Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan olehSuharto Tan Telah diubah "6 tahun yang lalu
1
ICT di tempat kerja Kemudahan dan kelengkapan ICT adalah satu keperluan di tempat kerja ICT digunakan untuk produktiviti, kelancaran kerja, komunikasi, pengurusan ICT membolehkan urusan dilakukan dengan cepat dan maklumat boleh didapati dengan pantas
2
Maklumat yang betul membantu dalam pembuatan keputusan yang tepat
Cara kerja masa kini, tanpa ICT kerja tidak dapat dilakukan secara berkesan Semua staf perlu mempunyai kemahiran ICT supaya pelaburan dalam perkakasan dan perisian dapat dimanfaatkan sepenuhnya ICT yang mesti ada dan perlu ada
3
ICT di tempat kerja Hardware Software Humanware
4
Hardware Yang perlu ada Yang patut ada Bil. yang cukup Compatibility
Updating
5
Yang perlu ada: - komputer, sambungan Internet, pencetak, pengimbas, telefon, mesin faks Yang patut ada: - interkom, sistem siar raya, radio, TV, akhbar, majalah Bilangan yang cukup: - untuk setiap staf, untuk dikongsi bersama
6
Compatibility: - perkakasan pelbagai jenama tetapi boleh bekerja dengan satu sistem Updating: - teknologi bertambah maju dan pihak organisasi perlu mengkemaskini perkakasan sesuai dengan tuntutan semasa
7
Software Kekinian Bidang tugas Updating Back up sys Situasi pelanggan
8
Kekinian: - selaras dengan keperluan semasa dan kemudahan untuk berurusan dengan pihak lain Bidang tugas: - perisian yang sesuai untuk staf menjalankan tugas dan berurusan dengan pelanggan
9
- pemprosesan kata, pangkalan data, persembahan, DTP dan grafik, statistik, Internet
Updating: - perisisan di upgrade secara berkala, bertambah maju dan pihak organisasi perlu mengkemaskini sesuai dengan keperluan semasa
10
Back up system - organisasi perlu mengadakan sistem sokongan yang kukuh supaya kerja tidak tergendala Situasi pelanggan - pihak organisasi perlu ketahui keadaan pelanggan supaya perisian yang sesuai digunakan. Kalau versi yang tinggi, mungkin pelanggan tidak dapat capai
11
Humanware Pendedahan Latihan Pengunaan Pengiktirafan Unit ICT
12
Pendedahan: - semua staf perlu mendapat peluang untuk menggunakan ICT Latihan: - Oleh kerana menggunakan ICT adalah tugas, maka latihan yang sesuai perlu diberikan kepada mereka agar ICT dapat digunakan dengan cekap
13
- Latihan lanjutan dan susulan perlu diberikan sesuai dengan peningkatan teknologi perkakasan dan versi perisian yang baru Penggunaan: - segala perkakasan dan perisian perlu digunakan secara optimum dan setiap staf boleh menggunakannya
14
Pengiktirafan: - staf yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran tertentu perlu diberi insentif atau pengiktirafan yang sewajarnya supaya dapat memberi dorongan kepada staf lain - sijil, elaun khas, ganjaran lain seperti lawatan sambil belajar dll
15
Unit ICT: - perlu diwujudkan di setiap organisasi - ada staf yang berkelayakan, bukan mereka yang tahu ICT dan menjadi mangsa - ada ruang khas untuk staf, perkakasan dan tempat baik pulih
16
- mengurus dan merancang keperluan ICT untuk organisasi
- menerbitkan bahan dan persembahan elektronik untuk organisasi - terlibat dalam pameran dan peka tentang perkembangan ICT - staf unit menjadi rujukan tentang ICT
17
…keseluruhannya Organisasi berurusan untuk mendapatkan pulangan keuntungan yang maksimum, ICT ada peranan Penggunaan ICT secara optimum boleh dicapai sekiranya kombinasi hardware, software dan humanware adalah seimbang
18
Perkembangan ICT perlu diikuti untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik
Organisasi perlu peka tentang tahap penggunaan perkakasan serta perisian ICT pelanggan agar mereka dapat akses dan berkomunikasi dengan organisasi
19
Staf perlu diberi latihan secara berkala untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran selaras dengan kemajuan ICT dan perolehan organisasi Unit ICT yang berfungsi dengan staf, sistem sokongan (back-up), budget yang mencukupi ICT sesuatu yang serius, bukan setakat ada sahaja
20
ICT dan globalisasi Globalisasi bermaksud menjadi atau menuju kearah kesejagatan (Lubber, 1996) Ia adalah satu proses di mana ekonomi negara-negara di dunia saling berkait di antara satu sama lain ( Hamilton, 1997)
