Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

UNIT 14 AYAT TERBITAN.

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "UNIT 14 AYAT TERBITAN."— Transcript presentasi:

1 UNIT 14 AYAT TERBITAN

2 HASIL PEMELAJARAN Pelajar dapat mengenal pasti dan menghuraikan: * pengertian ayat terbitan * proses penerbitan ayat, iaitu dari aspek: > pengguguran > penyusunan semula > peluasan * ayat efektif

3 * ayat yang mengalami proses gramatis
AYAT TERBITAN Ayat terbitan ialah: * ayat yang mengalami proses gramatis * ayat yang menerapkan rumus transformasi * ayat yang merobah peraturan struktur ayat, dan * ayat yang memperluas sesuatu unsur dalam frasa, klausa dan ayat

4 RUMUS TRANSFORMASI Rumus dalam TTG yang menentukan tatacara penukaran satu pola tatabahasa kepada pola tatabahasa yang lain Rumus ini dapat merobah satu jenis ayat menjadi jenis ayat yang lain, dengan cara pengguguran atau penambahan unsur dalam untaian Contoh: Mahasiswa itu penyanyi Penyanyikah mahasiswa itu? (ayat penyata ayat tanya)

5 PROSES PENERBITAN AYAT
proses pengguguran: pengguguran subjek FN, pengguguran FPred, dan pengguguran FN yang mendahului FRelatif proses penyusunan semula: penyusunan FN sebagai subjek, penyusunan FN sebagai objek, dan penyusunan semula melalui ayat songsang proses peluasan: peluasan FN sebagai subjek, peluasan FPred, peluasan dengan kata hubung, dan peluasan melalui proses komplementasi

6 A + B + C menjadi A + C apabila B digugurkan
PROSES PENGGUGURAN Proses meninggalkan bahagian sesuatu binaan, iaitu pembuangan butir linguistik daripada untaian A + B + C menjadi A + C apabila B digugurkan Unsur yang digugurkan itu tidak wujud lagi dalam untaian

7 PENGGUGURAN FN SEBAGAI SUBJEK
Pengguguran KGN diri kedua dalam ayat perintah Contoh: Kamu diam Diam Anda semua masuklah ke dalam dewan ini Masuklah ke dalam dewan ini Awak jangan datang lagi Jangan datang lagi Silalah anda jawab soalan ini Silalah jawab soalan ini

8 PENGGUGURAN SUBJEK DALAM AYAT MAJMUK
Contoh: Mahasiswa itu kuat + Mahasiswa itu berani Mahasiswa itu kuat dan berani Baju ini mahal + Baju ini diimport dari Itali Baju ini mahal kerana diimport dari Itali Mahasiswa itu mendapat Bacelor Sastera kelas pertama + Mahasiswa itu gigih belajar Mahasiswa itu mendapat Bacelor Sastera kelas pertama kerana gigih belajar

9 PENGGUGURAN FRASA PREDIKAT
Pengguguran seluruh FPred FK. Contoh: Halimah membersihkan rumah + Arbak membersihkan rumah Halimah dan Arbak membersihkan rumah Berlari dapat mengeluarkan peluh + Berjalan dapat mengeluarkan peluh Berlari dan berjalan dapat mengeluarkan peluh Hantu berkeliaran + Syaitan berkeliaran Hantu dan syaitan berkeliaran

10 PENGGUGURAN FRASA PREDIKAT
Pengguguran FPred FN. Contoh: Bunga raya lambang negara + Tugu kebangsaan lambang negara Bunga raya dan tugu kebangsaan lambang negara Lelaki itu bukan suaminya + Lelaki ini bukan suaminya Lelaki itu dan lelaki ini bukan suaminya Kesantunan amalan kita + Kebersihan amalan kita Kesantunan dan kebersihan amalan kita

11 PENGGUGURAN FRASA PREDIKAT
Pengguguran FPred FAdj. Contoh: Suami sangat amanah + Isteri sangat amanah Suami dan isteri sangat amanah Mahasiswa harus sabar + Mahasiswi harus sabar Mahasiswa dan mahasiswi harus sabar Perangainya amat unik minggu ini + Sikapnya amat unik minggu ini Perangainya dan sikapnya amat unik minggu ini

