Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
wakaf UNIT 6 Kelas Bimbingan Dewasa
2
PERKARA YANG AKAN DIPELAJARI
Wakaf memanfaatkan harta ke jalan Allah dan kebaikan manusia. Syarat bagi barang wakaf. Rukun orang yang ingin mewakafkan. Perbezaan wakaf keluarga dan wakaf kebajikan. Manfaat wakaf.
3
wakaf Menahan harta yang dapat diambil manfaatnya dan kekal keadaannya untuk jalan Allah. Berakhirnya hak milik tuan empunya terhadap barang yang diberikan. Barang yang diberikan menjadi milik Allah dan hendaklah digunakan untuk kebaikan manusia.
4
Apabila sesuatu harta diwakafkan, maka hendaklah dilantik seoranag pengurus wakaf.
Pengurus wakaf = Mutawalli. Harta wakaf tidak terletak ditangannya, ianya kekal, tidak boleh dijual beli atau diberikan kepada sesiapa sebagai hadiah atau warisan.
5
Sejarah wakaf ZAMAN RASULULLAH S.A.W…
Bermula pada zaman Rauslullah s.a.w ketika Baginda berhijrah ke Madinah dan membina masjid pertama yang menjadi pusat Islam. Dibina masjid itu diatas tanah milik 2 orang anak yatim. Rasulullah ingin membayar harganya tetapi nak itu berkeras tidak mahu menerimanya tetapi hanya menghrapkan ganjaran dari Allah s.w.t.
6
Zaman Sahabat r.a….. Saidina Uthman r.a. telah membeli sebuah perigi dan mewakafkan untuk kegunaan semua orang sekaligus melepaskan orang Islam dari larangan orang Yahudi terhadap orang Islam untuk mengambil air dari perigi mereka. Saidina Umar membeli sebidang tanah di Khaibar dan meminta pandangan Rasulullah bagaimana untuk memanfaatkan tanah itu.
7
Rasulullah s.a.w bersabda:
“ Ikatkanlah harta asal dan berikan untuk faedah manusia yang tidak akan dijual dan tidak tertaklut kepada Hibah atau pewarisan. Bawakan hasilnya untuk anak atau saudara kamu dan mereka yang memerlukan pada jalan Allah ”.
8
Zaman selepas Khulafa’ Ar-Rasyidun r.a…..
Kerajaan Umayyah. Abad ke-2 Hijrah, terdapat undang-undang ketat tentang institusi wakaf. Sebuah unit wakaf telah ditubuhkan pada zaman kerajaan Umayyah dan diuruskan oleh Kadi. Pada zaman ini, terbentuklah sebuah biro yang melindungi orang yang teraniaya, mengawasi ketidakadilan dan bertanggungjawab mengurus dan mentadbir wakaf.
9
Zaman selepas Khulafa’ Ar-Rasyidun r.a…..
Kerajaan Abbasiyah hingga kini. Kadi masih lagi orang yang bertanggungjawab menguruskan hal wakaf. Sekarang ini, Mutawalli dilantik sebagai pengurus harta wakaf. Terdapat banyak harta yang diwakafkan dari zaman Umayyah hingga kini dan harta itu sampai kepada kita.
10
Sekolah, rumah sakit, rumah anak yatim, masjid dan dana pendidikan melalui harta wakaf.
Banyak aktiviti kebajikan orang awam dijalankan melalui wakaf orang Islam. Mesir mempunyai menteri yang bertanggungjawab tentang hal ehwal wakaf. Wakaf sebagai potensi sumber dana.
11
“ Berbuat baiklah semoga engkau bahagia (menang)” (al-Hajj:77)
HUKUM WAKAF Sangat digalakkan tetapi tidak wajib. Firman Allah Ta’ala: “ Berbuat baiklah semoga engkau bahagia (menang)” (al-Hajj:77) Sabda Rsulullah s.a.w : Apabila seseorang meninggal, amalnya putus kecuali dalam tiga hal, iaitu: Sedekah Jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh yang mendoakan.” (HR Muslim dan yang lain)
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.