Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

PEMBELAJARAN SEPANJANG

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "PEMBELAJARAN SEPANJANG"— Transcript presentasi:

1 PEMBELAJARAN SEPANJANG
HHHC 9301 SET 8 KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

2 KHALILAH BINTI AHMAD OPTOMETRI TAHUN SATU A144685 JAWATAN:
DISEDIAKAN OLEH : KHALILAH BINTI AHMAD OPTOMETRI TAHUN SATU A144685 JAWATAN: ECXO PEMASARAN 2

3 ‘ CERGAS , ANGGUN DAN BERILMU ’
PROGRAM SISWI IN THE JUNGLE ANJURAN KELAB SRIKANDI KOLEJ TUN SYED NASIR BERTEMPAT DI NUR LEMBAH PANGSUN, KUALA SELANGOR DENGAN KERJASAMA MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR (MEP) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA ‘ CERGAS , ANGGUN DAN BERILMU ’

4 POSTER PROGRAM

5 MATLAMAT PEMBELAJARAN
1. Membentuk sahsiah mulia dalam diri mahasiswi Universiti Kebangsaan Malaysia di Kolej Tun Syed Nasir, khususnya ahli Kelab Srikandi. 2. Mengeratkan hubungan antara ahli Kelab Srikandi yang muslim dan bukan muslim. 3. Menggalakkan penglibatan mahasiswi dalam mengendalikan program sekaligus memberi peluang menimba pengalaman dan mengasah kemahiran dalam pelbagai bidang tugas. 4. Menyemai budaya dan nilai-nilai murni serta semangat yang utuh dalam kalangan mahasiswi dengan mengaplikasikan ilmu, teori dan pengalaman agar dapat mewujudkan golongan masyarakat yang bertanggungjawab dan cintakan alam sekitar.

6 OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Meningkatkan keyakinan diri dan nilai-nilai murni dalam diri mahasiswi. Meningkatkan ketahanan fizikal dan mental mahasiswi KTSN Memupuk pemikiran kreatif dan inovatif di kalangan mahasiswi Melahirkan mahasisiwi untuk mencintai dan menghargai alam sekitar serta mensyukuri nikmat ciptaan Ilahi Meninggikan semangat berpasukan dan bersatu-padu dalam kalangan peserta.

7 Refleksi Diri Sebagai exco pemasaran 2, saya telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program Siswi In The Jungle anjuran Kelab Srikandi yang berlangsung pada 15 dan 16 Mac di bawah kepimpinan Exco Pemasaran merangkap timbalan pengarah II Iaitu Raidah Hanisa binti Ruslan dibantu oleh Exco Pemasaran I iaitu Nurmaisarah binti Robin.

8 Surat JPPEL

9

10 PERANCANGAN Program perkhemahan Siswi in The Jungle, sebuah program yang menguji ketahanan fizikal dan mental mahasiswi KTSN. Aktiviti perkhemahan ini sebagai salah satu cara untuk mendedahkan mahasiswi kepada persekitaran luar yang lebih mencabar dan memupuk sifat berdikari. Program ini bertemakan “Cergas, Anggun dan Berilmu” diharap dapat melahirkan mahasiswi yang lebih proaktif, kompetitif dan pada masa yang sama berilmu. Program ini merangkumi aktiviti-aktiviti lasak dan juga aktiviti-aktiviti berkumpulan yang dapat menguji ketahanan fizikal dan mental selain memberi keyakinan kepada peserta menghadapi dunia luar. Sepanjang program ini dijalankan, faktor disiplin dan masa akan amat dititik beratkan supaya dapat melatih peserta untuk menjadi mahasiswi yang lebih berdisiplin, bertanggungjawab dan menghargai masa. Selain itu, diharapkan penganjuran program ini dapat mengeratkan silaturrahim antara mahasiswi berlainan latarbelakang dan keturunan. Seiring misi dan visi Universiti Kebangsaan Malaysia, perkhemahan ini memfokuskan kepada usaha memperkasakan jati diri mahasiswa dalam menghadapi arus persaingan dunia globalisasi yang semakin mencabar. Program ini juga turut menyemai perasaan cinta mahasiswi terhadap alam sekitar di samping menimbulkan kesedaran dan keinsafan dalam memupuk semangat memelihara khazanah alam tidak ternilai ini.

