Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Unit 4 MUHAMMAD HAZRUL ASHWAD BIN MD YUSOFF 14DET08F1042

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Unit 4 MUHAMMAD HAZRUL ASHWAD BIN MD YUSOFF 14DET08F1042"— Transcript presentasi:

1 Unit 4 MUHAMMAD HAZRUL ASHWAD BIN MD YUSOFF 14DET08F1042
SHAH ERMY BIN MOHAMAD DET08F1062 MOHD YUSRI BIN MOHD YUSOF DET08F1063 NG JIUN YOONG DET08F1064 ANAS BIN ABD MALIK DET08F1068

2 BAHASA PENGATURCARAAN
DEFINISI: Proses pengaturcaraan PLC adalah merupakan aktiviti merancang seperti membina dan memasukkan aturcara untuk melaksanakan tugasan yang dikehendaki.

3 Bahagian-bahagian yang perlu ada di dalam sesuatu aturcara PLC.
Mula Memulakan sesuatu operasi Mod Operasi Menentukan kedudukan asal peranti masukan/keluaran dan juga kedudukan mula. Keadaan Reset Mengawal operasi mula/henti secara manual atau secara automatik di dalam aturcara. Operasi/Turutan Proses Merekabentuk aturcara seperti yang dikehendaki oleh tugas. Isyarat Keluaran Memicu peralatan keluaran. Status Keluaran Memaparkan lampu penunjuk atau penggera. Tamat Menghentikan operasi

4 BAHASA-BAHASA PENGATURCARAAN
LIMA bahasa pengaturcaraan yang dikenali di peringkat antarabangsa iaitu : Rajah Tangga (Ladder Diagram). Senarai Arahan (Instruction List). Teks Struktur (Structured Text). Carta Fungsi Turutan (Sequential Function Chart). Fungsi Rajah Blok (Function Block Diagram).

5 Rajah Tangga (Ladder Diagram)
Rajah tangga merupakan bahasa pengaturcaraan jenis grafik yang ditukar dari rajah litar pendawaian kawalan geganti. Rajah tangga mengandungi landasan sesentuh dari kiri ke kanan rajah ( rujuk rajah ). Sesentuh landasan ini disambung kepada elemen penyuisan sedia buka (normally open – NO) atau penyuisan sedia tutup ( normally closed – NC) menerusi laluan arus dan gelung elemen.

6 Rajah tangga juga menunjukkan litar kawalan dan memaparkan fungsi serta kombinasi operasi turutan bagi setiap cabang pada baris mendatar secara berasingan

7 Senarai Arahan (Instruction List)
Merupakan bahasa jenis penghimpun berteks. Ianya dibina dari suruhan kawalan yang mengandungi pengendali (operator) dan kendalian (operand). Berikut adalah contoh aturcara yang menggunakan bahasa senarai arahan. OPERATOR OPERAND

8 Teks Struktur (Structured Text)
Merupakan bahasa jenis penghimpun berteks yang mengandungi ungkapan dan suruhan. Contoh penggunaan bahasa ini adalah seperti berikut :- Cylinder out = (Input A OR Input B) AND Output C

9 Carta Fungsi Turutan (Sequential Function Chart)
Merupakan jenis bahasa grafik ( rujuk rajah ). Elemen-elemennya terdiri daripada langkah, peralihan, pilihan dan cabang selari. Setiap langkah menunjukkan status proses aturcara kawalan yang aktif atau tidak aktif. Satu langkah mengandungi tindakan yang berdasarkan kepada peralihan. Tindakan pula mengandungi struktur turutannya sendiri.

10 Rajah Fungsi Blok (Function Block Diagram)
Merupakan jenis bahasa grafik. Elemen-elemen yang terdapat di dalam rajah fungsi ini digambarkan secara grafik fungsi dan blok fungsi ( rujuk rajah ). Elemen-elemen ini disambungkan dengan garisan aliran isyarat dan dihubungkan secara terus kedalam rangkaian.

11 ASAS RAJAH TANGGA Sebuah Rajah Tangga terdiri daripada satu garis menegak di sebelah kiri dan kanan yang dinamakan bus bar dan juga garis mendatar ke kanan yang dinamakan garis-garis arahan (instruction lines ). Di sepanjang garis-garis arahan terdapat kombinasi-kombinasi logik keadaan (conditions) yang akan menentukan bila dan bagaimana arahan-arahan di sebelah kanan sekali akan dilaksanakan. Contoh Rajah Tangga ditunjukkan seperti di Rajah 4.2.a di bawah.

