Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN
2
KEPENTINGAN PENGAJIAN ILMU
KETAMADUNAN a. Mengenali istilah tamadun dan penggunaannya dalam pengajian ketamadunan. b. Mengenali ciri-ciri masyarakat bertamadun. c. Membezakan diantara masyarakat bertamadun dan tidak bertamadun.
3
KONSEP TAMADUN SECARA UMUM
Tamadun boleh ditakrifkan sebagai sejumlah pencapaian dan penerokaan dalam segala perlakuan, pemikiran dan penciptaan yang baik ( termasuklah dalam bidang senibina dan lain-lain kemahiran), halus, sopan santun bagi pembentukan peribadi, akhlak, tatasusila, adab, tingkahlaku dan budi bahasa yang mulia bagi individu dan juga sesuatu kelompok manusia yang membentuk sebuah bangsa atau negara bangsa. Prof Madya Dr Asiah Ali
4
Epistemologi bahasa Inggeris dan Latin.
Istilah civilization berhubungkait dengan kemajuan dalam kehidupan manusia yang membentuk peradaban dan tamadun. Ini menunjukkan bahawa istilah civilization yang dimaksudkan sebagai tamadun manusiawi lebih merujuk kepada kemajuan jati diri manusia di dalam membangunkan kehidupan dalam pelbagai peringkat terutamanya peringkat negara. Prof Madya Dr Asiah Ali
5
Keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatsusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya. Syed Muhammad Naquib Al-Attas. Pencapaian manusia yang sudah melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga dapat membuka jalan ke arah pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih halus dan mempunyai nilai-nilai seni. Masyarakat madani sebagai masyarakat manusia yang maju dan makmur sama ada di bandar atau di desa. Ibnu Khaldun Suatu fenomena sosial dalam perkembangan persejarahan manusia yang meletakkan keseimbangan antara aspek moral dan material. Malik Bennabi
6
Tamadun sebagai unit budaya yang terbesar dalam organisasi manusia yang terdiri daripada perkongsian norma-norma sosial, tradisi dan institusi yang berterusan dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Edward L.Farmer Tamadun merujuk kepada kualiti tinggi yang dimiliki sesuatu masyarakat. Jacqueta Hawkes Suatu proses bagi mencapai tahap kehidupan civil atau proses untuk menjadi civil (sopan). Hasil daripada proses ini akan melahirkan ciri-ciri masyarakat yang mempunyai kehalusan budi Clingwood
7
TAKRIF TAMADUN B.Melayu B. Arab B. Inggeris BAHASA MELAYU Sinonim dengan PERADABAN TAMADUN ; Keadaan masyarakat manusia yang diciri oleh atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik dan lain-lain) yang tinggi Kamus Dewan (1998)
8
BERADAB: Sopan, terhormat, hidup tersusun, tingkat kebudayaan dan akhlak lebih tinggi dari orang biadab. Kamus Dewan (1998) PERADABAN : Keadaan serta tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan rohani ( dalam sesuatu bangsa, masyarakat) Kamus Dewan (1998)
9
BAHASA ARAB Diambil dari perkataan MADANNA yang bermaksud: -Pembentukan bandar. -Memperhalusi budi bahasa. -Memperelok tingkah laku. Daripada perkataan madanna ini terbit perkataan al-madinah yang bererti bandar serta al-madaniyah bererti peradaban dan kemakmuran hidup Azhar Hj Mad Aros
10
Ibnu Khaldun menggunakan perkataan UMRAN: Pembangunan, HADARAH: Kehidupan menetap, HADARAT : Suatu wilayah, daerah atau bahagian dari ibu kota atau bandar-bandar atau kampung-kampung dan dari kawasan tanah yang didiami dan berlawanan dengan perkataan badwi. Ahmad Farid Wajdi dan Muhammad Abduh menggunakan perkataan Madaniyyah: Tamadun yang merujuk kepada bandar atau kehidupan Bandar. Penggunaan perkataan TAMADUN diperkenalkan oleh Jurji Zaidan.
11
BAHASA INGGERIS Diertikan sebagai civilization dari perkataan CITY. Civilization berasal dari perkataan Perancis. Juga sebagai CIVILTIS dari perkataan CIVIL dan CITIES. Civilization bermaksud: Kehidupan bandar Mencapai satu tahap kesopanan yang tinggi bertentangan dengan kehidupan biadab. Juga menggunakan perkataan URBANISATION iaitu pembentukan kehidupan masyarakat bandar yang mempunyai kehalusan dan ketinggian budi.
12
CIRI-CIRI UTAMA TAMADUN
Penempatan kekal. Penempatan manusia di suatu atau beberapa pusat perbandaran yang disatukan (madinah/metropolis). Kualiti hidup. Wujudnya organisasi dan institusi sosial dalam bidang politik, ekonomi, sosoalisasi dan pendidikan yang teratur dan berwibawa. Kewujudan agama dan kepercayaan. Sistem politik dan pemerintahan. Tahap pencapaian ilmu sains dan teknologi yang tinggi.
