Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

BAB 1: MAKANAN DAN MINUMAN DALAM ISLAM

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "BAB 1: MAKANAN DAN MINUMAN DALAM ISLAM"— Transcript presentasi:

1 BAB 1: MAKANAN DAN MINUMAN DALAM ISLAM
Andalus Corporation Pte Ltd KBM 4 FIQH ISLAMI BAB 1: MAKANAN DAN MINUMAN DALAM ISLAM

2 MAKSUD AYAT (AL-BAQARAH:168)
Islam sentiasa mengutamakan kebaikan dan keselamatan manusia di dunia ini. Islam memberi garispandu bagi setiap perkara yang dilakukan oleh manusia. Kita dianjurkan agar mencari makanan yang “halaalan tayyiban” iaitu yang halal dan baik. 2008 KBM 4 FIQH BAB 1

3 ISLAM MENGUTAMAKAN KEBAIKAN
Makanan dan minuman yang baik akan dapat menguat dan menyihatkan tubuh kita secara fizikal, mental dan spiritual sehingga dapat menjalankan tugas seharian dengan baik. Al-Quran memerintahkan manusia agar makan sesuatu yang halal dan tayyib (baik) iaitu makanan yang berkhasiat dan diperolehi dari sumber yang halal dan diberkati Allah s.w.t. 2008 KBM 4 FIQH BAB 1

4 ISLAM MENGUTAMAKAN KEBAIKAN
Makanan yang diperolehi secara batil seperti hasil dari penipuan, pencurian, judi dan riba’ tidak termasuk dalam makanan yang dihalalkan walaupun makanan itu baik dari segi zatnya. Soal pemakanan juga suatu ibadah, maka manusia hendaklah taat dan patuh dengan perintah Allah s.w.t. serta bersyukur dengan apa yang telah direzekikan Allah s.w.t. kepada kita. 2008 KBM 4 FIQH BAB 1

5 ISLAM MENGUTAMAKAN KEBAIKAN
Dalam Islam ketentuan tentang sesuatu yang boleh dimakan atau tidak dibahagi kepada 3 kumpulan: Sesuatu yang dihalalkan dalam Islam Sesuatu yang diharamkan oleh Islam Sesuatu yang tidak dihalalkan atau diharamkan oleh Islam kerana termasuk dalam perkara yang dimaafkan (dibolehkan) 2008 KBM 4 FIQH BAB 1

6 MAKANAN YANG HALAL DAN BAIK
Binatang yang dihalalkan bagi umat Islam boleh dibahagikan kepada 2 bahagian: Binatang laut Binatang yang boleh hidup hanya di laut seperti ikan, sotong, udang. Semuanya dihalalkan dalam apa keadaan apa pun samada masih hidup ketika ditangkap atau sudah mati, terapung atau tidak. 2008 KBM 4 FIQH BAB 1

7 MAKANAN YANG HALAL DAN BAIK
Binatang darat Binatang darat yang dihalalkan seperti kambing, biri-biri, lembu, kerbau, unta, rusa dan seumpamanya. Firman Allah s.w.t. “Dan Dia telah menciptakan binatang ternak untuk kamu, padanya ada (bulu) yang menghangatkan dan berbagai-bagai manfaat sebahagiannya kamu makan.” (al-Nahl:5) 2008 KBM 4 FIQH BAB 1

8 MAKANAN YANG HALAL DAN BAIK
Selain itu dihalalkan juga kuda, kuda belang, ayam, arnab, belalang. Binatang yang Rasulullah s.a.w. tidak memakannya tapi beliau tidak melarang dari memakannya iaitu tenggiling/biawak (dhab). 2008 KBM 4 FIQH BAB 1

9 MAKANAN YANG HARAM DAN MEROSAKKAN
Empat perkara dalam al-Quran yang diharamkan memakannya secara khusus iaitu: Bangkai (cth: binatang yang mati dicekik dan lain lagi) Darah Daging babi Binatang yang disembelih bukan atas nama Allah (cth: binatang yang disembelih untuk berhala) 2008 KBM 4 FIQH BAB 1

10 MAKANAN YANG HARAM DAN MEROSAKKAN
Binatang dan burung yang buas Rasulullah s.a.w. telah melarang umatnya memakan binatang yang bertaring dari binatang buas seperti singa, harimau, gajah, anjing dan kucing. Begitu juga dengan burung-burung yang mempunyai kuku pencakar untuk menyambar mangsanya. 2008 KBM 4 FIQH BAB 1

11 MAKANAN YANG HARAM DAN MEROSAKKAN
Binatang yang diperintah membunuhnya. Ada 5 binatang yang diperintah untuk dibunuh dan dilarang memakannya kerana ia binatang perosak iaitu tikus, kala jengking, burung gagak, burung helang dan anjing buas. Cicak adalah binatang perosak yang kecil, dan Nabi s.a.w. juga menyuruh membunuhnya. 2008 KBM 4 FIQH BAB 1

12 MAKANAN YANG HARAM DAN MEROSAKKAN
Binatang yang dilarang membunuhnya Serangga yang dilarang membunuhnya serta dilarang memakannya iaitu semut dan lebah. Binatang yang hidup dua alam Seperti katak dan buaya. 2008 KBM 4 FIQH BAB 1

13 DIHARAMKAN KHAMAR DAN BENDA-BENDA YANG MEMABUKKAN
Khamar bererti menutupi, juga dipanggil minuman keras atau arak. Diharamkan khamar kerana ia boleh menutupi akal fikiran manusia dan membuatnya menjadi khayal dan mabuk. Khamar disifatkan sebagai ‘rijsun’ (najis atau sesuatu yang keji) dan ia termasuk dalam perbuatan syaitan. 2008 KBM 4 FIQH BAB 1

14 DIHARAMKAN KHAMAR DAN BENDA-BENDA YANG MEMABUKKAN
Khamar merupakan pembuka kepada segala bentuk keburukan atau kejahatan. Islam mengharamkan segala perkara yang boleh memabukkan seperti dadah, menghidu gam atau mengambil pil yang mengkhayalkan. Ini kerana ia boleh menjejaskan urat saraf serta merosakkan akal serta menyebabkan ketagihan. 2008 KBM 4 FIQH BAB 1

15 MAKANAN DI DALAM KEADAAN DARURAT
Dalam keadaan terpaksa atau darurat, umat Islam diberi keringanan. Cth: orang yang di dalam perjalanan dan tidak menemui makanan yang halal sehingga keadaan laparnya yang amat sangat itu boleh mengancam nyawanya, maka segala makanan yang haram menjadi halal ketika itu. Tetapi hanya boleh makan sekadar hilangkan laparnya sahaja. 2008 KBM 4 FIQH BAB 1

16 ADAB DALAM MAKAN DAN MINUM
Beberapa adab makan dan minum: Membasuh tangan sebelum dan sesudah makan Membaca doa sebelum dan sesudah makan dan minum Makan dan minum dengan menggunakan tangan kanan Mengambil makanan yang lebih dekat 2008 KBM 4 FIQH BAB 1

17 ADAB DALAM MAKAN DAN MINUM
Tidak mencela makanan Tidak makan dan minum sambil berjalan Menjilat jari sesudah makan Makan apabila lapar Tidak membazir makanan Tidak berlebih-lebihan 2008 KBM 4 FIQH BAB 1


Download ppt "BAB 1: MAKANAN DAN MINUMAN DALAM ISLAM"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google