Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Isu ICT dan Globalisasi

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Isu ICT dan Globalisasi"— Transcript presentasi:

1 Isu ICT dan Globalisasi
Bahagian II

2 ICT dan globalisasi Globalisasi bermaksud menjadi atau menuju kearah kesejagatan (Lubber, 1996) Ia adalah satu proses di mana ekonomi negara-negara di dunia saling berkait di antara satu sama lain ( Hamilton, 1997)

3 Ia adalah aliran pergerakan dan pengaruh yang akan mencorakkan hidup kita hari ini dan masa depan (Md Salleh dan Musa (2002) Globalisasi tidak boleh disekat, kita kena mengatur strategi untuk memanfaatkannya

4 Bukan satu fenomena yang baru, telah berlaku sejak lama dahulu
Sistem pos, jalan raya dan kereta api, penerbangan, perkapalan, dan telefon telah lama beroperasi melintasi sempadan negara Akan menjadi lebih ketara dalam masa akan datang

5 ICT telah menjadi pemangkin untuk membuatkan proses globalisasi bertambah pantas
Internet dan kemajuan teknologi komunikasi yang lain telah melahirkan dunia maya untuk manusia terus berinteraksi di samping dunia nyata

6 Bidang tumpuan globalisasi adalah ekonomi, hiburan, pendidikan, politik, budaya dan komunikasi
Peneraju utama globalisasi adalah negara maju dan syarikat-syarikat transnational yang berpusat di negara maju

7 Mereka membawa modal, kepakaran, peralatan, pekerjaan dan janji-janji untuk memajukan negara membangun Tren masa kini globalisasi bermula dengan kegiatan ekonomi dan dituruti dengan sektor hiburan, sebelum menular ke bidang lain

8 Akan tetapi risiko dan gejaja yang bakal ditanggung oleh negara berkenaan perlu difikirkan agar ia tidak menjadi tempat pengeluaran bahan yang memudharatkan kesihatan, mencemarkan alam sekitar dan merebaknya gejala sosial

9 Sektor hiburan yang meliputi muzik, filem, rancangan TV, majalah, komik, novel, playstation, gameboy merupakan bahan dagangan yang amat laris Pendedahan kepada bahan ICT dari luar negara secara berlebihan dan tanpa pemantauan dapat mempengaruhi minda masyarakat tempatan

10 Akhirnya, cara hidup masyarakat tempatan berubah dan nilai mereka akan mengikut apa yang ditonjolkan oleh ICT Agenda penggerak globalisasi adalah untuk menjadikan masyarakat dunia seperti mereka supaya pasaran mereka menjadi lebih luas dan mudah untuk mereka menjual produk dan perkhidmatan mereka

11 Globalisasi membenarkan kita menjadi pemain dunia – kita juga boleh menjual perkhidmatan dan produk ke negara lain Akan tetapi mampukah kita bersaing dengan gergasi-gergasi yang kebal? Adakah kita telah mempunyai k-pekerja yang boleh menghasilkan produk dan perkhidmatan bertaraf dunia? Apa ‘niche’ kita?

12 Tiga bentuk globalisasi
Globalisasi ideologi Globalisasi ekonomi Globalisasi teknologi

13 Globalisasi ideologi Juga dikenali sebagai globalisasi politik
Menyajikan falsafah pembangunan sesebuah negara berteraskan demokrasi, hak asasi manusia dan pasaran antarabangsa tanpa sekatan Ia ditaja oleh kuasa besar politik dunia dan kuasa ekonomi dunia

14 Ia dikukuhkan oleh International Monetory Fund (IMF) dan Bank Dunia (WB)
Kegiatan menentang keganasan atau terrorism adalah satu pendekatan baru untuk memasuki negara lain Menyemarakkan sistem demokrasi dan menyatakan pilihan raya adalah satu permulaan demokrasi

15 Akibat globalisasi ideologi adalah negara menjadi lebih terbuka dan kawalan ekonomi serta sosial semakin longgar Kuasa sebuah negara makin terhakis dan akan berpusat ke negara yang ada kekuatan ekonomi dan modal Kuasa politik sesebuah negara akan ditentukan oleh kuasa ekonomi

16 Globalisasi ekonomi Berpunca dari pengembangan dan penerimaan sistem pasaran bebas Sempadan negara dibuka, proses penswastaan syarikat milik negara, dan perundangan pasaran dilonggarkan Pergerakan modal antarabangsa yang bebas dan pelaburan secara terus melalui projek industralisasi dan penswastaan

17 Kewujudan General Agreement on Tariffs and Trades (GATT) dan kemudian menjadi World Trade Organisation (WTO) menjamin keselamatan usaha niaga dan pemasaran modal syarikat multi nasional Institusi kewangan dunia dan WTO telah menggariskan peranan yang mereka akan laksanakan di peringkat global

18 Peranan IMF dan WB Pengurangan subsidi dalam peruntukan
belanjawan negara Pemberhentian subsidi bagi input pertanian Pemberhentian subsidi makanan Penerimaan polisi ekonomi yang liberal

