Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Dr. Hasnah Mohamad 03-8948741012-2078911 hasnah_m@upm.edu.my KULIAH M8 PERISTILAHAN Dr. Hasnah Mohamad 03-8948741012-2078911 hasnah_m@upm.edu.my.

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Dr. Hasnah Mohamad 03-8948741012-2078911 hasnah_m@upm.edu.my KULIAH M8 PERISTILAHAN Dr. Hasnah Mohamad 03-8948741012-2078911 hasnah_m@upm.edu.my."— Transcript presentasi:

1 Dr. Hasnah Mohamad 03-8948741012-2078911 hasnah_m@upm.edu.my
KULIAH M8 PERISTILAHAN Dr. Hasnah Mohamad

2 PERISTILAHAN Penggubalan istilah dalam pelbagai
bidang ilmu menjadi petanda berlakunya proses intelektualisasi dalam bahasa Melayu

3 KONSEP DASAR DALAM PEMBENTUKAN ISTILAH
Definisi Istilah Kata atau gabungan kata yang menerangkan makna, konsep, proses, keadaan atau ciri yang khusus dalam bidang tertentu. Contoh: hablur, laman sesawang, inflasi, budaya kuning.

4 2. Tataistilah dan Tatanama
Tataistilah ialah Kumpulan peraturan untuk membentuk istilah atu kumpulan istilah. Tatanama ialah kumpulan peraturan yang menentukan nama dalam bidang ilmu (termasuk kumpulan nama yang dihasilkannya)

5 3. Istilah dan Kata Umum Istilah ialah kata yang penggunaan dan maknanya khusus pada bidang tertentu. Kata Umum ialah kata-kata biasa dalam bahasa. Kata umum boleh menjadi istilah, Contoh: tenaga  tenaga atom langit  langit-langit

6 4. Morfem dan Proses Peristilahan
Morfem ialah unit atau unsur terkecil dalam bahasa yang mengandungi makna atau fungsi nahu. Morfem peristilahan ialah kata akar dan imbuhan yang digunakan dalam peristilahan. Proses pembentukan istilah BM meliputi: i. Kata akar: kata yang belum mendapat imbuhan. ii. Imbuhan dan pengimbuhan: Imbuhan ialah morfem yang digunakan untuk mencipta istilah melalui proses pengimbuhan. Contoh: peN-…-an - pendebungaan iii. Penggandaan: ulangan kata dasar, sebahagian atau penuh rambut  rerambut; iv. Gabungan: cantuman dua kata atau lebih. Contoh: warganegara, bumiputera, setiausaha

7 5. BENTUK ISTILAH Istilah boleh berbentuk sebagai kata akar bebas, kata berimbuhan, kata gabungan dan kata ganda. Bentuk Akar Bebas (bentuk yang boleh berdiri sebagai istilah atau menjadi dasar kepada pembentukan istilah yang lebih luas. Contoh: dokumen – pendokumentasian – dokumen sulit Bentuk berimbuhan (mengandungi imbuhan. Contoh: pelaburan, keberkesanan Bentuk gabungan (bentul istilah yang terdiri daripada dua kata atau lebih. Contoh: import ditangguh, kadar inflasi, modal teroka. Bentuk gandaan (Istilah yang seluruh atau sebahagian daripada dasarnya yang diulang. Contoh: kekura, paru- paru

8 6. Bentuk Prototaip Kata yang masih berbentuk seperti dalam bahasa sumber dan belum mengalami proses penyesuaian ke dalam bahasa Melayu. Contoh: debit, input

9 7. Paradigma Kata Kumpulan kata yang dibentuk daripada satu akar yang sama melalui pola tertentu, sama ada yang berupa kata berimbuhan, mahupun kata gabungan. Contoh: absorp serap absorbent - zat penyerap absorptivity - kedayaserapan absorptive berdayaserap absorption penyerapan, serapan

10 SUMBER ISTILAH Istilah dalam BM diperoleh daripada 3 sumber. i. Perbendaharaan Kata Umum BM ii. Perbendaharaan Kata Umum Bahasa Serumpun iii. Perbendaharaan Kata Bahasa Asing

11 LANGKAH PEMBENTUKAN ISTILAH DALAM BM (PUPIBM)
Konsep (makna, proses, keadaan, dll.) Kata yang tepat. Kata yang tidak berkonotasi buruk atau sebutannya sumbang Kata yang paling singkat LANGKAH 1 Kata dalam BM (Umum + Dialek) I S T L A H LANGKAH 2 Kata dalam bahasa-bahasa serumpun dengan bahasa Melayu Penyesuaian ejaan Penyerapan dengan menyesuaikan ejaan dan sebutan Penyerapan tanpa perubahan . Penterjemahan hendaklah tepat, singkat, memudahkan penyelarasan. Makna umum yang bersistem LANGKAH 3 Kata dalam Bahasa Inggeris LANGKAH 4 Kata dalam bahasa-bahasa lain

