Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
REKABENTUK ORGANISASI
STRUKTUR DAN REKABENTUK ORGANISASI
2
Definisi Susunan dan perhubungan organisasi.
Memadankan koordinasi kerja atau aktiviti untuk mengawal tindakan ahlinya. 3 komponen utama:- =0= Kompleksiti =0= Pemformalan =0= Pemusatan
3
Kompleksiti Menumpukan kepada 3 perbezaan iaitu:- 1) Mendatar
- mempertimbangkan sejauhmana pengasingan antara unit. - semakin besar jumlah perbezaan jawatan maka semakin komplek organisasi.
4
2) Menegak - merujuk ketinggian hierarki organisasi. - semakin banyak peringkat semakin kompleks organisasi. - komunikasi berlainan status akan tergugat. 3) Spatial yang wujud dalam ruang - sejauhmana lokasi kemudahan fizikal & personal organisasi yang bertaburan dari segi geografi.
5
Pemformalan Sejauh mana sesuatu tugas dalam organisasi diselaraskan.
Semakin tinggi pemformalan sesuatu kerja itu, semakin kurang jumlah kebebasan ke atas kerja yang dilakukan. Deskripsi tugas disediakan secara eksplisit diikuti dengan peraturan yang didefinisikan dengan jelas meliputi proses tugas yang tertentu.
6
Jika pemformalan rendah, subordinat mempunyai banyak kebebasan jalankan tugas.
Tetapi kebebasan seperti ini boleh menimbulkan kelakuan yang berlawanan daripada apa yang dijangkakan.
7
Pemusatan Kebanyakan organisasi, pengurus atasan membuat kaputusan dan pengurus bawahan menjalankan arahan. Terdapat juga organisasi memberi pengurus yang terdekat buat keputusan. Ia dipanggil nyahpusat iaitu kebanyakan kuasa diagih kepada pegawai bawahan.
8
Rekabentuk Organisasi
Merupakan 1 proses membangun dan melahirkan suatu struktur yang dapat memenuhi keperluan organisasi dengan cara paling baik. Dari sini,seseorang boleh memahami konsep sesebuah organisasi itu ditubuhkan.
9
Faktor-faktor yang menentukan rekabentuk organisasi:
Strategi Penentu asas kepada objektif jangka panjang atau pendek serta tindakan yang sesuai utk mencapai objektif. Struktur organisasi akan berubah mengikut perubahan strategi. Kebanyakan rangka kerja strategi tertumpu kpd 3 dimensi iaitu inovasi, peminimuman kos dan peniruan.
10
Inovasi merupakan 1 strategi yang menumpukan kepada pengenalan baru sesuatu bentuk kaluaran, perkhidmatan dan lain-lain. Peminimuman kos pula merupakan strategi untuk kawal kos dengan ketat mengelakkan perubahan terhadap suatu cadangan yang diaturkan. Peniruan pula, merujuk kepada 1 strategi menukar sesuatu keluaran setelah hasilnya telah dibuktikan kejayaannya.
11
Saiz Organisasi Merujuk kepada bilangan orang yang diupah bekerja di dalamnya. Saiz organisasi akan pengaruhi struktur organisasi bila terdapat ramai pekerja yang berkesan. Masing-masing cuba untuk memperoleh keuntungan dari kerja yang dilakukan. Mewujudkan perbezaan mendatar dalam organisasi.
12
Ia bukan sahaja menambah kecekapan dalam kumpulan, tetapi ia juga boleh menyebabkan hubungan dalam kumpulan menjadi tidak baik. Kesan daripada ini juga akan menurunkan keupayaan pengurus atasan utk menyelia secara langsung kakitangannya dalam organisasi.
13
Teknologi Teknologi digunakan untuk menukarkan input kepada output.
John Woodward dalam buku teori organisasi telah menumpukan kepada teknologi pengeluaran yg mengaitkan hubungan antara teknologi, struktur dan kecekapan. Dalam buku yang sama, Charles Perrow pula menumpukan kepada kebolehanalisaan masalah & perubahan objektif yang menumpukan kepada teknologi pengetahuan dan bukan teknologi pengeluaran.
14
Persekitaran Kesan persekitaran kepada organisasi merupakan 1 fungsi dependen dan merupakan fungsi mudah tersinggung. Sesebuah organisasi yang mempunyai kesatuan sekerja sering dipengaruhi oleh kesatuan itu. Organisasi yang lebih bergantung kepada persekitaran tidak begitu sukar menghadapi kerumitan. Dalam persekitaran yang stabil akan membawa kepada pemformalan yang tinggi.
