Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

EED 3217 EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "EED 3217 EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK"— Transcript presentasi:

1 EED 3217 EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK
PROFESOR MADYA DR. ABDUL RASID JAMIAN JAB. PEND. BAHASA DAN KEMANUSIAAN FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

2

3 NYANYIAN/MUZIK DAN KANAK-KANAK
Kanak-kanak berasa seronok menyanyi bersama- sama atau dalam bentuk kumpulan besar. Kanak-kanak masa kini pandai menyanyi lagu yang lebih kompleks dan berbagai-bagai jenis lagu. Nyanyian adalah salah satu aktiviti yang menyeronokkan pada kanak-kanak. Suara adalah alat muzik semula jadi iaitu kanak-kanak dapat menggunakannya bagi meluahkan perasaan mereka melalui nyanyian.

4 Nyanyian melalui permainan jari
Kanak-kanak menyanyi disampaikan melalui permainan jari. Pergerakan ini ditumpukan kepada pergerakan jari dekat dengan paras mata. Pergerakan permainan ini disukai oleh kanak-kanak dan ia boleh diiringi dengan nyanyian ataupun secara pertuturan seperti nyanyian berulang-ulang atau dikenali sebagai ratib. Contoh:

5 Labah-labah Laili Labah-labah Laili cuba panjat perigi
Labah-labah Laili cuba panjat perigi Bila hujan turun labah cepat lari Terbit matahari air tiada lagi Labah boleh panjat sekali lagi

6 Lagu berbentuk permainan
Lagu jenis permainan membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan rakan sepermainan secara langsung. Dalam permainan ini mereka akan menyanyi, bermain dan bergembira. Aktiviti ini akan mengeratkan lagi hubungan sesama mereka. Contoh:

7 Nenek-nenek si bongkok tiga
Nenek-nenek si bongkok tiga Siang malam asyik berjaga Mencari cucu di mana ada Nenekku kahwin dengan anak raja. Cucu-cucu tak dapat lari Nenek ada tongkat sakti Sekarang nenek nak cari ganti Siapa yang kena dia yang jadi.

8 Lagu unsur nasihat dan ucapan
Lagu ini adalah lagu yang mengandungi irama ucapan, seperti selamat datang, selamat pagi ataupun selamat tinggal. Manakala lagu berunsur nasihat adalah lagu yang mengandungi peringatan dan boleh dijadikan panduan hidup. Lagu ini mengandungi nilai-nilai murni, moral dan nasihat. Kebanyakan lagu-lagu ini berunsur peringatan berkaitan dengan aktiviti harian,unsur nasihat dan ucapan

9 Senjakala   Malam sudah datang Siang sudah pergi Sekarang kita pulang Esok datang lagi. Senjakala senjakala Esok datang lagi Mari kita pulang Asar sudah lepas Hari sudah petang Bermain sudah puas Mari kita pulang. Senjakala senjakala

10 Lagu berbentuk serantau
Lagu-lagu begini dinyanyikan oleh kanak-kanak tanpa disedari ia mempunyai ilmu untuk memperkenalkan sesuatu tempat, budaya dan masyarakat sesuatu negara atau tempat. Lagu-lagu jenis ini biasanya dinyanyikan dalam bahasa ataupun loghat bahasa tempat asalnya.

11 Wau bulan Eh wa bule Eh wa bule teraju tigo (2X)

12 Lagu Tradisional Kanak-kanak yang tinggal di luar bandar adakala sering juga menyanyikan lagu-lagu tradisional yang diajar oleh kedua ibu bapa mereka. Ini kerana lagu tradisional menggambarkan kebudayaan dan nilai-nilai bangsa dan negara. Memberi peluang kepada generasi kini mengenali identiti kebangsaan. Banyak lagu tradisional kanak-kanak berunsur jenaka dan juga memberikan nasihat dan nilai-nilai kepada kanak- kanak.

13 Anak ikan Anaklah ikanlah ikan Dimakan ikan (2X) Ikan bernama tenggiri Ikan tenggiri (2X) Hilanglah buntatlah buntat Berganti intan (2x) Intan bernama negeri Payung negeri (2x) Anaklah ikanlah ikan Dimakan ikan (2x) Anak seluang dimakan Ikan cencaru (2x) Ramailah datanglah datang Orang yang datang (2x) Menyambut barulah baru Pengantin baru.

14 Beberapa unsur lagu lain juga mempengaruhi jiwa kanak-kanak
Beberapa unsur lagu lain juga mempengaruhi jiwa kanak-kanak. Pengaruh ini berdasarkan iklim budaya, tempat tinggal, persekitaran dan didikan keluarga. Antaranya ialah lagu berunsur teka-teki dan lagu nasyid. Kedua-dua lagu begini dapat membangun kecergasan dan kreativiti kanak-kanak.

15 Kesimpulan Sebenarnya semua puisi tradisional boleh dilagukan
Ini seperti Pantun Syair Gurindam Seloka Mantera Nazam Contoh:

16 Cuba anda pula yang melagukan puisi tradisional.
Selamat mencuba…………


Download ppt "EED 3217 EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google