Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Oleh : Muhamad Zulfikah Bin Mat Jali A144875

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Oleh : Muhamad Zulfikah Bin Mat Jali A144875"— Transcript presentasi:

1 Oleh : Muhamad Zulfikah Bin Mat Jali A144875
Kemahiran Komunikasi Oleh : Muhamad Zulfikah Bin Mat Jali A144875

2 Pengertian Komunikasi
Komunikasi ialah satu cara manusia berhubung yang melibatkan pengertian atau maksud yang dikongsi, dengan syarat mereka perlu bersetuju dengan definisi istilah-istilah yang digunakan berdasarkan sesuatu yang simbolik seperti isyarat, huruf, nombor, dan perkataan yang melambangkan atau menyerupai idea-idea yang dapat menyampaikan maksud. Komunikasi juga adalah sebagai pertukaran idea, pendapat, maklumat, perhubungan dan sebagainya yang mempunyai tujuan dan dipersembahkan secara peribadi atau tidak peribadi melalui simbol atau isyarat yang bertujuan untuk mencapai matlamat organisasi.

3 Rumusan Pengertian Komunikasi
Sebagai rumusan, bagi pendapat saya, komunikasi adalah Proses pertukaran idea dan maklumat antara dua individu atau lebih, dengan maksud untuk berkongsi maklumat dan pengalaman bagi mencari persamaan. Pertukaran idea ini boleh berlaku secara lisan atau tulisan ataupun dengan menggunakan pelbagai deria yang ada pada manusia.

4 Elemen Komunikasi Penyampai
- Individu yang menunjukkan perlakuan berkomunikasi. - Perlakuan lisan dan bukan lisan Penerima - Individu yang memahami maksud yang disampaikan oleh penyampai maklumat Maklumat / mesej -maksud/ fakta / niat yang difahami oleh penerima maklumat Maklum balas -Perlakuan yang ditunjukkan oleh penerima mesaj sebagai tindak balas kepada mesej yang disampaikan oleh penyampai mesej Saluran - Media penyampai maklumat dan pemberi mesej kepada penerima mesej - saluran paling asas:melalui pendengaran dan penglihatan -saluran-saluran tambahan : media elektronik, lukisan di kanvas atau bahan cetakan dan sebagainya Konteks -Keadaan (situasi)penyampai mesej daripada pemberi ,mesej kepada penerima mesej (contoh: masa, persekitaran fizikal, jumlah peserta dan sebagainya)

5 Proses Komunikasi Secara Mudah
Mesej mesej dan tindak balas sentiasa berlaku secara silih berganti diantara seseorang dengan seseorang yang lain.. Dimana, apabila seseorang itu bercakap, maka akan ada tindak balas daripada seseorang yang lain. Seperti dalam rajah di sebelahm berlakunya komunikasi diantara dua orang. Mesej Mesej Ahmad Sarah Mesej Proses Komunikasi Secara Mudah

6 Pembahagiaan Komunikasi
Komunikasi ni boleh di bahagikan kepada 2 bentuk iaitu Verbal Non Verbal Komunikasi

7 Komunikasi verbal Apakah Komunikasi Verbal?
adalah bentuk komunikasi yang disampaikan oleh sesorang kepada seseorang yang lain dengan cara tertulis atau lisan . Komunikasi verbal menepati keperluan yang besar. Kerana kenyataan, idea-idea, pemikiran atau keputusan, lebih mudah disampaikan secara verbal daripada non verbal. Dengan harapan, sesuatu komunikasi (baik pendengar mahupun pembaca ) boleh lebih mudah memahami perkara-perkara yang disampaikan. Contohnya: komunikasi verbal melalui lisan dapat dilakukan dengan menggunakan media, contoh seseorang yang bercakap-cakap melalui telefon atau guru yang sedang mengajar dan pelajarnya dan lain-lain. Sedangkan komunikasi verbal melalui tulisan dilakukan dengan secara tidak langsung seperti penulis surat dengan pembaca. Sebagai contohnya proses penyampaian informasi dilakukan dengan menggunakan sesuatu yang berupa media surat, lukisan, gambar, grafik dan lain-lain.

8 Komunikasi Non Verbal Apakah Komunikasi Non Verbal?
Komunikasi ini juga sangat penting. Banyak komunikasi verbal tidak efektif hanya kerana penyampainyaya tidak menggunakan komunikasi non verbal dengan baik dalam waktu berkomunikasi. Melalui komunikasi non verbal, seseorang mampu mengambil sesuatu kesimpulan mengenai suatu kesimpulan tentang berbagai macam persaan orang, baik rasa senang, benci, cinta, dan berbagai macam perasaan yang lain. Bentuk komunikasi non verbal sendiri di antaranya adalah, bahasa isyarat, ekspresi wajah, sandi, symbol- simbol, pakaian sergam, warna dan intonasi suara.