21
Ia adalah aliran pergerakan dan pengaruh yang akan mencorakkan hidup kita hari ini dan masa depan (Md Salleh dan Musa (2002) Globalisasi tidak boleh disekat, kita kena mengatur strategi untuk memanfaatkannya
22
Bukan satu fenomena yang baru, telah berlaku sejak lama dahulu
Sistem pos, jalan raya dan kereta api, penerbangan, perkapalan, dan telefon telah lama beroperasi melintasi sempadan negara Akan menjadi lebih ketara dalam masa akan datang
23
ICT telah menjadi pemangkin untuk membuatkan proses globalisasi bertambah pantas
Internet dan kemajuan teknologi komunikasi yang lain telah melahirkan dunia maya untuk manusia terus berinteraksi di samping dunia nyata
24
Bidang tumpuan globalisasi adalah ekonomi, hiburan, pendidikan, politik, budaya dan komunikasi
Peneraju utama globalisasi adalah negara maju dan syarikat-syarikat transnational yang berpusat di negara maju
25
Mereka membawa modal, kepakaran, peralatan, pekerjaan dan janji-janji untuk memajukan negara membangun Tren masa kini globalisasi bermula dengan kegiatan ekonomi dan dituruti dengan sektor hiburan, sebelum menular ke bidang lain
26
Akan tetapi risiko dan gelaja yang bakal ditanggung oleh negara berkenaan perlu difikirkan agar ia tidak menjadi tempat pengeluaran bahan yang memudharatkan kesihatan, mencemarkan alam sekitar dan merebaknya gejala sosial
27
Sektor hiburan yang meliputi muzik, filem, rancangan TV, majalah, komik, novel, playstation, gameboy merupakan bahan dagangan yang amat laris Pendedahan kepada bahan ICT dari luar negara secara berlebihan dan tanpa pemantauan dapat mempengaruhi minda masyarakat tempatan
28
Akhirnya, cara hidup masyarakat tempatan berubah dan nilai mereka akan mengikut apa yang ditonjolkan oleh ICT Agenda penggerak globalisasi adalah untuk menjadikan masyarakat dunia seperti mereka supaya pasaran mereka menjadi lebih luas dan mudah untuk mereka menjual produk dan perkhidmatan mereka
29
Globalisasi membenarkan kita menjadi pemain dunia – kita juga boleh menjual perkhidmatan dan produk ke negara lain Akan tetapi mampukah kita bersaing dengan gergasi-gergasi yang kebal? Adakah kita telah mempunyai k-pekerja yang boleh menghasilkan produk dan perkhidmatan bertaraf dunia? Apa ‘niche’ kita?
30
Tiga bentuk globalisasi
Globalisasi ideologi Globalisasi ekonomi Globalisasi teknologi
31
Globalisasi ideologi Juga dikenali sebagai globalisasi politik
Menyajikan falsafah pembagunan sesebuah negara berteraskan demokrasi, hak asasi manusia dan pasaran antarabangsa tanpa sekatan Ia ditaja oleh kuasa besar politik dunia dan kuasa ekonomi dunia
32
Ia dikukuhkan oleh International Monetory Fund (IMF) dan Bank Dunia (WB)
Kegiatan menentang keganasan atau terrorism adalah satu pendekatan baru untuk memasuki negara lain Menyemarakkan sistem demokrasi dan menyatakan pilihan raya adalah satu permulaan demokrasi
33
Akibat globalisasi ideologi adalah negara menjadi lebih terbuka dan kawalan ekonomi serta sosial semakin longgar Kuasa sebuah negara makin terhakis dan akan berpusat ke negara yang ada kekuatan ekonomi dan modal Kuasa politik sesebuah negara akan ditentukan oleh kuasa ekonomi
34
Globalisasi ekonomi Berpunca dari pengembangan dan penerimaan sistem pasaran bebas Sempadan negara dibuka, proses penswastaan syarikat milik negara, dan perundangan pasaran dilonggarkan Pergerakan modal antarabangsa yang bebas dan pelaburan secara terus melalui projek industralisasi dan penswastaan
35
Kewujudan General Agreement on Tariffs and Trades (GATT) dan kemudian menjadi World Trade Organisation (WTO) menjamin keselamatan usaha niaga dan pemasaran modal syarikat multi nasional Institusi kewangan dunia dan WTO telah menggariskan peranan yang mereka akan laksanakan di peringkat global
36
Peranan IMF dan WB Pengurangan subsidi dalam peruntukan
belanjawan negara Pemberhentian subsidi bagi input pertanian Pemberhentian subsidi makanan Penerimaan polisi ekonomi yang liberal
37
Penggalakan pelaburan asing
