Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
HAK CIPTA DAN PERPUSTAKAAN
2
AKTIVITI PERPUSTAKAAN
1. PENYIMPANAN BAHAN FOTOKOPI – KEPERLUAN OLEH PENSYARAH DAN PELAJAR. 2. MEMBUAT SALINAN BUKU DAN PENERBITAN LAIN. 3. BAHAN AUDIO VISUAL 4. BAHAN ELEKTRONIK 5. BAHAN ARKIB 6. PINJAMAN ANTARA PERPUSTAKAAN Nazura Abdul Manap Hakcipta dan Perpustakaan
3
KENAPA MENJADI ISU HAKCIPTA?
Pengurusan perpustakaan berurusan dengan hasilkarya hakcipta yang bukan dimilikki oleh institusi perpustakaan. Terdapat tanggungan atau liabiliti undang-undang ke atas pengurusan perpustakaan yang memelihara hak eksklusif pemilik hak cipta Nazura Abdul Manap Hakcipta dan Perpustakaan
4
Hakcipta dan Perpustakaan
TANGGUNGAN Tanggungan hakcipta ke atas pengurusan perpustakaan timbul apabila mana-mana hak eksklusif pemilik dilanggari. Perlanggaran hakcipta boleh berlaku melalui aktiviti yang dilakukan oleh pengurus perpustakaan. Nazura Abdul Manap Hakcipta dan Perpustakaan
5
Hakcipta dan Perpustakaan
PENGECUALIAN URUSAN / PENGGUNAAN WAJAR PENGGUNAAN HASILKARYA HAKCIPTA DI BAWAH KAWALAN KERAJAAN, ARKIB KEBANGSAAN, PERPUSTAKAAN NASIONAL, PERPUSTAKAAN NEGERI ATAU MANA-MANA PERPUSTAKAAN AWAM DAN INSTITUSI PENDIDIKAN , SAINTIFIK ATAU PROFESIONAL YANG MANA DINYATAKAN OLEH MENTERI DALAM ARAHANNYA. Nazura Abdul Manap Hakcipta dan Perpustakaan
6
SEKSYEN 13(2) (i)AKTA HAKCIPTA 1987
(2) Walau apa pun subseksyen (1), hak mengawal di bawah subseksyen itu tidak termasuk hak untuk mengawal (i) apa-apa penggunaan sesuatu karya dengan atau di bawah arahan atau kawalan Kerajaan, oleh Arkib Negara atau manamana Arkib Negeri, oleh Perpustakaan Negara atau mana-mana perpustakaan Negeri, atau oleh manamana perpustakaan awam dan institusi pendidikan, sains dan profesional sebagaimana ditetapkan oleh Menteri melalui perintah, jika penggunaan sedemikian adalah untuk kepentingan awam dan bersesuaian dengan amalan yang wajar dan peruntukan mana-mana peraturan; dan (i) tiada keuntungan didapati daripadanya; dan (ii) tiada bayaran masuk dikenakan bagi pertunjukan, tayangan atau permainan, jika ada, kepada awam karya yang digunakan sedemikian; Nazura Abdul Manap Hakcipta dan Perpustakaan
7
SEKSYEN 13(2)(a) AKTA HAKCIPTA 1987
(2) Walau apa pun subseksyen (1), hak mengawal di bawah subseksyen itu tidak termasuk hak untuk mengawal (a) perlakuan mana-mana perbuatan yang tersebut dalam subseksyen (1) secara urusan yang wajar bagi maksud penyelidikan yang bukan mencari keuntungan, pengajian sendirian, kritikan, ulasan atau pelaporan peristiwa peristiwa semasa, tertakluk kepada syarat bahawa jika penggunaan itu adalah penggunaan awam, is hendaklah disertai dengan suatu perakuan tajuk karya itu dan penciptaannya, kecuali jika karya itu yang berkaitan dengan perlakuan apa-apa perbuatan bagi maksud maksud penyelidikan yang bukan mencari keuntungan, pengajian sendirian dan pelaporan peristiwa-peristiwa semasa dengan cara sesuatu rakaman bunyi, filem atau siaran. Nazura Abdul Manap Hakcipta dan Perpustakaan
8
PEMAKAIAN PENGECUALIAN
Art. 9(2) Konvensyen Berne Konvensyen ini membenarkan penyalinan semula dalam :- Hal-hal tertentu sahaja. Tiada konflik dengan eksploitasi normal sesuatu hasil karya. Penghasilan semula tidak secara munasabahnya prejudis kepada kepentingan sah seseorang pencipta. Nazura Abdul Manap Hakcipta dan Perpustakaan
9
Perpustakaan mana yang boleh menggunapakai pengecualian ini?
