Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

PERSONALITI.

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "PERSONALITI."— Transcript presentasi:

1 PERSONALITI

2 PENGENALAN Setiap manusia mempunyai sifat, sikap, gaya dan personaliti yang tersendiri. Personaliti atau sahsiah melambangkan ciri-ciri peribadi seseorang individu. Secara definisinya, personaliti memperihalkan sifat-sifat fizikal, emosi dan kognitif seseorang individu. Dikaji oleh pakar-pakar psikologi seperti Sigmund Frued, Carl Jung, Alfred Adler, Carl Rogers, Albert Bandura, Abraham Maslow, B. F. Skinner, Raymond B. Cartell dan ramai lagi.

3 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERSONALITI
Pengalaman individu Pengalaman unik dan umum untuk bertindak dengan cara sendiri bila menghadapi tekanan. Penanggapan tentang naluri Kehendak dan keperluan dalaman individu yang perlu dipenuhi.

4 Pengaruh baka atau genetik
Pola genetik yang diwarisi, bentuk tubuh badan dan warna kulit mempengaruhi personaliti. Pembelajaran dalam keluarga dan masyarakat Apa yang dilihat dan ditiru dari keadaan sekeliling Pengaruh sosial budaya Budaya dan norma-norma yang dianuti oleh individu dalam masyarakat.

5 PENILAIAN PERSONALITI
Lazimnya dua jenis alat yang digunakan untuk menilai personaliti iaitu: Inventori personaliti Set soalan yang direka khas dan subjek melaporkan tindakbalas serta perasaannya terhadap pelbagai situasi yang ditetapkan oleh penilai. Menggunakan 16PF (16 Personality factors) yang direka oleh Raymond Cartell dan MMPI (Minnesota Multiphasic Personality). Alat projektif Berasaskan kepada konsep projektif yang diutarakan oleh Sigmund Freud. Menggunakan alat TAT (Thematic Apperception Test) yang direka oleh Henry Murray dan alat Rorshach iaitu tompokan dakwat pada kertas putih.

6

7

8

9

10

11 TEORI PSIKOANALISIS SIGMUND FREUD
Teori yang mekanistik kerana berpegang kepada andaian bahawa keseluruhan sifat dan tingkahlaku manusia didorong oleh satu tenaga yang berpunca dari dalam. Juga dianggap deterministik kerana kesemua sifat manusia telah ditentukan terlebih dahulu. Dinamakan juga psikodinamik.

12 Konsep alam sedar – tidak sedar
Memperolehi data-data dari sesi psikoanalisis yang dikendalikan dengan pesakit-pesakit yang mempunyai masalah kejiwaan. Struktur personalti dalam teori psikoanalisis Semua tingkahlaku haiwan dan manusia didorong oleh tenaga naluri sejadi yang menjadi asas kepada tenaga psikik yang memotivasikan segala aspek tingkahlakunya. Melibatkan komponen id, ego dan superego.

13 Perkembangan psikoseksual dan pembentukan personaliti
Manusia sentiasa didorong untuk mendapatkan kelazatan dalam hidup iaitu seks. Melalui lima tahap psikoseksual iaitu tahap oral, anal, falik, pendaman dan genital. Anxieti dan mekanisma bela diri Satu keadaan negatif yang dialami oleh manusia hasil daripada gabungan pelbagai emosi. Tiga bentuk anxieti iaitu anxieti realiti, anxieti moral dan anxieti neurotik. Hasilnya, ego membentuk mekanisma bela diri seperti represi, penafian, fantasi, regresi, identifikasi, profeksi, pindah gantian, reaksi, intelektuasi dan sublimasi.

14 TEORI TRET Apa-apa bentuk sifat yang membezakan seseorang dengan individu lain. Antaranya: Personaliti, bentuk badan dan perlakuan: Sheldon Bentuk badan boleh meramal trait seseorang individu. Tiga bentuk tubuh (somatorip) iaitu endomorf (gemuk), mesomorf (sasa) dan ektomorf (kurus). Tiga komponen kelakuan iaitu viseretonia, somatotonia serebrotonia.

15 Teori tret Gordon Allport
Personaliti sebagai satu organisasi dinamik yang menentukan kebolehan penyesuaian yang unik dengan persekitaran. Kenal pasti tiga jenis tret iaitu tret utama (arah kebanyakan t/laku) , tret pertengahan (bentuk asas personaliti) dan tret sekunder (kurang penting). Teori tret Raymond Cattell Personaliti manusia sebagai gabungan beberapa tret yang khusus yang berupaya menghasilkan sifat serta tingkahlaku secara konsisten. Menyarankan dua bentuk tret iaitu tret permukaan (46 tret) dan tret sumber (16 tret).

