Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
Perkembangan Tamadun Islam
Perbandaran zaman Abbasiyyah (Bab 7)
2
Objektif bab 7 Memberi penjelasan tentang konsep dan ciri-ciri perbandaran Islam Mendalami sejarah perkembangan perbandaran Islam Meneliti proses pembinaan kota Baghdad dan lain-lain Menilai pentingnya perancangan dalam proses perbandaran
3
Konsep dan ciri-ciri perbandaran Islam
Konsep dan ciri-ciri perbandaran Islam diasaskan kepada apa yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. di Madinah
4
Konsep dan ciri-ciri perbandaran Islam…
Pembinaan masjid di bahagian tengah sesuatu kawasan kerana masjid merupakan pusat kegiatan masyarakat Pembinaan penempatan tentera Pembinaan pasar Tiada pembinaan perumahan awam. Bahkan setiap kaum diberi lokasi tertentu untuk membina perumahan sendiri
5
Rumusan konsep perbandaran Islam
Meliputi bangunan masjid, kawasan lapang, premis perniagaan, dar al-imarah, istitusi pendidikan, kawasan perumahan awam, hammamat, kawasan taman, kawasan perkuburan dan kawasan pinggiran bandar (untuk orang asing) Beberapa perkara turut diambil kira seperti keselesaan penduduk, sensitiviti kaum dan perasaan kemanusiaan
6
Sejarah perkembangan perbandaran Islam
Bermula sebaik sahaja Nabi s.a.w. berhijrah dari Mekah ke Yathrib dan kemudiannya membentuk kerajaan Islam di sana dan kemudian menamakan yathrib sebagai al-Madinah (bermaksud kota atau bandar) Asas yang Nabi s.a.w. lakukan dalam proses pembinaan perbandaran Islam di Madinah ialah membina Masjid al-Nabawi, menubuhkan pasar (meliputi premis perniagaan dan industri pembuatan), membina rumah penginapan untuk golongan Muhajirin Idea ini kemudiannya dikembangkan oleh para Sahabat kemudiannya dengan membuat pelbagai pembaharuan
7
Proses pembinaan perbandaran Islam
Pembinaan kota Baghdad Pembinaan kota al-Rusafah Pembinaan kota Samara’
8
Pembinaan kota Baghdad
Baghdad asalnya sebuah perkampungan kecil di pinggir sungai Dajlah Perkembangan Baghdad berlaku selepas ia dibina oleh al-Mansur ( H/ M) pada tahun 145H/762M iaitu lapan tahun selepas beliau memerintah Pembinaan Baghdad mengambil masa selama empat tahun dan siap pada tahun 149H/766M
9
Sepintas lalu tentang pembinaan Baghdad
4,883,000 dirham dibelanjakan oleh khalifah untuk menyiapkan kota Baghdad 100,000 pekerja dibawa dari seluruh empayar. Angka ini termasuk pekerja mahir dalam bidang ukiran dan arkitek dari Sham, Parsi dan India Setelap siap dibina, Baghdad menjadi kediaman rasmi khalifah dan diisytiharkan sebagai pusat pentadbiran empayar Islam menggunakan nama Madinat al-Salam (Kota Kesejahteraan)
10
Kenapa kota Baghdad dibina
Atas keperluan untuk menjadikannya sebagai pusat pemerintahan khalifah al-Mansur Keperluan ini membawa kepada kajian terhadap beberapa kawasan di sekitar negeri Iraq untuk mencari lokasi yang sesuai Baghdad dipilih kerana kedudukan strategik (diapit oleh dua batang sungai utama Iraq iaitu sungai Tigris dan sungai Euphrates) dari segi pertahanan dan ekonomi
11
Kenapa kota Baghdad dibina…
Baghdad juga dipilih kerana mempunyai kawasan dataran yang cantik dan subur serta cuaca yang sederhana berbanding kawasan lain di Iraq
12
Proses pembinaan kota Baghdad
Al-Mansur melantik 4 orang yang bertanggungjawab dalam soal-soal pengurusan pembinaan, pelan induk, arkitek dan pengurusan para pekerja binaan Khalifah menggariskan kawasan seluas 4 batu persegi yang kemudiannya berkembang menjadi lebih luas dengan wujudnya kawasan-kawasan perumahan dan kedai-kedai yang tumbuh ekoran pembinaan kota Baghdad
13
Proses pembinaan kota Baghdad…
Dibina menggunakan batu merah yang kuat Ketinggian kota dianggarkan 9 meter dengan dua lapisan dinding yang setiap satunya setebal setengah meter Di bahagian dalam sekali terdapat satu lagi tembok yang dianggarkan setinggi 30 meter Di bahagian tengah kota terdapat istana khalifah yang dikenali dengan nama Istana Kubah Hijau Berhampiran istana terdapat Masjid Jami’
14
Proses pembinaan kota Baghdad…
