Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

PEMBENTANGAN LAPORAN AUDIT DALAM UPM 2011

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "PEMBENTANGAN LAPORAN AUDIT DALAM UPM 2011"— Transcript presentasi:

1 PEMBENTANGAN LAPORAN AUDIT DALAM UPM 2011
8 JULAI 2011 Rosdi Wah Ketua Juruaudit Dalam 2011

2 AUDIT DALAM Audit dalam SPK UPM 2011 - 13 - 30 Jun 2011.
Melibatkan 84 orang juruaudit dalam Universiti dan dibantu oleh lebih kurang 420 juruaudit dalam PTJ. Tujuan audit dalam mendapatkan bukti sama ada UPM telah melaksanakan SPK dengan berkesan dan mengesan peluang penambahbaikan.

3 AUDIT DALAM SKOP AUDIT-
pengurusan, prasiswazah, siswazah, penyelidikan dan inovasi, proses sokongan dan operasi perkhidmatan sokongan melibatkan semua PTJ kecuali Putra Science Park, Pusat Penempatan Kerjaya, GSM dan Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear. KAEDAH AUDIT – semakan dokumen dan rekod, temubual, pemerhatian dan ujian.

4 KEKUATAN Pengurusan UPM memberikan komitmen tinggi terhadap inisatif satu pensijilan MS ISO9001: 2008 dengan melibatkan keseluruhan PTJ melainkan entiti baharu/tertentu seperti Putra Science Park, PPDN, GSM & Pusat Penempatan Kerjaya. Mempunyai struktur SPK yang jelas dengan adanya Bahagian Jaminan Kualiti yang ditubuhkan untuk satu pensijilan, Mesyuarat Semakan Pengurusan, Jawatankuasa Jaminan Kualiti UPM, Jawatankuasa Semakan Keberkesanan Proses termasuk di peringkat PTJ dan peneraju, pegawai yang dipertanggungjawabkan (WP/TWP, PKD/TPKD dan Peneraju Proses) di peringkat pusat, peneraju dan PTJ. Program kesedaran di peringkat awal tentang satu pensijilan MS ISO9001:2008 telah diadakan dengan sewajarnya.

5 KEKUATAN Bengkel penyeragaman prosedur, arahan kerja dan garis panduan melibatkan pelbagai peneraju proses dan PTJ bagi menghasilkan dokumen SPK yang seragam dan memenuhi keperluan standard. Penggunaan dokumen SPK secara online mempercepatkan lagi proses capaian rujukan. Mempunyai eko-sistem yang baik untuk melaksanakan SPK dengan wujudnya pensijilan MS ISO 9001:2008 di peringkat PTJ dan dengan adanya ramai juruaudit dalam yang terlatih dan berpengalaman.

6 KELEMAHAN Masih banyak semakan perlu dibuat untuk memastikan dokumen bebas daripada kesilapan teknikal terutamanya melibatkan kod rujukan antara prosedur, arahan kerja dan rekod kualiti. Klausa merupakan klausa yang mempunyai ketidakpatuhan yang tertinggi. Walaupun komitmen keseluruhan adalah memuaskan tetapi terdapat PTJ yang diaudit tidak mengatur staf untuk memudahcarakan proses audit sebagai contoh pegawai yang bertanggungjawab seperti TWP PTJ bercuti atau bertugas di luar ibupejabat dan sebagainya. Pengukuhan penghayatan perlu dibuat dengan lebih berkesan kerana daripada pemerhatian terdapat pengurangan dari segi semangat kepunyaan di kalangan segelintir staf PTJ terhadap satu pensijilan berbanding dengan pensijilan yang dilaksanakan sendiri di peringkat PTJ. Proses kawalan produk, kawalan proses dan perkhidmatan perlu dipertingkatkan keberkesanannya terutamanya dari segi koordinasi tanggungjawab dan pelaksanaan antara dan intra PTJ dan juga antara Kampus Serdang dengan Kampus Bintulu.

7 KELEMAHAN Komunikasi antara Urus Setia dengan PTJ perlu dilaksanakan dengan lebih berkesan terutama sekali apabila melibatkan pemakluman perubahan dokumen dan Kawalan Ketidakpatuhan Produk. Penggunaan Buletin Putra sebagai medium hebahan makluman tidak mencukupi dan berkesan. Pertukaran tanggungjawab untuk menerajui SPK di beberapa PTJ memberi kesan dari segi kesinambungan dan keberkesanan SPK. Pada keseluruhannya, pengurusan dan kawalan rekod kualiti sebagai bukti kepatuhan SPK perlu dipertingkatkan dengan lebih berkesan. Walaupun keseluruhannya UPM mempunyai ramai juruaudit dalam, terdapat PTJ yang mempunyai kesukaran untuk menamakan pegawai P&P bukan akademik sebagai juruaudit kerana tidak mempunyai bilangan juruaudit terlatih yang mencukupi.

