Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan olehAri Sutedja Telah diubah "6 tahun yang lalu
1
Unit 1: Pengenalan bidang komunikasi dan teori komunikasi
Belajar berkomunikasi dan belajar tentang komunikasi sebagai satu bidang pengajian adalah 2 perkara yang berlainan. Setiap orang boleh berkomunikasi TETAPI masih perlu belajar teori komunikasi. Komunikasi adalah satu bidang baru sains sosial berbanding bidang lain. Bidang komunikasi sentiasa berkembang kerana adanya kepentingan terhadap bidang berkenaan.
2
Definisi Teori Satu kenyataan yang mengandungi konsep konsep dan perkaitan di antaranya yang membolehkan seseorang memahami, menjelas, menerang, menilai, membuat ramalan, dan membuat kawalan terhadap fenomena (Caragan & Shields, 1998). Satu percubaan untuk menerang atau menjelaskan satu pengalaman atau satu idea tentang bagaimana sesuatu kejadian berlaku (Littlejohn, 1996).
3
Definisi Teori Teori adalah peta tentang kebenaran, teori adalah jawapan sementara yang dibentuk bagi persoalan yang timbul tentang sesuatu fenomena (Griffin, 1997) Teori dirumuskan sebagai; Kenyataan/penerangan yang dibentuk bagi menerangkan sesuatu fenomena/situasi. Bersifat sementara. Kajian sistematik perlu bagi menyokong bukti penerangan dan penjelasan. Teori boleh diterima, ditolak dan diubahsuai berdasarkan hasil kajian sistematik.
4
Kepentingan Teori Sebagai panduan dalam membuat keputusan dan mengambil tindakan. Membantu mengenalpasti pola peristiwa di persekitaran agar jangkaan dapat dibuat mengenai sesuatu fenomena. Membolehkan keputusan dibuat berdasarkan kepentingan yang disejajarkan dengan ramalan dan jangkaan. Membantu seseorang untuk menjadi lebih cekap dan berkemampuan menyesuaiakan diri dengan orang lain atau situasi yang berubah-ubah.
5
Memboleh seseorang menyesuaikan diri dengan keadaan yang kompleks.
Membantu individu manusia untuk menghadapi situasi kehidupan yang sukar secara proaktif. Membolehkan individu mentafsir peristiwa secara lebih fleksibel dan seimbang. Membantu individu melihat atau mentafsir sesuatu perkara dengan perspektif baru. Membantu individu untuk meluaskan tanggapan dan bersedia untuk menghadapi situasi yang sentiasa berubah.
6
Apa dia komunikasi? Umumnya, konsep komunikasi agak sukar didefinisi atau ditafsirkan. Konsep komunikasi adalah subjektif dan mengandungi pelbagai makna/maksud. Masalah wujud sebab maksud komunikasi yang diguna seharian adalah berbeza daripada penggunaannya oleh penyelidik & sarjana.
7
Dimensi definisi komunikasi dipengaruhi;
1. Tahap pemerhatian (observation) Dimensi ini menyatakan bahawa terdapat definisi komunikasi yang luas dan terbatas/sempit. 2. Tahap tujuan (intention) Dimensi ini lebih tertumpu kepada penjelasan mengenai tujuan komunikator dalam proses komunikasi. 3. Pertimbangan normatif (normative) Dimensi ini mengambilkira kepentingan proses komunikasi berdasarkan realiti.
8
Unsur komunikasi Perkara yang mesti/perlu wujud bagi membolehkan komunikasi berlaku. 1. Unsur asas sumber & penerima (komunikator) mesej saluran 2. Unsur lain Perkara/komponen lain membolehkan komunikasi berlaku secara lebih efektif. Contohnya maklumbalas, gangguan dan persekitaran.
9
Model komunikasi Model ialah gambaran mudah dan ringkas untuk menerangkan apa dia komunikasi. Model Lasswell (1948) yang berbentuk pernyataan “who says what to whom using what channel with what effect” ATAU “siapa berkata apa kepada siapa melalui saluran mana dengan kesan apa”. Model Matematik atau Model Shannon & Weaver (1949) dirujuk sebagai model yang melihat komunikasi sebagai proses pemancaran mesej. Model Berlo/Model SMCR (1960) melibatkan empat unsur utama (sumber, mesej, salauran & penerima).
