Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

PUSAT TEKNOLOGI KOMUNIKASI & PEMBANGUNAN INSAN (PTKPI)

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "PUSAT TEKNOLOGI KOMUNIKASI & PEMBANGUNAN INSAN (PTKPI)"— Transcript presentasi:

1 PUSAT TEKNOLOGI KOMUNIKASI & PEMBANGUNAN INSAN (PTKPI)
EUW233- TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA TAMADUN INDIA DISEDIAKAN OLEH: PUAN SITI AISYAH MOHD NOR

2 ISI-ISI KANDUNGAN PENGENALAN SEJARAH TAMADUN INDIA
KONSEP TAMADUN INDIA WILAYAH MASYARAKAT DAN BUDAYA AGAMA DALAM TAMADUN INDIA SUMBANGAN TAMADUN INDIA TERHADAP PERADABAN MANUSIA IMPAK KEDATANGAN ISLAM TERHADAP TAMADUN INDIA

3 PENGENALAN Terbahagi kpd bbrp zaman iaitu: Zaman Pra Sejarah, Zaman Veda, Zaman Dinasti Maurya, Zaman Empire Gupta, Zaman Kerajaan Islam, Penjajahan Portugis dan Belanda, Zaman Pemerintahan British dan Zaman Merdeka. Nama negara India adalah berasaskan kepada bahasa Sanskrit iaitu Bharata-Varsha atau Bhrarata-Khanda bersempena nama seorang pemerintah India ketika itu iaitu Bharata.

4 SEJARAH TAMADUN INDIA Sejarah kemunculan Tamadun India boleh dikategorikan kepada tiga peringkat iaitu; zaman awal, zaman pertengahan dan zaman moden. 1) Zaman Awal dalam sejarah Tamadun India boleh dipecahkan kepada zaman-zaman berikut; Zaman Pra Sejarah, Tamadun Lembah Indus, Zaman Vedik, Empayar Maurya, Empayar Gupta, Zaman Sangam, Zaman Pallava dan Zaman Chola.

5 2) Zaman pertengahan adalah zaman gemilang bagi umat Islam
2) Zaman pertengahan adalah zaman gemilang bagi umat Islam. Dalam tempoh ini, Islam memerintah India selama hampir 800 tahun dan bilangan umat Islam meningkat kepada 150 juta orang. Islam berjaya meletakkan batu asas pemerintahannya pada abad ke 8M. melalui Muhammad Al-Qasim yang telah berjaya membuka wilayah Sind pada tahun 706M./ 87H.

6 3) Zaman moden terkenal sebagai zaman penjajahan apabila datangnya penjajah British pada tahun 1857 membawa berlakunya pembahagian bumi India kepada tiga buah negara (India, Pakistan dan Bangladesh). Rentetan daripada itu, sebahagian besar daripada umat Islam kemudiannya berpindah ke Pakistan dan Bangladesh. Manakala sebahagian kecil daripadanya masih terus menetap di negara India (baru).

7 KONSEP TAMADUN INDIA Tamadun India merangkumi dua bahagian utama benua kecil india iaitu Indo –Arya yang berpusat di India Utara dan Dravida yang berpusat di India Selatan

8 WILAYAH TAMADUN INDIA 1) KEDUDUKAN GEOGRAFI
Benua kecil India terletak di antara Lautan Hindi dengan Pergunungan Himalaya. Wilayah ini meliputi kawasan seluas 2,534,175 kilometer persegi iaitu lebih kurang sama dengan keluasan seluruh Eropah kecuali Rusia

9 2)MASYARAKAT INDO ARYA Masyarakat Indo-Arya berbahasa Sanskrit iaitu bahasa utama dalam kumpulan bahasa-bahasa Indo-Arya. Empat buah Veda iaitu Rig, Yajur, Sama dan tharva adalah karya-karya puisi yang berbentuk mantera atau mazmur yang menjadi pegangan kuat bagi masyarakat ini

10 3)MASYARAKAT DRAVIDA Masyarakat Dravida berbahasa Tamil yang merupakan asas untuk semua bahasa Dravida. Kepercayaan, pemikiran serta amalan masyarakat ini adalah berasaskan ajaran mazhab Saivisme dan Vaisnavisme yang banyak dibicarakan dalam puisi klasik Sangam