12 PENGGUGURAN FRASA PREDIKAT
Pengguguran FPred FSN. Contoh: Suami di Kelantan + Isteri di Kelantan Suami dan isteri di Kelantan Dia akan ke Moscow + Pekerjanya akan ke Moscow Dia dan pekerjanya akan ke Moscow Kain ini untuk ibu + Jam ini untuk ibu Kain dan jam ini untuk ibu

13 PENGGUGURAN BAHAGIAN PREDIKAT
Pengguguran oleh + FN dalam ayat pasif. Contoh: Bola ditendang oleh Ali Bola ditendang Taj Mahal telah dibina oleh Shah Jahan dalam masa 40 tahun Taj Mahal telah dibina Polis yang baru berkhidmat itu telah ditikam oleh pendatang asing Polis yang baru berkhidmat itu telah ditikam Murid itu telah dipukul oleh gurunya Murid itu telah dipukul

14 PENGGUGURAN BAHAGIAN PREDIKAT
Pengguguran kata bantu. Contoh: Dia dapat memandu kereta + Dia dapat memandu lori Dia dapat memandu kereta dan lori Orang itu boleh berpantun + Orang itu boleh bersyair Orang itu boleh berpantun dan bersyair Anaknya belum dapat berjalan + Anaknya belum dapat bertutur Anaknya belum dapat berjalan dan bertutur

15 PENGGUGURAN BAHAGIAN PREDIKAT
Pengguguran FN sebagai objek. Contoh: Orang itu mengejar ayam + Orang itu menangkap ayam Orang itu mengejar dan menangkap ayam Dia menutup pintu + Dia membuka pintu Dia menutup dan membuka pintu Kami menyokong wawasan negara + Mereka menentang wawasan negara Kami menyokong tetapi mereka menentang wawasan negara Ayahnya menembak burung + Anaknya memikat burung Ayahnya menembak dan anaknya memikat burung

16 PENGGUGURAN BAHAGIAN PREDIKAT
Pengguguran FN sebagai objek selepas KKJ yang bermakna adjektif. Contoh: Pemandangan itu amat mengagumkan kami Pemandangan itu amat mengagumkan Kekalahan itu sungguh memilukan pasukan Kelantan Kekalahan itu sungguh memilukan Lakonannya itu sangat mempersonakan penonton Lakonannya itu sangat mempersonakan Saya pasti prestasinya tahun ini akan menggembirakan anda Saya pasti prestasinya tahun ini akan menggembirakan

17 PENGGUGURAN FN YANG MENDAHULUI FRASA RELATIF
pengguguran FN subjek. Contoh: Orang itu bapa Aminah + Orang itu memakai kopiah Orang yang memakai kopiah itu bapa Aminah Yang memakai kopiah itu bapa Aminah Puteri itu puteri bongsu + Puteri itu cantik berseri Puteri yang cantik berseri itu puteri bongsu Yang cantik berseri itu puteri bongsu

18 PENGGUGURAN FN YANG MENDAHULUI FRASA RELATIF
pengguguran FN Objek. Contoh: Imai membeli baju + Baju itu merah Imai membeli baju yang merah itu Imai membeli yang merah itu Mereka memilih hadiah + Hadiah itu menarik Mereka memilih hadiah yang menarik itu Mereka memilih yang menarik itu

19 PENGGUGURAN KN INTI FN Contoh: > Pekerjaan bertani memerlukan teknologi moden > Bertani memerlukan teknologi moden > Sifat sopan santun perlu wujud dalam kalangan pelajar > Sopan santun perlu wujud dalam kalangan pelajar > Amalan bersedekah amat dituntut oleh Islam > Bersedekah amat dituntut (oleh) Islam > Perbuatan merokok membahayakan kesihatan > Merokok membahayakan

20 PROSES PENYUSUNAN SEMULA
Bentuk kata dalam ayat asal diubah struktur Diterbitkan dalam struktur ayat gramatis yang baharu Melibatkan perubahan atau pengguguran kata tertentu, penggantian atau penambahan kata lain Tidak merobah makna ayat

21 PENYUSUNAN SEMULA FN SEBAGAI SUBJEK
Contoh: aktif kepada pasif > Pekerja itu mengecat kereta > Kereta dicat (oleh) pekerja itu > Isterinya memandu lori > Lori dipandu (oleh) isterinya > Saya menembak burung > Burung saya tembak > Kamu membayar bil ini esok > Bil ini kamu bayar esok