12 Pasangan-pasangan garisan menegak di sepanjang garisan cabang dipanggil keadaan (conditions). Keadaan- keadaan ini terdiri daripada dua iaitu : i. Keadaan Sedia Buka ( normally open - NO ) ii. Keadaan Sedia Tutup ( normally closed – NC ) Nombor-nombor pada setiap keadaan menentukan bit operasi setiap arahan. Setiap arahan dalam Rajah Tangga samaada ON atau OFF bergantung kepada status bit operasi yang telah ditentukan.

13 Keadaan normally open adalah ON jika bit operasi adalah ON dan akan OFF jika bit operasi adalah OFF.
Keadaan normally closed adalah ON jika bit operasi adalah OFF dan akan OFF jika bit operasi adalah ON.

14 Keadaan Perlaksanaan (Execution Conditions)
Kombinasi logik antara keadaan-keadaan ON dan OFF mewujudkan keadaan terkumpul bagi sesuatu arahan yang ingin dilaksanakan. Keadaan inilah yang dinamakan Keadaan Perlaksanaan. Arahan akan berada dalam Keadaan Perlaksanaan (Execution Conditions) ON apabila X0 adalah ON, X1 adalah OFF dan X2 adalah ON.

15 Bit Operasi (Operand Bits)
Bit operasi bagi setiap arahan boleh terdiri daripada mana-mana bit dalam kawasan-kawasan ingatan ( memory ) IR, SR, HR, TC atau TR. Ini bermakna keadaan-keadaan ( conditions ) dalam Rajah Tangga boleh ditentukan oleh bit I/O, bendera ( flags ), bit kerja ( work bits ), pemasa / pembilang ( timers / counters ) dan lain-lain

16 Jadual 4.3.2 menunjukkan peta ingatan yang merujuk kepada PLC jenis OMRON – SYSMAC CQM1H.
KAWASAN DATA BIT FUNGSI Kawasan IR Kawasan Input IR IR01515 Digunakan sebagai bit masukan Output IR10000 – IR11515 Digunakan sebagai bit keluaran. Kerja IR21600 – IR21915 Bit ini tidak mempunyai fungsi yang. khusus. Boleh digunakan secara bebas dalam program. Kawasan SR SR24400 – SR25507 Bit ini melakukan fungsi yang tertentu seperti bendera (flags) dan bit kawalan. Kawasan TR TR 0 – TR 7 Bit ini digunakan untuk menyimpan secara sementara status ON / OFF pada cabang-cabang program Kawasan HR HR 0000 – HR 9915 Bit ni digunakan untuk menyimpan data dan mengekalkan status ON / OFF bila kuasa dimatikan. Kawasan Timer/Counter TC 000 – TC 511 Nombor yang sama digunakan untuk timer dan counter. TC000 ke TC002 dgunakan utk. `interval timer’

17 BLOK LOGIK ( Logic Blocks )
MAKSUD : Cara keadaan memberi tindakbalas terhadap sesuatu arahan adalah ditentukan oleh perhubungan diantara keadaan-keadaan (conditions) yang ada pada garisan arahan yang menghubungkan mereka. Sebarang kumpulan keadaan yang terbentuk untuk menghasilkan satu keputusan logik dinamakan blok logik.

18 Penerangan: Satu blok arahan adalah terdiri daripada semua arahan-arahan yang terdapat di dalam satu blok . Blok itu diperolehi dengan melukis satu garis mendatar tanpa memotong garisan yang menegak dan sebaliknya. Rujuk pada rajah 4

19 KOD MNEMONIK Rajah Tangga tidak boleh dibaca oleh Konsol Pengaturcaraan. Oleh itu Rajah Tangga perlu ditukar kepada kod mnemonik. Kod mnemonik memberikan maklumat yang sama seperti Rajah Tangga dan boleh ditaip secara terus pada Konsol Pengaturcaraan.

20 Rajah 4.4 : Contoh Kod Mnemonik
ALAMAT ARAHAN OPERASI / DATA 00000 LD X0 00001 OR X1 00002 AND X3 00003 AND LD - 00004 OUT Y0 00005 TMY 00 K20 00006 CNT 002 #0010 00007 END

21 TAMMAT


Download ppt "Unit 4 MUHAMMAD HAZRUL ASHWAD BIN MD YUSOFF 14DET08F1042"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google