Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
BAB 10 TERBAKAR DAN MELECUR
2
Terbakar Terbakar didefinasikan sebagai kesan daripada haba kering yang dihasilkan oleh bahan-bahan pengakis dan geseran. Lecuran pula disebabkan oleh haba lembap seperti cecair panas dan wap. Selaran boleh juga terjadi disebabkan radiasi dan juga sibaran matahari.
3
Struktur dan Fungsi Kulit
Kulit terbahagi kepada 3 lapisan iaitu Epidermis (lapisan luar) tisu epitelium, Dermis (lapisan tengah) Salur darah, saraf, noda limfatik Kilang peluh dll Hipodermis (lapisan dalam) Tisu lemak.
4
Fungsi Kulit Melindungi organ tubuh badan daripada mikroorganisma dan ancaman lain Mengawal suhu badan Mengeluarkan haba Pengawalan saraf Penghasilan vitamin D
5
Ketenatan mangsa terbakar bergantung kepada beberapa faktor
Luas permukaan badan yang cedera Tempat mana yang terbakar Darjah kebakaran Umur, keadaan fizikal dan kesihatan mangsa
6
Kedalaman Luka Terbakar (Selaran)
Darjah pertama – melibatkan hanya lapisan permukaan kulit. Kulit nampak kemerahan, kering dan rasa sakit yang amat sangat
7
Kedalaman Luka Terbakar (Selaran)
Darjah kedua – lapisan kulit petama dan kedua telah terbakar. Kulit berwarna kemerahan gelap dan terdapat lepuhan (blister). Mangsa berasa amat sakit
8
Kedalaman Luka Terbakar (Selaran)
Darjah ketiga – semua lapisan kulit telah rosak. Kulit nampak terbakar hitam atau putih kering. Pesakit rasa sakit atau mungkin tidak terasa sakit langsung jika saraf rosak
9
Peraturan 9 Keadaan ketenatan mangsa disukat mengikut keluasan permukaan yang terbakar dengan menggunakan prinsip Peraturan 9 Kepala & leher – 9% Dada & abdomen – 9% + 9% Belakang badan - 9% + 9% Kedua-dua bahagian tangan - 9% + 9% Kedua-dua bahagian kaki - 9% + 9% Kemaluan – 1 %
10
Rawatan Siram anggota yang cedera secepat mungkin dengan air sejuk yang banyak dan seberapa lama yang mungkin sehingga hilang rasa panas dan kurang rasa sakit; Tanggalkan pakaian yang terbakar. Jika pakaian melekat, gunting disekelilingnya; Tanggalkan segala bahan yang diperbuat daripada logam seperti cincing, gelang dsb Tutup anggota yang terbakar dengan kain yang bersih
11
Jangan gunakan plaster dan pembalut ketat pada anggota yang cedera
Jangan sapu krim, mentega, kicap dsb kepada anggota yang cedera Pastikan mangsa boleh bernafas Berikan mangsa oksigen kadar 8-10 liter/minit Kendalikan mangsa untuk renjaan Jika kecederaan agak teruk, bawa secepat mungkin ke hospital
12
Terbakar Elektrik Pancaran – kemalangan arus voltan tinggi (>1,000 V). Arus elektrik memancar daripada punca elektrik dan menyambar mangsa menyebabkan pakaian dan kulit terbakar Sentuhan – kemalangan elektrik dalam bangunan 240 V. Mangsa tersentuh punca elektrik dan elektrik mengalir dalam badan mangsa dan menyebabkan banyak kecederan organ dalam terbakar
13
Tindakan Kemalangan Sentuhan Elektrik
Matikan suiz utama Jika ini tidak boleh dilakukan, lepaskan mangsa dari sentuhan punca elektrik dengan menggunakan bahan bukan mengalir seperti kayu Tentukan mangsa ada nadi dan nafas, jika tiada lakukan CPR Rawat kecederaan terbakar di bahagiana arus masuk dan keluar Rawat untuk renjatan Hantar ke hospital
14