Di sekeliling masjid pula terdapat istana putri-putri al-mansur serta kompleks jabatan-jabatan kerajaan Di keliling kota Baghdad terdapat 4 pintu masuk iaitu Pintu Basrah, Pintu Kufah, Pintu Khurasan dan Pintu Shams Di setiap pintu masuk terdapat jambatan kerana kota Baghdad dikelilingi oleh parit yang dalam Di antara pintu pula terdapat 28 buah menara yang dibina untuk menghiasa kota Baghdad Ada kemungkinan menara ini dijadikan tempat pengawal keselamatan mengawasi suasana sekitar kota
15
Proses pembinaan kota Baghdad…
Di sekeliling kota terdapat kedai-kedai dan perumahan-perumahan awam mengikut kaum serta hammamat (tempat mandi awam) Kelengkapan yang wujud ini menjadikan kota Baghdad sebuah kota metropolitan yang maju dan lengkap Keselamatan kota Baghdad dijaga oleh 40,000 tentera Tahap keselamatan yang tinggi menyebabkan Baghdad menjadi tumpuan pedagang dari China, India, Kepulauan Melayu, Turkestan, Timur dan juga Arabia Sehingga kurun ke-9M kota Baghdad telah berkembang sehingga 25 batu persegi
16
Baghdad: Inspirasi pembinaan kota lain
Kejayaan pembinaan kota Baghdad, perkembangan dan kemajuan yang dicapainya telah memberi dorongan kepada khalifah Abbasiyyah untuk merancang mendirikan kota-kota lain seperti kota al-Rusafah dan kota Samarra’ Pembinaan kota baru juga didorong oleh sikap khalifah Abbasiyyah yang gemar memindahkan pusat pentadbiran kerajaan ke kawasan yang diminati
17
Pembinaan kota al-Rusafah
Kota kedua yang dibina oleh al-Mansur pada tahun 151H/768M dan diteruskan pembinaannya hingga zaman al-Mahdi Siap dibina pada tahun 159H/776M Hadiah kepada puteranya al-Mahdi yang berjaya menumpaskan para pemberontak di Khurasan
18
Kenapa kota al-Rusafah dibina
Untuk mengelakkan kesesakan dalam kota Baghdad kerana jumlah tentera yang dibawa oleh al-mahdi daripada Khurasan begitu ramai Tambahan pula di Baghdad sudah terdapat ramai tentera dari berbagai etnik dan telah wujud ciri-ciri asabiyyah di antara mereka
19
Apa yang terdapat di kota al-Rusafah
Lambang keagungan kota al-Rusafah ialah Masjid Jami’ Rusafah dan istana khalifah Bersebelahan masjid terdapat makam orang kenamaan seperti makam permaisuri Khaizuran, isteri khalifah al-Mahdi dan imam Abu Hanifah
20
Apa yang terdapat di kota al-Rusafah
Kawasan istana dipagari tembok batu dengan dikelilingi sebatang anak sungai Di hadapan istana terdapat kawasan lapang dipanggil maydan al-mahdi yang dikelilingi oleh taman bunga yan dikenali dengan nama Bustan al-Hafs
21
Apa yang terdapat di kota al-Rusafah
Di hujung taman terdapat tasik besar yang dibina khusus untuk mengelak banjir Air tasik ini digunakan untuk mengairi taman bunga Premis perniagaan, bangunan kerajaan dan pasar juga wujud Semua jenis barangan boleh didapati dengan mudah di pasar termasuk alat perhiasan dan kain sutera yang diimport dari China dan India
22
Perhubungan dan komunikasi di kota al-Rusafah
Sebuah jalan utama dibina dikenali sebagai Syari’ al-Maydan Di kiri kanan jalan terdapat istana seperti Qasr Umm Habibah (puteri Harun al-Rashid), istana wazir al-wuzara’ dan istana al-Hajib Di hujung jalan terdapat istana iaitu Qasr al-Waddah (berhampiran masjid Khudayr)
23
Pembinaan kota Samarra’
Di bina oleh khalifah al-Mu’tasim 60 batu ke utara Baghdad dan meliputi kawasan seluas 36 km Asalnya kawasan lapang di bahagian timur sungai Dajlah
24
Kenapa kota Samarra’ di bina
Untuk dijadikan pusat pentadbiran Islam Berlaku pertembungan budaya yang tidak sesuai antara penduduk baghdad dengan tentera Turki
25
Inisiatif awal pembinaan Samarra’
Dimulakan oleh Harun al-Rashid yang menggali terusan yang dikenali sebagai Nahr al-Taqul, membina istana sebagai kediaman isteri ketiganya dari keturunan Turki Apa yang dilakukan oleh al-Mu’tasim pula ialah membangunkan Samarra’ mengikut tata cara asas perbandaran Islam iaitu membina masjid, istana, bangunan kerajaan, penempatan tentera, premis perniagaan, penempatan awam dsb.
26
Ciri-ciri perbandaran Islam di Samarra’
Istana sebagai kediaman rasmi khalifah al-Mu’tasim seluas 417 kaki persegi di pinggir sungai Dajlah Masjid Jami’ Samarra’ seluas 400,000 kaki persegi dengan belanja 15 juta dirham Premis perniagaan dan kawasan pasar lambak Kawasan perumahan awam
27
Samarra’ sebagai pusat pentadbiran
60 tahun menjadi pusat pemerintahan khalifah Fungsi ini berakhir apabila khalifah al-Mu’tadid memutuskan untuk memindahkan pusat pentadbiran ke Baghdad
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.