Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

FEM 3301 Etika dan Nilai dalam Pembangunan TAJUK 7, 8, 9 dan 10 PEMBANGUNAN DARI PERSPEKTIF HOLISTIK (seimbang, sepadu dan beradab)

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "FEM 3301 Etika dan Nilai dalam Pembangunan TAJUK 7, 8, 9 dan 10 PEMBANGUNAN DARI PERSPEKTIF HOLISTIK (seimbang, sepadu dan beradab)"— Transcript presentasi:

1 FEM Etika dan Nilai dalam Pembangunan TAJUK 7, 8, 9 dan 10 PEMBANGUNAN DARI PERSPEKTIF HOLISTIK (seimbang, sepadu dan beradab)

2 OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Diakhir pembelajaran pelajar akan dapat:- menjelaskan konsep holistik dalam pemikiran pembangunan menghuraikan kepentingan konsep holistik dalam agenda pembangunan menerapkan pendekatan holistik dalam kajian pembangunan

3 SUB-TOPIK PENGENALAN MAKSUD HOLISTIK KENAPA PEMBANGUNAN HOLISTIK?
PEMBANGUNAN SEIMBANG PEMBANGUNAN BERSEPADU PEMBANGUNAN BERADAB PEMBANGUNAN HOLISTIK: ANTARA IDEAL DAN REALITI RUMUSAN PANDANGAN SARJANA RUMUSAN

4 PENGENALAN Salah satu konsep yang diperkenalkan dalam wacana pembangunan moden adalah apa yang diistilahkan sebagai pembangunan holistik. Maka perbincangan dalam unit ini akan memberi tumpuan kepada bentuk-bentuk pembangunan dalam perbincangan pembangunan holistik iaitu pembangunan seimbang, bersepadu dan beradab Mendalami pemikiran beberapa orang pemikir dan sarjana yang berwibawa dalam falsafah dan pemikiran tentang pembangunan moden maupun klasik seperti Sayyid Hussein al-Attas, al-Farabi dan Ibn Khaldun bagi membantu pemahaman yang lebih mendalam mengenai konsep pembangunan holistik

5 MAKSUD HOLISTIK HOLISTIK? Bahasa Inggeris holistik = balanced,
integrated, sustainable, ethical, civilized Etimologi holistik = menyeluruh Holistik + pembangunan =pembangunan yang bersifat menyeluruh yang merangkumi segala aspek & faktor yang berkaitan dengan kehidupan manusia daripada fizikalnya, persekitarannya sehinggalah kepada soal psikologi jiwa dan kerohanian

6 KENAPA PEMBANGUNAN HOLISTIK?
Kita perlukan pembangunan yang bersifat holistik kerana perspektif holistik melihat pembangunan dalam kerangka yang paling luas dan meyeluruh meliputi segala aspek yang berkaitan dengan kualiti, keperluan dan persekitaran hidup manusia Kerana sifat manusia yang tidak putus-putus mencari jawapan kepada persoalan keperluan fitrah, naluri dan nafsu bagi melengkapkan citarasa kehidupan mereka

7 KENAPA PEMBANGUNAN HOLISTIK?
Manusia akan sentiasa menggunakan keupayaan inteleknya mencari jalan bagi mewujudkan suasana persekitaran yang paling ideal yang terjangkau oleh pemikiran mereka. Cetusan pemikiran pembangunan holistik menjurus kepada pembangunan yang memberikan keselesaan, kesejahteraan dan kedamaian kepada penghuninya bukan kemusnahan dan kemudaratan Holistik perlukan keseimbangan, kesepaduan dan adab

8 PEMBANGUNAN SEIMBANG Apakah yang di maksudkan pembangunan seimbang (balanced development)? Pembangunan seimbang- beri konsep yang lebih menyeluruh tentang pembangunan Meletakkan kedudukan tiap-tiap unsur dan faktor yg menjadi tonggak membentuk pembangunan pada tempat yang betul secara saksama

