Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

IPGM KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "IPGM KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM"— Transcript presentasi:

1 IPGM KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
PENGGUNAAN BAHAN 2D & 3D

2 IPGM KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
APAKAH 2D????

3 IPGM KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
BAHAN 2D Bahan 2D adalah bahan-bahan visul yang dilukis atau dicetak atau digambarfotokan di atas sekeping kertas atau permukaan. Jenis-jenis bahan 2D yang dapat digunakan di dalam bilik darjah termasuklah: a. Gambar b. Grafik c. Carta d. Peta e. Graf f. Poster g. Kad Imbasan h. Kad Gambar

4 IPGM KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
GAMBAR Gambar sama ada dalam bentuk hitam putih atau berwarna merupakan gambaran sebenar rupa bentuk manusia, tempat dan benda yang telah dirakamkan dengan kamera dan dicetak di atas kertas foto atau filem. pelbagai bentuk dan jenis gambar foto boleh didapati seperti pemandangan, pekerjaan manusia, aktiviti harian, sejarah, sains, hobi dan lain-lain

5 IPGM KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
CONTOH BAHAN 2D

6 IPGM KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
GRAFIK Grafik adalah gambar-gambar yang dilukis dalam bentu hitam putih atau berwarna warni

7 IPGM KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
CARTA Carta Organisasi Menunjukkan hubungan atau rantaian pentadbiran dalam sesuatu kumpulan

8 IPGM KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
Carta Klasifikasi Untuk mengkelaskan kategori bahan, peristiwa, spesis, taksonomi tumbuhan atau haiwan ikut kumpulan atau sifatnya

9 IPGM KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
Carta Masa Hubungan masa dan peristiwa untuk meringkaskan masa satu siri peristiwa yang telah berlaku PERKARA BULAN CATATAN JAN FEB MAC APRIL TERIMA TUGASAN LAKARAN LUKISAN KERJA MENGHASILKAN MEJA KOPI PERSEMBAHAN

10 IPGM KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
Carta Jadual Keterangan berdata atau bernilai yang beri penjelasan mengenai masa dan waktu sesuatu perkara atau peristiwa yang akan berlaku QUANTITY (RM NUM OF RESPONDENTS fx SEMPADAN ATAS SEMPADAN BAWAH 1 – 10 15 10.5 0.5 11 – 20 7 22 20.5 21 – 30 3 25 30.5 31 – 40 2 27 40.5 41 – 50 1 28 50.5 51 – 60 29 60.5 61 – 70 30 70.5

11 IPGM KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
Carta Urutan Satu siri urutan/ sekuen/ prosedur/ aliran sesuatu proses Dibuat mendatar supaya mudah diikuti dan difahami

12 IPGM KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
CARTA Graf adalah gambaran visual mengenai satu set nilai data yang dapat memberi penerangan boleh tampak mengenai hubungan dan perubahan-perubahan yang berlaku pada set data itu. Graf adalah satu pesembahan visual yang menarik dan berguna dalam pengajaran dan pembelajaran.

13 IPGM KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
Jenis-jenis graf Graf Bar Graf bergambar / pictograf Graf bulat / pai Graf garisan

14 IPGM KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
Graf bar Graf bulat / pai Graf pictograf Graf garisan

15 IPGM KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
APAKAH 3D????

16 IPGM KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
BAHAN 3D Bahan 3D adalah bahan-bahan yang mempunyai bentuk serta menyerupai bahan yang sebenar. Banyak jenis bahan boleh didapati di dalam kumpulan ini

17 IPGM KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
Bahan-bahan 3D yang digunakan oleh guru sebagai alat Bantu mengajar antara lain termasuklah : • Realia • Model • Diorama • Akuarium dan terrarium • Boneka • Topeng

18 IPGM KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
REALIA Realia adalah bahan-bahan yang sebenarnya dan ia boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut: (a) Realia Asli bahan hidup yang sebenarnya, dan masih hidup seperti cacing tanah, belalang dan sebagainya, bahan sebenarnya yang kaku (bukan hidup) seperti mesin, jentera dan lain-lain.