11 MASYARAKAT DAN BUDAYA Sistem keluarga Sistem Kasta dan sistem jati
Kedudukan Wanita Bahasa dan Kesusasteraan Nilai-nilai murni

12 Sistem Keluarga Sistem keluarga tamadun India dipelihara oleh dua aspek iaitu Ashrama Dharma dan Purusartha. Ashrama Dharma melalui empat tahap iaitu: Brahmacharya : Mempelajari ilmu pengetahuan Grihasta : Berumah tangga dan bekerja Vanaprasta : Bertapa dan bebaskan diri dari duniawi Sannyasa : Sebar ilmu kepada masyarakat

13 Purusartha pula adalah empat objektif mulia dalam kehidupan yang harus diamalkan manusia iaitu:
Aram/ Dharma : Kepatuhan kepada moral dan etika Porul/ Artha : Bekerja untuk kekayaan yang halal Inbam/ Kama : Cinta atau kasih sayang & kepuasan menikmati harta benda Moksha/ Vidu : Kesempurnaan rohani hasil bebas diri dari duniawi

14 2) Sistem Kasta dan Sistem Jati
Sistem ini membahagikan masyarakat kepada lima kelas sosial seperti berikut: i. Brahmin : golongan pendidik , intelek dan ahli agama ii. Kshatriya :pemerintah, pentadbir dan tentera iii.Vaisya : pedagang dan peniaga iv. Sudra : buruh dan petani v. Panchama : golongan murtad dan dibuang daripada varna

15 Sistem Jati pula ialah satu sistem yang berasaskan kesatuan sekerja dan tidak mempunyai hierarki sosial. Sistem ini wujud pada zaman Veda kemudian (1000 S.M – 500 S.M) bertujuan untuk menjaga kebajikan ahlinya apabila pemerintahan pusat mengalami kemerosotan dan tidak mampu menjamin keselamatan rakyatnya.

16 i- Dalam Masyarakat Indo-Arya
3) Kedudukan wanita i- Dalam Masyarakat Indo-Arya Pada zaman Veda Awal (1500 S.M – 1000 S.M), kaum wanita dihormati dan diberikan kebebasan serta kesaksamaan seperti kaum lelaki Namun begitu, pada zaman Veda Kemudian (1000SM-500SM) dan selepasnya didapati kedudukan kaum wanita merosot dan banyak sekatan dikenakan ke atas mereka

17 ii)Dalam Masyarakat Dravida
Pada Zaman Sangam (kurun ke-3SM- kurun ke-3 TM), kaum wanita telah diberikan kedudukan yang tinggi dalam masyarakat India Selatan Sifat keibuan yang ada pada mereka dihormati, disanjung dan dianggap sebagai suatu nilai yang mulia Akhirnya, kedudukan kaum wanita mulai mengalami kemerosotan selepas Zaman Sangam. Masalah kemerosotan ini dapat diatasi atau dipulihkan semula selepas kedatangan dan pertapakan kuasa penjajah khasnya kuasa British di India

18 4) Bahasa Dan Kesusasteraan
i- Kumpulan Bahasa Di negara India, terdapat lebih kurang 325 bahasa dan 750 loghat tetapi hanya 14 bahasa utama diperakui menurut perlembagaan Bahasa-bahasa tersebut dan peratus penggunaannya ialah bahasa Hindi (30%), Telugu (9%), Bengali (8%), Marathi (8%), Tamil (7%), Urdu (5%), Gujarati (5%), Kannada (4%), Malayalam (4%), Punjabi (3%), Assam (2%), Oriya (1%), Kashmiri (1%) dan lain-lain (13%).