Copyright (Public Libraries and Educational, Scientific or Professional Institutions) Order 1987 Nazura Abdul Manap Hakcipta dan Perpustakaan
10
URUSAN/PENGGUNAAN YG WAJAR
Tiada definisi khusus diberikan. Wbp kes-kes yang telah diputuskan di mahkamah dapat membantu dalam menentukan elemen urusan wajar. 4 perkara perlu dilihat: Tujuan penggunaan hasilkarya hakcipta Sifat hasilkarya Jumlah dan Bahagian Penting yang diambil Kesan penggunaan kepada pasaran hasilkarya hakcipta tersebut. Nazura Abdul Manap Hakcipta dan Perpustakaan
11
Hakcipta dan Perpustakaan
TUJUAN PENGGUNAAN Tujuan penggunaan perlu terhad kepada pembelajaran persendirian, penyelidikan tanpa keuntungan, kritik, semakan atau laporan kejadian semasa. Perpustakaan- biasanya tidak menjalankan aktiviti di atas kecuali dalam kes-kes tertentu seperti membenarkan pelajar membuat salinan atau memberi pelajar salinan bagi tujuan tersebut. Wbp, penggunaan pengecualian ke atas perpustakaan IPTA boleh digunapakai ianya dibuat secara wajar. Secara wajar bermaksud tiada keuntungan dan tiada yuran dikenakan bagi persembahan atau permainan kepada awam. Nazura Abdul Manap Hakcipta dan Perpustakaan
12
SIFAT HASIL KARYA HAKCIPTA
Perlu dilihat samada :- Hasilkarya telah terbit atau tidak. (hkarya tidak diterbitkan lebih sukar menggunapakai dalihan urusan wajar). Bahan hakcipta itu telah ‘out of print’. Hasilkarya fakta atau seni ( h/k seni lebih sukar mengguna pakai dalihan urusan wajar) Nazura Abdul Manap Hakcipta dan Perpustakaan
13
JUMLAH / BAHAGIAN PENTING
Lebih banyak bahagian hasilkarya diambil, makin sukar dalihan urusan wajar diguna pakai. Sekiranya jumlah yang diambil melebihi jumlah yang munasabah ( hampir 50% drpd keseluruhan hkarya), dalihan urusan wajar sukar diguna pakai. Sekiranya bahagian yg diambil itu amat penting sehingga menjejaskan keuntungan ekonomi pemilik, ini juga menyukarkan penggunaan dalihan ini. Nazura Abdul Manap Hakcipta dan Perpustakaan
14
Hakcipta dan Perpustakaan
KESAN DI PASARAN Tidak menjejaskan kepentingan sah pemilik hakcipta. Nazura Abdul Manap Hakcipta dan Perpustakaan
15
Hakcipta dan Perpustakaan
PENYIMPANAN SALINAN Penyimpanan salinan bahan hakcipta oleh pensyarah bagi kegunaan pelajar. Pengurus perpustakaan mungkin membuat beberapa salinan bagi kegunaan pelajar. Nazura Abdul Manap Hakcipta dan Perpustakaan
16
Hakcipta dan Perpustakaan
MEMBUAT SALINAN Salinan bahan hakcipta boleh dibuat oleh pengurus perpustakaan asalkan memenuhi 4 syarat tersebut. Berapa lama salinan tersebut boleh disimpan di perpustakaan? Biasanya 1 semester, sekiranya lebih drpd itu, maka kebenaran drpd pemilik perlu diperolehi. Berapa salinan boleh dibuat? Seberapa banyak bagi keperluan pelajar untuk akses kepada bahan. Kebenaran membuat salinan fotokopi perlu nyatakan ( dlm bentuk notis) bahawa pelajar tidak boleh membuat salinan lebih dari yang munasabah. Ini untuk mengelakkan pengurus perpustakaan atau institusi bertanggungan. Nazura Abdul Manap Hakcipta dan Perpustakaan