19 Penggalakan pelaburan asing
Liberasisasi import Penswastaan sektor perbankan

20 Peranan WTO Pengurangan subsidi Pengurangan bantuan sektor pertanian
tempatan Pemberhentian subsidi makanan Penerimaan pasaran bebas oleh negara membangun

21 Pemberhentian sekatan terhadap syarikat multi-nasional dalam industri utiliti
Pemberhentian sekatan ke atas kemasukan pelabur asing

22 Usaha terbaru syarikat gergasi dunia adalah membentuk peraturan baru – Multilateral Agreement on Investment (MAI) MAI menjamin pergerakan modal antara pasaran tanpa batas dan memberi hak sama taraf kepada syarikat antarabangsa dengan syarikat tempatan dalam operasi pasaran tempatan

23 Globalisasi ekonomi menjadikan negara hilang kuasa untuk menghalang syarikat antarabangsa menguasai pasaran dan syarikat tempatan Ada yang berpendapat bahawa sebab utama krisis ekonomi Asia adalah kerana liberisasi sektor kewangan

24 Globalisasi teknologi
Berlaku serentak dengan globalisasi politik dan globalisasi ekonomi Perkembangan serta kemajuan teknologi komunikasi secara terus telah menyumbang ke arah kesejagatan dengan mengurangkan jurang waktu dan jarak serta meningkatkan interaksi antara warga dunia untuk intergrasi pasaran ekonomi dan demokrasi

25 Telah wujud kampung sejagat dan ICT telah menjadikan dunia bertambah kecil
Akibat globalisasi teknologi yang paling ketara adalah globalisasi budaya Kandungan media antara bangsa membawa bersama mereka nilai dan gaya hidup yang mempromosikan kebendaan, keseronokan segera dan sensasi hiburan

26 Telah berlaku komodifikasi budaya iaitu penonjolan hasil budaya dalam bentuk imej, idea dan simbol yang diterbitkan untuk dipasarkan sebagai komoditi dalam pasaran media Sogokan seperti sensasi iklan barat dan gaya hidup dalam iklan antarabangsa, cerita khayalan Hollywood seolah-olah mesti diterima kerana ia adalah petunjuk kepada kemajuan dan kemodenan

27 Gejala globalisasi Banyak pendapat yang menyatakan globalisasi mendatangkan banyak faedah kepada syarikat korporat dunia Gejala globalisasi politik adalah: - penghakisan kedaulatan (sovereignity) negara - negara hilang kuasa kawalan

28 - kuasa luar menentukan pembuatan keputusan mengenai isu antarabangsa dan tempatan dalam negara
Gelaja globalisasi ekonomi adalah: - pasaran tempatan dikuasi oleh syarikat antarabangsa

29 - pengeluaran produk ditentukan oleh kos yang murah dan untung yang besar tanpa mengambil kisah kesan ekonomi dan sosial tempatan - syarikat antarabangsa boleh memindahkan maklumat dan modal tanpa sekatan negara tuan rumah

30 Gelaja globalisasi teknologi adalah:
- Banyak negara akan menjadi pengguna teknologi komunikasi yang dipunyai oleh syarikat di negara maju - Budaya dominan negara maju membanjiri seluruh pelusuk dunia – budaya tempatan terhakis

31 - wujud kefahaman dan budaya materialisma yang mementingkan keuntungan dan kepercayaan agama dan menipis

32 Strategi memanfaatkan globalisasi
Mesti setara dengan ICT semasa supaya tidak ketinggalan dari segi perkakasan, bahan dan perisian Perbanyakkan kesedaran untuk masyarakat supaya menjadi masyarakat berilmu dan bermaklumat Latihan dan pembangunan sumber manusia yang berterusan supaya kemahiran ICT adalah up-to-date

33 Menerapkan konsep dan memberi penerangan tentang kesan globalisasi kepada pelajar agar mereka lebih bersedia untuk bersaing Pengawasan dan pemantauan terhadap bahan dan anasir-anasir yang boleh menyumbang ke arah keruntuhan moral dan nilai-nilai tempatan

34 Menjadi pemain atau penyumbang bahan untuk kegunaan global, bukan setakat pemerhati atau penumpang
Mendidik rakyat jelata supaya menggunakan ICT bagi tujuan pembelajaran lebih dari hiburan Mewujudkan perkongsian bijak semua sektor yang terlibat dengan ICT supaya gabongan ini memberikan sumbangan yang lebih berkesan

35 Menggalakkan anggota masyarakat menganjurkan aktiviti yang boleh menerapkan kematangan menggunakan ICT seperti pemilihan bahan-bahan global yang memberikan faedah kepada individu, keluarga dan ahli masyarakat Menggalakkan kewujudan rangkaian ilmu dan maklumat di kalangan masyarakat untuk dikongsi bersama

36 TERIMA KASIH


Download ppt "Isu ICT dan Globalisasi"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google