22 TRANSFORMASI PASIF Ayat yang mengalami transformasi pasif boleh disusun semula melalui proses penyongsangan. Contoh: * Engkau petik buah setiap malam * Setiap malam engkau petik buah Ayat di atas berasal daripada ayat pasif Buah engkau petik setiap malam. Dan ayat pasif ini berasal daripada ayat aktif Engkau memetik buah setiap malam Catatan: * Ayat aktif bersifat ayat dasar yang mengandung kata kerja wajib berimbuhan meN * Ayat yang mengandung kata kerja yang tidak berimbuhan meN ialah ragam ayat pasif * Ayat aktif atau ayat pasif boleh disongsangkan

23 PENYUSUNAN SEMULA FN SEBAGAI OBJEK
Penyusunan ini terjadi pada ayat yang mengandung dua objek, iaitu objek tepat dan objek sipi. Contoh: * Suami menghadiahi isteri kain * Suami menghadiahkan kain kepada isterinya * Mahasiswi memberi mahasiswa bunga * Mahasiswi memberikan bunga kepada mahasiswa. * Orang itu mengurniai isterinya anak * Orang itu mengurniakan anak kepada isterinya * Ismail mengirimi anaknya durian * Ismail mengirimkan durian kepada anaknya

24 PENYUSUNAN SEMULA MELALUI AYAT SONGSANG
Ayat yang mengandung keterangan tempat, masa, syarat, musabab dan sebagainya boleh juga disongsangkan jika keterangan itu dipentingkan. Contoh: * Kami meletakkan hadiah itu di sana * Di sana kami meletakkan hadiah itu * Dia akan berpindah ke hutan * Ke hutan dia akan berpindah * Akan berpindah ke hutan dia * Tikus itu bergerak di dalam kain * Di dalam kain tikus itu bergerak * Bergerak di dalam kain tikus itu

25 PROSES PELUASAN Penambahan unsur tertentu dalam ayat baharu. Terdapat empat jenis peluasan, iaitu: > peluasan FN sebagai subjek > peluasan frasa predikat > peluasan dengan kata hubung > peluasan melalui proses komplementasi

26 PELUASAN FN SEBAGAI SUBJEK
Proses relativisasi, iaitu proses pemancangan ayat ke dalam satu ayat lain sebagai frasa relatif kepada subjek ayat yang menerima pancangan Frasa relatif wujud melalui penggunaan kata relatif yang. Contoh: * Mahasiswi itu buah hatiku * Mahasiswi itu tersenyum * Mahasiswi yang tersenyum itu buah hatiku * Orang itu suaminya * Orang itu memakai kopiah * Orang yang memakai kopiah itu suaminya

27 SYARAT RELATIVISASI Subjek FN sama. Jika subjek tidak sama, relativisasi tidak terjadi. Contoh: * Bangunan itu besar. * Orang itu mengait buah. * Bangunan yang mengait buah itu besar FN identiti sama dan berfungsi sebagai subjek. Jika tidak relativisasi tidak terjadi. Contoh: * Mahasiswi membaling meja. * Mahasiswa membaling mahasiswi. * Mahasiswi yang mahasiswa membaling meja Ayat 2 boleh direlativisasikan dengan syarat ayat itu diubah dalam bentuk pasif. Contoh: *Mahasiswi membaling meja * Mahasiswa membaling mahasiswi. * Mahasiswi dibaling (oleh) mahasiswa (pasif). * Mahasiswi yang dibaling (oleh) mahasiswa itu membaling meja (relativisasi)

28 PELUASAN FRASA PREDIKAT
Peluasan frasa predikat boleh terjadi jika FN menjadi subjek dalam ayat yang dipancangkan. Contoh: * Mastura menjolok buah itu * Buah itu bulat * Mastura menjolok buah yang bulat itu * Anaknya memanjat pokok ini * Pokok ini tinggi * Anaknya memanjat pokok yang tinggi ini * Isteri memukul suami * Suami nakal * Isteri memukul suami yang nakal

29 PELUASAN DENGAN KATA HUBUNG
Proses penggabungan dua konstituen yang sama dalam ayat dengan kata hubung seperti dan, tetapi, kerana, jika, walaupun… Contoh: * Mahasiswa ini bahagia * Mahasiswi itu kecewa * Mahasiswa ini bahagia tetapi mahasiswi ini kecewa * Emak pergi ke pasar * Ayah pergi ke pasar * Emak dan ayah pergi ke pasar * A mahu pergi ke bulan * B tidak mahu pergi ke bulan * A mahu pergi ke bulan walaupun B tidak mahu pergi

