Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan olehFanny Sudjarwadi Telah diubah "6 tahun yang lalu
1
CARA-CARA MENGELAKKAN KERACUNAN MAKANAN
MODUL 3 CARA-CARA MENGELAKKAN KERACUNAN MAKANAN
2
BEBERAPA PERKARA YANG PERLU DI PATUHI UNTUK MENGELAKKAN DIRI DARI KERACUNAN MAKANAN
Dapatkan bahan mentah dari sumber yang dijamin kebersihannya Mengelakkan kontaminasi dengan : Menutup makanan Meminimumkan persentuhan dengan makanan Memastikan makanan mentah dan yang dimasak diasingkan Membuang sampah dengan sempurna Mengelakkan haiwan peliharaan dan perosak dari persekitaran kerja Memastikan tempat persekitaran kerja dan pekerja sentiasa bersih Mengutamakan sifat-sifat kerja yang baik dan bersih
3
3. Mengelakkan pertumbuhan bakteria
dengan : Menggunakan hanya sekali sahaja peralatan memasak dan kemudian dibasuh dengan sempurna Basuh dan keringkan permukaan yang sering digunakan semasa bekerja Gunakan kain pengelap yang pakai-buang Gunakan peralatan yang berbeza untuk makanan yang mentah dan yang telah dimasak
4
MENGELAKKAN PERTUMBUHAN BAKTERIA
KESAN SUHU KEPADA PERTUMBUHAN BAKTERIA Suhu yang rendah akan melambatkan pertumbuhan bakteria Suhu yang panas akan memusnahkan kebanyakan bakteria Suhu yang sederhana adalah membahayakan : - Apabila ia dibiarkan pada suhu bilik - Apabila ia dipanaskan dengan perlahan Apabila ia disejukkan dengan perlahan selepas masak - Apabila ia dibiarkan terdedah Apabila makanan panas dituangkan kepada makanan yang sejuk
5
CARA-CARA MENGELAKKAN BAHAYA PENCEMARAN MAKANAN
Elakkan makanan terdedah pada suhu bilik. Pastikan makanan disimpan sejuk atau dipanaskan Simpan makanan pada suhu yang cukup rendah untuk mengelakkan pertumbuhan bakteria Sejukkan makanan sepenuhnya dalam masa satu setengah jam sebelum dimasukkan dalam peti sejuk Pastikan makanan yang disajikan adalah panas sepenuhnya dan cuba sediakan makanan sebaik sahaja sebelum disajikan
6
MASA Jangkamasa pendedahan makanan kepada suhu bilik akan mempercepatkan pertumbuhan bakteria Gunakan makanan mentah secepat mungkin Masak makanan sebaik sahaja sebelum disaji Jika terdapat makanan yang berlebihan, simpan pada suhu rendah. Jika makanan dipanaskan semula, ia hendaklah dipanaskan sepenuhnya Jika makanan sejukbeku dibiarkan mencair, ia tidak sepatutnya dimasukkan semula ke dalam peti sejuk
7
CARA PEMASAKAN/PEMPROSESAN
Cairkan makanan sejukbeku sepenuhnya sebelum masak Masak makanan dalam masa yang cukup
8
SEBAB-SEBAB KERACUNAN MAKANAN
1. Makanan disediakan lama sebelum masa penyajiannya 2. Makanan disejukkan dalam masa yang lambat 3. Makanan yang dipanaskan semula tidak cukup panas 4. Pelanggan makan makanan yang telah dicemari oleh bakteria penyebab keracunan makanan 5. Makanan tidak dimasak dengan betul 6. Ayam tidak dicairkan secukupnya 7. Makanan yang telah dimasak terkontaminasi silang oleh makanan yang mentah 8. Makanan panas disimpan pada suhu yang kurang daripada 63C Pengendali makanan menyebabkan kontaminasi makanan Makanan yang berlebihan digunakan semula dalam masakan
9
KEBERSIHAN PERSEKITARAN KERJA CARA MEMBERSIHKAN PERMUKAAN
1. Pra-pembersihan - menyingkirkan makanan pada permukaan 2. pembersihan utama - gunakan air dan detergen 3. pembilasan - gunakan air bersih dan kain yang bersih 4. disinfeksi - gunakan disinfektan dan biarkan seketika 5. bilasan terakhir - gunakan air bersih dan kain yang bersih 6. pengeringan - biarkan sehingga kering
10