16

17

18 TEORI HUMANISTIK Menumpukan perhatian kepada manusia sebagai insan yang baik, murni dan sentiasa berkembang ke arah kebaikan. Analisis personaliti keseluruhan dilakukan dan sentiasa pentingkan hubungan manusia dengan alam sekelilingnya.

19 Teori Kemanusiaan Rogers
Mementingkan manusia sebagai manusia dan tidak menyetujui penyataan manusia sebagai objek yang boleh dimanipulasikan sama ada dari dalam atau luar. Semua tingkah laku manusia didorong oleh pencapaian kesempurnaan kendiri.

20 Teori Abraham Maslow Mengkonsepsikan pandangan bahawa manusia sentiasa cuba mencapai sesuatu yang lebih daripada apa yang terdaya olehnya pada masa-masa yang lampau. Menegaskan bahawa personaliti manusia ditentukan oleh keinginan serta kehendak hidupnya.

21

22 TEORI PEMBELAJARAN Memegang kepada tiga andaian terhadap manusia iaitu: Tingkahlaku dipelajari melalui proses perkaitan. Manusia pada asasnya cenderung ke arah kenikmatan dan menjauhi kesakitan. Tingkahlaku manusia pada asasnya ditentukan oleh persekitaran. Berpendapat bahawa jiwa tidak mempunyai peranan dalam pembentukan tingkahlaku dan personaliti manusia.

23 Teori Tingkahlaku B.F. Skinner
Tingkahlaku manusia boleh dibentuk dengan hanya beroperasi ke atas persekitaran. Pemberian ganjaran, hukuman dan skema-skema peneguhan dapat membentuk tingkahlaku dan personaliti manusia dengan berkesan.

24 Teori Pembelajaran Sosial
Melihat manusia sebagai aktif, berupaya mengendalikan tingkah laku secara selektif dan bukan entiti yang pasif. Manusia dan persekitaran saling pengaruh mempengaruhi antara satu dengan lain.

25 PENDEKATAN PEMBELAJARAN
TEORI PERSONALITI: PENDEKATAN PEMBELAJARAN Memberi perhatian kepada aspek luaran seseorang individu. Personaliti dianggap sebagai tindakbalas yang dipelajari daripada persekitaran luaran. Tokoh awal B.F. Skinner yang mendefinisikan personaliti sebagai suatu koleksi corak-corak tingkahlaku yang dipelajari.

26 Semua tingkahlaku dianggap sebagai. hasil daripada proses pembelajaran
Semua tingkahlaku dianggap sebagai hasil daripada proses pembelajaran yang melibatkan pelaziman jadi personaliti dilihat sebagai hasil daripada latihan, ganjaran, dendaan dan pelaziman daripada budaya dan masyarakat. Penumpuan adalah pada tingkahlaku operan, pelaziman operan dan peneguhan.

27 TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL
Hasil penulisan oleh golongan behaviorisma (Thordike, Skinner dan Watson) teori ini dihasilkan oleh Bandura: Personaliti masih dianggap sebagai sejumlah tingkahlaku yang dipelajari tetapi berbeza dri segi pendapat bahawa manusia adalah aktif, berupaya membuat pilihan dan menggunakan proses-proses simbolik bagi memperihalkan peristiwa serta berkomunikasi dengan orang lain. Tingkahlaku kebanyakan dipelajari daripada orang lain dalam masyarakat – keluarga, kawan dan budaya.

28 Konsep penentu timbal balik – manusia dan persekitaran saling mempengaruhi antara satu sama lain iaitu manusia menentukan nasib dirinya dengan cara mengawal kuasa-kuasa disekelilingnya tetapi dalam masa yang sama kuasa-kuasa di sekeliling juga mempengaruhi manusia ( Rujuk Rajah) B – Tingkahlaku P – Kognisi, persepsi dan peristiwa dalaman yang boleh mempengaruhi tindakan manusia E – Persekitaran luar

29 Semua fenomena yang dipelajari adalah hasil daripada pengalaman pemerhatian ke atas tingkahlaku orang lain dan kesan dari tingkahlaku tersebut. Tingkahlaku yang disukai – ganjaran – ditiru berbanding dengan yang mendapat dendaan. Kajian-kajian dengan binatan – 1930an dengan manusia – 1963 – The Bobo Doll Studies. Keputusan dari kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak akan mempelajari tingkahlaku langsang daripada orang dewasa dengan hanya melihat model beraksi secara nyata atau dalam filem.

30 PERANAN KOGNISI DALAM PERSONALITI
Pada pendapat Bandura kognisi juga merupakan penentu utama dalam membentuk tingkahlaku, contoh: seseorang yang percaya bahawa menolong orang akan membuatkan orang malas – tidak tolong – jadi kedekut: seseorang yang berpendapat orang lain jemu dengannya akan bertingkah menyepi dan malu. Faktor ini dikenali sebagai keefisyenan diri iaitu persepsi bahawa kita mampu melaksanakan sesuatu yang perlu untuk mencapai matlamat iaitu dari segi: cara yang hendak dibuat dan kemampuan dari segi emosi.

