Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

MATEMATIK TINGKATAN 4 Tajuk : Bentuk Piawai Hasil Pembelajaran :-

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "MATEMATIK TINGKATAN 4 Tajuk : Bentuk Piawai Hasil Pembelajaran :-"— Transcript presentasi:

1 MATEMATIK TINGKATAN 4 Tajuk : Bentuk Piawai Hasil Pembelajaran :-
Subtopik :1) Angka bererti Hasil Pembelajaran :- Dapat membundarkan suatu nombor positif kepada bilangan angka bererti yang di beri apabila nombor itu. (a ) Lebih besar daripada 1 ( b ) Kurang daripada 1 Definisi angka bereti :- Merujuk kepada digit-digit yang relevan dalam sesuatu nombor perpuluhan yang dihampirkan kepada sesuatu nilai mengikut tahap ketepatan yang tertentu.

2 Pembundaran kepada bilangan angka bererti tertentu
Bilangan angka bererti di tentukan mengikut peraturan berikut Peraturan 1 ( a ) Semua digit bukan sifar dalam sesuatu nombor adalah angka bererti Contoh :- 2143 mempunyai 4 angka bererti. 29.3 mempunyai 3 angka bererti. Peraturan 2 ( b ) Sifar yang terletak diantara dua digit bukan sifar adalah angka bererti Contoh :- 203 mempunyai 3 angka bererti. 4.005 mempunyai 4 angka bererti. Peraturan 3 ( c ) Bagi sesuatu nombor bulat ,sifar yang terletak di akhir nombor itu boleh jadi angka bererti atau bukan angka bererti . Ia bergantung kepada tahap kejituan yang dikehendaki. Contoh :- mempunyai 2 angka bererti jika tahap kejituan adalah ribu terhampir. mempunyai 3 angka bererti bagi tahap kejituan kepada ratus terhampir.

3 Peraturan 4 ( d ) Bagi sesuatu nombor perpuluhan yang kurang daripada 1, Sifar yang terletak sebelum sebarang digit bukan sifar bukan angka bererti. Ia hanya menunjukan kedudukan titik perpuluhan sahaja. Contoh :- mempunyai 2 angka bererti . mempunyai 3 angka bererti . Peraturan 5 ( e ) Bagi suatu nombor perpuluhan , sifar yang terletak selepas digit bukan sifar adalah angka bererti . Contoh :- 5.20 mempunyai 3 angka bererti. (ii) mempunyai 2 angka bererti. Sifar ini menunjukan tahapketepatan kepada peratusan terhampir. Sifar ini menunjukan tahap ketepatan kepada perseribu terhampir.

4 1. Bundarkan setiap yang berikut kepada angka bererti yang diberi :-
Contoh Soalan 1. Bundarkan setiap yang berikut kepada angka bererti yang diberi :- ( a ) 28107 ( i ) 3 angka bererti = 28100 ( ii ) 2 angka bererti = 28000 ( iii ) 1 angka bererti = 30000 ( b ) ( i ) 3 angka bererti = 70.0 ( ii ) 2 angka bererti = 70 ( iii ) 1 angka bererti ( c ) ( i ) 3 angka bererti = ( ii ) 2 angka bererti = ( iii ) 1 angka bererti = ( d ) 589.2 ( i ) 3 angka bererti = 589 ( ii ) 2 angka bererti = 590 ( iii ) 1 angka bererti = 600 ( e ) 3.645 ( i ) 3 angka bererti = 3.65 ( ii ) 2 angka bererti = 3.6 ( iii ) 1 angka bererti = 4

5 OPERASI YANG MELIBATKAN BEBERAPA NOMBOR DAN ANGKA BERERTI.
Hasil Pembelajaran Melakukan penambahan ,penolakan ,pendarapan dan pembahagian yang melibatkan beberapa nombor dan menyatakan jawapan dalam bentuk angka bererti tertentu. Contoh Soalan Hitungkan nilai bagi setiap berikut dan berikan jawapannya betul kepada 2 angka bererti ( a . b )

6 2) BENTUK PIAWAI Nombor yang ditulis dalam bentuk A x 10n dimana 1 £ A < 10 dan n adalah integer Membina nombor positif dalam bentuk piawai Hasil Pembelajaran Menyatakan suatu nombor positif dalam bentuk piawai apabila nombor itu. Lebih besar daripada atau sama dengan 10. Kurang daripada 1 Contoh Soalan Tuliskan setiap nombor yang berikut dalam bentuk piawai

7 OPERASI YANG MELIBATKAN NOMBOR DALAM BENTUK PIAWAI
Hasil Pembelajaran Melakukan pembahagian yang melibatkan sebarang dua nombor dan menyatakan jawapannya dalam bentuk piawai. Contoh Soalan Carikan nilai yang berikut dan ungkapkan jawapannya dalam bentuk piawai.

8 OPERASI YANG MELIBATKAN NOMBOR DALAM BENTUK PIAWAI
Contoh Soalan Carikan nilai yang berikut dan ungkapkan jawapannya dalam bentuk piawai. SEKIAN


Download ppt "MATEMATIK TINGKATAN 4 Tajuk : Bentuk Piawai Hasil Pembelajaran :-"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google