Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

VAKSINASI DALAM SYARIAT

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "VAKSINASI DALAM SYARIAT"— Transcript presentasi:

1 VAKSINASI DALAM SYARIAT
DR.ROHANI BINTI DESA

2 MAQASID IMUNISASI Imunisasi merupakan satu proses memberi vaksin kepada bayi bertujuan untuk mencegah penyakit-penyakit berjangkit. Penyakit berjangkit adalah penyebab utama berlakunya kecacatan dan kematian di kalangan kanak-kanak. Imunisasi adalah cara yang efektif dalam mencegah dan mengurangkan penyakit ini.

3 KESAN SAMPINGAN (AL-DARAR) IMUNISASI
Vaksin ialah virus atau bakteria yang mati atau dilemahkan. Imunisasi boleh diberi secara suntikan (melalui otot atau di bawah kulit) atau melalui mulut. Kesan sampingan vaksinasi adalah perkara biasa dan pada kebiasaannya adalah ringan dan tidak membahayakan Semua vaksin yang diberi adalah selamat dan berkesan selaras dengan cadangan World Health Organization (WHO). Kesan sampingan adalah ringan dan mempunyai batasannya sendiri. Ini termasuk demam, bengkak ringan dan sakit pada tempat yang disuntik. Kesan sampingan yang serius adalah jarang berlaku seperti menangis berterusan, mengantuk, pucat, berlaku otot kecutan otot dalam tempoh 48 jam selepas suntikan, berlaku ruam panas, kesukaran bernafas dan mengantuk yang serius.

4 VAKSINASI & PENYAKIT Penggunaan vaksin di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah seperti berikut; Penyakit Tuberculosis bakterium yang dilemahkan (BCG) di bawah kulit lengan Penyakit Diphtheria, Tetanus, Pertussis (Batuk Kokol) Dan Haemophilus Influenzae Type B toksin bakteria yang diubahsuai (D) dan (T) serta komponen bakteria (hib) diberikan melalui suntikan di peha Hepatitis B kompenan virus (hep B) melalui suntikan di otot peha Polio virus yang dilemahkan (OPV) diberi melalui mulut Beguk, Campak dan Rubella virus yang dilemahkan (M) dan (R) melalui suntikan di otot peha

5 SUMBER VAKSIN Isu mengenai sumber sebahagian vaksin yang dikatakan mengandungi atau terdiri daripada bahan haram seperti porcine (tulang babi) seperti vaksin IPV (Inactive Polio Vaccine) bagi penyakit polio telah lama diperdebatkan dalam masyarakat. Selain daripada itu, kesemua vaksin tersebut juga mengandungi bahan awet raksa (thiomersal) yang boleh membahayakan bayi yang baru lahir dan mungkin merupakan punca utama masalah saraf yang dihadapi bayi seluruh dunia.

6 ISU FIQH DALAM VAKSINASI
Persoalan di sini, seandainya vaksin program imunisasi KKM ini adalah terdiri daripada bahan tidak halal, apakah hukum perlaksanaannya ke atas bayi-bayi ? Apakah bayi-bayi yang dilahirkan sihat tetap dianggap berada dalam situasi al-Darurah lantaran ancaman penyakit-penyakit berbahaya tersebut di atas sekalipun kebarangkalian mereka mendapat penyakit-penyakit tersebut hanya atau kurang?

7 MUZAKARAH FATWA KEBANGSAAN
Vaksin Pelalian Rubela (Imunisasi Rubela) yang digunakan oleh KKM pada masa ini tidak najis dan hukumnya harus digunakan untuk suntikan dalam badan bagi mencegah penyakit rubela. Diputuskan dalam muzakarah kali ke 21 pada 12 Sep 1988. Vaksin untuk Imunisasi Hepatitis B yang dihasilkan daripada ragi adalah tidak najis dan harus digunakan untuk tujuan tersebut kerana ragi adalah suatu bahan yang suci. Diputuskan dalam muzakarah kali ke 22 pada 24 November Pandangan Islam terhadap imunisasi campak, tibi, batuk kokol, dipteria, tetanus dan polio adalah harus di segi syarak. Diputuskan dalam muzakarah kali ke 24 pada 5-6 Jun 1989.

8 KAEDAH FEKAH DALAM VAKSINANSI
Program Imunisasi KKM ini adalah bertepatan dengan fatwa pada masa ianya dimulakan. Keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan tersebut adalah berdasar kaedah fekah al- Darurat Tubih al-Mahzurat dan al-Hajah Tunazzal Manzilat al-Darurah.