30 PELUASAN SECARA KOMPLEMENTASI
Proses yang merobah ayat menjadi satu FN, dan memancangkannya pada ayat yang lain. Contoh: * Wanita itu melaporkan sesuatu suaminya kahwin lagi * Wanita itu melaporkan bahawa suaminya kahwin lagi Struktur batin ayat di atas adalah seperti yang berikut: * Wanita itu melaporkan suaminya kahwin lagi. Komplementasi jenis ini terjadi dengan syarat FN subjek dalam ayat induk dan ayat kecil adalah sama

31 TRANSFORMASI KOMPLEMENTASI FRASA KERJA
Ayat berikut terhasil daripada pelaksanaan transformasi komplementasi frasa kerja Contoh: * Dia pergi menembak rusa * Orang itu berdiri mengambil buku * Perawan ini duduk termenung sepanjang hari * Mahasiswa itu tidur berdiri * Petani duduk mencangkung

32 TRANSFORMASI KOMLEMENTASI FRASA KERJA
Ayat yang dipancangkan itu dikuasai oleh nod FK, bukannya FN. Ini demikian kerana FK dalam ayat induk ialah FKTT. Ayat tersebut tidak boleh dipasifkan Ayat di atas juga mungkin mempunyai struktur batin seperti contoh berikut: * Perawan itu duduk sepanjang hari dan * Perawan itu termenung sepanjang hari Setelah mengalami proses pengguguran kh dan FN yang sama, maka wujudlah ayat terbitan seperti yang terjelma pada struktur permukaan * Perawan itu duduk termenung sepanjang hari

33 Unsur ayat yang digunakan hanyalah yang perlu
AYAT EFEKTIF Ayat yang singkat, padat, jelas, lengkap dan dapat memberikan maklumat dengan tepat Unsur ayat yang digunakan hanyalah yang perlu Setiap unsur ayat benar-benar berfungsi dan mengandung makna yang sarat dengan maklumat Tiada pengulangan ungkapan dari sudut struktur atau makna

34 Keutuhan, kesatuan, dan keserasian makna dengan srtuktur
CIRI AYAT EFEKTIF Keutuhan, kesatuan, dan keserasian makna dengan srtuktur Kesejajaran bentuk kata atau ayat secara ketatabahasaan Kefokusan idea hingga mudah difahami dan dihayati Kehematan penggunaan unsur ayat Kecermatan dan kesantunan Kevariasian kata dan struktur

35 KESEJAJARAN Kesejajaran (paralelisme) dalam ayat ialah penggunaan bentuk yang sama dan susunannya tekal, iaitu dari segi: frasa + frasa: (menyanyikan lagu, mengajak bicara, mengajak bercanda…) kata nama + kata nama: ( kesatuan, kemakmuran, kesejahteraan, kegembiraan, kedamaian…; perikanan, percubaan, pertanian, perkebunan…) kata kerja + kata kerja: (mengerjakan, memerihalkan, menghuraikan…,memperpanjang, mempererat, mempermurni…, dikerjakan, diperihalkan, dihuraikan, kehujanan, kedinginan, ketulangan…)

36 Penyakit kanser paling mengerikan dan berbahaya kerana cara pencegahan dan pengubatannya tiada yang tahu sepatutnya: Penyakit kanser paling mengerikan dan membahayakan kerana cara pencegahan dan pengubatannya tiada yang tahu Skop kerjanya merangkumi pembelian buku, membuat katalog dan mengatur pinjaman buku Skop kerjanya merangkumi pembelian buku, pembuatan katalog dan pengaturan pinjaman buku, atau Skop kerjanya membeli buku, membuat katalog dan mengatur pinjaman buku

37 Dengan penghayatan yang sungguh-sungguh terhadap profesionnya serta memahami tugas yang dilagangnya, pensyarah itu… sepatutnya: Dengan penghayatan yang sungguh-sungguh terhadap profesionnya serta pemahaman tugas yang dilagangnya, pensyarah itu… atau Dengan menghayati sungguh-sungguh terhadap profesionnya serta memahami tugas yang dilagangnya, pensyarah itu Ubat ini terdapat di toko ubat, jamu dan farmasi Ubat ini terdapat di toko ubat, toko jamu dan farmasi