15
Kawalan Kuasa Kuasa dan kawalan boleh mempengaruhi struktur organisasi seperti kesan perebutan kuasa. Struktur keputusan organisasi tidak sepenuhnya rasional. Pengurus tidak semestinya memilih alternatif yang boleh memaksimumkan faedah organisasi, adakalanya perlu buat keputusan untuk kepentingan diri.
16
Ini bermakna pilihan struktur akan dibuat oleh sesiapa sahaja yang mempunyai kuasa.
Biasanya, mereka akan memilih struktur yang rendah dari segi kerumitan dan tinggi dari segi keformalan dan pemusatan.
17
Model Struktur Mintzberg
Perubahan dan peningkatan telah dilakukan untuk memperbaiki lagi rekabentuk organisasi yang ideal. Kajian Mintzberg ke atas struktur organisasi dirasakan paling hampir kepada rangka kerja yang mengelaskan organisasi. Terdapat 5 bahagian asas atau konfigurasi dalam setiap organisasi.
18
5 bahagian asas sesebuah organisasi
Kemuncak strategik Tekno Struktur Kakitangan sokongan Barisan tengah Teras Pengendalian
19
1. KEMUNCAK STRATEGIK Terdiri daripada pengurus di peringkat atasan yang bertanggungjawab terhadap keseluruhan organisasi seperti pengerusi, pengarah dan juga pengarah urusan. 2. BARISAN PERTENGAHAN Adalah pengurus yang menghubungkan antara teras pengendalian dengan puncak strategik seperti pengurus-pengurus bahagian, unit dan sebagainya.
20
3. TEKNOSTRUKTUR Para analisis yang mempunyai tanggungjwb untuk memberi kesan kepada bentuk-bentuk tertentu kepiawaian dalam organisasi. 4. KAKITANGAN SOKONGAN Mereka yang memberi sokongan secara langsung & tidak langsung seperti bank, kafetaria dan lain-lain. 5. TERAS PENGENDALIAN Para pekerja yang melakukan kerja-kerja asas pengeluaran & perkhidmatan orgaisasi.
21
Terdapat 5 rekabentuk konfigurasi yang berbeza:
1) Struktur ringkas Wujud dengan ciri-ciri seperti kompleksiti rendah, pemformalan yang sedikit dan autoriti ditumpukan pada seseorang. Ia merupakan organisasi mendatar dimana operasi utama seperti pembuatan keputusan dipusatkan.
22
Struktur Ringkas
23
2) Birokrasi mesin Mempunyai kompleksiti, pemformalan dan pemusatan yang tinggi. Mempunyai peraturan yang ketat. Segala tugas diagihkan kpd jabatan tertentu dan autoriti dipusatkan. Memperoleh skor yg rendah dalam kepelbagaian kemahiran, identiti tugas, kesignifikan tugas dan autoriti kerana sudah di standardkan.
24
Struktur Birokrasi Mesin
25
3) Birokrasi profesional
Struktur yang mempunyai kadar kompleksiti dan pemformalan yang tinggi tetapi rendah dari segi pemusatan. Mengupah pakar terlatih untuk menjalankan sesuatu tugas dengan efisien. Subordinat memperoleh autonomi megunakan kepakaran yang ada.
26
Struktur Birokrasi Profesional
27
4) Struktur bahagian Satu set unit yang berautonomi dan diselaraskan oleh pusat. Kuasa terletak pada bahagian pertengahan. Setiap bahagian mempunyai kebebasan tertentu.
28
Struktur Bahagian
29
5) Adhokrasi Bercirikan kompleksiti, pemformalan, dan pemusatan yang rendah. Sama dengan struktur organik. Perbezaan mendatar tinggi kerana dipenuhi dengan kakitangan yang mempunyai kepakaran yang tinggi. Perbezaan menegak rendah kerana sukar untuk mengamalkan perbezaan ini.
30
Terdapat sedikit sahaja peraturan.
Pembuatan keputusan adalah terpencar bagi membolehkan fleksibiliti dan kecepatan tindakan yang dilakukan.
31
Ringkasan 5 konfigurasi
Ciri2 Struktur Ringkas Birokrasi Mesin Birokrasi Profesional Struktur bahagian Adhokrasi Kepakaran Rendah Tinggi bidangan Tinggi sosial Tinggi dalam bahagian Tinggi Keformalan Tidak terhad Persekitaran Ringkas & Dinamik stabil Kompleks Kompleks dinamik
32
Kesimpulan Komponen-komponen dalam struktur organisasi seperti kompleksiti, pemformalan, dan pemusutan merupakan panduan penting dalam mengenali aktiviti organisasi. Manakala strategi, saiz, teknologi persekitaran dan kawalan kuasa adalah sebagai penyebab kepada pembentukan sesuatu struktur organisasi. Model Mintzberg menerangkan tentang pelbagai rekabentuk organisasi yang sesuai dengan jenis aktiviti yang dilakukan.
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.