31 Contoh: Individu yang mempersepsi diri sebagai efisyen akan menerima cabaran yang berat, memberi lebih usaha dan mungkin lebih berjaya dalam mencapai matlamat. Individu yang mempersepsi diri sebagai kurang efisyen dalam hubungan sosial mungkin tidak mahu naik pangkat kerana perlu memberi banyak ceramah dan perlu berbincang dengan perwakilan. Oleh itu persepsi tentang keefisyenan dipelajari daripada apa yang orang lain kata tentang diri kita tetapi pengalaman langsung kita dalam mencapai kejayaan atau kegagalan merupakan kognisi yang akan terus mempengaruhi tingkahlaku kita dari dalam.

32 BANDURA juga telah menekankan tentang bagaimana kita mempelajari standard peribadi mengenai peneguhan dan dendaan yang kita guna untuk menilai tingkahlaku kita sendiri. Mula-mula kita belajar tentang standard peribadi yang ditunjukkan oleh orang lain dan apakah standard yang diberi ganjaran dan apa yang diberi dendaan.

33 Walaupun kita seolah-olah penerima yang pasif bagi standard-standard tersebut, namun kita kemudian dengan aktif menggunakannya untuk mengarah tingkahlaku – dikenali sebagai regulasi diri. Bila kita berjaya bertingkahlaku seperti tahap standard peribadi yang diingini – kita rasa bangga atau seronok – kita memberi peneguhan untuk diri kita sendiri.

34 Keadaan bangga atau seronok ini – seperti ideal ego Freud, sebaliknya jika gagal mencapai standard peribadi kita akan mendenda diri ( rasa bersalah, sedih) – seperti rasa bersalah dalam teori Freud. Seperti versi teori psikoanalisis neoFreudian – teori pembelajaran sosial berpendapat bahawa perkembangan personaliti pada asasnya merupakan perkembangan perhubungan sosial yang mencukupi.Bagi mencapainya seseorang individu mesti belajar cara-cara yang sesuai untuk berhubung dengan orang lain dan kognisi yang sesuai ( kepercayaan, jangkaan) mengenai diri sendiri dan hubungan dengan orang lain.

35 PENILAIAN TERHADAP TEORI PEMBELAJARAN
Kritikan Dengan mengabaikan proses-proses dalaman yang unik bagi manusia, ahli-ahli teori seperti Skinner dituduh terlalu mempermudahkan tentang personaliti hingga konsep ini menjadi tidak bermakna. Mengemukakan tingkahlaku sebagai suatu siri rangsangan dan gerakbalas dan mengeluarkan aspek pemikiran dan perasaan daripada personaliti menyebabkan golongan ini dianggap mempraktik bentuk sains yang tidak realistik dan tidak mencukupi.

36 Teori-teori personaliti pembelajaran berkongsi pandangan yang sangat “deterministic” mengenai tingkahlaku manusia – tingkahlaku manusia pada asasnya dibentuk oleh faktor-faktor diluar kawalan mereka – jadi “deterministic” tidak memberi perhatian kepada keupayaan manusia mengawal dan mengarah tingkahlaku.

37 Kelebihan Pendekatan pembelajaran memberi banyak faedah: Menolong menjadikan kajian tentang personaliti dengan cara yang objektif dan saintifik dengan memberi fokus kepada aspek-aspek tingkahlaku dan sifat-sifat mnusia yang dapat diperhatikan dan persekitaran di mana mereka tinggal. Menghasilkan cara yang penting dan berjaya untuk merawat kecelaruan personaliti; iaitu dengan menganggap kedua-dua tingkahlaku normal dan abnormal dipelajari dan rawatan yang sesuai melibatkan individu mempelajari tingkahlaku yang baru atau meninggalkan tingkahlaku yang tidak baik (modifikasi tingkahlaku).

38 Al Ghazali telah menggunakan empat istilah di dalam menerangkan jiwa manusia iaitu qalb (hati), ruh (roh), nafs (nafsu) dan ‘aql (akal). Kesemua perkataan ini terdapat di dalam Al Quran kecuali ‘aql. Walau bagaimanapun, ia tetap wujud di dalam pelbagai bentuk yang menunjukkan aspek pemikiran manusia seperti yang terdapat dalam surah-surah tertentu.

