Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
PENGGUNAAN DAN FUNGSI BAHASA
Dalam konteks semasa, penggunaan bahasa Melayu yang sempurna adalah berdasarkan hakikat: Bahasa yang baik, mudah, dan praktis. Bahasa yang berkesan. Bahasa yang indah. MINGGU 3
2
Untuk memastikan bahasa Melayu dapat digunakan dalam pelbagai bidang dan menjadi bahasa wahana ilmu, dua aspek perlu diusahakan, iaitu keintelektualan dan kesempurnaan bahasa. Keintelektualan Bahasa Dimaksudkan dengan keupayaan menyampaikan buah fikiran dan hujah dengan tepat dan berkesan, berkeupayaan mengungkapkan kesinambungan dan kerumitan fikiran. Mengikut Havranek (1984), klimaks pencapaian tahap keintelektualan bahasa dapat dicapai melalui pembinaan dan pengayaan kosa kata serta struktur tatabahasa.
3
Kesempurnaan Bahasa Antara ciri bahasa yang mencapai tahap kesempurnaan ialah: Kecendekiaan Kepelbagaian Kelenturan Kepraktisan Keberkesanan Ketertiban Kesederhanaan Ketekalan Keberadaban Keindahan
4
Fungsi Bahasa Fungsi bahasa Melayu dalam konteks kini dapat diperlihatkan berasaskan dasar dan motif penggunaan bahasa itu sendiri yang dianggap sebagai fungsi am, iaitu sebagai: Penglahiran maksud, perasaan, ekspresi, dan penunjang minda. Alat komunikasi. Alat integrasi (penyatuan) dan adaptasi (penyesuaian) sosial. Alat kawalan sosial.
5
Fungsi Khusus Bahasa Secara khusus, fungsi utama bahasa Melayu dalam konteks negara kita adalah seperti yang berikut: Sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa komunikasi, iaitu bahasa yang melambangkan kedaulatan negara, seperti yang termaktub dalam para 152 Perlembagaan Malaysia. Sebagai bahasa perpaduan negara – dilaksanakan melalui Dasar Pendidikan Negara. Sebagai bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan, dan bahasa media massa. Sebagai bahasa ilmu pengetahuan, wahana ilmu, dan sebagai asas tamadun tinggi.
6
PEMBAKUAN BAHASA Pembakuan bahasa dapat didefinisikan sebagai usaha, tindakan atau proses mengetengahkan bentuk bahasa yang benar dan yang dapat menjadi dasar ukuran (Awang Sariyan, 1996: 3). Pembakuan bahasa meliputi seluruh sistem bahasa, iaitu sistem sebutan, ejaan, peristilahan, tatabahasa, dan kosa kata (perkamusan).
7
Konsep Bahasa Baku dan Pembakuan Bahasa
Bahasa baku dan pembakuan bahasa adalah dua istilah yang berkait rapat. Kata baku telah lama wujud dalam kamus Melayu, iaitu telah tercatat dalam Kamus Umum Bahasa Indonesia susunan W.J. S.Poerwadarminta yang diterbitkan pada tahun Dalam kamus tersebut, kata baku dijelaskan sebagai: Yang menjadi pokok, yang sebenarnya. Sesuatu yang dipakai sebagai dasar, ukuran.
8
Kamus Dewan (1970) pula memberikan erti baku sebagai:
Yang pokok, yang dasar, yang sebenar. Yang diterima umum sebagai bentuk yang sah dan betul, dan dijadikan asas perbandingan (berkenaan bahasa, sebutan, ejaan, dsbnya.), standard. Dalam konteks perancangan bahasa, bahasa baku adalah bahasa yang menunjukkan norma baku dalam suatu kawasan akibat perbezaan sosial dan daerah (kedudukan geografi) yang wujud.
9
Bahasa baku pula dimaksudkan sebagai bahasa yang seragam, variasi bahasa yang menjadi norma penggunaan bahasa Melayu dalam situasi rasmi (Nik Safiah Karim, 1988:1). Awang Sariyan (1989:38) pula memberi pengertian bahasa baku sebagai satu ragam bahasa yang digunakan untuk suasana dan keperluan rasmi atau formal. Bentuk Penggunaan Bahasa Dalam konteks pendidikan bahasa, pemilihan perlu dilakukan untuk menentukan variasi bahasa yang perlu dibakukan. Bernstein (1968) membahagikan bahasa kepada dua variasi utama, iaitu: Bahasa terhad (restricted code) 2. Bahasa terbina (elaborated code)
10
Ciri Bahasa Terhad Bersifat ringkas
Mengandungi kependekan atau singkatan Amat bergantung pada konteks Rujukan dibuat kepada perkara atau peristiwa yang dialami bersama oleh anggota masyarakat. Tidak memerlukan huraian yang mendalam dan terperinci tentang sesuatu topik atau perkara yang dibincangkan.
11
Ciri Bahasa Terbina Bersifat kompleks.
Mempunyai susunan yang teratur dan rapi. Tidak didasarkan kepada latar belakang atau pengalaman yang dialami atau difahami bersama. Setiap topik atau tajuk perbincangan perlu dihuraikan atau dinyatakan dengan terperinci. Dalam konteks perancangan dan pembakuan bahasa, variasi yang menjadi norma atau ukuran penggunaan bahasa yang baku ialah bahasa terbina.
12
Perancangan Korpus Bahasa
Perancangan korpus bahasa sebenarnya adalah pembinaan bahasa, dan dalam konteks pembakuan bahasa boleh diteliti melalui beberapa proses, iaitu: Pemilihan (selection) Pengekodan (codification) Peluasan fungsi (elaboration of function) Penerimaan (acceptance)
13
Ciri Bahasa Baku Sesuatu bahasa itu dianggap bahasa baku (standard) jika mempunyai ciri yang berikut: Bersifat terbuka Bersifat stabil Bersifat cendekia (intelektual) Bersifat pemersatu Bersifat pemisah Berprestij Bersifat rangka rujukan Kekerapan penggunaan Sejarah atau tradisi penggunaan Pengaruh penggunaan
14
Aspek Penting dalam Pembakuan Bahasa
Sistem ejaan Sebutan Peristilahan Kosa kata (perkamusan) Tatabahasa 6. Laras Bahasa
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.