Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Aliran Kesusasteraan.

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Aliran Kesusasteraan."— Transcript presentasi:

1 Aliran Kesusasteraan

2 Aliran Kesusasteraan Aliran kesusasteraan adalah pegangan seseorang penulis dalam menyuarakan sikap dan pemikiran dalam karya-karya yang dihasilkan. Aliran juga merujuk kepada trend atau kecenderungan pemikiran atau fahaman dalam kesusasteraan yang dianuti oleh golongan tertentu yang berkembang pada setiap zaman atau angkatan. Aliran turut menentukan ciri karya sastera pada satu-satu zaman. Antara aliran yang dominan dalam perkembangan kesusasteraan ialah klasisme, romantisme, neo-klasisme, realisme, humanisme, ekspresionisme, absurdisme, surealisme dan eksistensialisme.

3 Aliran Klasisme Skrip drama / karya sastera berdasarkan aliran ini bertunjangkan nasihat dan tanggungjawab sosial dalam sesebuah karya kerana sastera sebagai medium atau alat pendidikan. Rasa tanggungjawab terhadap masyarakat yang didokongi oleh aliran ini bersifat kolektif dan milik bersama. Sastera berasaskan aliran ini ialah sastera yang berpaksikan fikiran dan akl budi yang luhur dan berpekerti tinggi tanpa dibaluti rasa keburukan dan kejelekan walaupun senipis kulit bawang (Aoh K. Hadimadia:1972). Sastera yang terhasil itu adalah karya yang bersifat bersih dan suci.

4 Aliran Romantisme Aliran ini berteraskan sikap dan cara penulis melahirkan gagasan atau ideanya dengan menggambarkan kenyatan hidup yang indah-indah tanpa cacat cela atau sebarang kekurangan. Jika yang digambarkan kebahagian, maka kebahagian itu digambarkan dengan penuh kesempurnaan. Jika kesedihan, penulis akan berusaha menggambarkan nya sehingga mampu menitiskan air mata pembaca atau khalayaknya. Aliran romantisme berteraskan sensitiviti atau sensori yang sentimental sifatnya. Lantaran itu, ia lebih menonjolkan perasaan dengan mengkesampingkan pemikiran rasional dan lain-lain pertimbangan. Sifat emosional karya-karya aliran ini menyebabkan karya-karya sastera beraliran ini tidak berpijak di bumi nyata dan kurang mementingkan aspek kebenaran.

5 Aliran Neo-Klasisme Aliran yang berkembang pada abad ke-19 yang dipelopori oleh Shakspeare dengan menjadikan faktor sejarah diolah semula dengan bentuk kreatif yang menakjubkan. Dalam konteks ini, sastera klasik yang dikategorikan dalam sastera sejarah dan sastera ketatanegaraan, misalnya kisah keagungan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka, keperibadian sultan-sulatan, raja, pemimpin dan kegagahan dan kemasyuharan pahlawan diolah dalam bentuk genre sastera yang lain dengan corak yang lain juga seperti cerpen, novel atau drama.

6 Aliran Humanisme Satu aliran pemikiran yang memberi tumpuan kepada soal-soal kemanusiaan dengan meletakkan aspek manusia dan kemanusiaan pada hirarki yang tinggi. Dalam aliran ini pegangan atau doktrin lain misalnya politik, , keagamaan tidak diutamakan sebaliknya memberi ruang keutamaan kepada fenomena manusia dan kemanusiaan secara tuntas. Perjuangan yang berpaksi kekuatan mental dan untuk mengecapi nikmat kehidupan diletakkan pada landasan yang utama. Aliran ini beranggapan bahawa manusia itu boleh berdiri sendiri dan tidak memerlukan sebarang sandaran atau pertolongan sesiapa. Justeru aliran sedemikian lebih bersifat sekular dan popular di Itali.