SIKAP SENTIASA BERSIH 1. Pekerja perlu dimaklumkan tentang jadual pembersihan akan : Cara pembersihan Bahan kimia yang digunakan Kekerapan pembersihan Siapa yang bertanggungjawab Persekitaran tempat penyediaan makanan haruslah bersih dan kemas pada hujung masa kerja 3. Peralatan yang perlu dibersihkan dengan kerap : Alat yang bersentuhan kerap dengan makanan Tangan pekerja yang mengendalikan makanan
11
PERALATAN YANG DIGUNAKAN SEMASA PENYEDIAAN DAN PENGENDALIAN MAKANAN
TAHAN KARAT TIDAK TOKSIK TIDAK MENYERAP TAHAN LAMA
12
KEBERSIHAN DIRI 1. SEMASA TIBA DI TEMPAT KERJA
Baju yang bersesuaian perlu dipakai semasa bekerja Kasut perlu ditukar sebelum memasuki tempat kerja 2. RAMBUT Diikat, bersih dan bertutup Jangan garu, memegang atau menyikat rambut semasa mengendalikan makanan
13
3. MULUT, HIDUNG DAN TELINGA
Jangan batuk atau bersin pada makanan Jangan merasa makanan dengan menggunakan jari Jangan mengorek hidung Jangan meludah Jangan menggigit kuku atau menjilat jari Jangan makan atau mengunyah gula-gula getah Jangan merokok
14
4. KULIT Kulit yang merengsa atau luka perlu diubati dan dibalut Jangan garu kulit yang luka Elakkan badan dari berbau 5. TANGAN a. Basuh tangan selepas : Menggunakan tandas Menyentuh bahagian kulit yang lain Mengendalikan bahan mentah Membersihkan persekitaran
15
b. Kuku perlu dipotong pendek
c. Singki mencuci tangan perlu diasingkan daripada singki pengendalian bahan mentah d. Jangan memakai barang kemas e.Keringkan tangan menggunakan tuala bersih atau pengering tangan 6. PAKAIAN Pakaian perlindungan mesti dipakai Penutup kepala perlu dipakai Pakaian perlu selesa Pakaian kerja mestilah bersih Pakai kasut yang bersih Pakai sarung tangan pakai-buang
16
7. PENYAKIT Jika pekerja disyaki sakit, laporkan kepada penyelia dan pekerja itu tidak sepatutnya dibiarkan bekerja dan berehat sehingga sembuh. Laporkan jika simptom didapati : Demam selsema Sakit tekak Luka Cirit-cirit Sakit perut
17
PENYIMPANAN MAKANAN Makanan selalunya diawet sebelum dibungkus untuk mengekalkan kesegarannya. Cara-cara pengawetan makanan : Pengalengan Pengasapan Pengeringan Pengawetan kimia Penyejukbekuan Pembungkusan vakum Iradiasi
18
PENYIMPANAN MAKANAN KERING
Disimpan dalam almari yang kering dan mempunyai pengudaraan yang baik Jangan simpan di atas lantai Rak tahan karat boleh digunakan Simpan botol dan tin makanan di dalam almari dan rak Buang tin makanan yang kemek, berkarat, mengembang, luput tarikh dan rosak
19
PENYIMPANAN SAYURAN DAN BUAHAN
Gunakan secepat mungkin Simpan dalam bilik yang kering Jangan letak buah di atas lantai Sayuran berubi perlu diasingkan dari makanan lain dan disimpan dalam tempat yang gelap Periksa buahan dan sayuran dari mereput Jika buah dan sayur mereput, buangkan secepat mungkin
20
PENYIMPANAN MAKANAN DALAM PETI SEJUK
Simpan makanan mentah secepat mungkin Bungkus makanan dalam pembungkus yang berasingan Elakkan makanan mentah bersentuhan dengan makanan yang telah dimasak Produk tenusu perlu diasingkan dengan makanan lain Makanan boleh disimpan dalam kaleng yang terbuka Periksa makanan yang mudah rosak Jangan masukkan makanan yang panas ke dalam peti sejuk
21
PENYIMPANAN MAKANAN SEJUKBEKU
Pastikan suhu penyimpanan adalah -18C Makanan yang dihantar dipastikan kurang daripada -15C Makanan sejukbeku yang akan digunakan segera perlu dicairkan di dalam peti sejuk dahulu Peti sejukbeku perlu dibersihkan, dicuci dan diservis selalu Stok penyimpanan untuk makanan sejukbeku perlu sentiasa diperiksa
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.