9 MAKSUD KAEDAH FEKAH AL-DARURAT TUBIH AL-MAHZURAT
AL-DARURAH : Sesetengah fuqaha mendefinisikan sebagai seseorang yang berada dalam situasi yang sampai kepada tahap sekiranya dia tidak memakan sesuatu yang dilarang pada ketika itu akan menyebabkan kematian atau hampir-hampir mati. Sebahagian fuqaha pula mentakrifkannya sebagai keuzuran seseorang daripada menunaikan apa yang diwajibkan kepadanya atau terpaksa melakukan perkara yang (pada asalnya) dilarang melakukannya. Sesuatu yang ada padanya kemaslahatan agama dan dunia. Sekiranya ia tiada maka kemaslahatan dunia tidak akan konsisten bahkan boleh membawa kepada kerosakan, kacau-bilau, dan kematian. Sementara di Akhirat ketiadaannya boleh membawa kepada hilang kejayaan dan nikmat, kembali (ke alam Akhirat) dalam keadaan kerugian yang nyata. (al-Syatibi) Rasulullah SAW pernah ditanya oleh sahabat : ما العذر قال خوف أو مرض Maksudnya : Apakah yang dimaksudkan dengan keuzuran? Baginda menjawab “Ketakutan (daripada sesuatu) atau penyakit”.

10 MAKSUD KAEDAH FEKAH AL-HAJAH TUNAZZAL MANZILAT AL-DARURAH
AL-HAJAH : setiap apa yang menjadi keperluan untuk kesenangan manusia dalam kehidupan ini yang mana ketiadaan perkara tersebut menyebabkan kesusahan dan kesulitan. Kaedah ini meletakkan kadar keperluan di peringkat al-Hajah sama kedudukannya seperti al-Darurah. Situasi al-Darurah terjadi apabila berlaku ancaman atau kebahayaan kepada lima perkara asas yang dikenali sebagai al-Daruriyyat al-Khams iaitu agama, nyawa, keturunan, harta dan akal. Berdasarkan kaedah ini, kedudukan mereka yang mempunyai keperluan di peringkat al-Hajah ini mempunyai al-Rukhsah sama seperti al-Rukhsah yang diberikan Syarak kepada al- Darurah dari sudut keharusan melakukan perkara-perkara terlarang (al-Mahzurat) dengan tujuan menghilangkan kesusahan dan kesulitan yang dialami Mukallaf

11 ANALISA KAEDAH FEKAH AL-DARURAH : ialah setiap apa yang diperlukan untuk memastikan kewujudan atau kelangsungan lima perkara asas dalam kehidupan manusia. AL-HAJAH : ialah setiap apa yang diperlukan manusia untuk menghilangkan kepayahan atau kesulitan terhadap kehidupan mereka atau dengan kata lain setiap apa yang diperlukan manusia untuk tujuan kesenangan atau kelancaran kehidupan mereka. Ketiadaan perkara tersebut tidaklah membawa kepada kemusnahan, kesengsaraan, kematian dan kerugian sama ada di dunia mahupun akhirat sebagaimana al-Darurah tetapi hanya menyebabkan timbul kesulitan dan kepayahan dalam menjalani kehidupan seharian

12 ANALISA KAEDAH FEKAH Kesulitan dan kepayahan yang timbul dalam menjalani kehidupan seharian telah diberi perhatian yang sama penting oleh Syarak sehingga memberi kelonggaran kepada manusia untuk melakukan perkara-perkara terlarang dalam Syariat (al- Mahzurat) seandainya jika tidak melakukan perkara-perkara tersebut (al-Hajah) boleh menimbulkan kesulitan dan kepayahan. Beberapa penyakit yang sekalipun tidak mengancam nyawa manusia seperti penyakit gatal-gatal tetap diberi perhatian oleh Syariat dengan mengharuskan penggunaan sesuatu yang pada asalnya diharamkan seperti penggunaan sutera ke atas lelaki.

13 KAEDAH FEKAH AL-HAJAH TUNAZZAL MANZILAT AL-DARURAH DALAM ISU PERUBATAN SILAM
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik menyebutkan bahawa Nabi SAW telah mengharuskan penggunaan sutera sebagai pakaian khusus untuk cAbd al-Rahman bin cAwf dan Zubayr bin cAwwam lantaran penyakit kulit (gatal) yang dihidapi mereka. Riwayat tersebut berbunyi : أن رسول الله صلى الله عليه وسلم رخص لعبد الرحمن بن عوف والزبير بن العوام في القمص الحرير في السفر من حكة كانت بهما أو وجع كان بهما Maksudnya : Rasulullah SAW telah memberi Rukhsah kepada cAbd al-Rahman bin cAwf dan Zubayr bin al- cAwwam memakai baju sutera lantaran penyakit gatal yang dihidapai mereka atau kesakitan yang ditanggung mereka