17
Hakcipta dan Perpustakaan
BAHAN AUDIO VISUAL Membuat salinan kepda bahan audio visual bagi memenuhi permintaan pengguna perpustakaan. Membuat ‘master recording’, biasanya tidak lebih 6 bahagian drpd satu-satu lagu. Membuat ‘slides’ drpd gambar dalam buku- penggunaan gambar agak sukar berbanding bahan berasaskan fakta, seperti artikel. Membuat salinan keseluruhan rakaman video- bukan urusan yang wajar. Perlu mencari alternatif lain seperti menayangkan rakaman serentak kpd pelajar dalam kuliah. Nazura Abdul Manap Hakcipta dan Perpustakaan
18
Hakcipta dan Perpustakaan
Tayangan audio visual kepada umum, adakah dibenarkan? Umum- bukan maksud persendirian atau kegunaan domestik. Tayangan audio visual di perpustakaan walaupun umum tetapi tidak berasaskan keuntungan , maka ia adalah urusan yang wajar. Nazura Abdul Manap Hakcipta dan Perpustakaan
19
Hakcipta dan Perpustakaan
BAHAN ELEKTRONIK Memindahkan bahan hakcipta dalam bentuk digital. Selain pindahan kepada bentuk digital, ada kalanya salinan elektronik bahan ditayangkan kepada awam dalam ‘portal’. Perlu memenuhi 4 syarat yang dinyatakan, barulah urusan wajar boleh menjadi dalihan. Nazura Abdul Manap Hakcipta dan Perpustakaan
20
Hakcipta dan Perpustakaan
BAHAN ARKIB Arkib boleh terdiri dari :- Bahan yang telah diterbitkan. Bahan yang tidak diterbitkan. Bagi bahan yang belum diterbitkan tujuan diarkibkan adalah bagi memelihara atau keselamatan dan perlu ada salinan dalam koleksi perpustakaan. Bagi bahan yang telah diterbitkan , tujuan diarkibkan adalah bagi mengganti salinan yang mereka pernah ada dalam koleksi. Salinan asal mungkin telah rosak, hilang atau musnah mahu pun telah tidak dicetak lagi. Maka salinan dibenarkan dalam keadaan ini. Nazura Abdul Manap Hakcipta dan Perpustakaan
21
Hakcipta dan Perpustakaan
Alasan yang sama juga diguna pakai bagi salinan audio visual dan salinan elektronik. Nazura Abdul Manap Hakcipta dan Perpustakaan
22
PINJAMAN ANTARA PERPUSTAKAAN
Pengurus perpustakaan akan bertindak sebagai pemohon atau penerima permohonan. Pinjaman antara perpustakaan boleh membawa kepada isu hakcipta apabila:- Memohon salinan keseluruhan buku Memohon salinan keseluruhan jurnal Memohon artikel daripada jurnal. Menerima permohonan bagi keseluruhan salinan buku. Menerima permohonan bagi salinan jurnal. Nazura Abdul Manap Hakcipta dan Perpustakaan
23
Hakcipta dan Perpustakaan
Dalam mengelakkan pelanggaran hakcipta pengurus perpustakaan perlu memastikan:- Salinan yang dipohon tidak boleh diperolehi dengan harga yang berpatutan. Penggunaannya bagi tujuan pembelajaran persendirian atau pun penyelidikan tanpa keuntungan. Nazura Abdul Manap Hakcipta dan Perpustakaan
24
Hakcipta dan Perpustakaan
Aktiviti Perpustakaan Memenuhi Syarat Tidak melanggar HC Nazura Abdul Manap Hakcipta dan Perpustakaan
25
Hakcipta dan Perpustakaan
TERIMA KASIH Nazura Abdul Manap Hakcipta dan Perpustakaan
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.