19 ii- Kesusasteraan -Terdapat dua jenis kesusasteraan iaitu kesusasteraan Sanskrit dan Kesusasteraan Dravida. i- kesusasteraan Sanskrit (Indo-Arya) - Kesusasteraan Sanskrit boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kesusasteraan Vedik dan kesusasteraan Epik

20 ii- Kesusasteraan Dravida (Dravida)
- Dalam keluarga bahasa Dravida, terdapat empat bahasa utama iaitu bahasa Tamil, Telugu, Malayalam dan Kannada yang memiliki tradisi kesusasteraan yang kaya

21 5) Nilai-nilai Murni Antara nilai-nilai yang dianggap murni dalam tamadun India ini ialah Dharma, Kepercayaan Kepada Tuhan, Karma, Ahimsa, Satya dan Perpaduan i- Dharma Iaitu suatu elemen yang dijadikan sebagai pengukur kepada kewujudan sifat benar dalam diri individu dan masyarakat. Elemen ini dapat dibuktikan kewujudannya apabila individu dan masyarakat berkenaan berjaya mencapai tahap tertinggi kepatuhan terhadap tuntutan Ashrama Dharma (Empat peringkat kehidupan iaitu Brahmacharya, Grihasta, Vanaprastya dan Sannyasa) yang biasanya seseorang boleh mencapainya melalui proses Purusartha (Empat objektif mulia iaitu Aram, Porul, Inbam dan Moksha).

22 ii- Kepercayaan Kpd Tuhan
Kepercayaan kepada satu entiti yang melampaui batasan pemikiran dan kesedaran manusia merupakan asas sistem pemikiran agama orang-orang Hindu. Dalam tamadun India kita dapat lihat setakat manakah konsep ketuhanan itu penting dengan merujuk kepada tradisi falsafah mereka sejak Zaman Vedik.

23 iii- Karma Prinsip karma yang merujuk kepada jumlah perbuatan, ucapan, pemikiran dan tindakan seseorang dalam kehidupan ini akan menentukan kedudukannya dalam kelahiran semula Perbuatan yang baik membantu seseorang individu mengumpulkan punya karma dan perbuatan sebaliknya menyebabkan pengumpulan pava karma

24 iv- Ahimsa Ahimsa yang bermaksud tidak melakukan kekejaman, merupakan satu lagi prinsip asas yang dtekankan oleh ajaran Upanishad, Buddhisme dan Jainisme Unsur positif yang terdapat di sebalik prinsip ini ialah keadilan, kedamaian, simpati, pemurah, kasih sayang dan menggalakkan seseorang berjuang mengekalkan peraturan dan undang-undang.

25 v- Satya Satya bererti pengetahuan benar yang merangkumi kebaikan, keadilan, tindakan yang benar, ucapan dan pemikiran yang benar dan juga realiti mutlak atau Tuhan Dalam perjuangan untuk mencapai kemerdekaan, Mahatma Gandhi telah menggunakan satya sebagai senjata sosial dan politik

26 vi- Perpaduan Negara India mengandungi masyarakat daripada pelbagai kaum dan agama, dan adalah penting kepada kerajaan untuk menggalakkan hubungan erat dan keharmonian masyarakat Sebagai contoh, Kerajaan-kerajaan Muslim di India, pada zaman pemerintahan Turko- Afghan yang mendirikan kesultanan Delhi mahupun pada pemerintahan Mughal, pegawai-pegawai yang dilantik adalah berdasarkan kebolehan dan bukan berdasarkan agama mereka. Pelantikan seperti ini membantu pentadbir mewujudkan hubungan erat dengan masyarakat Hindu.

27 Agama Dalam Tamadun India
Agama Hindu Hinduisme tidak mempunyai pengasas dan tidak memiliki institusi agama yang bersifat pusat untuk mengetuai segala pengikut agama ini di seluruh dunia. Nama asal agama Hindu ialah Sanata Dharma bererti prinsip ataupun peraturan kerohanian yang kekal abadi seperti juga sifat Tuhan yang kekal abadi. Bukti terawal mengenai agama Hindu ditemui dalam tamadun Lembah Sungai Indus yang berusia lebih kurang tahun

28 Penemuan bukti-bukti arkeologi di Lembah Sungai Indus seperti patung-patung (yang menandakan konsep Dewi ibu), sebuah mohor (yang menandakan penyembahan Dewa Shiva yang awal), objek-objek yang berbentuk seolah-olah seperti Shiva-Linga dan kolam permandian yang digunakan untuk tujuan kerohanian Kepercayaan yang dipegang oleh penganut agama Hindu pada hari ini sebenarnya adalah hasil daripada perkembangan kerohaniah