13
Pengkhususan pekerjaan.
Sistem ekonomi yang stabil. Adanya satu bahasa atau beberapa bahasa serumpun yang menjadi pengungkap dan pengantar segala kegiatan ketamadunan dengan sistem tulisannya yang cekap untuk perakaman, penyampaian, pendidikan dan pewarisannya. Hayat penghidupan stabil yang agak panjang.
14
Lahir serta meningkatkan produktiviti, kreativiti dan pemikiran falsafah, etika, moral dan metafizik atau keagamaan, sains dan teknologi dan juga kekreatifan seni tersendiri yang membolehkan masyarakat itu mengatasi sebahagian besar daripada permasalahan dan memenuhi tuntutan yang berkaitan dengan penyaraan, pendidikan, kebajikan, pertahanan, keselamatan, kesejahteraan, rekreasi dan segala gelagat penghidupan bersama dalam alam persekitaran sosial dan fizikalnya. Adanya undang-undang, norma dan ethos yang teratur dan berwibawa dan sistem nilai.
15
PENDAPAT SARJANA ISLAM
JURJI ZAYDAN (Tarikh al-Tamaddun al-Islami) Negara Islam dan pemerintahan. Bandar-bandar Islam. Sratifikasi sosial. Sains dan pengajaran bahasa arab. Bangunan-bangunan Islam dan arkitektur. Kesenian Islam.
16
HUSNI ABD WAHAB (Waraqat ’an al-Hadarat al-Arabiyyah fi Ifriqiyya al-Tunisiya)
1- Bandar-bandar Islam. 2- Bangunan dan arkitektur Islam. 3- Kehidupan ekonomi. 4- Komposisi kaum (etnik) dan penduduk bandar. 5- Sains dan pendidikan. 6- Seni Islam.
17
PENDAPAT SARJANA BARAT
EDWARD L.FARMER (Comparative History of Civilization in Asia) 1- Penempatan kekal. 2- Revolusi pertanian. 3- Stratifikasi sosial. 4- Kewujudan agama. 5- Pengkhususan kerja dan inovasi teknologi. 6- Urbanisasi. 7- Sistem tulisan.
18
DARCY RIBERIO (The Civilized Society)
1- Berakhirnya corak hidup nomad dengan penciptaan alat-alat baru dalam pertanian. 2- Bermula penternakan dan pembahagian kerja berdasarkan kumpulan. 3- Pertumbuhan kota dan negara, wujud status sosial. 4- Penggunaan sistem pengairan.
19
5- Penciptaan berteknologi daripada besi, pengeluaran alat-alat baru, perkapalan dan penggunaan wang siling untuk memudahkan perniagaan. 6- Revolusi penternakan. 7- Revolusi perdagangan. 8- Revolusi teknologi. 9- Revolusi industri.
20
FAKTOR-FAKTOR KELAHIRAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN
POLITIK EKONOMI SOSIAL GEOGRAFI
21
POLITIK Sistem Pentadbiran yang tersusun Pemerintahan yang adil Wujud sistem undang-undang. Perluasan kawasan.
22
EKONOMI 1-Sistem perhubungan mencapai kemajuan. 2-Mempunyai sumber dan aktiviti ekonomi (pertanian,perikanan, penternakan, perdagangan) 3-Tumpuan pedagang.
23
SOSIAL Ransangan keagamaan dan kerohanian. Lahir hubungan persaudaraan. Pengembangan pendidikan dan ilmu. Pencapaian sains dan teknologi. Penghijrahan. Moral dan nilai terpuji. Toleransi dan keterbukaan. Kesusahan dan jatidiri, daya tahan dan daya juang.
24
GEOGRAFI Iklim yang sesuai. Kesuburan tanah. Kedudukan yang strategik
25
FAKTOR-FAKTOR KELEMAHAN DAN KEJATUHAN TAMADUN
POLITIK EKONOMI SOSIAL GEOGRAFI
26
POLITIK Perebutan kuasa pemerintahan. Ketidakadilan pemerintah. Pemimpin suka berfoya-foya dan bermewah. Pelaksanaan undang-undang yang lemah.
27
EKONOMI Wujud penindasan dan jurang yang besar antara golongan kaya dan miskin. Rasuah berleluasa.
28
SOSIAL Agama ditinggalkan Rakyat tidak kreatif. Tercetus pergaduhan dan pergolakan. Ilmu dan golongan cerdik pandai dipandang sepi. Rakyat tidak beradab. Keruntuhan moral dan nilai. Penindasan dan kezaliman. Jurang antara kaya dan miskin. Sikap tertutup.