19 BAHAN REALIA ASLI BUKAN HIDUP

20 IPGM KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
(b) Realia Awet Bahan-bahan hidup yang telah diawet dan disimpan di dalam atau tanpa bendalir kimia. Contoh, ikan dan serangga.

21 IPGM KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
(c) Spesimen merupakan contoh hidupan yang dapat mewakili kumpulan hidupan tertentu yang mempunyai sifat-sifat atau ciri-ciri yang lazimnya terdapat pada kumpulan hidup tersebut. Biasanya spesimen didapati sebagai bentuk bahan awetan. Contohnya Kutu Daun dan udang. Selain itu, bahan-bahan hidup seperti daun boleh digunakan sebagai spesimen untuk menunjukan sifat-sifat am suatu kumpulan tumbuhan.

22 LABAH-LABAH CENGKERIK LEBAH

23 IPGM KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
MODEL Model adalah binaan rupa bentuk bahan atau benda asal yang mungkin diperbuat daripada bahan keras seperti tanah liat, plastisin dan getah. Beberapa pecahan jenis model: Model Berskala Model Olok-olok Model Keratan Rentas

24 IPGM KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
Model Berskala model bahan yang diperbuat dalam saiz yang sama besar dengan benda asal ataupun dalam saiz yang lebih kecil dengan berpandukan kepada skala pembesaran atau pengecilan tertentu. Setiap bahagian yang dibuat menyerupai benda yang asal. Contohnya keretapi dan kapal terbang.

25 REPLIKA ISTANA MELAKA

26 IPGM KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
b) Model Olok-olok Model yang diubahsuai daripada rupa bentuk yang sebenarnya, untuk menunjukan pergerakan atau perjalanan kerja pada benda asal itu. Biasanya model olok-olok ini dibuat lebih besar daripada keadaan asal tanpa menghiraukan skala pembesaran tertentu tetapi masih dapat menunjukkan keadaan asal yang sebenarnya

27 MODEL OLOK-OLOK

28 IPGM KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
c) Model Keratan Rentas Model besar yang menunjukkan keratan rentas pada satu bahagian tertentu sesuatu benda Tujuan >>> memperlihatkan rupa bentuk bahagian dalam benda tersebut. Keratan rentas selalunya digunakan dengan lebih meluas dalam matapelajaran Sains Contoh keratan rentas daun atau kulit manusia

29 KERATAN RENTAS BATANG POKOK

30 IPGM KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
DIORAMA Pameran model-model yang disusun rapi supaya dapat menggambarkan keadaan atau rupa bentuk satu situasi pemandangan asal. Kebanyakan diorama dapat dilihat di dalam muzium yang mempamerkan pemandangan-pemandangan atau keadaan semasa zaman silam.

31 IPGM KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
Selalu digunakan dalam subjek Kajian Tempatan, Sains dan sebagainya. Diorama boleh dihasilkan dengan mudah, Murid boleh digalakkan membuat projek dengan menggunakan bahan-bahan seperti tanah liat, plastisin, kepingan polisterin dan bahan-bahan buangan lain

32 DIORAMA PERISTIWA DIORAMA CERITA DIORAMA TEMPAT

33 IPGM KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
AKUARIUM Akuarium ialah tempat untuk memelihara hidupan dalam air sementara Akuarium boleh disediakan dengan menggunakan bekas-bekas kaca ataupun balang-balang plastik. Ikan tropika boleh dipelihara di dalam akuarium tersebut

34 AKUARIUM

35 IPGM KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
TERRARIUM Terrarium pula ialah tempat untuk memelihara hidupan kecil atas tanah. Digunakan untuk memelihara haiwan-haiwan kecil seperti mengkarung, kura-kura kecil, katak dan reptilia-reptilia kecil yang tidak berbahaya. Kotak-kotak kecil bertutup boleh digunakan sebagai terrarium.