Tindakan Kamalangan Pancaran
Jangan bantu mangsa selagi kawasan kemalangan belum disahkan selamat Hubungi penguasa elektrik tempatan supaya bekalan elektrik terputus Bila kawasan selamat, tentukan mangsa ada nadi dan nafas, jika tiada lakukan CPR Rawat untuk terbakar Rawat untuk renjatan Hantar ke hospital
15
Menilai Dan Mengendalikan Mangsa Tersedut Asap
Kecederaan sedutan boleh disebabkan oleh; Tersedut haba Tersedut bahan kimia, asap atau gas Tersedut karbon monoksid Saluran pernafasan sebelah atas senang tersekat selepas terdedah kepada haba yang panas Membran mukus mungkin terbakar dan bengkak menyebabkan saluran pernafasan tersekat
16
Asap dari kebakaran mengandungi bahan beracun
Bahan-bahan ini boleh membakar kulit, iritasi kepada mata, mencederakan saluran pernafasan menyebabkan pernafasan terhenti dan kadangkala menyebabkan jantung terhenti
17
Tanda dan gejala sedutan asap
Terbakar di muka Bulu mata dan hidung terbakar Nafas berbau asap Susah untu bernafas Sakit dada Runsing dan gelisah
18
Tindakan Alihkan mangsa ke kawasan bebas asap dan selamat
Pastikan tahap kesedaran mangsa jika dalam keadaan pengsan Letakkan mangsa dalam kedudukan pemulihan Periksa nadi dan pernafasan mangsa Panggil bantuan perubatan segera
19
Langkah Keselamatan Semasa Memasuki Bangunan Yang Terbakar
Jangan masuk kawasan kebakaran Pastikan anda tahu menilai keadaan kebakaran, peralatan dan bantuan secukupnya Jangan masuk bangunan yang terbakar berseorangan Jangan masuk tanpa topi keselamatan, sarung tangan, kasut bot dan alat pernafasan
20
Selaran Dan Lecuran Yang Teruk
21
JANGAN Sentuh bahagian anggota yang tercedera
Pecahkan kulit yang mengelembung Sapu dengan minyak atau losen ke atas luka terbakar.
22
Selaran Dan Lecuran Yang Ringan
Curahkan air sejuk ke atas bahagian anggota yang terbakar selama 10 minit untuk menghentikan panas selaran dan mengurangkan kesakitan. Tanggalkan sebarang barang kemas, jam tangan atau pakaian yang ketak dari bahagian anggota yang tercedera sebelum ia mengelembung.
23
Balut bahagian luka dengan pembalut steril atau sebarang bahan yang besih dan nipis.
Beg ‘politena’ atau plastik nipis adalah pembalut sementara yang baik.
24
Selaran Oleh Bahan Kimia
Siram bahagian anggota yang tercedera denga air untuk menghapus bahan kimia dan menghentikan proses selaran. Siramlah lebih lama daripada selaran haba. Kadangkala bahan kimia memerlukan siraman selama 20 minit.
25
Tanggalkan sebarang pakaian yang tercemar dengan perlahan-perlahan ketika anggota yang tercedera disiram air. Bawa atau hantar mangsa ke hospital.
26
Rawatan Terbakar Kimia
Bersihkan bahan-bahan kimia dari kulit Tanggalkan kain dan barang-barang kemas semasa mencucci dengan air yang mengalir Jangan menggunakan air yang laju Buangkan bahan kimia (pepejal) yang terlekat. Hubungi hospital dan hantar ke hospital dengan segera.
27
Selaran Bahan Kimia Ke Atas Mata
Sorongkan mata ke bawah paip yang mengalir selama lebih kurang 10 minit. Pastikan kedua-dua belah kelopak mata dicuci bersih. Mungkin anda dapati lebih mudah mencurahkan air dari penyembur mata atau menggunakan gelas.
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.