29 Peringkat perkembangan kerohaniah ini ialah:
i- Politeisme: memperlihatkan orang Indo-Arya memuja unsur-unsur alam semula jadi seperti api, angin, pokok, sungai dan sebagainya ii-Henoteisme: memperlihatkan kepercayaan politeisme semula jadi mengalami proses perubahan dan wujudlah fikiran bahawa pelbagai dewa- dewi memiliki beberapa sifat yang sama iii-Monoteisme: merupakan kepercayaan bahawa terdapat satu kuasa agung yang bertanggungjawab menggerakkan duniawi

30 iv-Monisme: menyatakan bahawa segala sesuatu di dunia ini berasal dari satu sumber yang kewujudannya boleh dirasai di mana-mana sahaja. Sumber itu tidak bersifat pusat sebaliknya tersebar ke seluruh dunia - Manakala Falsafah Vedik pula sangat mementingkan lima konsep yang saling berkaitan antara satu sama lain iaitu Brahman, Atman, karma, samsara dan moksha.

31 Brahman menandakan Tuhan yang dibincangkan sebagai satu prinsip yang menyelubungi segala-galanya (roh duniawi). Atman ialah roh individu dalam badan manusia yang bertujuan untuk diserap ke dalam roh dunia Brahman. Karma merupakan perbuatan, pemikiran dan pertuturan yang dilakukan oleh individu dalam sesuatu kehidupan dan akibat yang akan dialami dalam kehidupan akan datang. Samsara ialah lingkaran kelahiran dan kematian yang dilalui oleh Atman. Akhir sekali, moksha ialah pelepasan daripada kehidupan duniawi dan penyatuan dengan Brahman.

32 - Secara umumnya, terdapat lima prinsip utama dalam agama Hindu iaitu:
i- Kewujudan Tuhan yang tunggal ii- Manusia itu suci iii- Perpaduan melalui percintaan iv- Harmoni agama; dan v- Pengetahuan tentang sungai yang suci, kitab yang suci dan mantera yang suci.

33 - sepuluh displin yang bersifat sejagat yang diamalkan dalam agama Hindu ini iaitu kejujuran (satya), kesederhanaan (ahimsa), tidak berzina (brahmacharya), tidak merompak (asteya), kesucian (aparigraha), kebersihan (ahaucha), kepuasan (santosh), mengkaji kitab (swadhyaya), penjimatan (tapas) dan doa (pooja)

34 2) Agama Buddha Agama Buddha diasaskan oleh Siddharta Gautama ( S.M), putera Raja Suddhodana Gautama, daripada suku bangsa Shakya di India. Semasa berumur 29 tahun, Siddharta Gautama menerima kesedaran setelah bertapa buat sekian lama di bawah pokok Bodhi dan kemudiannya dikenali sebagai Buddha. Buddha berasal daripada perkataan Sanskrit “ budh ” yang bermaksud “ yang mendapat kesedaran’’.

35 ajaran Buddha merupakan ajaran-ajaran psikologi dan etika yang berhubung kait dengan kehidupan
Ajaran Buddha yang mengutamakan Dhamma (bahasa Pali) atau Dharma (bahasa Sanskrit) merangkumi Empat Kebenaran Mulia iaitu: i- Penderitaan itu universal (dukkha) ii- Ada punca segala penderitaan (dukkha samudaya) iii- Penderitaan itu boleh diatasi (dukkha nirodha) iv-Ada cara untuk mengatasi penderitaan (dukkha nirodha marga)

36 Ajaran Buddha mengesyorkan Lapan Jalan Mulia utk mcapai Nirvana iaitu:
1-Pandangan yang betul (kefahaman) 2-Aspirasi yang betul (cita-cita) 3-Pertuturan yang betul (komunikasi) 4-Kelakuan yang betul (aksi) 5-Kehidupan yang betul (sara hidup) 6-Usaha yang betul (daya usaha) 7-Minda yang betul (mental) 8-Konsentrasi yang betul (meditasi)

37 3- Agama Jaina Agama ini diasaskan oleh Nataputta Vardhamana yang digelar sebagai Mahavira (pahlawan besar). Beliau merupakan anak lelaki seorang bangsawan yang sudah bosan dengan kemewahan dan hiburan serta hidup yang berfoya-foya. Justeru beliau mula mengasingkan diri mencari satu jalan kebenaran dan mula mengasaskan ajaran Jaina ini.