9 PEMBANGUNAN SEIMBANG Kerana konsep dan manifestasi pembangunan adalah berpasang-pasang seperti maju-mundur, kaya-miskin, desa-bandar dsbgnya Antara aspek-aspek lain yg terlibat dlm pembangunan adalah Manusia ( rohani & jasmani, mental & emosi, individu & komuniti) Persekitaran/ ekosistem (komponen fizikal-alam semulajadi & komponen biologi-hidupan) Ekonomi (makro & mikro) Pendidikan Politik Budaya

10 PEMBANGUNAN SEIMBANG Bagi mencapai pembanguan seimbang perlukan perancangan yang teliti dengan mengambilkira dari perkara yang paling asas iaitu falsafah, nilai hinggalah kepada matlamat. Pembangunan seimbang penting kerana ia menyumbang kepada kesejahteraan kehidupan manusia

11 PEMBANGUNAN BERSEPADU
Apakah yang di maksudkan pembangunan bersepadu (integrated development)? Dari segi terminologi bersepadu bermaksud mengintegrasikan pelbgai elemen yang membentuk satu kesepaduan Beberapa elemen yang asalnya terasing dan tiada kaitan antara satu dengan yang lainnya diletakkan sekali dalam satu kesatuan dan membentuk satu entiti yang kuat disebabkan proses integrasi tersebut.

12 PEMBANGUNAN BERSEPADU
Maka pembangunan bersepadu adalah pembangunan yang mengintegrasikan segala elemen yang penting dalam proses dan strateginya Konsep pembangunan bersepadu melahirkan pelbagai konsep-konsep lain dalam memastikan setiap bidang yang dibangunkan bersifat sepadu contohnya seperti pembangunan mampan/lestari

13 Apakah pembangunan mampan?
Mengikut Brundtland Report 1987 : Pembangunan mampan ialah pembangunan yang dapat memenuhi keperluan pada masa sekarang tanpa menjejaskan keupayaan memenuhi keperluan pada masa depan. Pembangunan bandar yang mampan harus dijalankan dengan mengambil kira keupayaan menampungnya; pengambilan sumber, pengagihan bahan buangan serta kadar pencemaran yang dicetuskan ke atas bandar dan kawasan sekelilingnya.(White & Whitney, 1992) Pembangunan bandar yang mampan perlulah mengambil kira keadilan sosial, keperluan manusia asas, kesihatan awam, kesedaran persekitaran dari segi ruang dan masa. Salah satu cara untuk mencapai pembangunan mampan tersebut adalah melalui kesihatan ekonomi bandar. Justeru itu, aktiviti ekonomi, peluang pekerjaan dan kemiskinan perlu diambil perhatian dan daripadanya peranan aktiviti informal serta perdagangan skala kecil(petty commodity sector) menjadi penting.(David Drakakis-Smith, 1995)

14 Matlamat Pembangunan Mampan
Pemuliharaan Sumber Pembangunan Fizikal Kualiti Alam Sekitar Kesaksamaan Sosial

15 PEMBANGUNAN BERSEPADU
Maka konsep pembangunan bersepadu ini amat penting bagi memastikan sesuatu proses pembangunan tidak tidak tersasar daripada matlamat asalnya tanpa disedari

16 PEMBANGUNAN BERADAB Apakah yang di maksudkan pembangunan beradab (civilized/ethical development)? Ia merupakan cetusan kepada pembinaan suatu paradigma baru dalam wacana mengenai pembangunan masakini Pembangunan yang menekankan soal kemanusiaan kerana pembangunan yg sudah hilang wajah kemanusiaannya, ia tidak lagi boleh dianggap pembangunan

17 PEMBANGUNAN BERADAB Apakah yang di maksudkan pembangunan beradab (civilized/ethical development)? Ia merupakan cetusan kepada pembinaan suatu paradigma baru dalam wacana mengenai pembangunan masakini Menganjurkan pembangunan yang menekankan soal kemanusiaan kerana pembangunan yg sudah hilang wajah kemanusiaannya, ia tidak lagi boleh dianggap pembangunan