11 PERINCIAN PROGRAM Program Siswi in The Jungle ini akan dibahagikan kepada 3 hari iaitu hari pertama merupakan sesi pendaftaran dan pembahagian kumpulan di kalangan peserta. Hari kedua pula ialah aktiviti senamrobik bagi menyihatkan dan menyegarkan tubuh badan. Selain aktiviti senamrobik, terdapat juga sesi LDK dan aktiviti riadah seperti jungle trekking, flying fox dan aktiviti berakit yang membolehkan setiap ahli berinteraksi antara satu sama lain. Hari ketiga pula ialah aktiviti jungle trekking dan pertandingan memasak di antara peserta

12 SENARAI NAMA ORGANISASI
FAKULTI /TAHUN NO. MATRIK JAWATAN Natrah bt Abd Rahman FFAR/2 A139956 Pengarah Anis Izzaity Bt Samsudin A139411 Timbalan Pengarah Nuramirah Soraya Bt Kamaruzaman FSK/2 A140891 Setiausaha Amy Narisha Elieawa Bt Ab. Rahman FSK/1 A144692 Naib Setiausaha Nur Junaidah Bt Neadah A139593 Bendahari Aisyah Bt Abdullah A144467 Naib Bendahari Nur E’zzaty Bt Ahmad Zakiyon A139465 Exco Program I Nor Habibi Bt Saidalibi A144707 Exco Program II Nur Maisara Izzaty Bt Robin A144680 Exco Pemasaran I Khalilah Bt Ahmad A144685 Exco Pemasaran II Faten Nadia Bt Abdullah A139550 Exco Protokol I Nurhana Atika Bt Hanafi A144693 Exco Protokol II Noor Diyana binti Mohamad Radzi A139677 Exco Jamuan I Nabila Syuhada Bt Roslan A144679 Exco Jamuan II Nor Adilah Bt Abdul Halim A144489 Exco Cenderamata Nur Najwa Shakirah Bt Alias A144683 Exco Publisiti Nur Hidayatulliyana Binti Zainul ‘Abidin FSK/4 A132592 Exco Unit Disiplin & Keselamatan I Wan Athirah Auni Bt Wan Sekeri A139489 Exco Unit Disiplin & KeselamatanII Nur Amirah Bt Mohamad A139476 Exco Perhubungan I Nur Aimi binti Abd Rahim A139751 Exco PerhubunganII Bazlin Sorfina Bt Sulaiman A139704 Exco Pengangkutan I Khairunnisa Bt Zubir A144575 Exco Pengangkutan II Nur Hidayah Bt Mohd Fauzi A144456 Exco Kebajikan I Nor Afifah Thohirah Bt Ab Rahim A144468 Exco Kebajikan II Siti Nur Shafiqah Bt Ab. Hakim Exco Tugas-tugas Khas & Teknikal

13 MEETING UNTUK PERSIAPAN PROGRAM

14 MINIT MESYUARAT KELAB SRIKANDI KOLEJ TUN SYED NASIR
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA KL Tarikh : 19 Februari 2014 Masa : 8.30 malam Tempat : Dewan serbaguna,KTSN

15 Exco Program membentangkan tentatif
PERKARA TINDAKAN PENDAHULUAN Pengerusi selaku Pengarah projek membuka mesyuarat dengan bacaan al-Fatihah. PERUTUSAN PENGERUSI Pengerusi mengucapkan terima kasih kerana sudi hadir mesyuarat pertama ini. Pengerusi memberitahu agenda pada malam ini ialah pengenalan ahli organisasi dan peranan setiap exco. PERBINCANGAN Exco Program membentangkan tentatif Exco Protokol mesti peka dengan tentatif program. Exco Perhubungan akan berurusan dengan pihak tempat perkhemahan. Exco Jamuan kena peka dengan gerak kerja exco perhubungan. Exco Cenderamata akan sediakan hadiah untuk penceramah dan berurusan dengan exco program. Exco Pemasaran perlu cari dana untuk projek ini dengan cara membuat jualan. Exco disiplin dan keselamatan Exco Teknikal dan Tugas-Tugas Khas perlu memast Exco Pengangkutan diberitahu tentang ‘previsit’dan peyediaan pengangkutan pada tarikh kejadian. Exco Kebajikan akan menjaga kebajikan peserta.