38 Agama Jaina mempunyai banyak persamaan dengan ajaran-ajaran Upanishad dan Buddhisme.
Agama ini mementingkan undang-undang sebab dan akibat yang dipercayai menentukan kelahiran semula roh-roh individu. Ini menunjukkan konsep karma dan samsara yang terdapat dalam Upanishad amat penting kepada agama Jaina

39 Ajaran Mahavira ini mengandungi 9 prinsip iaitu:
1- jiva (roh terdapat dalam semua benda, yang bergerak dan bernyawa termasuk tumbuhan dan ia adalah kekal abadi) 2- Ajiva (benda-benda yang tidak bernyawa); 3- Asrava (daya penarik); 4- Papa karma (dosa, hasil perbuatan yang jahat); 5- Punya karma (pahala, hasil perbuatan baik); 6- Bandha (ikatan roh dengan keinginan dan kejahilan); 7- Samvara (menahan pengaliran karma); 8- Nirjara (penghapusan karma); dan 9- Siddhi (pelepasan dari kelahiran semula)

40 4) Agama Sikh Agama Sikh diasaskan oleh Guru Nanak ( ) yang merupakan seorang Kshatriya Hndu yang dilahirkan di Punjab. Beliau telah mengambil ciri-ciri Hindu dan Islam dalam merangka ajarannya. Hal ini dikaitkan dengan pengaruh persekitaran di tempat kelahiran beliau, di mana kehidupan masyarakat Hindu dan Islam bersatu di bawah pengaruh Sufisme yang kuat

41 Mesej Guru Nanak dalam ajarannya menyentuh kod moral dan kerohanian serta semangat kemanusiaan tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan gender dalam masyarakat. Kepercayaan yang utama ialah mengenai kewujudan Tuhan yang satu, iaitu bersifat nirankar (tidak berbentuk), abadi, amat berkuasa dan manusia tidak dapat menghuraikannya. Penganut Sikh percaya bahawa Tuhan wujud di mana-mana jua dan Tuhan sajalah yang memiliki segala sifat kesempurnaan. Penganut Sikh menyebut nama Tuhan dengan perkataan Waheguru bermakna “Tuhan yang menakjubkan”

42 Antara ciri-ciri Islam yang terkandung dalam ajaran agama Sikh ialah menolak penggunaan patung sebagai gambaran Tuhan yang transendental dan Tuhan adalah kuasa terkuat yang memberi kurnia menurut kehendaknya. Ciri Hinduisme juga terdapat dalam agama Sikh ini seperti konsep kelahiran semula atau dikenali sebagai Reinkarnasi di dalam agama Hindu, maya, karma dan guru.

43 Selain itu, agama ini menekankan bahawa perkara-perkara seperti kekayaan, pertalian keluarga, pelajaran, sifat sombong dapat mengalih perhatian daripada kesedaran Tuhan dan mestilah ditolak. Bagi mencapai Tuhan, seseorang itu perlulah menyerahkan dirinya kepada Tuhan dengan gembira dan perlulah dipandu oleh seorang guru. Menurut ajaran Sikh, bacaan dan upacara merupakan perkara penting bagi mencapai Tuhan

44 SUMBANGAN TAMADUN INDIA
Pencapaian dan sumbangan yang telah dilakukan oleh tamadun India terbahagi kepada dua iaitu pencapaian dalam bidang seni dan pencapaian dalam bidang sains i- Pencapaian Dalam Bidang Seni 1)Seni Halus (Muzik, Tarian & Drama) 2) Seni Bina dan Seni Ukir 3) Seni Lukis ii-Pencapaian Dalam Bidang Sains Matematik Astronomi dan Kalendar

45 3) Fizik 4) Kimia 5) Logam 6) Perubatan

46 Pencapaian Dlm Bidang Seni
Seni Halus Muzik - Seni muzik India dalam irama dan melodi lebih mudah difahami dengan melihat kepada istilah-istilah berikut: i. Tala ialah corak metrik yang menjadi asas teori irama. ii. Raga ialah corak melodi yang menjadi asas teori melodi.