18 PEMBANGUNAN BERADAB Pembangunan beradab adalah pembangunan yang meletakkan nilai pada tempat teratas Manusia harus memikul tanggungjawab atas apa jua bentuk dan rupa pembangunan. Sekiranya pembangunan memberi mudarat maka manusia perlu berusaha memperbetulkan mana-mana yang silap. Maka masyarakat manusia perlu melakukan sesuatu secara bersama untuk memastikan perubahan yang berlaku atas nama pembangunan menepati falsafah dan prinsipnya

19 PEMBANGUNAN HOLISTIK: ANTARA IDEAL DAN REALITI
Antara persoalan yang sering ditimbulkan tentang pembangunan holistik ialah apakah ianya boleh diwujudkan atau apakah ianya adalah impian kosong yang tidak mungkin dapat direalisasikan? Kerana terdapat golongan manusia yang menolak pembangunan atas nama “kebahagiaan” kerana mereka beranggapan pembangunan boleh menyebabkan manusia “tidak bahagia”. Apakah bentuk pembangunan yang sebenar?

20 PEMBANGUNAN HOLISTIK: ANTARA IDEAL DAN REALITI
Bagi menghuraikan persoalan ini kita boleh merujuk kepada beberapa tulisan dan pandangan sarjana. 1. Sayyid Hussin al-Attas Dalam makalahnya berjudul “Pembangunan dan Cita Sempurna” Sayyid Hussin menggunakan istilah cita sempurna bagi menggarap pemikiran tentang pembangunan yang dimaksudkan. Menurut beliau cita sempurna adalah pandangan hidup yang menyeluruh bertujuan mewujudkan masyarakat sempurna.

21 PEMBANGUNAN HOLISTIK: ANTARA IDEAL DAN REALITI
Beliau mengemukakan lima syarat yang menjadi teras bagi mewujudkan masyarakat sempurna:- Pertama, pembangunan itu mesti mempunyai sifat insaniah Kedua, pembangunan mesti dilaksanakan oleh pemimpin yang jujur Ketiga, anggota mesti mempunyai kefahaman dan kesedaran tentang pembangunan Keempat, pembangunan mesti didasarkan kepada ilmu Kelima, pembanguan itu mesti memiliki ciri estetika

22 PEMBANGUNAN HOLISTIK: ANTARA IDEAL DAN REALITI
2. Abu Nasr Al-Farabi al-Farabi yang mengemukakan konsep madinah al-fadilah (the ideal state). Dalam huraiannya al-Farabi mengumpamakan sebuah negara dengan tubuh manusia yang mana segala bahagian anggota memainkan peranan seperti yang ditentukan setiap satunya. Apabila kesemua angota dapat memainkan peranannya seperti yang ditentukan kepadanya maka manusia itu dapat berfungsi dengan sempurna.

23 PEMBANGUNAN HOLISTIK: ANTARA IDEAL DAN REALITI
Mengikut pandangan al-Farabi, persoalan sama ada pembangunan holistik yang dimaksudkan dapat dilaksanakan atau tidak seharusnya tidak berbangkit. Ini kerana konsep pembangunan sempurna itu pun merupakan sesuatu yang tidak realistik kerana manusia adalah makhluk yang lemah dan jauh sekali dari kesempurnaan. Manusia sebagai sifatnya makhluk yang lemah perlu mengambil daya usaha untuk mewujudkan pembangunan diri dan persekitaran sebaik dan secanggih yang mungkin

24 PEMBANGUNAN HOLISTIK: ANTARA IDEAL DAN REALITI
3. Ibn Khaldun Ibn Khaldun berpendapat wacana pembangunan perlulah dibina dalam kerangka sejarah. Ini kerana pembangunan adalah bersifat penerusan (continuity) manakala sejarah pula adalah ilmu yang membahaskan proses yang merangkumi :- sebab dan asal usul bagaimana dan mengapa sesuatu proses perkembangan peradaban mencapai tahap kemajuan bagaimana pula proses ianya menghadapi kemunduran.