39 Hati (qalb) yang dihuraikan oleh Al Ghazali (1979) mempunyai dua pengertian. Pertamanya, ia adalah segumpal daging yang terletak di sebelh kiri dada. Ia menjadi pusat pertemuan semua saraf darah dari seluruh badan. Pengertian yang kedua merujuk kepada erti yang halus yang bersifat ketuhanan dan rohaniah. Ia berkaitan dengan hati fizikal di dalam pengertian yang pertama tadi. Walau bagaimanapun, Al Ghazali menitikberatkan pengertian hati yang kedua. Ia menjadi pusat segala cita-cita dan kemahuan. Segala anggota tubuh badan lain mengikut kehendaknya iaitu sama ada melakukan kebaikan atau kejahatan.

40 Roh pula diertikan sebagai sesuatu unsur berbentuk wap yang dipancarkan dari hati dan dibawa ke otak melalui denyutan nadi. Dari otak, ia tersebar ke seluruh bahagian jasad manusia melalui denyutan nadi dan seterusnya melahirkan tingkahlaku. Al Ghazali (1979) memberikan analogi bahawa kehidupan yang bergantung kepada roh adalah cahaya dan cara untuk mempengaruhi jasad ini diandaikan sebagai lampu yang memancarkan cahayanya ke seluruh ruang rumah. Roh adalah suatu sifat halus pada manusia yang dapat mengetahui segala sesuatu dan dapat memahami segala pengertian. Al Ghazali juga menyatakan bahawa roh merupakan urusan yang sukar difahami yang mana akal manusia tidak mampu untuk memikirkannya.

41 Akal (‘aql) ialah perkara utama yang dijadikan oleh Allah
Akal (‘aql) ialah perkara utama yang dijadikan oleh Allah. Ia mempunyai tiga pengertian. Pertama, ia diertikan sebagai ilmu tentang hakikat sesuatu benda dan menjadi ciri ilmu yang bertapak di hati. Pengertian yang kedua ialah kuasa mengetahui ilmu yang dipanggil hati (qalb) yang menunjukkan hakikat manusia. Perkara ini terdapat di dalam Al Quran dan hadis iaitu ia diertikan sebagai kuasa kefahaman manusia untuk mengetahui hakikat sesuatu. Sekiranya ‘aql dibandingkan dengan nafs, ia diibaratkan kuasa penglihatan. Ini adalah kerana melalui akal, manusia bersedia mengamati perkara-perkara yang rasional melalui kuasa penglihatan mata (mata bersedia mengamati benda-benda yang boleh dilihat). Manakala pengertian yang ketiga pula ialah kekendirian (self) manusia itu sendiri.

42 Nafsu (nafs) juga merupakan unsur yang terdapat di dalam roh
Nafsu (nafs) juga merupakan unsur yang terdapat di dalam roh. Ia mempunyai dua kekuatan yang amat bertentangan. Kekuatan pertama ialah kekuatan kebaikan seperti pemurah, penyayang, ikhlas dan sebagainya. Kekuatan kedua pula ialah kekuatan kejahatan seperti pemarah, pendendam, penipu dan lain-lain lagi. Al Ghazali telah membahagikan nafsu kepada beberapa peringkat. Pertama ialah al Ammarah iaitu nafsu jahat yang sedikit pun tidak mempunyai unsur-unsur kebaikan. Sekiranya, unsur-unsur ini terdapat dalam jiwa manusia, maka manusia akan melakukan kejahatan seperti menjadi penjenayah, penzina dan sebagainya.

43 Nafsu yang kedua adalah al-Mulhamah iaitu nafsu yang mengandungi kejahatan dan kebaikan. Tetapi, nafsu yang jahat itu lebih banyak daripada nafsu yang baik. Ia juga mengandungi kedua-dua kebaikan dan kejahatan. Nafsu yang ketiga adalah al-Lawwamah.Ia berbeza dari nafsu yang kedua kerana nafsu yang baik lebih banyak daripada nafsu yang jahat. Nafsu yang keempat ialah al-Muthma’innah iaitu nafsu yang mengandungi kebaikan sahaja. Mereka yang memiliki nafsu ini adalah mereka yang dijamin untuk terus masuk ke syurga tanpa melalui sebarang penyiksaan.

44 Kesimpulannya, roh manusia mengandungi tiga unsur iaitu hati, nafsu dan akal. Hati mempunyai sifat semulajadi yang positif, iaitu mencintai kebaikan. Nafsu pula mempunyai dua unsur yang bertentangan iaitu kebaikan dan kejahatan yang berupaya mempengaruhi hati. Sekiranya nafsu baik lebih banyak, maka hati akan bertambah baik. Sekiranya jika nafsu jahat itu banyak, maka hati akan dikuasai oleh kejahatan. Akal pula berfungsi mencari ilmu untuk tujuan membersihkan hati ke arah kebaikan, tetapi berupaya juga untuk bergerak ke arah kejahatan.


Download ppt "PERSONALITI."

Presentasi serupa


Iklan oleh Google