Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan olehVeronika Budiaman Telah diubah "6 tahun yang lalu
1
KAJIAN TINDAKAN MEMBINA KABEL RANGKAIAN BERASASKAN HUKUM ALAM OLEH
OLEH ZULKIFLI BIN OTHMAN SMK SERI TANJONG, KUALA SELANGOR.
2
MENU ALAM Bahan Utama Abstrak
1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu 2.0 Isu Keperihatinan 3.0 Objektif Kajian 4.0 Kumpulan Sasaran 5.0 Pelaksanaan Kajian 6.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya 7.0 BIBLIOGRAFI
3
PROPOSAL Abstrak 1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu
2.0 Isu Keperihatinan 3.0 Objektif Kajian 4.0 Kumpulan Sasaran
4
LAPORAN 5.0 Pelaksanaan Kajian 6.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya
7.0 BIBLIOGRAFI
5
Abstrak Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid Tingkatan 4 ICT di dalam subtopik “Cable Crimping and Testing” – Membina Kabel Rangkaian dan Membuat Pengujian. Seramai 30 orang murid Tingkatan 4 ICT, SMK Seri Tanjong, Kuala Selangor dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian pra, ingatan susunan warna bagi kabel T568A dan T568B.
6
Abstrak Hasil ujian pra menunjukkan kebanyakan murid tidak dapat mengingati susunan warna bagi kabel T568A dan T568B. Ada yang membuat susunan secara terbalik dan ramai juga yang menyusun sesuka hati sahaja walaupun proses “Cable Crimping and Testing” – Membina Kabel Rangkaian ini telah dibuat sebelum menjawab ujian pra.
7
Abstrak Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik meningkatkan daya ingatan melalui keadaan persekitaran manusia – Hukum ALAM (Matahari, Angin, Rumput, Tanah). Murid didedahkan kepada Hukum ALAM selama 80 minit sebelum ujian pos di jalankan dan kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh 2 minggu.
8
Abstrak Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi murid. Dapatan soal selidik murid pula menunjukkan murid lebih mengingati, memahami dan seronok belajar subtopik “Cable Crimping and Testing” – Membina Kabel Rangkaian dan Membuat Pengujian melalui Hukum ALAM.
9
HUKUM ALAM Matahari Angin (Langit) Rumput (Kunci) Tanah
10
1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu
Peperiksaan SPM bagi mata pelajaran ICT dibahagikan kepada 2 kertas, iaitu Kertas 1 (ujian bertulis) dan Kertas 2 (kerja kursus). Sebanyak 15 kerja kursus perlu dihasilkan oleh calon mata pelajaran ICT sepanjang tempoh pembelajaran di tingkatan 4 hingga tingkatan 5. Kerja kursus ICT diperuntukkan 30% markah, manakala 70% lagi adalah markah ujian bertulis daripada markah keseluruhan.
11
2.0 Isu Keperihatinan Sesuatu yang amat membimbangkan adalah murid yang dipilih untuk mengambil mata pelajaran ICT sangat lemah dalam mata pelajaran bahasa dan matematik di peringkat PMR. Contoh 1: Bahasa Melayu = B, Bahasa Inggeris = C, Matematik = D; Contoh 2: Bahasa Melayu = C, Bahasa Inggeris = C, Matematik = D; Contoh 3: Bahasa Melayu = C, Bahasa Inggeris = D, Matematik = D.
12
3.0 Objektif Kajian Fokuskan kajian adalah terhadap penguasaan murid dalam menghasilkan kabel rangkaian (“Straigh Cable” dan “Crossed Cable”) walaupun banyak kelemahan lain yang dihadapi oleh mereka. 3.1 Objektif Am Meningkatkan gred purata sekolah (GPS) dengan peningkatan pencapaian ke arah A dan pengurangan pencapaian E dan D. 3.2 Objektif Khusus Membantu pelajar menguasai kemahiran membuat kabel rangkaian dengan mudah.
13
PROPOSAL 4.0 Kumpulan Sasaran Murid Tingkatan 4 ICT Lelaki : 10 orang
Perempuan : 20 orang Jumlah : 30 orang PROPOSAL Cadangan Perlaksanaan Cadangan BAJET
14
5.0 Pelaksanaan Kajian 5.1 Tinjauan Masalah
Tinjauan masalah dibuat berdasarkan ujian pra dan pos
15
5.0 Pelaksanaan Kajian 5.1.1 Ujian Pra dan Ujian Pos
Ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana kefahaman dan ingatan mereka mengenai subtopik “Cable Crimping and Testing” – Membina Kabel Rangkaian dan Membuat Pengujian dalam menghasilkan “Straigh Cable” dan “Crossed Cable” mengikut susunan warna T568A dan T568B. Ujian pra diberikan kepada murid setelah seminggu membuat kabel rangkaian secara kaedah biasa ini. Pada awal mingga kedua murid telah diperkenalkan dengan Hukum ALAM selama 80 minit (satu sesi pembelajaran). Lima hari selepas itu, ujian pos yang menggunakan set soalan yang sama dengan ujian pra telah memberikan. Jawapan murid bagi soalan pra dan soalan pos di semak dan dibandingkan untuk mencari perbezaan dan perubahan kefahaman dan ingatan mereka.
16
5.0 Pelaksanaan Kajian 5.2 Analisis Tinjauan Masalah
5.2.1 Analisis Ujian Pra dan Ujian Pos Perbezaan pencapaian murid dalam ujian pra dan ujian pos adalah seperti berikut:
17
5.0 Pelaksanaan Kajian 5.3 Tindakan yang dijalankan
Murid membuat kabel rangkaian (“Straigh Cable”) mengikut susunan warna T568B. Masa dicatatkan. Ujian pra diberikan pada akhir minggu dan disemak mengikut ketepatan susunan warna T568B. Pada awal mingga kedua murid telah diperkenalkan dengan Hukum ALAM selama 80 minit (satu sesi pembelajaran). Murid membuat kabel rangkaian (“Crossed Cable”) mengikut susunan warna T568A dan T568B. Masa dicatatkan. Pada akhir minggu kedua murid telah diberikan ujian pos menggunakan set soalan yang sama. Seterusnya disemak untuk dibandingkan.
18
5.0 Pelaksanaan Kajian 5.4 Refleksi Kajian
Pencapaian murid dalam ujian pra dan ujian pos menunjukkan peningkatan yang agak ketara. Kebolehan menggunakan Hukum ALAM untuk mengingat skema warna merupakan kaedah yang amat membantu dalam proses menghasilkan kabel rangkaian.
19
6.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya
Hasil dari kajian tindakan yang dijalankan ini pula, saya dapati terdapat perubahan yang positif dari segi amalan pembelajaran murid. Semoga hasil kajian saya ini dapat dimanfaatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan. Seterusnya kajian yang berkaitan Hukum ALAM akan saya dijalankan pada masa akan datang dalam proses pengajaran dan pembelajaran berkaitan mata pelajaran ICT di mana yang difikirkan sesuai.
21
TErIMA KASIH 7.0 BIBLIOGRAFI
Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Manual Kajian Tindakan. Kuala Lumpur: Penerbit Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan TErIMA KASIH
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.