Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

PROSES PEMBAHAGIAN SEL

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "PROSES PEMBAHAGIAN SEL"— Transcript presentasi:

1 PROSES PEMBAHAGIAN SEL
=)

2 TAKRIF MITOSIS Proses pembahagian sel tanpa persenyawaan.
Sel dalam organisma boleh dibahagikan kepada 2 iaitu sel soma (MITOSIS) dan sel gamet (MEIOSIS). Sel-sel itu akan mengalami pemecahan bagi menggantikan sel-sel yang rosak dan mati.

3 PERINGKAT PROSES MITOSIS
Terdapat empat peringkat. Peringkat antara dua turutan dua mitosis dinamakan interfasa

4 PERTAMA : PROFASA Kromosom menebal dan memendek Kromosom kelihatan terdiri daripada dua bebenang seiras yang dinamakan kromatid. Kromatid bercantum di sentromer Nukleoslus beransur- ansur hilang. Profasa berakhir dengan penguraian membran nukleus. GAMBARAJAH PROSES ADALAH SEPERTI DI DALAM PENGAJARAN KELAS.

5 KEDUA : METAFASA Bermula dengan perbentukan gelendong
Kromosom tersusun satu baris ditengah-tengah yang dikenali sebagai khatulistiwa.

6 KETIGA : ANAFASA Sentromer membahagi dua
Kromatid berpisah dan ditarik ke kutub sel yang bertentangan apabila gentian gelendong mengecut Anafasa berakhir apabila kromosom sampai di kutub

7 KEEMPAT : TELOFASA Gelendong menghilang Nukleolus muncul semula
Membran nukleus baru terbentuk Kromosom melurus dan menjadi benang halus dalam nukleus Sitokinesis iaitu pembahagian sitoplasma untuk membentuk dua sel anak berlaku

8 Sitokinesis sel haiwan berbeza daripada sel tumbuhan.
Bagi sel haiwan, sitokinesis bermula dengan berlakunya pencerutan membran di bahagian tengah sel. Pencerutan terus berlaku sehingga dua sel anak terbentuk.

9 APLIKASI PROSES MITOSIS
KULTUR TISU Kultur tisu merupakan satu cara menghasilkan anak pokok yang lengkap bermula dengan sebahagian kecil tisu tumbuhan, seperti daun, batang atau sel yang dikulturkan. Merupakan teknik memelihara sel tisu haiwan dan tumbuhan secara in vitro. In vitro merujuk sesuatu yang dijalankan di luar badan organisma, umumnya di balang kaca ataupun tabung uji. Dalam teknik kultur tisu, sel tumbuh dengan membahagi secara mitosis untuk membentuk sel-sel baru dan akhirnya membentuk tumbuhan baru. KEBAIKAN : Beribu-ribu klon yang mempunyai ciri yang baik seperti mempunyai rintangan tinggi terhadap penyakit atau kemarau. Teknik kultur tisu telah digunakan oleh agensi kerajaan seperti Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Lembaga Getah Malaysia, Lembaga Minyak Kelapa Sawit Malaysia.

10 PENGKLONAN Teknik pengklonan dalam haiwan dapat menghasilkan sekumpulan klon yang menyerupai induknya dalam semua aspek. Klon yang dihasilkan akan mempunyai kandungan genetik dan bilangan kromosom yang sama antara satu sama lain dan juga dengan induk. Melalui teknik ini : Klon yang dihasilkan mempunyai ciri yang baik. Klon yang terhasil seiras dengan induk Boleh dibiak dan dihasilkan dengan cepat KEBURUKAN Tidak berupaya menentang penyakit perosak. Sekiranya satu klon diserang penyakit atau perosak, semua klon yang tidak mempunyai daya rintangan terhadap serangan penyakit  atau perosak tersebut, juga akan mati dan menyebabkan kepupusan spesis itu. Klon tidak menunjukkan variasi dari segi genetik.

11 PENGKLONAN

12 PROSES MEIOSIS PROFASA I Kromosom memendek dan menebal.
Kromosom homolog berpasangan (sinapsis) membentuk bivalen. Kromatid menjadi kian jelas Proses pindah silang berlaku antara kromatid-kromatid bagi kromosom homolog. Tempat silangan kromatid dinamai kiasma Gelendung terbentuk di dalam sitoplasma.

13 METAFASA I Membran nukleus menghilang.
Bivalen menyusun di satah khatulistiwa dengan sentromer terikat pada gelendung. Setiap kromosom dalam satu bivalen diarahkan menuju ke kutub yang bertentangan.

14 ANAFASA I Pasangan homolog berpisah dan bergerak ke kutub bertentangan akibat pemendekan gelendung

15 TELOFASA I Kromosom tiba di kutub masing-masing. Gelendung menghilang.
Sitokinesis pembahagian sitoplasma berlaku secara pencerutan membran sel nukleus. Membran nukleus baru terbentuk dan nukleolus muncul semula.

16 INTERFASA Peringkat rehat yang singkat. Replikasi DNA tidak berlaku.

17 PROFASA II Kromosom memendek dan menebal.        Kromatid kian jelas kelihatan. Gelendung terbentuk biasanya pada sudut tepat dengan pembentukan gelendung pertama.

18 METAFASA II Membran nukleus menghilang. Kromosom tersusun di satah khatulistiwa. Membran nukleus menghilang Kromatid-kromatid terikat pada gelendung dengan sentromer.

19 ANAFASA II Gelendung mengecut dan menarik kromatid-kromatid bagi setiap kromosom ke arah yang bertentangan.

20 TELOFASA II Kromatid-kromatid sampai ke kutub. Gelendung menghilang.
Membran nukleus dan nukleolus muncul semula. Sitokinesis berlaku dengan menghasilkan dua sel anak daripada setiap sel anak yang dihasilkan dalam meiosis I. Empat sel anak yang haploid terbentuk.

21 RINGKASAN PROSES MEIOSIS


Download ppt "PROSES PEMBAHAGIAN SEL"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google