12 TATACARA PEMBENTUKAN ISTILAH
Sesuatu istilah yang dicipta itu mestilah mempunyai ciri-ciri khusus: Keringkasan bentuk Ketepatan makna Keserasian konsep Kemungkinan ditakrifkan dengan mudah Kesesuaiannya dengan fonologi, morfofonemik, dan tatabahasa yang berkenaan

13 Apakah Prinsip-prinsip Peristilahan?
Konsep: Satu simbol diberikan kepada konsep yang dikembangkan 2. Sifat konsep: ciri-ciri biasa kepada sejumlah benda yang terkandung dalam pemikiran. Ciri: bentuk, saiz, reka bentuk, fungsi, kedudukan dan kegunaannnya bagi membantu penjelasan konsep dan pembinaan sistem konsep. Perhubungan konsep: Dua konsep mempunyai hubungan secara logik (e.g bangunan - rumah, sekolah, hospital (jenis) Sistem konsep : konsep yang berkedudukan selari yang mempunyai taraf yang sama dengan pelbagai ciri daripada jenis yang sama. Contoh: ikan (tenggiri, cencaru, kembung, pari)

14 Konsep Setiap penggubalan istilah mestilah berdasarkan
konsep yang merujuk benda dalaman dan luaran. Konsep tidak hanya merujuk kepada benda dan peristiwa tetapi juga kepada kandungan dan hubungan. 1414

15 Ciri Ciri konsep penting untuk membantu penjelasan Konsep dan pembinaan sistem konsep. Untuk tujuan penyelarasan, ciri yang berguna untuk melihat hubungan benda dengan benda adalah menerusi bentuk, saiz, reka bentuk, fungsi, kedudukan, dan kegunaannya.

16 Perhubungan Konsep Dua konsep boleh mempunyai hubungan Secara lojik, misalnya: bangunan (genus), rumah(jenis/spesies) ; kenderaan (genus), kereta (jenis/spesies) Sistem Konsep Konsep yang berkedudukan selari, misalnya rumah sebuah, rumah berkembar, dan rumah teres mempunyai taraf yang sama dengan kepelbagaian ciri daripada jenis yang sama (sebuah, berkembar, dan lain-lain). 1616

17 Definisi: - Titik bermulanya kerja peristilahan - Penjelasan sesuatu konsep oleh konsep lain yang berkaitan. - Dua bentuk definisi yang sesuai bagi kerja peristilahan ialah i) Intensional Menjelaskan konsep superordinat (genus), iaitu tempat terbitnya definisi itu bersama-sama penjelasan ciri khusus yang membezakannya daripada konsep lain yang setaraf. genus (rumah)  rumah teres, rumah berkembar, dsb. ii) Ekstensional Mengandungi sejumlah konsep subordinat (penjenisan) daripada laras yang sama. Contoh: Planet Sistem Solar terdiri daripada Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Uranus dan Utarid.

18 Penjelasan: diberikan terhadap sesuatu objek yang definisinya belum diperoleh dengan sempurna.
Contoh: gelatin (sebatian tidak berasa, warna kekuningan, dll. 8. Syarat pendefinisian i) Konsep hendaklah sama dalam mana-mana penerbitan ii) Tautologi (perulangan perlu dielakkan) iii) Apabila konsep dalam bidang yang terhad hendaklah dinyatakan yang istilah itu digunakan bagi keperluan pada masa itu sahaja. iv) Definisi hendaklah ringkas. v) Definisi hendaklah mempunyai ciri konsep yang diberi. vi) Definisi hendaklah menyatakan kedudukan konsep yang diberi dalam sistem konsep yang berkaitan

19 Istilah - Satu perkataan atau rangkai kata yang mengandungi satu/beberapa unsur perkataan yang membentuk unit terkecil yang mempunyai makna dalam sistem linguistik. - Ada tiga simbol linguistik: i) Perkataan ii) Istilah iii) Perkataan tesaurus

20 10. Hubungan konsep dan istilah
Antara proses pembentukan kata/istilah: Proses Pengimbuhan Proses Penambahan Proses penggabungan Proses Analogi Proses Pemberian Makna Khusus Proses Penciptaan Proses Akronim Proses Penggemblengan Proses Peleburan Fonem dan Suku Kata

21 Proses Pembentukan Mengundur
Proses Peluasan Peraturan pembentukan Kata Proses Penyingkatan Proses Peluasan Makna Proses Penyempitan Makna Proses Perubahan Makna Proses Pinjam-Terjemah Proses Peminjaman Kata

22 Sekian Terima kasih


Download ppt "Dr. Hasnah Mohamad 03-8948741012-2078911 hasnah_m@upm.edu.my KULIAH M8 PERISTILAHAN Dr. Hasnah Mohamad 03-8948741012-2078911 hasnah_m@upm.edu.my."

Presentasi serupa


Iklan oleh Google