14 KAEDAH FEKAH AL-HAJAH TUNAZZAL MANZILAT AL-DARURAH DALAM ISU PERUBATAN SILAM
Rasulullah SAW juga mengharuskan penggunaan emas dan perak sebagai bahan perubatan sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada cArfajah bin ’Ascad berikut : عن عرفجة بن أسعد أصيب أنفي يوم الكلاب في الجاهلية فاتخذت أنفا من ينوي فأنتن علي فأمرني رسول الله صلى الله عليه وسلم أن اتخذ أنفا من ذهب Maksudnya: Daripada cArfajah Bin As'ad : Hidungku telah tercedera (terpotong) di hari peperangan Al- Kulab maka aku meletakkan kertas bagi menutup ruang hidung, namun ia berbau busuk lalu Nabi SAW telah mengarahkanku agar mengambil emas sebagai hidung (palsu)

15 KAEDAH FEKAH AL-HAJAH TUNAZZAL MANZILAT AL-DARURAH DALAM ISU PERUBATAN SILAM
Dalam sebuah hadis yang lain, Nabi SAW telah memerintahkan Kacab bin cAjrah bercukur lantaran jangkitan kutu yang serius sedangkan beliau sedang berihram pada ketika tersebut. Hadis tersebut berbunyi : أتى علي النبي صلى الله عليه وسلم زمن الحديبية والقمل يتناثر على وجهي فقال أيؤذيك هوام رأسك قلت نعم قال فاحلق وصم ثلاثة أيام أو أطعم ستة مساكين أو انسك نسيكة Maksudnya: “Nabi SAW telah datang kepadaku sewaktu perang Hudaybiyyah sedangkan di wajahku berkeliaran kutu lantas Baginda bertanya;”Apakah kutu-kutu di kepalamu menyakitimu?” maka aku menjawab;”Ya!”. Sabda Baginda SAW;”Bercukurlah! Dan berpuasalah tiga hari atau memberi makan enam orang miskin atau menyembelih dam.

16 ULASAN HADIS Ini menunjukkan bahawa apabila wujud keperluan (al-Hajah) seperti bercukur rambut bagi menghilangkan kutu di kepala, Syarak memberi keringanan melakukannya sekalipun berada dalam tempoh larangan berbuat demikian seperti berihram. Namun keperluan tersebut telah mengharuskan larangan dan digantikan dengan membayar fidyah.

17 ANALISA PROGRAM VAKSINASI KKM
Pertama: Aspek penggunaan vaksin. Vaksin merupakan virus yang telah dilemahkan atau dimatikan bagi mendapatkan kekebalan tubuh terhadap virus tersebut melalui proses imunisasi atau vaksinasi. Vaksin ini telah dipilih daripada penyakit-penyakit berbahaya yang berpotensi mengakibatkan kematian atau kecacatan kekal. Pada peringkat awal penemuan vaksin ini, ianya dikatakan menggunakan bahan tertentu daripada binatang seperti darah lembu, kuda, bahkan monyet dan babi.

18 Seandainya dakwaan ini benar, penggunaan vaksin daripada bahan tidak halal hanya dibenarkan atas dasar al-Darurah atau al-Hajah (lantaran tiada alternatif vaksin) sekadar keperluan sebagaimana kaedah fekah Ma Ubih Li Al-Darurat Yuqaddar Bi Qadriha (Sesuatu perkara yang diharuskan kerana keperluan yang mendesak maka ianya hendaklah dilakukan sekadar kuantiti dan tempoh keperluan tersebut sahaja).

19 Namun sekiranya para ahli perubatan di seluruh dunia termasuk ahli perubatan muslim terus berusaha memperbaiki cara pembuatan vaksin dan meminimakan kesan sampingannya (seperti vaksin Rubella yang dulunya dikatakan dibuat daripada bahan pada darah lembu atau kuda) dan kini ianya telah dapat dibuat secara sintetik dalam makmal tanpa menggunakan darah lagi MAKA penggunaan vaksin daripada sumber tidak halal perlu dihentikan sebaik sahaja penemuan vaksin daripada sumber yang halal dapat diaplikasikan kepada orang ramai.