Liberasisasi import Penswastaan sektor perbankan
38
Peranan WTO Pengurangan subsidi Pengurangan bantuan sektor pertanian
tempatan Pemberhentian subsidi makanan Penerimaan pasaran bebas oleh negara membangun
39
Pemberhentian sekatan terhadap syarikat multi-nasional dalam industri utiliti
Pemberhentian sekatan ke atas kemasukan pelabur asing
40
Usaha terbaru syarikat gergasi dunia adalah membentuk peraturan baru – Multilateral Agreement on Investment (MAI) MAI menjamin pergerakan modal antara pasaran tanpa batas dan memberi hak sama taraf kepada syarikat antarabangsa dengan syarikat tempatan dalam operasi pasaran tempatan
41
Globalisasi ekonomi menjadikan negara hilang kuasa untuk menghalang syarikat antarabangsa menguasai pasaran dan syarikat tempatan Ada yang berpendapat bahawa sebab utama krisis ekonomi Asia adalah kerana leberisasi sektor kewangan
42
Globalisasi teknologi
Berlaku serentak dengan globalisasi politik dan globalisasi ekonomi Perkembangan serta kemajuan teknologi komunikasi secara terus telah menyumbang ke arah kesejagatan dengan mengurangkan jurang waktu dan jarak serta meningkatkan interaksi antara warga dunia untuk intergrasi pasaran ekonomi dan demokrasi
43
Telah wujud kampung sejagat dan ICT telah menjadikan dunia bertambah kecil
Akibat globalisasi teknologi yang paling ketara adalah globalisasi budaya Kandungan media antara bangsa membawa bersama mereka nilai dan gaya hidup yang mempromosikan kebendaan, keseronokan segera dan sensasi hiburan
44
Telah berlaku komodifikasi budaya iaitu penonjolan hasil budaya dalam bentuk imej, idea dan simbol yang diterbitkan untuk dipasarkan sebagai komoditi dalam pasaran media Sogokan seperti sensasi Salem, gaya hidup pepsi, cerita khayalan Hollywood seolah-olah mesti diterima kerana ia adalah petunjuk kepada kemajuan dan kemodenan
45
Gejala globalisasi Banyak pendapat yang menyatakan globalisasi mendatangkan banyak faedah kepada syarikat korporat dunia Gejala globalisasi politik adalah: - penghakisan kedaulata (sovereignity) negara - negara hilang kuasa kawalan
46
- kuasa luar menentukan pembuatan keputusan mengenai isu antarabangsa dan tempatan dalam negara
Gelaja globalisasi ekonomi adalah: - pasaran tempatan dikuasi oleh syarikat antarabangsa
47
- pengeluaran produk ditentukan oleh kos yang murah dan untung yang besar tanpa mengambil kisah kesan ekonomi dan sosial tempatan - syarikat antarabangsa boleh memindahkan maklumat dan modal tanpa sekatan negara tuan rumah
48
Gelaja globalisasi teknologi adalah:
- Banyak negara akan menjadi pengguna teknologi komunikasi yang dipunyai oleh syarikat di negara maju - Budaya dominan negara maju membanjiri seluruh pelusuk dunia – budaya tempatan terhakis
49
- wujud kefahaman dan budaya materialisma yang mementingkan keuntungan dan kepercayaan agama dan menipis
50
Strategi memanfaatkan globalisasi
Mesti setara dengan ICT semasa supaya tidak ketinggalan dari segi perkakasan, bahan dan perisian Perbanyakkan pajek ilmu dan maklumat untuk masyrakat supaya menjadi masyarakat berilmu dan bermaklumat Latihan dan pembangunan sumber manusia yang berterusan supaya kemahiran ICT adalah up-to-date
51
Menerapkan konsep dan memberi penerangan tentang kesan globalisasi kepada pelajar agar mereka lebih bersedia untuk bersaing Pengawasan dan pemantauan terhadap bahan dan anasir-anasir yang boleh menyumbang ke arah keruntuhan moral dan nilai-nilai tempatan
52
Menjadi pemain atau penyumbang bahan untuk kegunaan global, bukan setakat pemerhati atau penumpang
Mendidik rakyat jelata supaya menggunakan ICT bagi tujuan pembelajaran lebih dari hiburan Mewujudkan perkongsian bijak semua sektor yang terlibat dengan ICT supaya gabongan ini memberikan sumbangan yang lebih berkesan
53
Menggalakkan anggota masyarakat menganjurkan aktiviti yang boleh menerapkan kematangan menggunakan ICT seperti pemilihan bahan-bahan global yang memberikan faedah kepada individu, keluarga dan ahli masyarakat Menggalakkan kewujudan rangkaian ilmu dan maklumat di kalangan masyarakat untuk dikongsi bersama
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.