10
Jenis komunikasi Komunikasi antara perseorangan – Melihat bagaimana komunikasi berlaku di antara dua individu secara bersemuka. Komunikasi kumpulan – Komunikasi di anatra individu (3 orang dan lebih) dalam situasi membuat keputusan (mesyuarat dan perbincangan). Komunikasi ini turut melibatkan komunikasi antara perseorangan. Komunikasi keorganisasian – Berlaku dalam jaringan kerjasama yang melibatkan semua bentuk/jenis komunikasi lain. Komunikasi ini melibatkan struktur dan fungsi organisasi, hubungan manusia, proses pengurusan dan budaya organisasi.
11
Komunikasi massa – Komunikasi yang melibatkan khalayak yang ramai dan biasanya menggunakan medium. Bentuk komunikasi umumnya adalah 1-hala dan terdapat juga yang bersifat interaktif. Komunikasi antara budaya – Komunikasi yang berlaku di antara komunikator yang berbeza budaya dan melibatkan komunikasi antara perseorangan. Komunikasi publik – Komunikasi yang berlaku antara sumber (seorang individu) dengan penerima (ramai) yang kebiasaannya bersifat komunikasi 1-hala seperti semasa kempen pilihanraya.
12
Definisi teori komunikasi
Hubungan di antara konsep teoritikal yang membantu memberi (secara keseluruhan atau sebahagian) keterangan, penjelasan, penilaian atau ramalan mengenai tindakan manusia berdasarkan komunikator (orang) berklomunikasi (bercakap, menulis, membaca, mendengar, menonton, dan sebagainya) untuk tempoh tertentu melalui media (bahan perkembangan teori) – (Cragan & Shields, 1998)
13
Definisi teori komunikasi
Satu teori atau sekelompok “collective4 wisdom” yang didapati dalam keseluruhan teori berkaitan proses komunikasi (Littlejohn, 1996). Satu perkataan atau istilah yang merupakan payung untuk semua perbincangan dan analisis yang dibuat secara teliti, sistematik dan sedar tentang komunikasi (Borman, 1989).
14
Fungsi teori komunikasi
Teori menyusun dan membuat rumusan tentang sesuatu pengalaman. Teori mengembang dan membangunkan ilmu sesuatu disiplin. Teori merangsang dan menjadi panduan kajian pada masa hadapan (secara heuristik). Teori membantu dalam menyokong atau sesuatu jangkaan/ramalan.
15
Klasifikasi teori komunikasi
Teori Am Teori Kontekstual Teori Mikro Teori Khas Teori Simbiotik
16
Teori Am Aplikasinya umum dan meluas.
Memberi penerangan tentang komunikasi melibatkan pelbagai konteks. Tidak terbatas kepada satu tempoh masa. Boleh meramal fenomena komunikasi. Contoh teori maklumat dan teori difusi.
17
Teori Kontekstual Menerangkan fenomena komunikasi mikro atau skala kecil. Menerangkan aspek komunikasi pelbagai konteks tetapi tumpuan pada suatu aspek komunikasi seperti mesej, saluran dan ciri komunikator. Melihat komunikasi sebagai sesuatu yang terbatas dan berfokus kepada fenomena yang khusus. Contoh teori ketidakpastian.
18
Teori Mikro Mengikut konteks antara perseorangan, kumpulan kecil, publik, organisasi, massa dan antara budaya. Wujud banyak teori kontekstual kerana aplikasinya banyak dipengaruhi oleh “konteks”. Contoh teori penanaman (massa), teori functional decision making, teori role emergence.
19
Teori Khas Teori jenis how-to-do.
Panduan kepada pengamal komunikasi tentang jenis dan bentuk komunikasi yang diterima. Berbentuk aplikasi seperti bagaimana menjalankan temubual, merangka ucapan, merancang majlis dan selainnya. Contoh merangka ucapan pembujukan.
20
Teori Simbiotik Berasal dari bidang yang berkaitan dengan konteks komunikasi (perniagaan, pengurusan, bahasa, sains politik, psikologi, pendidikan, sosiologi dan selainnya). Wujud dalam hubungan dan aplikasi yang rapat dengan teori komunikasi.
21
Maklumat tambahan Baca dan fahami topik seterusnya seperti yang terdapat dalam modul. Sebarang masalah boleh dirujuk dengan Tutor pusat pembelajaran, perbincangan kumpulan dan rujukan/ semakan maklumat di internet.
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.