Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

KOMUNIKASI VERBAL BAB 5.

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "KOMUNIKASI VERBAL BAB 5."— Transcript presentasi:

1 KOMUNIKASI VERBAL BAB 5

2 Segitiga Makna Fikiran Kata atau simbol Benda atau Rujukan

3 Kata dan Makna Simbol. Arbitrari. Terikat kepada konteks.
Terikat kepada budaya . Mempunyai makna denotatif dan makna konotatif. Mengkomunikasikan makna konkrit dan abstrak.

4 Makna Denotatif Definisi yang terhad dan tepat Contoh:
Mahasiswa ialah pelajar lelaki di universiti.

5 Makna Konotatif Reaksi peribadi yang subjektif terhadap suatu kata
Contoh: Mahasiswa ialah pelajar lelaki di universiti yang tidak rajin tapi selalu berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan

6 Kata Mempunyai Kekuatan
Kekuatan untuk membina. Kekuatan untuk mempengaruhi fikiran dan tindakan. Kekuatan untuk menyentuh perasaan dan mencerminkan budaya.

7 Halangan Kata: Salah Pengertian (Bypassing)
Salah interpretasi kata yang menyebabkan perbezaan makna kepada orang lain Contoh: “Lemah lembut” mungkin bermakna “sopan” kepada seorang ibu tetapi bermakna “seperti sifat perempuan” kepada seorang remaja lelaki.

8 Halangan Kata: Kata Abstrak (Bafflegab)
Penggunaan kata-kata abstrak yang tidak perlu. Contoh: “Sila jangan bercakap dengan kuat dan buat bising” “Sila diam” lebih sesuai.

9 Halangan Kata: Kurang Jelas
Kata-kata yang tidak betul penggunaanya atau tidak tepat caranya. Contoh: Dia ada kodok yang bergetah. Balaknya berminyak. Tahi bintang saiznya sangat besar.

10 Halangan Kata: Kesamaan
Mengkategorikan semua orang atau benda sebagai sama. Contoh: Semua ahli parti politik itu mempunyai kepentingan peribadi.

11 Halangan Kata: Penilaian Statik
Melabelkan orang, objek, dan peristiwa tanpa mengira sebarang perubahan. Contoh: Pak Abu memanggil anak saudaranya yang berumur 21 tahun sebagai budak nakal hanya kerana dia telah memecahkan tingkap rumah Pak Abu semasa dia berumur 10 tahun.

12 Halangan Kata : Polarisasi
Keterangan mengenai seseorang atau sesuatu yang ekstrim. Contoh: Sama ada kau terlalu pandai atau terlalu bodoh jika kau menyukai orang itu.

13 Halangan Kata: Kekeliruan Inferens fakta
Mengatakan sesuatu sebagai fakta tanpa membuat sebarang pemerhatian sebenar atau mengambil pendapat pakar. Contoh: Lelaki lebih pandai dan berfikiran jauh berbanding wanita.

14 Halangan Kata : Bahasa Bias (prejudis)
Kata-kata yang menggambarkan diskriminasi terhadap wanita, kaum dan agama. Contoh: Orang Melayu bodoh, orang Cina pengotor, orang India jahat.

15 Kesan Bahasa Nama dan identiti
membentuk cara orang lain berfikir mengenai dan menilai diri kita mempunyai konotasi yang berbeza eg Badang - lelaki kuat, Ah Moi - perempuan, lemah, singa - garang, kancil - bijak, lemah

16 Kesan Bahasa Nama dan identiti
Nama yang ganjil menyebabkan orang menjadi rendah diri Kesan lebih negatif kepada lelaki

17 Kesan Bahasa Kredibiliti dan Status Gaya bercakap mencerminkan status.
Penting semasa temuduga.

18 Kesan Bahasa Dalam hubungan
“Convergence” ialah cara penyesuaian percakapan seseorang mengikut orang lain yang ingin disertainya ie. mengubah percakapan mengikut cara orang ramai “Divergence” ialah penyesuaian percakapan yang menunjukkan persaudaraan eg. orang Kelantan bercakap bahasanya bila bertemu dengan kawannya senegeri

19 Kesan Bahasa Dalam hubungan
Demonstrative Pronoun Choice ialah cara percakapan yang menggunakan kata-kata  yang lebih positif atau negatif eg. Kamu, awak, engkau dan saya, aku, untuk menunjukkan kemesraan atau permusuhan. Sequential placement ialah satu cara menyusun kata yang mengisyaratkan sikap seseorang terhadap sesuatu perkara atau benda. Biasanya cara susunan ialah positif dahulu kemudian negatif.

20 Kesan Bahasa Dalam hubungan
Negation ialah cara menyatakan sesuatu yang tidak disukai dengan cara terselindung atau indirect eg. “It wasn’t bad”, “Bolehlah”, “OK lah”. Duration atau jangka masa percakapan boleh dijadikan ukuran sama ada dua orang teman itu mempunyai hubungan rapat atau tidak eg. orang bercinta.

21 Kesan Bahasa Kuasa, Power
Penggunaan bahasa boleh mencerminkan kuasa eg. kamu dan anda. Kebaikan - menunjukkan keyakinan, ketegasan dan kredibiliti. Keburukan - hasil jangka pendek, mencerminkan peradaban yang lemah. Cara yang baik ialah gunakan gabungan bahasa yang kuat dan lemah lembut eg. tanya soalan bukan suruh. 