38 Langkah berikut perlu dilakukan:
> pertemuan dengan penasihat akademik > menentukan tajuk > melaporkan kemajuan penyelidikan > bertemu dengan pembimbing Sepatutnya: > menemui penasihat akademik > menemui pembimbing

39 Penggunaan internet akan menyebabkan…
A. melancarkan tugas B. menambahkan wibawa C. meningkatkan pengeluaran D. bertambahnya pengetahuan sepatutnya: Penggunaan internet akan meningkatkan… A. kelancaran B. kewibawaan C. pengeluaran D. pengetahuan

40 Contoh berikut memperlihatkan rincian yang baik dan sejajar walaupun tidak sejenis
Komunikasi ialah hubungan yang dilakukan… A. dengan telefon (keterangan alat) B. untuk mendapatkan maklumat (keterangan tujuan) C. oleh dua pihak atau lebih (keterangan pelaku) Yang perlu diperhatikan ialah penalaran maklumat yang melibatkan pilihan C

41 Ayat dari sudut tatabahasa betul, tetapi maknanya kurang tepat
KEUTUHAN Wujudan keserasian antara struktur dengan makna, seperti dua sisi daripada kepingan wang yang sama Ayat dari sudut tatabahasa betul, tetapi maknanya kurang tepat Contoh: Saya saling memandang dan tersenyum (salah) Ayat ini salah kerana tiada kesesuaian antara struktur dengan makna. Sepatutnya: Kami saling memandang dan tersenyum

42 Contoh lain: Dia bersalam-salaman sepatutnya: Mereka bersalam-salaman, atau Dia dan temannya bersalam-salaman Setelah menyiapkan semuanya, acara perasmian itupun dimulai Setelah menyiapkan semuanya, mereka memulai acara perasmian itu, atau Setelah semuanya disiapkan, acara perasmian itupun dimulai

43 …mempunyai lima peringkat umum, iaitu merancang, mengumpul data, analisis serta integrasi dan pengukuran semula Sepatutnya: …mempunyai lima peringkat umum, iaitu merancang, mengumpul data, menganalisis serta mengintegrasi, dan mengukur semula atau …mempunyai lima peringkat umum, iaitu perancangan, pengumpulan data, penganalisisan serta pengintegrasian dan pengukuran semula …melangkaui usaha membasmikan kemiskinan dan pengagihan pendapatan semata-mata …melangkaui usaha membasmikan kemiskinan dan mengagihkan pendapatan semata-mata …melangkaui usaha pembasmian kemiskinan dan pengagihan pendapatan semata-mata

44 KEFOKUSAN Ayat efektif perlu memfokuskan idea penting agar senang difahami maknanya. Jika tidak, maka tersebut sukar ditanggap dan ini akan menghambat komunikasi. Contoh: > Sukar ditingkatkan kualiti dan kuantiti produk hortikultur (tidak efektif) > Produk hortikultur sukar dipertingkat kualiti dan kuantitinya (efektif) > Keterampilan memaham, keterampilan bertutur, keterampilan membaca dan keterampilan menulis adalah modal utama pemasar produk (tidak efektif) > Keterampilan memaham, bertutur, membaca dan menulis ialah modal utama pemasar produk (efektif)

45 KEHEMATAN Setiap unsur ayat perlu berfungsi dengan baik, unsur yang dianggap lewah dan mubazir mesti dihindarkan. Antaranya: > subjek ganda: bungkusan itu saya sudah buka sepatutnya saya sudah membuka bungkusan itu > penggandaan kata yang sudah mendukung maksud jamak: aktiviti, mahasiswa, universiti, rumah… > penggunaan bentuk singkat: SPR memberikan perigatan kepada perayu undi agar tidak memasuki kawasan mengundi sepatutnya SPR memperingatkan perayu undi agar tidak memasuki kawasan mengundi; bapa membelah kayu dengan menggunakan kapak sepatutnya bapa membelah kayu dengan kapak > penggunaan bentuk kata aktif dan bertenaga: dia berdiri lalu berlari ke padang sepatutnya dia bangkit lalu berlari ke padang; guru memperhatikan muridnya sepatutnya guru mengamati muridnya

46 Pengulangan subjek ayat perlu dihindari. Contoh:
Mahasiswa itu segera mengubah rancangannya setelah dia bertemu dengan pensyarah sepatutnya: Mahasiswa itu segera mengubah rancangan setelah bertemu dengan pensyarah Hadirin berdiri setelah mereka mengetahui pengantin tiba Hadirin berdiri setelah mengetahui pengantin tiba