47 Muzik India menggunakan 4 kategori alat iaitu:
i. Tala iaitu tali. ii. Avanaddha iaitu dram. iii.Ghana sama ada solid atau ideophone. iv.Surira iaitu angin. - Tamadun India juga mempunyai teks muziknya yang tersendiri. Teks asas seni muzik India ialah Natya-sastra dan Sanggita Ratnakara

48 Tarian Tamadun India memperlihatkan hubungan yang erat dan harmoni antara seni muzik dengan tarian. Contohnya ialah tarian kathak dan muzik India utara. Teks tarian tamadun India yang popular ialah Natya Sastra yang dihasilkan antara abad ke 2 hingga 6M. Teks ini membicarakan tentang drama, cara dan teknik mengatur pentas, bahasa persajakan, emosi dramatik dan lain-lain lagi. Pelbagai jenis tarian yang terdapat di dalam tamadun India. Yang popular ialah Bharata Natyam, Katakkali, Kathak, Manipuri dan lainnya. Ciri utama yang membezakan tarian dari tamadun India dari tarian tamadun-tamadun yang lain ialah penggunaan mudra iaitu simbol tangan.

49 Drama Ciri drama awal di dalam tamadun India gabungan antara tarian, lakonan dan muzik. Ia mempunyai teks yang tersendiri iaitu Natya Sastra. Teks ini memainkan peranan yang penting dalam memperkembangkan drama. Ia membincangkan tentang seni bina teater, konvensi-konvensi pentas, teknik produksi, persembahan para artis dan sebagainya.

50 Drama di dalam tamadun India mempunyai tujuannya yang tersendiri iaitu untuk memberikan hiburan seperti drama Sakunala, Mudraraksaaa dan Marcchakatika. Terdapat beberapa jenis drama di dalam tamadun India seperti drama falsafah dan dramatik yang dipersembahkan untuk beberapa hari. Drama dari jenis ini yang popular ialah Mattavilasa yang mengambil masa selama 18 hari untuk dipersembahkan.

51 2) Seni Bina dan Seni Ukir
Tamadun India merupakan salah satu tamadun yang memperlihatkan kecemerlangan dan keunggulan dalam seni bina. Seni ini mencapai kegemilangannya di zaman dinasti Maurya. Ia melambangkan ketinggian kemahiran dan kehalusan pertukangan batu dalam tamadun India.

52 Seni bina India pada keseluruhannya memperlihatkan adunan antara seni bina India (Hindu) dan Parsi (Islam). Buktinya terdapat kuil-kuil Hindu yang meminjam seni bina Parsi seperti Kuil Dewa Govinda. Sebaliknya istana Diwani-Am iaitu pejabat pemerintah Akhbar di dalam istana, seni binanya mengikut tradisi Hindu

53 Pada zaman Muslim (Islam) di India, kombinasi gaya Parsi (Islam) dan Hindu berkembang dalam bidang seni bina dan seni ukir. Tiang Asoka merupakan contoh terbaik kemegahan seni bina dan seni ukir India. Bangunan kuil dewa Govinda , istana Fathpur (zaman Akhbar), Taj Mahal dan Jami masjid( ) yang dibina semasa zaman Shah Jahan merupakan contoh terbaik yang menunjukkan gaya seni bina dan ukir Indo Parsi.