29
GEOGRAFI Bencana alam. Wabak penyakit.
30
TEORI KITARAN Diperkenalkan oleh Ibnu Khaldun, Abu Zaid Abd. Rahman Ibnu Muhammad Ibnu Muhammad Ibnu Khaldun ( M) hasil dari analisa beliau terhadap kebangkitan dan kejatuhan beberapa kerajaan seperti Rom, Turki, Constantinople, seluruh Eropah dan beberapa kota di Baghdad. Setiap tamadun akan melalui suatu tahap pencapaian iaitu melalui teori kitaran. Agama merupakan pemangkin kepada kemajuan dan perkembangan tamadun.
31
PENDAPAT SARJANA IBNU KHALDUN ( M) Membahagikan tamadun kepada tiga tahap iaitu Tahap Awal, Tahap Kehidupan Bertamadun dan Tahap Lemah. Tahap Awal Atau Kelahiran Tamadun: Pegangan agama yang kukuh. Lahir semangat kekitaan (Assabiyyah) Kehidupan menetap. Memiliki sifat tabah dan cekal.
32
Tahap Kehidupan Menetap Atau Bertamadun:
Memiliki pemimpin berwibawa yang melahirkan sistem pemerintahan. Pertumbuhan bandar. Perbezaan kehidupan pemerintahan dengan rakyat jelata. Semangat kekitaan mula pudar.
33
Tahap Lemah Dan Kejatuhan Tamadun:
Pemerintah leka dibuai kemewahan dan kesenangan hidup. Rasuah berleluasa. Rakyat ditindas dan jatuh miskin. Luntur dan hilang sama sekali semangat kekitaan. Perpecahan politik dan ekonomi.
34
MALIK BENNABI (1905-1973M) الجزائر
Golongan berfahaman sederhana. Sarjana Islam dalam bidang sejarah, sosiologi dan tamadun Islam. Terpengaruh dengan teori kitaran Ibn Khaldun tetapi membentuk skema tersendiri dengan menggabungkan tiga unsur utama dalam kehidupan iaitu manusia + idea = benda. Membahagikan teori kitaran kepada tiga tahap iaitu Masyarakat Pra Tamadun, Masyarakat Bertamadun dan Masyarakat Pasca Tamadun.
35
Masyarakat Pra Tamadun:
Belum matang terhadap benda, idea dan manusiawi. Hidup berkabilah. Penyembahan berhala. Kepimpinan tradisional Aras idea terhad.
36
Masyarakat Bertamadun.
Dominasi dan perkembangan idea berteraskan agama Islam. Lahir sifat manusiawi, (hubungan silaturrahim, kerjasama dan lain-lain.)
37
Masyarakat Pasca Tamadun
Kebekuan idea. Pemusatan kepentingan pemimpin. Leka dengan kemewahan dan pengumpulan kekayaan. Tahap Pra Tamadun dan Pasca Tamadun meletakkan masyarakat di luar tamadun.
38
ARNOLD TOYNBEE ( M) Sarjana barat yang berpegang teguh kepada agama. Agama lahir dari tamadun yang sedang runtuh. Agama memberikan lonjakan baru kepada tamadun yang sedang runtuh dan mampu memanjangkan hayat sesebuah tamadun. Menggunakan teori kitaran bagi menjelaskan sebab kebangkitan dan kejatuhan tamadun. Membahagikannya kepada tiga tahap iaitu tahap Kebangkitan Tamadun, Tahap Ketinggian Tamadun dan Tahap Kelemahan Tamadun.
39
Tahap Kebangkitan Tamadun:
* Tahap dimana tamadun mula bangkit dan maju.
40
Tahap Ketinggian Tamadun:
* Lahirnya golongan yang kreatif membawa kepada ketinggian tamadun.
41
Tahap Kelemahan Tamadun:
Lahirnya golongan yang tidak kreatif menyebabkan tamadun tidak lagi berkembang. Faktor dalaman membawa kepada runtuhnya tamadun.
42
INTERAKSI ANTARA TAMADUN
Menerima pengaruh dan mengalami perubahan dari luar. Berlaku dari sudut nilai,idea, institusi dan insan. Berlaku disebabkan sifat toleransi dan saling hormat menghormati. Memberi peluang kepada berlakunya percambahan pemikiran dan budaya serta memperkayakan lagi tamadun tersebut. Mengelakkan sesebuah tamadun daripada menjadi beku dan jumud yang akhirnya boleh meruntuhkannya.
43
KESAN POSITIF Penyebaran agama: Tamadun Islam dengan Yahudi di Madinah. (Penyebaran agama Islam) Tamadun India dengan Tamadun China. (Penyebaran agama Buddha di China) Perkembangan Teknologi: Tamadun Islam dengan Tamadun China. Orang-orang Arab Islam mempelajari mengenai kompas, teknologi percetakan dan pembuatan kertas serta bahan letupan.