7 Aliran Realisme Aliran ini menggambarkan sesuatu berdasarkan keseluruhan kenyataan atau realiti yang sebenarnya ada; iaitu apa yang ditemui, dilihat dan dirasakan. Dalam aliran ini pemaparan kejadian dan peristiwa dilihatkan secara teliti namun ia digambarkan secara wajar dan seadanya. Ini bererti sesuatu itu diperlihatkan secara yang logik tanpa membawakan sesuatu yang belebih-lebihan sehingga terkeluar daripada kerasionalan dan realiti. Dalam erti kata lain pemaparan tentang kisah, tokoh, watak dan perwatakan dalam sesebuah karya itu wujud secara alamiah dan dapat pula ditafsir secara zahir dengan mata hati tanpa diwarni oleh sesuatu yang boleh mengaburi kebenaran dan sesahihan dalam dunia nyata.

8 Aliran Ekspresionisme
Aliran ini adalah kontraduksi dengan aliran Realisme. Penulis tidak lagi menjadikan dunia nyata atau fenomena yang seadanya sebagai inti penceritaannya tetapi sebaliknya memaparkan dunia, fenomena atau persoalan yang wujud dalam diri atau pengalaman batin seseorang seperti tentang emosi, penderitaan, kehidupan yang tidak sempurna. Karya-karya yang terarah dengan aliran ini menggambarkan bahawa keadaan mental adalah gambaran kebimbangan, ketidaktentuan arah haluan rasa manusia moden yang menimbulkan pula rasa kekalutan. Karya beraliran ini tidak mementingkan urutan masa dan peristiwa tetapi yang diutamakan ialah pemaparan emosi semaksimum mungkin walaupun ada ketikanya bersifat drastik dan keterlaluan.

9 Aliran Surealisme Aliran ini mengadakan eksperimen dengan membentuk gubahan bebas, menggunakan kata yang menyimpang daripada aturan lazim, tidak kronogi serta tidak logik. Wujud kemiripan dengan aliran absudisme yang menggunakan susunan atau aturan seperti mimpi, memaparkan bahan tersendiri, kepelikan, fanatik serta separuh peradaban dan turut membentuk imej-imej yang tidak mempunyai hubungan. Aliran ini bertujuan sebagai satu protes dan revolusi menentang segala bentuk kekangan terhadap fungsi kebebasan berfikir manusia yang sering merujuk kepada logik akal, kelaziman dan keteraturan yang formalistik sifatnya. Pendokong aliran ini meluahkan mesej dan persoalan secara pantas dan tuntas berdasarkan pertimbangan fikiran bawah sedar mereka.

10 Absurdisme Dasar fahaman aliran absurdisme ialah bahawa manusia adalah absurd (aneh, luar biasa mustahil dan tidak dapat diterima akal). Penerokaan terhadap alam batin dijadikan landasan pengkajian di samping mengungkapkan hal-hal di bawah sedar manusia, di samping mentafsir persoalan falsafah yang memerlukan ketajaman daya fikir. Bagi penulis Melayu yang mempunyai kepercayaan agama yang tekal, aliran ini mengutamakan aspek kemustahilan dan keluarbiasaan baik dari sudut tema, persoalan atau watak dan perwatakan. Eleman keluarbiasaan dan kelainan sebagai satu bentuk identiti aliran ini. Perkembangan sedemikian ini pernah dilakukan oleh Mana Sikana, S Othman Kelantan dan Noordin Hassan dalam karya-karya terpilih mereka.

11 Eksistensialisme Aliran ini membawa anutan “kewujudan yang mendahului sifat” yang sesuai dengan pencarian yang bertunjangkan falsafah keanehan. Penulis beraliran ini menekankan keinginan untuk mencari kewujudan diri dan mencari identiti diri berdasarkan konsep kehidupan yang berpaksikan ketentuan hidup mati, miskin kaya, bahagian derita, hina mulia. Pencarian kewujudan dan mencari identiti ini disalurkan melalui watak-watak. Umumnya aliran ini terdiri daripada tiga tahap pergolakan iaitu pergolakan jiwa dalam watak sendiri, pergolakan jiwa dalam watak lain dan pergolakan jiwa dengan persekitan atau alam termasuk Tuhan.

12 Sekian, terima kasih


Download ppt "Aliran Kesusasteraan."

Presentasi serupa


Iklan oleh Google