47 Kata berhiponim perlu dihindari. Contoh:
Perhimpunan itu akan diadakan pada hari Isnin, 6 haribulan Mac, tahun 2017 sepatutnya: Perhimpunan itu akan diadakan pada Isnin, 6 Mac, 2017 Warna putih dan warna merah ialah warna kegemaran ibu bapanya Putih dan merah ialah warna kegemaran ibu bapanya

48 KECERMATAN Pilihan kata berdasarkan daya ekspresinya yang pasti bukan kerana sedap didengar. Banyak kata yang bersinonim, tetapi hanya satu yang paling tepat maksudnya dalam konteks tertentu. Contoh: > Adalah dimaklumkan bahawa… sepatutnya Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa…; Dia adalah guru sepatutnya Dia ialah guru > Oleh sebab soalan sudah diketahui sebelumnya, mahasiswa itu dapat menjawab soalan peperiksaan dengan mudah sepatutnya Oleh sebab sudah mengetahui sebelumnya, mahasiswa itu dapat menjawab soalan peperiksaan dengan mudah > sejuk, dingin; panas, suam; ajal, mati, maut, meninggal dunia, mangkat; akrab, erat, intim, karib…

49 KESANTUNAN Idea yang diekspresikan dapat mengembangkan suasana yang baik, hubungan yang harmonis dan keakraban. Tanda ayat yang baik dan santun ialah singkat, jelas, lugas, dan tidak berbelit-belit. Contoh: > Seperti yang telah ditentukan, pekerjaan itu biasanya dikerjakan sekali seminggu sepatutnya Seperti yang telah ditentukan, pekerjaan itu biasanya dilakukan sekali seminggu atau Telah ditentukan bahawa pekerjaan itu dilakukan sekali seminggu > Aspek lain yang perlu diambil kira ialah dari segi hubungan masyarakat sepatutnya Aspek lain yang perlu diambil kira ialah hubungan masyarakat

50 KEVARIASIAN Kepelbagaian boleh diwujudkan variasi struktur, diksi dan gaya dengan tidak mengubah makna. Antaranya ayat biasa - songsang, aktif – pasif, ayat tunggal, ayat majmuk gabungan, pancangan (relatif, komplemen, keterangan), ayat campuran… Contoh: > Ayah menembak burung, burung ditembak ayah, menembak burung ayah > Kedua-dua orang tuanya bekerja di sawah ketika keempat-empat anak mereka belajar di sekolah, Ketika keempat-empat anak mereka belajar di sekolah, kedua-dua orang tuanya bekerja di sawah > Orang itu kakak ipar saya. Orang itu menyapu di halaman rumah; Orang yang sedang menyapu di halaman rumah itu kakak ipar saya

51 KETEPATAN DIKSI Setiap kata perlu mengungkapkan idea dengan tepat, iaitu dengan mengambil kira kata yang bersinonim, struktur idiomatik, kata yang berlawanan makna, serta ketepatan dan kesesuaiannya mengikut konteks. Antara yang perlu dihindari ialah: * Penggunaan kata yang bersinonim dalam satu frasa: agar – supaya, demi – untuk, adalah – merupakan, bagi – untuk, naik ke atas, turun ke bawah… - Anda makanlah ubat agar supaya cepat sembuh * Penggunaan kata tanya yang tidak menanyakan sesuatu: di mana, yang mana, bagaimana, mengapa … - Kampung di mana kami tinggal selama sepuluh tahun telah membangun dengan pesat * Penggunaan kata berpasangan yang tidak sepadan: tidak hanya – tetapi juga, bukan hanya – tetapi juga - Orang itu tidak hanya pandai, tetapi juga rajin sepatutnya orang itu tidak hanya pandai, melainkan juga rajin * Penggunaan kata berpasangan secara idiomatik yang tidak sesuai: sesuai bagi, membicarakan tentang, hanya sahaja…