54 3) Seni Lukis Kesusasteraan India awal menunjukkan bahawa bidang seni lukis India mencapai kemajuan pada zaman tersebut. Dinding Istana dan ruang dalaman rumah golongan berada dihiasi dengan lukisan-lukisan yang menarik. Kebanyakkan kuil gua (Cave Temples) India dihiasi dengan lukisan bersifat agama. Para pelukis mendapat ilham daripada epik klasik India seperti Ramayana dan Mahabharata. Gua Ellora, Badami dan Bagh adalah contoh terbaik bagi lukisan bersifat agama. Walaupun tujuan utama lukisan Gua Ajanta adalah agama tetapi ianya turut memuatkan unsur-unsur lukisan bersifat sekular

55 ii) Pencapaian dlm bidang Sains
Tamadun India telah mencapai kegemilangan dlm pelbagai bidang seterusnya memberikan sumbangan yang besar kpd peradaban dunia, seperti : Matematik : a.Geometri: - Digunakan dlm upacara keagamaan seperti upacara pengorbanan. b.Algebra: - Mempunyai algebra sehingga mereka dpt membezakan diantara no.abstrak dgn nombor kuantiti keluasan ruang. Cth:utk mencipta cara kiraan algebra mrk menggunakan nombor asas dgn simbol 0 hg 9.

56 c.Angka sifar : Tamadun India jg memperkenalkan angka sifar. Dpt dilihat dlm transkrip awal India yg ditemui di Gujerat thn 595 m membuktikan bhw tamadun India tlh menggunakan simbol Yunani, Romawi & Hebrew. d.Karya Matematik: mewariskan karya matematik iaitu Bakshali & Aryabhatiya y menggunakan nombor dlm cara 10 angka. e.Perpuluhan matematik: Tlh mencipta sistem perpuluhan matematik. Ciptaan mereka tlh diambil oleh org arab. Bukti : ilmu matematik dinamakan oleh orang Arab sbg Hindisat.

57 2. Astronomi & Kalendar : a.digunakan utk menentukan masa upacara pengorbanan. b.kalendar matahari dicipta utk mengenal musim, tahun, bulan & hari. c.bidang Astrologi sgt berkembang di zmn Gupta. 9 planet & 27 bintang dipercayai dpt mempengaruhi kehidupan manusia

58 3. Fizik : Perkembangan tamadun India sgt berkait rapat dgn agama & teknologi, antaranya: a.konsep jirim lahir bukan berdasarkan kpd eksperimen ttp berasaskan kpd institusi logik akal. b.alam semesta dijlskan oleh tamadun India mempunyai lima elemen iaitu tanah, angin, api, air & angkasa. Semua unsur alam adalah bercirikan atom. c.ilmu atom dlm tamadun india lbh tulen

59 4. Kimia : a.tamadun india menghasilkan ubat bertujuan utk memanjangkan usia, membuat racun dsbgnya. b.penciptaan beberapa bhn alkali utama, asid & garam logam dihasilkan melalui proses kimia perubatan. c.ubat bedil juga dihasilkan melalui proses yg mudah seperti pembakaran & penyulingan.

60 5. Logam : Tamadun India sgt mementingkan bahan besi dlm seni bina seperti : a.tamadun India memperlihatkan kemahiran yg tinggi dlm pertukangan besi. Cthnya blh dilihat dgn jelas pd tiang besi di Delhi dlm abad ke 5m. Ia merupakan batang besi setinggi 7 meter. Kelebihannya ialah tahan karat. b.barangan keluaran tamadun India mendapat pengiktirafan drp tamadun lain seperti tamadun Romawi & Asia Barat

61 6. Perubatan : a.sejak zaman Veda lg tamadun India mempunyai kemahiran dlm bidang perubatan. Bagi mereka ilmu perubatan merupakan ilmu sihir. b.perkembangan bidang fisiologi, pembedahan, seni pernafasan, reproduksi mausia, farmakologi & veterinari tlh berlaku sjk zmn sblm masihi lg. c.karya perubatan tlh byk dihasilkan cth Caraka yg dihasilkan pd abad 1-2m & Susruta yg dihasilkan dlm abad ke-4m. Karya ini dikatakan setanding dgn karya perubatan Hippocrates & Galen dr Yunani.

62 IMPAK KEDATANGAN ISLAM TERHADAP TAMADUN INDIA
Kedatangan agama Islam ke benua kecil India meninggalkan kesan yang begitu mendalam dan besar kepada masyarakat dan tamadun India Pelbagai sumbangan yang telah diberikan oleh para pemerintah dan cendekiawan Islam dalam membangunkan India. Antara perkara yang menonjol ialah sumbangan mereka dalam bidang ilmu pengetahuan dan bidang seni khususnya seni bina dan seni ukir.