36 TERRARIUM HAIWAN TERRARIUM TUMBUHAN TERRARIUM TUMBUHAN

37 IPGM KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
BONEKA Digunakan sebagai alat bantu mengajar yang berkesan terutama untuk pelajaran Bahasa atau Pendidikan Moral. Beberapa jenis boneka boleh dihasikan untuk kegunaan guru termasuklah; (a) Boneka sarung Tangan (b) Boneka Lidi (c) Wayang Kulit (d) Boneka Bertali (e) Topeng

38 IPGM KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
Boneka Sarung Tangan Sarung tangan boleh digubah menjadi badan dan anggota boneka. Semasa menggunakan boneka jenis ini jari dimasukkan ke dalam sarung tangan itu dan gerakkan untuk menghidupkan anggota boneka

39 IPGM KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
b) Boneka Lidi Boneka ini diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal. Kemudian lidi panjang diletakkan pada badan boneka termasuk pada anggota-anggota tertentu yang bakal digerakkan semasa menggunakannya, boneka dijulang pada lidi utama dan lidi-lidi yang lainnya digoyangkan untuk menggerakkan anggota badan boneka tersebut

40 IPGM KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
c) Wayang Kulit Dilukis di atas kertas tebal, diwarnakan dan bentuknya di potong keluar. Lidi-lidi halus diletakkan pada tempat-tempat tertentu pada badan boneka itu. Semasa memainkan boneka ini, ia ditempatkan di bahagian belakang satu skrin putih. Lampu dinyalakan dan bayang-bayang boneka tersebut akan kelihatan di atas skrin. Lidi digoyang-goyangkan untuk menggerakkan anggota boneka. Satu lagi cara persembahan wayang kulit ialah dengan menggunakan OHP sebagai sumber cahaya dan imej boneka akan terpapar di atas skrin

41 WAYANG KULIT

42 IPGM KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
d) Boneka Bertali Boneka Bertali atau ‘marionette’ diperbuat daripada bahan-bahan keras seperti papier mache, plaster-of-Paris atau kayu. Tali-tali halus disambungkan kepada bahagian-bahagian boneka yang boleh bergerak. Semasa digunakan, tali-tali itu ditarik untuk membuat anggota-anggota boneka tersebut bergerak

43 BONEKA BERTALI

44 IPGM KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
TOPENG Topeng boleh diperbuat daripada kertas atau dengan menggunakan papier mache. Topeng amat sesuai untuk situasi main peranan atau lakonan dalam mata pelajaran Bahasa atau Pendidikan Moral

45 IPGM KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
KEBAIKAN DAN KELEMAHAN PENGGUNAAN BAHAN 2D & 3D

46 IPGM KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
KEBAIKAN BAHAN 2D menerangkan dengan jelas konsep-konsep abstrak kepada idea-idea yang maujud dan formal. mudah didapati dan mudah dihasilkan. tidak memerlukan peralatan khas kecuali ianya terlalu kecil. boleh disesuaikan dengan semua peringkat pengajaran pembelajaran dari set induksi hingga ke penutup dapat menunjukkan mengenai sesuatu benda atau keadaan yang baru kepada murid dengan jelas dan tepat.

47 IPGM KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
KEBAIKAN BAHAN 3D Konsep yang betul dibina kerana murid boleh melihat benda yang sebenar. Pembelajaran akan berlaku dengan lebih sempurna kerana murid dapat belajar daripada penggunaan bahan-bahan yang sebenar. Murid dapat memahami tentang sifat, binaan serta pergerakan sesuatu benda itu dengan lebih baik Memberi pengalaman tentang keadaan sebenar sesuatu bahan atau benda itu. Menggalakkan murid membuat kajian lanjut mengenai sesuatu kejadian atau hasilan. Memberi lebih banyak peluang kepada murid berinteraksi diantara satu sama lain. Menimbulkan semangat ingin tahu yang akan membawa kepada konsep pembelajaran melalui penyelidikan.

48 IPGM KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
KELEMAHAN BAHAN 2D Kadangkala ianya terlalu kecil untuk dilihat dengan baik oleh murid-murid dalam sesuatu bilik darjah yang besar. Tidak dapat menunjukkan keadaan atau sifat sebenar sesuatu benda kerana berbentuk dua demensi. Kaku, tiada pergerakan. Oleh itu, mungkin konsep sebenarnya bahan yang ditunjukkan tidak dapat sampai kepada murid dengan sepenuhnya. Kadangkala tidak mempunyai warna, maka penegasan kesahan tidak dapat dibuktikan


Download ppt "IPGM KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google