52 KETEPATAN DIKSI Contoh lain: Televisyen berwarna/televisyen warna. Berasaskan analogi batik tulis (batik yang ditulis), sabun mandi (sabun untuk mandi), maka bentuk yang sesuai ialah televisyen warna (tv yang ada warnanya atau tv yang memiliki warna). Berdoa/membaca doa/pembacaan doa. Berdoa (bermohon kepada Tuhan dengan doa), membaca doa (orang yang mengucapkan doa dengan melihat/memahami isi teks atau doa yang tertulis), pembacaan doa (proses, perbuatan atau cara membaca doa). Yang paling sesuai acara berdoa. Berkereta api, berbasikal, bermotosikal, berkuda, berkereta (lazim)/berbas, berkapal, berunta…(tidak lazim)

53 KETEPATAN DIKSI Pewaris bermaksud orang yang memberikan warisan atau pemberi warisan, bukan orang yang menerima warisan Penidur /petidur. Penidur orang yang menidurkan seperti kata penulis (orang yang menulis), pengajar (orang yang mengajar)…Petidur orang yang sering tidur seperti kata pemalas (orang yang malas), pelari (orang yang berlari, pemain (orang yang bermain), petinju (orang yang bertinju)… Hujung tahun/penghujung tahun. Hujung lawannya awal. Jika ada penghujung tentu ada penghawal. Yang paling sesuai hujung/akhir, awal/akhir minggu, bulan, tahun, abad… Sediaan makanan, layanan masyarakat dan memberikan arahan bukannya persediaan/penyediaan makanan, pelayanan masyarakat dan memberikan pengarahan, seperti bentuk bantuan dan harapan (bukan pembantuan atau pengharapan)

54 KETEPATAN DIKSI dikenakan/dikenai * Barang siapa yang membuang sampah di tempat awam, akan dikenakan denda RM500 Kata dikenakan dalam ayat di atas tidak tepat kerana barang siapa dalam posisi itu dapat dikenai, bukan dikenakan Jika barang siapa itu digantikan dengan siapa/sesiapa, mereka, maka akan lebih jelas tidak tepatnya Ayat itu menjadi lebih berkesan jika dibuat seperti yang berikut: * Sesiapa/mereka yang membuang sampah di tempat awam, akan dikenai denda RM500 (Ia dijatuhi hukuman denda) * Denda RM500 akan dikenakan kepada sesiapa/mereka yang membuang sampah di tempat awam (denda dijatuhkan kepadanya)

55 KETEPATAN DIKSI Akhiran i dan kan
Kedua-dua akhiran ini memiliki makna lokatif yang kontras jika dilekatkan pada kata kerja yang sama * Saya mendatanginya di masjid (subjek pelaku dan objek tempat perbuatan) * Saya mendatangkannya ke masjid (objeklah yang melakukan perbuatan) * Pengetua maktab membawahi pensyarah di maktabnya (subjek berada di bawah) * Pengetua maktab membawahkan pensyarah di maktabnya (objek berada di bawah) * Saya menugaskannya ke Thailand (objek menjadi tugas ke Thailand) * Saya menugasinya ke Thailand atau Saya memberinya tugas ke Thailand (memberi objek tugas) * Beliau memasuki surat ke dalam sampul (subjek yang masuk dalam surat) * Beliau memasukkan surat ke dalam sampul (objek yang masuk dalam sampul)

56 KETEPATAN DIKSI > memandikan jenazah (menjadikan jenazah mandi) > menyembahyangkan jenazah (menjadikan jenazah sembahyang) > menyembahyangi jenazah (subjek sembahyang untuk jenazah) > mendoakan jenazah (berdoa untuk jenazah) > mengafani jenazah (memasangi jenazah kafan) > memakamkan jenazah (menanam/menguburkan jenazah) > Berikan anak anda makanan berkualiti (yang diberi ialah anak, bukannya makanan berkualiti) > Beri anak anda makanan berkualiti / Berikan makanan berkualiti kepada anak anda (yang diberi ialah makanan berkualiti)

57 KETEPATAN DIKSI Kedua-dua ibu bapanya telah memberikannya kehidupan yang baik (yang diberi ialah nya, bukan kehidupan yang baik) Kedua-dua ibu bapanya telah memberinya kehidupan yang baik / kedua-dua ibu bapanya telah memberikan kehidupan yang baik kepadanya (yang diberi ialah kehidupan yang baik) Beliau mentertawakan pelawak yang lucu itu (pelawak yang lucu itu tertawa) Beliau mentertawai pelawak yang lucu itu / Pelawak yang lucu itulah yang mentertawakan beliau (beliau yang tertawa)