16 HAL-HAL LAIN Tajuk ceramah dalam tentatif program iaitu”Wanita & Kanser”masih dalam perancangan dan masih boleh diubah dengan tajuk lain. PENUTUP Mesyuarat diakhiri dengan tasbih kafarah dan surah al-Asr. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 8.54 malam. Disediakan oleh: ………………………….. Amy Narisha Elieana Binti Ab Rahman Setiausaha 2, Siswi In The Jungle, Kelab Srikandi, Kolej Tun Syed Nasir

17 PERANAN SAYA PADA MALAM INI
Meeting ini merupakan meeting pertama untuk exco-exco. Sebagai salah seorang daripada exco pemasaran, saya perlu membentangkan perancangan saya untuk mendapatkan dana yang mencukupi untuk program di mana dibantu oleh exco-exco yang lain juga kerana masa untuk mendapatkan dana sehingga program agak terhad

18 PERANAN SAYA UNTUK MEETING SETERUSNYA
Pada meeting yang seterusnya di mana tidak dinyatakan tarikh di dalam minit mesyurat, kami perlu membentangkan duit yang dapat dikumpul hasil jualan sehingga hari meeting diadakan ( setiap kali meeting). Apabila dinyatakan jumlah, pengarah program akan mencadangkan lagi apa yang perlu dipertingkatkan untuk menambah jumlah duit. Jualan juga dibantu oleh exco-exco lain di mana kami menyediakan jadual bertugas dan memastikan exco-exco bertugas

19 TUGASAN SEBAGAI EXCO PEMASARAN II
Seawal gerak kerja program bermula, saya ditugaskan sebagai Exco Program lll. Oleh kerana Exco Pemasaran ll telah menarik diri, tugas saya ditukarkan Sebagai exco pemasaran ll,membantu exco pemasaran I, saya ditugaskan untuk mencari dana untuk menampung perbelanjaan kami ke sana. Target kami adalah untuk mendapatkan dana Rm2000 ke atas agar perbelanjaan dari poket sendiri tidak perlu dikeluarkan langsung atau sekurang-kurangnya hanya sedikit perlu dikeluarkan.

20 Hampir setiap hari kami perlu keluar mencari barang kerana bahan – bahan yang dibeli tidak tahan lama dan ketiadaan peti sejuk beku menyukarkan kerja kami Hampir setiap hari, pulang dari kampus, kami membeli barang dan menyiapkan untuk jualan hampir 4 jam sebelum dapat dipasarkan di hadapan DSG KTSN Kami juga menempah roti dan kerepek dari luar dua hari sekali dan dibawa ke kuliah untuk dijual kepada rakan rakan.

21 Gambar ketika persiapan untuk jualan
PERLAKSANAAN Gambar ketika persiapan untuk jualan

22 Gambar ketika jualan

23 Tugasan untuk jualan Gambar di atas menunjukkan jualan kami yang agak besar kerana dilakukan pada hari minggu di mana banyak masa dapat digunakan untuk menyediakan barang dan lebih banyak jenis jualan dapat dijual pada hari itu Antara jualan pada hari tersebut adalah air cendol, sosej,bebola ayam, buah jambu batu segar, spaghetti, roti, kek batik dan key chain Saya secara sukarela membantu dalam meyediakan spaghetti di mana saya perlu memasak spaghetti.

24 Terdapat sedikit kesulitan untuk menyediakan barang jualan terutama untuk air cendol. Santan yang dibeli rosak kerana dibeli terlalu awal dan tidak disejukkan menyebabkan sebahagian daripada kami perlu membeli untuk kali kedua dan kami mengalami sedikit kerugian. Namun, kerugian tersebut digantikan dengan jualan pada hari itu di mana kami berjaya mengumpul Rm 220 untuk sehari jualan Kekangan untuk menyediakan spaghetti pula adalah kekurangan bahan menyebabkan kami terpaksa berulang alik ke kedai.

25 LAPORAN EKSEKUTIF Hasil pembelajaran:
Berdasarkan perincian program, program diadakan selama 3 hari. Namun kerana kekangan kewangan, aktiviti terpaksa disusun untuk dua hari sahaja Hari pertama: Antara program yang diadakan adalah flying fox, jungle trekking , dan meniti jambatan gantung Saya dapati program-program ini melatih saya untuk bersikap berani dan matang dalam berbuat keputusan kerana aktiviti tersebut agak berbahaya di mana pelajar tidak boleh main-main dalam melakukan aktiviti tersebut. Walaupun saya teragak-agak untuk bermain aktiviti ini, namun kalau saya tidak mnyertai, mungkin agak lambat untuk saya temui program seperti ini lagi dan kalau ada mungkin tidak sesuai dengan jadual saya Jungle trekking melatih stamina saya untuk kuat kerana perlu meredah hutan selama beberapa jam sebelum sampai ke destinasi yang ingin dituju dan perlu sabar kerana banyak rintangan yang perlu dilalui seperti sungai , pohon kayu yang telah tumbang yang agak besar, dan daun yang agak licin Flying fox melatih diri saya untuk yakin terhadap diri dan berani kerana aktiviti ini agak berbahaya dan jikalau tersilap langkah boleh mengundang bahaya walaupun keselamatan agak ketat. Aktiviti ini melibatkan ketinggian sdan perlu meredah sungai dan jika tidak bernasib baik, sebagai contoh, tidak cukup berat, kita mungkin berhenti di tengah-tengah sungai Meniti jambatan gantung juga memerlukan keberanian dan keyakinan kerana jikalau tersilap langkah boleh mengundang bahaya seperti terjatuh dan tergantung, walaupun mempunyai keselamatan juga, namun aktiviti outdoor begini tidak boleh dibuat main-main. Pengalaman ini tidak dapat saya perolehi di mana-mana mungkin kerana program ini melibatkan outdoor aktiviti dan ini merupakan pengalaman pertama saya menyertai aktiviti seperti ini