63 Ilmu Pengetahuan banyak masjid dibina oleh pemerintah seperti Muhammad bin Qasim, Mahmud Gaznawi dan Muhammad Ghori bagi dijadikan pusat penyebaran dan percambahan ilmu pengetahuan Sultan Shahabuddin Aibak merupakan penaung bagi kegiatan intelektual dan menggalakkan perkembangan ilmu pengetahuan pada zamannya Sewaktu pemerintahan kerajaan Moghul juga, pusat tamadun dan intelektual wujud di merata tempat seperti di Agra, Delhi, Lahore, Gujerat, Ahmadabad dan lain-lain.

64 ii) Bahasa Muncul satu bahasa iaitu Zaban-e-Hindawi atau Urdu. Bahasa ini mempunyai nahu Prakrit dengan perbendaharaan kata Parsi, Arab, dan Turki. Ia ditulis dengan skrip Arab tetapi diubah untuk mewakili bunyi bukan Arab. Bahasa Urdu di kawasan-kawasan lain disebut Urdu Dekani dan Urdu Lucknowi, tetapi yang menjadi dominan ialah Urdu Kerajaan Moghul. Bahasa ucapan disebut Hindustani dan contoh perbendaharaan kata Urdu ialah wajib dan munsyi.

65 Masyarakat Islam di India aktif menerbitkan majalah-majalah dan akhbar dalam Bahasa Urdu. Antaranya ialah: 1- Majalah al-Ma’arif yang diterbitkan oleh Darul Mushannifin di kota Azamgarh. Majalah ini diterbitkan sejak tahun 20an sehingga kini. 2- Majalah al-Hilal yang diterbitkan di Calcutta oleh Maulana Abu Kalam Azad dan kawan-kawannya. 3- Majalah Ta’mir Hayat yang diterbitkan oleh Nadwatul Ulama Lucknow: merupakan majalah yang memuatkan rencana ilmiah dan perkembangan di dalam dunia Islam.

66 iii) Seni Bina dan Seni Ukir
Kesenian tempatan India khususnya dalam bidang seni bina dan seni ukir sedikit sebanyak telah dipengaruhi oleh seni bina dan ukir Islam. Seni bina berunsur Islam wujud sejak pemerintahan awal kerajaan Islam di India seperti dalam zaman Moghul. Antara bangunan yang dibina oleh mereka ialah masjid-masjid, istana-istana dan sebagainya. Pembinaan dasar menunjukkan sepenuhnya ciri-ciri seni bina Islam tetapi kerja-kerja pengindahan sesuatu bangunan banyak melibatkan ciri-ciri Hindu. Ini jelas digambarkan pada bangunan yang dibentuk dan dibina pada zaman Babur dan Humayun.

67 KESIMPULAN Secara kesimpulannya, antara kesan yang ditinggalkan oleh pengaruh Hindu ialah : i- Penggunaan dan pengamalan dalam sistem pembomohan;jampi serapah seperti Jampi pengasih dan mengubat pesakit ii- Hiburan tradisi masyarakat Melayu seperti wayang kulit, makyong dan menora iii-Sistem pemerintahan, terkesan di kalangan golongan bangsawan seperti istilah negara, negeri, raja yang disamakan dengan konsep Devaraja atau pemerintah yang sama kedudukannya dengan dewa-dewa yang dianggap sebagai wakil tuhan di dunia.

68 iv-Undang-undang, berpakaian, senjata dan warna kuning
v-Adat istiadat seperti adat melenggang perut, menindik telinga, acara majlis perkahwinan seperti sirih pinang, beras kunyit dan berinai. vi-Dalam bahasa dan sastera pula terdapat beberapa istilah yang masih digunapakai seperti guru, sembahyang, dewa, dewi, dosa, siksa, syurga, neraka, dunia dan lain2.


Download ppt "PUSAT TEKNOLOGI KOMUNIKASI & PEMBANGUNAN INSAN (PTKPI)"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google