22 Kesan Bahasa Semangat bangsa, Racism dan Seks, sexism
Bahasa racist dan sexist memberikan kesan buruk pada konsep kendiri orang yang didiskriminasikan Bahasa racist merendahkan sesuatu bangsa dan bahasa sexist mengagungkan orang lelaki eg. orang kulit hitam, putih, colored. Mankind, policemen, fireman, dll.

23 Penggunaan dan salahguna Bahasa
Kejituan dan kekaburan Bahasa equivocal - bahasa yang mempunyai lebih daripada satu definisi eg. lukisan ini sangat unik, saya tak pernah melihat sesuatu seperti ini. Euphemism – menggunakan perkataan yang sedap dan baik didengar untuk menggantikan perkataan yang kasar eg. Garang = Tegas 

24 Penggunaan dan salahguna Bahasa
Kejituan dan kekaburan Penilaian statik ialah kata-kata yang menetapkan definisi atau sifat seseorang eg. Ali bodoh, Dia lembab. Sepatutnya diganti dengan perkataan yang lain eg. Dia belum faham.

25 MEMBENTUK IKLIM KOMUNIKASI ANTARA PERSEORANGAN YANG HARMONI

26 Gunakan Kata-kata Untuk Membentuk Hubungan Yang Saling Menyokong.
Nyatakan perasaan atau pendapat anda bukan membuat penilaian ke atas dirinya. Selesaikan masalah bukan mengawal orang lain. Bersifat ikhlas bukan manipulatif.

27 Gunakan Kata-kata Untuk Membentuk Hubungan Yang Saling Menyokong.
Berempati bukan neutral. Bersifat fleksibel bukan keras hati. Letakkan diri kita setaraf dengannya bukan lebih tinggi.

28 Respons Yang Betul Akan Mengesahkan Nilai Kendiri Seseorang
Sahkan sesuatu yang telah dikatakannya. Bersetuju dengan pandangannya. Beri sokongan; biarkan dia sedar yang kita cuba memahami perasaannya,

29 Respons Yang Betul (samb’)
Tanya soalan jika kita faham apa yang dimaksudkan olehnya . Nyatakan perasaan positif ekoran daripada pernyataannya yang positif tentang dirinya. Berilah pujian jika anda mampu memberikannya dengan ikhlas.

30 Respons Yang Salah dan tidak harmonis
RESPONS KOSONG (Impervious response) Respon yang tidak memberi sebarang petanda (muka kosong – tidak bercakap langsung). Tidak ada tanda verbal dan non-verbal. Contoh: Aminah: Saya suka uacapan awak tadi, menarik perhatian. Ali: (Diam – tiada respons – muka selamba)

31 Respons Yang Salah dan tidak harmonis(samb’)
RESPONS MENGGANGGU / MENCELAH (Interrupting response) Anda memotong atau mencelah percakapan komunikator sebelum ia selesai bercakap. Contoh: Aminah: Saya ada satu berita yang menarik … Ali: (tiba-tiba mencelah). Ohhh, pasal pasaran saham tu, indeks komposit turun lah…

32 RESPONS TIDAK RELEVAN (Irrelevant response)
Anda berusaha mengalihkan tajuk perbicaraan tanpa ada hubungan sama sekali dengan apa yang didengar. Contoh: Aminah: Ketika kapal terbang kami mula mendarat tadi, tiba-tiba kami mendengar satu letupan dari bahagian belakang kapal terbang itu. Mujur juga kami selamat sekarang. Ali: Tak kiralah sama ada kereta itu besar atau kecil, awak nak naik dengan saya kan…

33 RESPONS SEKILAS (Tangential response).
Anda memberi respons pada pernyataan yang didengar, tetapi dengan segera mengalih perbicaraan Contoh: Aminah: Saya berpendapat kita harus melaksanakan program itu demi kebaikan mahasiswa di UPM ini. Ali: Saya setuju, pendapat itu baik, tapi… eh, malam tadi cerita Lone Ranger kena tembaklah!

34 RESPONS IMPERSONAL (Impersonal response)
Anda memberi komen dengan menggunakan kata ganti orang ketiga. Contoh: Aminah: Awak suka tak dengan dia? Ali: Orang tak sukalah.

35 RESPONS BERCELARU (Incoherent response)
Anda berbicara dengan kalimat-kalimat yang tidak tersusun dan tidak lengkap Contoh: Aminah: Saya tidak suka lelaki kat sini, berlagaklah. Ali: Iyalah.. Kadang-kadang tu… er … memang mereka berlagak tapi dia orang baik juga sebab dia orang suka bantu perempuan, tapi sombong jugalah… dan… kalau… er, awak tak suka mereka kenapa? Itulah pasal… lelaki memang macam tu… tapi… susahlah nak cakap… sebab saya lelaki juga… maaf le yea… aku pun tak tahu nak cakap….

36 RESPONS BERCANGGAH (Incongruous response) Anda menyampaikan respon lisan yang bertentangan dengan respons bukan lisan. Contoh: Aminah: Maafkan aku Ali… Ali: Hah, itulah awak (marah tapi suara mendatar)


Download ppt "KOMUNIKASI VERBAL BAB 5."

Presentasi serupa


Iklan oleh Google