26 Hari kedua: Antara aktiviti yang diadakan ialah lakonan, Treasure hunt. Apa yang saya perolehi adalah semangat kerjasama dan berpasukan Dalam aktiviti lakonan, kami perlu bergabung fikiran dan Idea supaya lakonan kami lebih menarik dan mungkin meninggalkan kesan positif kepada penonton kerana lakonan kami mementingkan mesej yang ingin disampaikan Manakala untuk aktiviti treasure hunt, ia agak menyeronokkan kerana kita tidak menjangkakan aktiviti yang perlu dilakukan untuk maju ke check point seterusnya. Ada check point yang perlu menjawab soalan, ada check point yang mana menguji ketahanan di mana setiap ahli perlu minum air bawang, seperti diberitahu oleh penganjur sambil menutup mata sedangkan air tersebut hanya air masak. Aktiviti treasure hunt pada pendapat saya melatih diri untuk berfikiran kreatif dalam menyelesaikan masalah di samping melatih diri untuk bekerjasama dalam berpasukan.

27 Hasil pembelajaran secara keseluruhan: Pembelajaran sepanjang hayat adalah diperlukan dalam melatih diri dan ahli kumpulan menganjurkan sesuatu aktiviti dan pengalaman dan kemahiran ini mampu memberi faedah pada masa akan datang . Sebagai Exco Pemasaran 2, saya dapati kita perlu merancang seawalnya apa yang ingin dijual, memastikan jadual bertugas exco berjalan lancar. Ini untuk mengelakkan kecelaruan ketika jualan diadakan. Dalam aktiviti jualan, saya dapat mempertingkatkan komunikasi yang baik dengan pelanggan, lebih mesra dan sabar melayan kerenah pelanggan . Saya juga dapat melatih diri untuk bersabar bekerja dengan rakan-rakan yang pelbagai ragam dan bersabar dengan setiap tugasan yang dilakukan walaupun agak memenatkan Saya belajar untuk tidak berputus asa dalam mencapai target duit yang disasarkan walaupun mustahil, kami berjaya mendapatkan dana hampir dengan jumlah yang disasarkan. Saya belajar untuk sentiasa positif dalam setiapaapa yang dilakukan terutama ketika jualan, terdapat barang yang rosak dan kami terpaksa berulang alik ke pasar walaupun masa agak suntuk untuk menyediakan bahan jualan sebelum masa jualan iaitu pukul 5 petang

28 KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PROGRAM TERHADAP DIRI
DAPAT MELUANGKAN BANYAK MASA BERSAMA RAKAN-RAKAN SEKALIGUS MENGERATKAN HUBUNGAN SILATURRAHIM BANYAK MASA DIHABISKAN DALAM PENYEDIAAN MAKANAN MENYEBABKAN KERJA- KERJA LAIN SEDIKIT TERABAI MELATIH DIRI UNTUK BERSIFAT BERDIKARI TERUTAMA DALAM MENCARI BAHAN UNTUK JUALAN DANA YANG ADA TIDAK MENCUKUPI MENYEBABKAN SEDIKIT KEKANGAN KEWANGAN MELATIH DIRI UNTUK BERSABAR APABILA KERJA YANG DIRANCANG TIDAK BERJALAN LANCAR JADUAL YANG DISEDIAKAN UNTUK AHLI UNTUK BERNIAGA TIDAK BERJALAN LANCAR KERANA TERDAPAT SEGELINTIR AHLI ORGANISASI YANG TIDAK PEKA DENGAN TUGAS MEREKA MELATIH KOMUNIKASI ANTARA RAKAN RAKAN DAN PELANGGAN MELATIH DIRI UNTUK BERFIKIRAN KREATIF TERUTAMA UNTUK MEMIKIR MAKANAN APA YANG INGIN DIJUAL UNTUK MENAMBAH PENDAPATAN


Download ppt "PEMBELAJARAN SEPANJANG"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google