58 DIKSI KURANG SANTUN Penggunaan kata dalam suasana formal: aku – saya, bini – isteri, laki – suami, betina – perempuan, jantan – lelaki, jamban – tandas - bilik air - kamar kecil, penganggur – tuna karya… Pilihan kata yang mengekspresikan data secara subjektif: menurut pendapat saya sepatutnya data menunjukkan bahawa…, penelitian / kajian / pengalaman membuktikan bahawa… Penggunaan kata yang tidak jelas maknanya: anggun, andal, lugas, citra, rekayasa… Pemilihan kata yang tidak sesuai dengan konteks: baku – dialek Penolakan dan pembuktian tanpa makna yang pasti: tidak menjawab pertanyaan secara langsung dan pasti

59 KESALAHAN AYAT: STRUKTUR
* Ayat aktif tanpa subjek - Menurut Asmah mengatakan bahawa subjek ayat ialah… sepatutnya Asmah mengatakan bahawa subjek ayat ialah… atau menurut Asmah, subjek ayat ialah… * Kata depan di hadapan subjek - Di Kuala Lumpur mempunyai bangunan pencakar langit sepatutnya Kuala Lumpur mempunyai bangunan pencakar langit atau Di Kuala Lumpur terdapat bangunan pencakar langit * Kata yang di hadapan predikat - Lelaki yang memakai kopiah sepatutnya Lelaki memakai kopiah (ayat tunggal) - Lelaki yang memakai kopiah itu suami Minah (ayat majmuk pancangan)

60 KESALAHAN AYAT: STRUKTUR
* Kata depan di hadapan objek - Jurutera itu menghuraikan tentang struktur bangunan sepatutnya Jurutera itu menghuraikan struktur bangunan * Kata penghubung pada awal ayat - Dia cendekia. Sehingga kerap memenangi pertandingan sepatutnya Dia cendekia sehingga kerap memenangi pertandingan * Penghubung ayat - Meskipun sudah berkuasa, tetapi ia tetap merendah diri sepatutnya Meskipun sudah berkuasa, ia tetap merendah diri * salah urutan - Beliau menulis laporan, mengamati data , menyunting laporan, dan menyerahkan laporan itu kepada ketuanya sepatutnya Beliau mengamati data, menulis laporan, menyunting laporan, dan menyerahkan laporan itu kepada ketuanya

61 KESALAHAN AYAT: EJAAN Penggunaan huruf besar, huruf kecil, huruf miring, huruf tebal… Pemenggalan kata Penulisan kata baku Penulisan unsur serapan penulisan kata asing Penggunaan tanda baca: titik, koma, tidak dua, titik koma, tanda petikan satu (‘…’), tanda penyingkatan (`…)… Penulisan ayat atau paragraf: induk ayat, anak ayat, petikan langsung dan petikan tidak langsung Penulisan keterangan tambahan, penulisan aposisi Penulisan judul buku, makalah, skripsi, tesis, disertasi, jurnal, surat khabar, majalah… Penulisan judul bab, subbab, bahagian, subbahagian… Penulisan data pustaka dalam teks, catatan kaki dan bibliografi

62 KESIMPULAN Ayat terbitan ialah ayat yang mengalami proses gramatis Ayat terbitan mengalami proses pengguguran, penyusunan semula dan peluasan Proses pengguguran merangkumi pengguguran FN sebagai subjek, pengguguran frasa predikat, dan pengguguran frasa relatif Proses penyusunan semula melibatkan susunan aktif pasif, transformasi pasif, susunan objek, dan ayat songsang Proses peluasan melibatkan FN sebagai subjek, frasa predikat, dan kata hubung dan proses komplementasi Ayat efektif ialah ayat yang mempunyai ciri keutuhan, kesejajaran, kefokusan, kehematan, kecermatan, kesantunan, kevariasian, ketepatan diksi, tiada diksi kurang santun dan tiada kesalahan ayat dari segi struktur dan ejaan

63 Wahai anakanda cahaya mata rajin dan tekun dalam bekerja
MADAH PUJANGGA ORANG YANG GAGAH DAN BERANI IALAH ORANG YANG MAMPU MENAHAN NAFSU KETIKA MARAH Wahai anakanda cahaya mata rajin dan tekun dalam bekerja penat dan letih usah dikira supaya kelak hidupmu sejahtera


Download ppt "UNIT 14 AYAT TERBITAN."

Presentasi serupa


Iklan oleh Google