8 PELUANG PENAMBAHBAIKAN
Latihan QMS1 (kesedaran) dan QMS2 (dokumentasi) perlu diadakan secara berterusan terutamanya kepada PTJ yang baru melaksanakan SPK; dan kaedah penilaian kursus perlu dilaksanakan dengan lebih berkesan misalnya mengadakan ujian kefahaman selepas latihan. Pemantauan keberkesanan SPK termasuk status pencapaian objektif kualiti hendaklah diadakan secara berjadual bagi mengesan dan mengatasi kelemahan serta membuat perubahan yang diperlukan. Ketua PTJ dan Timbalan Wakil Pengurusan terutamanya di kolej kediaman perlu melibatkan diri dengan lebih berkesan untuk memastikan kejayaan SPK dan peningkatan kualiti secara berperingkat.

9 PELUANG PENAMBAHBAIKAN
Piagam Pelanggan perlu ditambah baik dengan memasukkan elemen kuantitatif agar pelanggan dapat mengetahui standard ukuran sesuatu perkhidmatan yang dijanjikan kepada mereka. Walaupun UPM mempunyai ramai juruaudit dalam, namum perancangan penggantian perlu dibuat untuk menjamin kelancaran dan keberkesanan aktiviti audit dalam. Pelan penggantian ini juga perlu dipanjangkan untuk tugas-tugas lain seperti peneraju, TWP dan TPKD. Galakan kepada staf untuk membudayakan amalan merujuk dokumen SPK secara on-line perlu dipertingkatkan dan capaian perlu dipermudahkan. Wakil Pengurusan dan peneraju proses perlu membuat pemantauan berkala di PTJ untuk memastikan pelaksanaan SPK berjalan dengan berkesan dan mematuhi keperluan yang telah ditetapkan.

10 DAPATAN AUDIT Jumlah NCR - 52 klausa dengan 688 bukti objektif
Jumlah OFI - 47 klausa dengan 707 cadangan.

11 DAPATAN AUDIT Jumlah NCR - 52 klausa dengan 688 bukti objektif Klausa
Bil. OE Area of Concern untuk NCR 4.2.4 107 (15.5%) Kawalan rekod eg tak lengkap, simpanan, isihan, capaian 7.5.1 90 (13.5%) Kawalan produk dan provisi perkhidmatan eg arahan kerja (42 OE), peralatan pemantauan dan pengukuran, pelaksanaan pemantauan dan pengukuran (28 OE), & pelaksanaan pengeluaran, penyampaian dan pasca penyampaian produk dan perkhidmatan (20 OE) 4.2.3 88 (12.6%) Kawalan dokumen eg luput, tak boleh dicapai, silap dsb 6.2.2 61 (8.7%) Latihan eg kompetensi, perancangan dsb 8.2.3 54 (7.9% Pemantauan dan pengukuran proses eg milestone

12 OE Mengikut Klausa -Top 30

13 OE Mengikut Klausa -Seterusnya

14 OE Mengikut Proses Pengurusan, Utama, Sokongan & Operasi

15 OE Mengikut Lokasi Top 30

16 OE Mengikut Lokasi - Seterusnya

17 DAPATAN AUDIT Jumlah OFI - 47 klausa dengan 707 cadangan. Klausa
Bil. Cadangan Area of Concern 4.2.3 122 Kod dokumen, dokumen tak didaftarkan, salah dokumen, 4.2.4 100 Rekod tak dikemaskini, senarai rekod kualiti, capaian, penyimpanan 6.3 51 Ruang pelupusan, arkib, setor, bilik kalis api 6.4 50 Laluan terhalang, pelupusan fail dan peralatan 8.2.3 46 Pengukuran pelan kualiti, milestone dll 7.5.1 37 Arahan kerja yang lebih jelas, pengesahan perlu lengkap dll

18 OFI Mengikut Klausa

19 TARIKH AKHIR TUTUP NCR Dalam tempoh 21 hari bekerja daripada 8 Julai 2011. Tarikh akhir penutupan NCR ialah 8 Ogos 2011. KESIMPULAN UPM telah melaksanakan SPK satu pensijilan dengan baik pada keseluruhannya namun kelemahan dan cadangan penambahbaikan yang ditemui/dikemukakan perlu diambil tindakan yang berkesan. Semua PTJ perlu bekerja keras dan secara bersepadu untuk mengambil tindakan pembetulan bagi menutup dapatan ketidakpatuhan audit dalam 2011.

20 TERIMA KASIH Kepada Naib Canselor, Pengurusan Universiti, Pegawai PTJ, WP/TWP, PKD/TPKD, Peneraju Proses, Staf, Pelajar, Juruaudit Dalam dan sesiapa yang terlibat dalam SPK MS ISO 9001:2008 UPM


Download ppt "PEMBENTANGAN LAPORAN AUDIT DALAM UPM 2011"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google