25 PEMBANGUNAN HOLISTIK: ANTARA IDEAL DAN REALITI
Ibn Khaldun mengemukakan teori kitaran (cyclical) bagi menjelaskan proses ini. Kitab Muqaddimah adalah gambaran pemikiran Ibn Khaldun dalam mengemukakan idea, prinsip, dan segala aspek yang berkaitan dengan proses itu ~ punca kejayaan dan keruntuhan sebuah dinasti, negara, atau peradaban. Dalam analisis Ibn Khaldun, kejayaan dan keruntuhan bukan hanya tergantung pada faktor ekonomi, tetapi juga tergantung pada faktor-faktor lain yang menentukan kualiti, pemerintahan (psikologi, politik, ekonomi, sosial, demografi, sejarah)

26 PEMBANGUNAN HOLISTIK: ANTARA IDEAL DAN REALITI
Dalam Muqaddimah, Ibn Khaldun menggarap pemikirannya dalam berbagai bidang ilmu mengenai pembangunan. Rumusan penting beliau yang sering dirujuk sebagai sebagai The Dynamic Model of Islam atau ‘Model Dinamika Islam’ ~ merupakan antara sumbangan besar pemikiran Islam mengenai pembangunan.

27 PEMBANGUNAN HOLISTIK: ANTARA IDEAL DAN REALITI
8 prinsip penting dalam ‘Model Dinamika Islam’ adalah seperti berikut: Kekuatan pemerintah tidak dapat diwujudkan kecuali dengan pelaksanaan syariah; Syariah tidak dapat dilaksanakan kecuali dengan kuasa (pemerintahan) Kuasa politik dan pemerintah tidak dapat diperolehi kecuali daripada rakyat Masyarakat tidak dapat dibangunkan kecuali dengan membangunkan kekayaan Kekayaan tidak dapat diperoleh kecuali dengan pembangunan Pembangunan tidak dapat dicapai kecuali melaksanakan keadilan Keadilan merupakan perintah Allah yang mesti dilaksanakan Pemerintah (pemegang kuasa) dibebankan dengan tanggung jawab untuk mewujudkan keadilan.

28 RUMUSAN PANDANGAN SARJANA
Sayyid Hussin al-Attas “Pembangunan dan Cita Sempurna” kemukakan 5 syarat teras. Ciri tersebut bersifat umum, perbincangan yg panjang lebar boleh dibuat bagi menjelaskan maksud secara terperinci. Abu Nasr Al-Farabi Konsep madinah al-fadilah (the ideal state). Ukuran yang membezakan kejayaan setiap proses pembangunan itu adalah sejauh mana pencapaian menghampiri kesempurnaan (diukur dpd tahap kesejahteraan, keseimbangan, keharmonian persekitaran )

29 RUMUSAN PANDANGAN SARJANA
Ibn Khaldun Mengemukakan 8 prinsip penting dalam ‘Model Dinamika Islam’(The Dynamic Model of Islam) Rumusan ini memperlihatkan hubung kait yang amat erat antara pelbagai faktor yang menyumbangkan kepada pembangunan. Faktor2 tersebut ~ meliputi sosial, ekonomi dan politik, syariah, politik dan pemerintahan, masyarakat, sumber kekayaan, keadilan  yang kesemuanya membawa kepada pembangunan. Faktor-faktor tersebut berada dalam satu kerangka yang saling bergantung dan saling mempengaruhi antara satu dengan lain.

30 RUMUSAN Perspektif pembangunan holisik perlu menjadi kerangka dalam memahami falsafah pembangunan. Ini bagi membolehkan pembangunan yang dirancang  dapat memenuhi keperluan diri dan fitrah manusia, sesuai dengan habitatnya dan  dapat memberikan kesejahteraan dan kedamaian kepada kehidupan manusia.


Download ppt "FEM 3301 Etika dan Nilai dalam Pembangunan TAJUK 7, 8, 9 dan 10 PEMBANGUNAN DARI PERSPEKTIF HOLISTIK (seimbang, sepadu dan beradab)"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google