9 Contohnya: Sentuhan : Sentuhan iaitu termasuk: bersalaman, menggenggam tangan, pukulan, dan lain-lain. Gerakantubuh : Dalam komunikasi nonverbal, gerakan tubuh meliputi konteks mata, ekspresi wajah, isyarat, dan sikap tubuh. Gerakan tubuh biasanya digunakan untuk menggantikan suatu kata, misalnya mengangguk untuk mengatakan ya dan menyatakan kefahaman, menjelaskan sesuatu, dan menunjukkan perasaan. Vokal: adalah unsur nonverbal dalam suatu ucapan, iaitu cara berbicara. Contohnya adalah dengan nada berbicara, nada suara, keras atau lemahnya suara, kecepatan berbicara, kualiti suara, intonasi, dan lain-lain. Sambungan

10 Kategori Komunikasi KOMUNIKASI DENGAN ROHANI KOMUNIKASI DENGAN AKAL
KOMUNIKASI DENGAN JASAD KOMUNIKASI DENGAN AKAL

11 Komunikasi Dengan Akal
Adalah diantara seseorang yang berakal dengan seseorang yang berakal yang lain. Iaitu dengan kata lain, komunikasi ini tidak berlaku dengan orang yang gila atau kanak-kanak yang tidak boleh menggunakan akalnya dengan baik. Contohnya, komunikasi dalam menyelesaikan masalah soalan-soalan matematik. Kita tidak boleh berkomunikasi dengan seseorang yang tidak pandai matematik kerana komunikasi tidak akan berlaku kerana sesorang itu tidak ada pengetahuan mengenai matematik. Begitu juga dengan komunikasi tentang ilmu sains, pentadbiran dan sebagainya.

12 Komunikasi Dengan Jasad
Adalah sesuatu komunikasi yang berlaku diantara dua atau lebih orang yang mempunyai jasad yang sempurna. Sukar nak faham? Ok begini, sebagai contohnya, kita nak bermain bola, maka mesti mempunyai teman untuk bermain bola.. Dengan kata lain, bermain bola, mesti mempunyai anggota-anggotanya seperti kaki, mata, dan sebagainya, jadi, jika kita mengajak orang yang lumpuh bermain bola, yang lumpuh kakinya, atau buta, maka komunikasi tidak akan berlaku kerana dia tidak mampu untuk bermain bola seperti kita. Oleh itu, mesti mempunyai jasad yang sempurna dan sama diantara seseorang dengan seseorang yang lain untuk melakukan sesuatu komunikasi dengan jasad ini.

13 Komunikasi Dengan Rohani
Adalah bermulanya dengan roh, jiwa dan hati tentang kerohaniaan. Iaitu kecintaan kita kepada Allah dan Rasulullah. Dengan kata lain, komunikasi ini berlaku diantara seseorang dengan seseorang yang mempunyai kerohanian didalam hatinya dalam melakukan kebaikan dan perkara-perkara yang disukai baginda. Memang kita tidak nampak tentang kerohanian kerana ia diantara kita dan Allah swt. Komunikasi ini, adalah dengan perilaku kita yang kita lakukan untuk menanda kan cinta kita kepada Rasulullah swt. Apabila kita mencintai baginda, maka automatiknya, kita akan mencintai Allah. Para sarjana barat ketika membincangkan persoalan komunikasi tidak begitu menekan persoalan kerohanian dalam perbincangan mereka. Bagi mereka, komunikasi hanya dilihat, dikaji dan dinilai berdasarkan pembuktian saintifik, serta lebih berbentuk posititivistik. Justeru, perbincangan mengenai hati dan kerohanian dalam komunikasi Islam adalah amat penting serta tidak boleh diabaikan. Ianya begitu berperanan dalam sesebuah proses komunikasi. Antara etika berkomunikasi dari sudut kerohanian iailah ikhlas, amanah, benar, berani, adil, rendah diri, sabar, memelihara kesucian diri dan malu untuk melakukan kebatilan.

14 Kesimpulan Komunikasi penting dalam kehidupan seharian manusia untuk berhubung dan melaksanakan sesuatu tugas. Komunikasi yang berkesan dapat mengekalkan persahabatan dan perhubungan yang baik. Selain itu, secara teknikalnya, tiada perbezaan antara komunikasi persepektif Islam dengan apa yang telah dibuktikan oleh sains Barat. Namun, sains telah meningggalkan sesuatu yang lebih penting tetapi amat ditekankan oleh Islam, iaitu akhlak (kerohanian), secara fizikal dan spiritualnya, dalam semua bentuk serta bidang komunikasi.


Download ppt "Oleh : Muhamad Zulfikah Bin Mat Jali A144875"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google