44
Penyebaran Ilmu: Tamadun Islam dengan Tamadun China: Orang-orang Cina mempelajari tentang perubatan, astronomi dan farmasi daripada orang-orang Arab. Perkembangan tulisan: Tamadun Islam dengan Tamadun Melayu: Memperkenalkan tulisan jawi. Perubahan Perundangan : Undang-undang Islam mempengaruhi Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka.
45
Perkembangan Kesenian:
Tamadun Islam dengan Tamadun Melayu: Pembinaan bangunan yang mempunyai pengaruh seni bina Islam. Perkembangan Kebudayaan: Tamadun China dengan Tamadun Melayu: Memperkenalkan makanan masyarakat China.
46
Perkembangan Kebudayaan:
Tamadun China dengan Tamadun Melayu: Memperkenalkan makanan masyarakat China.
47
KESAN NEGATIF Tercetusnya : 1- Peperangan. 2- Pemberontakan. 3- Pembunuhan.
48
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI HUBUNGAN ANTARA TAMADUN
1- Kepimpinan. 2- Perdagangan. 3- Penghijrahan. 4- Peranan ahli agama. 5- Menuntut ilmu. 6- Penterjemahan.
49
CONTOH-CONTOH INTERAKSI DALAM SEJARAH
Tamadun India dengan Tamadun China Beberapa perbendaharaan bahasa Pali dan Sanskrit mempengaruhi kesusasteraan China. Beberapa alat muzik dan struktur muzik India diasimilasikan dalam Tamadun China. Muzik dan tarian India telah menjadi tarian yang popular di istana dan di kalangan bangsawan China. Semasa pemerintahan Dinasti Sui, sebanyak 60 koleksi ilmu astronomi India telah diterjemahkan ke dalam bahasa China. Kewujudan pelbagai puisi, cerita dongeng, kisah-kisah tauladan, kias ibarat yang berkaitan dengan Buddha telah mempengaruhi sastera China. Pengajian fonetik bahasa China telah berkembang hasil pengaruh Tamadun India.
50
Tamadun Islam dengan Tamadun China
Pembinaan beribu-ribu masjid dan dewan membaca al-Quran. Reka bentuknyanya dipengaruhi oleh ciri-ciri reka bentuk Arab dan juga China.
51
Ciri-ciri seni bina Islam turut mempengaruhi makam dan kubur-kubur.
Tamadun Islam dengan Tamadun Melayu Tersebarnya agama Islam di Kepulauan Melayu. Ia turut membawa tulisan Jawi yang berperanan penting dalam perkembangan ilmu pengetahuan. Usaha-usaha penyalinan dan penterjemahan buku-buku Arab telah dilakukan. Pengaruhnya dari segi kesusasteraan, kesenian, seni bina serta istilah-istilah Arab yang digunakan dalam Bahasa Melayu. Seni bina masjid : Bentuk kubah potong bawang adalah pengaruh Arab dan Parsi. Seni bina China dapat dilihat pada beberapa buah masjid di Melaka yang mirip Pagoda China. Ciri-ciri seni bina Islam turut mempengaruhi makam dan kubur-kubur.
52
Tamadun China dengan Tamadun Melayu
Serapan perkataan Cina dalam bahasa Melayu antaranya cincau, tahil, bangsal, taukeh dan congkak.
53
Tamadun India dengan Tamadun Melayu
Bahasa Sanskrit menjadi bahasa penting di istana. Istilah-istilah Sanskrit turut memperkayakan perbendaharaan kata masyarakat Asia Tenggara. Pengaruh dari segi kesenian terutamanya alat muzik dan seni tarian.Unsur-unsur seni bina India telah bercampur dengan seni bina tempatan sehingga menghasilkan seni bina yang unggul, contohnya Angkor Wat dan Candi Borobudur.
54
Tamadun Islam dengan Tamadun India
Hasil-hasil kesusasteraan Parsi telah berkembang dalam masyarakat India. Semasa zaman pemerintahan kesultanan Delhi, bahasa Urdu telah wujud hasil percampuran antara bahasa-bahasa Hindi, Parsi, Iran dan Turki dan ia digunakan sebagai bahasa sastera. Akbar Khan menggalakkan penterjemahan karya-karya agama Hindu ke dalam bahasa Parsi dan sebaliknya. Seni bina: Kubah, menara, penggunaan mortar dan konkrit adalah pengaruh Islam. Qutb Minar dan Taj Mahal merupakan hasil seni bina India-Parsi yang agung. Masjid Mutiara di Agra, istana dan taman-taman di Lahore, kota, istana dan masjid di Kabul, istana di Kashmir dan Mukhlisur dan sebuah kota di Kanadahar turut mencerminkan campuran seni bina India dan Parsi.
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.