20 Apabila alternatif vaksin atau ubat daripada sumber yang halal telah ada maka hukum menggunakan vaksin atau ubat daripada sumber yang tidak halal adalah haram berdasarkan kaedah fekah : Ma Ubih Li Al-Darurat Yuqaddar Bi Qadriha (Sesuatu yang diharuskan kerana keperluan yang mendesak maka keharusan itu hanya sekadar (tempoh dan kuantiti) keperluan tersebut sahaja) Ma Jaza Li cUzr Batal Bi Zawalih (Sesuatu yang diharuskan kerana wujud keuzuran maka keharusan itu terbatal apabila keperluan tersebut telah tiada)

21 ANALISA PROGRAM VAKSINASI KKM
Kedua: Sejauhmana ancaman penyakit-penyakit berbahaya tersebut ke atas bayi-bayi ini ? Berdasarkan kaedah fekah, keperluan rawatan pencegahan ini (imunisasi) berada di peringkat al-Darurah sekiranya ancaman penyakit- penyakit berjangkit tersebut terhadap bayi-bayi memang dipastikan dan ianya adalah merbahaya (wabak).

22 Ini kerana, situasi al-Darurah yang mengharuskan penggunaan bahan yang diharamkan (al-Mahzurat) hanya berlaku apabila ada ancaman penyakit yang membahayakan nyawa atau boleh mengakibatkan kecacatan kekal dan tiada alternatif vaksin atau ubat melainkan daripada sumber yang haram.

23 Sekiranya rawatan tersebut merupakan pencegahan terhadap bayi-bayi sihat yang dilahirkan dan kebimbangan mengenainya berada pada peratusan yang kecil maka Program Imunisasi KKM ini berada pada tahap al-Hajah kerana bayi-bayi yang dilahirkan sihat perlu diberi perlindungan dengan cara meningkatkan daya tahan sakit pasif (melalui imunisasi suntikan atau oral). Sekalipun kebarangkalian mendapat penyakit- penyakit tersebut semakin kecil, bayi-bayi masih terdedah kepada bahaya jangkitan penyakit- penyakit berbahaya yang boleh menyebabkan kematian sebagaimana yang telah dinyatakan di atas.

24 Di Malaysia, kes jangkitan difteria berkurangan pada tahun 1998 (0
Di Malaysia, kes jangkitan difteria berkurangan pada tahun 1998 (0.02 orang daripada populasi) berbanding tahun 1988 (0.11 orang daripada populasi). Bagi penyakit Tetanus, berkurangan pada tahun (0.06 orang daripada populasi) berbanding tahun 1988 (0.08 orang pada tahun 1988). Bagi kes jangkitan Hepatitis B pula berkurangan pada tahun 1996 (2.97 orang daripada populasi) berbanding tahun 1988 (9.38 orang daripada populasi). Walaubagaimanapun, dianggarkan 5% penduduk Malaysia (1juta) masih menjadi pembawa Hepatitis B

25 Adalah menjadi keperluan (al-Hajah) kepada bayi-bayi untuk diberi perlindungan melalui imunisasi.
Walaupun bayi-bayi yang dilahirkan tersebut tidak berada dalam situasi al-Darurah tetapi mereka masih memerlukan perlindungan (al-Hajah) daripada jangkitan penyakit-penyakit berjangkit yang berbahaya tersebut. Namun berdasarkan kaedah fekah al-Hajah Tunazzal Manzilat al-Darurah : Keperluan di peringkat al-Hajah tersebut mempunyai hukum yang sama dengan keperluan di peringkat al-Darurah dalam mengharuskan penggunaan bahan-bahan tidak halal berdasarkan kepentingan program imunisasi ini iaitu ianya memberi faedah kesihatan kepada kanak-kanak kerana dapat mengelakkan daripada dijangkiti pelbagai penyakit merbahaya yang disebabkan virus tertentu sehingga boleh mengakibatkan kecacatan dan kematian. Keharusan tersebut hanyalah sekadar tempoh dan kuantiti keperluan selama mana tiada alternatif daripada vaksin halal.

26 Tambahan pula kebanyakan penyakit merbahaya yang disebabkan virus tertentu ini tidak mempunyai rawatan khusus dan boleh mengakibatkan kesan sampingan dan komplikasi yang teruk dan kekal. Mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Imunisasi juga dapat mengelakkan kesengsaraan yang dialami oleh kanak-kanak itu dan juga ahli keluarga. Imunisasi dapat mengelak daripada berlakunya kejadian epidemik dan wabak penyakit berjangkit. Selain itu, Imunisasi juga dapat mengurangkan atau membasmi sesetengah penyakit seperti polio, neonatal tetanus dan difteria. Imunisasi merupakan satu-satunya intervensi kesihatan yang kos-efektif. Kes tertinggi polio di Malaysia ialah pada tahun 1972 iaitu menghampiri 800 kes. Walaubagaimanapun, kes terakhir polio dilaporkan pada tahun Setelah itu sehingga kini tiada lagi kes polio dilaporkan.


Download ppt "VAKSINASI DALAM SYARIAT"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google