peminjam. Perbuatannya menerima bayaran lebihan itu dilarang oleh agama. Hukum haram itu dikenakan ke atas pihak yang memberi hutang melalui ayat-ayat Allah mengenai larangan riba itu dan pihak yang menerima pinjaman juga mesti patuh kepada kehendak ayat yang berkenaan.

38 Sebab utama hukum haram menerima dan mengambil riba itu adalah untuk menjaga kesucian hubungan baik antara sesama umat manusia daripada unsur penindasan. Hukum perundangan syara’ tentang masalah itu tidak membabitkan zaman lampau tetapi oleh yang demikian, hukum ini tidak memberatkan pihak pemberi hutang supaya membayar balik jumlah riba yang telah diterima sebelum berkuatkuasanya hukum pengharaman riba itu.

39 Hukum tentang haramnya amalan riba ini adalah suatu hukum yang berkaitan dengan negara dan kerajaan. Oleh yang demikian, pihak kerajaan wajib mengambil tindakan tegas dan berkesan ke atas semua orang yang mengamalkan riba. Sesungguhnya pihak penerima pinjaman yang berada dalam kesusahan berhak diberi tempoh lanjut untuk membayar hutangnya sehingga dia mampu membayarnya.

40 PELBAGAI TEORI UNTUK MENGESAHKAN AMALAN RIBA
Teori Pemiutang Menghadapi Risiko Teori Peminjam membuat Keuntungan Teori Produktiviti Modal Teori Kerendahan Nilai Barang Masa Akan Datang Berbanding Dengan Masa Sekarang

41 1. Teori Pemiutang Menghadapi Risiko
Alasan Pengamal: Pemiutang menghadapi risiko dengan meminjamkan modalnya. Dia telah menahan kemahuannya sendiri untuk memenuhi kemahuan orang lain. Modal itu boleh dilaburkan dengan keuntungan. Peminjam telah menggunakan pinjaman modal tersebut untuk memenuhi keperluannya sendiri, maka dia perlu membayar sewa sebagaimana dia membayar sewa rumah, perabot, pengangkutan dll.

42 Bayaran sewa sebagai ganti rugi atas risiko yang dihadapi dan sebagai ganjaran modalnya.
Kalau peminjam mendapat untung atas pelaburannya, maka wajar tuntut bahagiannya daripada keuntungan itu. Hujjah Maududi: Risiko pinjaman - ia bukan “barang dagangan” yang boleh dijual beli atau dikenakan caj sewa. Boleh meminta jaminan atau penjamin ke atas risiko. Pengorbanan pula tidak boleh dianggap sebagai perniagaan; ia mempunyai nilai ganjaran atau dimensi moral tersendiri.

43 Adakah wajar pula riba sebagai ganjaran kerana pengorbanan
Adakah wajar pula riba sebagai ganjaran kerana pengorbanan? Sebenarnya pemiutang memberi pinjaman sejumlah yang melebihi keperluannya sendiri dan dia sendiri tidak menggunakannya. Konsep sewa hanyalah bagi barangan yang akan mengalami lusuh, pecah, rosot nilai atas penggunaan. Kalau ingin mendakwa berkongsi dalam keuntungan maka perlu lihat tujuan pinjaman. Kalu jenis konsumer mana ada elemen keuntungan; tetapi kalau jenis produktif - ada elemen untung dan rugi. Kalau rugi apakah akan kongsi kerugian juga? Kalau nak kongsi untung/rugi - guna kaedah pelaburan.

44 2. Teori Peminjam Membuat Keuntungan
Alasan Pengamal: Pihak pemiutang memberi tempoh kepada peminjam untuk membuat keuntungan. Tempoh atau waktu itu ada harganya - lebih lama tempoh lebih tinggi bayarannya. Maka dengan tempoh itu akan membolehkan peminjam membuat keuntungan. Lebih lama tempoh, lebih tinggi untung dan sebaliknya juga. Keuntungan ini perlu dikongsi dengan pemiutang.

45 Hujjah Maududi: Bagaimana kalau kerugian? Apa bukti dan sumber maklumat yang menjanjikan wujudnya keuntungan yang berbeza-beza mengikut tempoh. Siapa sebenarnya yang menghadapi risiko perniagaan? - peminjam.

46 3. Teori Produktiviti Modal
Alasan Pengamal: Faedah atau riba adalah sebagai balasan / ganjaran daripada peminjam kerana penggunaan modal. Modal adalah salah satu dari faktur pengeluaran yang dianggap produktif. Oleh itu faedah adalah ganjaran bagi perkhidmatan produktif yang telah diberikan oleh modal kepada peminjam dalam proses pengeluaran.

47 Hujjah Maududi: Apakah benar modal mempunyai kualiti produktiviti? Sebenarnya ia akan menjadi produktif kalau digunakan dalam sebarang urusniaga yang menguntungkan. Kalau bertujuan “consumption” atau penggunaan, maka ia tidak mempunyai nilai produktif. Faktur keuntungan atas penggunaan modal banyak bergantung kepada tenaga, kemampuan pengurusan, pandangan yang jauh, pengalaman, pasaran, persaingan, sokongan ekonomi, sosial dan keadaan politik. Kalu pun ada elemen keuntungan, tiada jaminan nilai yang tetap dapat dijangkakan. Maka tiada alasan dikenakan faedah untuk ganjaran atas keuntungan dari modal.

48 4. Teori Kerendahan Nilai Barang Masa Akan Datang Berbanding Dengan Masa Sekarang
Alasan Pengamal: Boehm memberi tiga sebab: keuntungan masa akan datang adalah meragukan / ketidakpastian; semasa adalah pasti. Memenuhi kehendak semasa adalah lebih bernilai daripada kepuasan akan datang. Secara praktis, barang semasa adalah lebih berguna, dianggap lebih baik dan boleh digunakan, berbanding barangan masa hadapan.

49 Oleh itu nilai modal pinjaman semasa melebihi jumlah pinjaman wang yang akan dipulangkan dimasa hadapan. Maka faedah adalah bersamaan dengan perbezaan antara masa sekarang dengan masa akan datang. Hujjah Maududi: Persoalannya ialah adakah sifat semula jadi manusia menganggap kemahuan semasa lebih penting dan lebih berharga daripada masa akan datang? Realitinya - ramai orang membuat simpanan untuk masa hadapan; ramai orang yang menahan kemahuan semasanya untuk masa hadapan yang tiada kepastian!

50 Nilai bagi barangan memang tidak statik
Nilai bagi barangan memang tidak statik. Ia berubah dari satu masa kesatu masa yang lain, tempat ketempat, keadaan ekonomi dan sebagainya. Tiada jaminan yang sesuatu itu pada masa lepas yang semakin berusia, nilainya makin bertambah berbanding dengan nilai semasa?

51 ALTERNATIF KEPADA RIBA
PELBAGAI KAEDAH JUAL BELI SEWA MENYEWA UPAH MENGUPAH PELBAGAI PERKONGSIAN PEMBERIAN SUKARELA KEBAJIKAN

52 JUMPA LAGI


Download ppt "(Hadith riwayat Abu Dawud, Ibn Majah, al-Nasa’i)"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google