Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Jual Beli lain yang dilarang

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Jual Beli lain yang dilarang"— Transcript presentasi:

1 Jual Beli lain yang dilarang

2 Dasar Jual Beli yang baik
عن رفاعة بن رافع رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه و سلم سئل أيّ الكسب أطيب؟ قال : عمل الرجل بيده و كل بيع مبرور. Daripada Rifa’ah bin Rafi’ r.a. Sesungguhnya Nabi s.a.w ditanya apakah pendapatan yang baik? Beliau bersabda :kerja seseorang lelaki dengan tangannya dan setiap jual beli yang mabrur/ yang berkebajikan. hadith riwayat daripada al Bazzaar dan telah disohihkan oleh Hakim

3 Jual beli yang dilarang secara ringkas:
Larangan jual beli Arak, bangkai/mayat, babi dan patung berhala. Larangan mengambil nilai/ harga anjing(melainkan anjing buruan), upahan zina, upahan penelek nasib/dukun/ bomoh. Larangan menjual benih binatang ternakan jantan. Larangan menjual air lebihan. Larangan jual beli hablul hablah yaitu jualan beli binatang ternakan hasil daripada anak daripada anaknya. Jual beli Wala’ atau menghadiahkannya.

4 Jual beli yang dilarang secara ringkas:
Jual beli Hasoh / melontar batu kerikil dan jual beli ada disitu kesamaran. Jual beli makanan melainkan setelah menyempurnakan takaran. Dua jual beli didalam satu jual beli. Jual beli yang disyaratkan dengannya berhutang selepas itu, jual beli dua syarat didalam satu, jual beli ainah. Keuntungan yang tidak dijaminkan. Jual beli yang tidak diperolehi. Jual beli matawang yang berbeza dengan syarat dengan harga hari tersebut tanpa berpisah sedang diantara kedua pihak sesuatu tunggakan..

5 Jual beli yang dilarang secara ringkas:
Jual beli Najasy / yaitu kesepakatan didalam menambah nilai didalam jual beli seperti lelongan dan sebagainya. Jual beli Mu haqalah, Muzabanah, Munabadzah, Mulaamasah, Mukhodhorah, Mukhobarah dan jual beli pulangan dengan pengecualian. Jual beli jualan beli saudaranya. Penetapan Harga/ Tas’ir. Jual Beli Ihtikaar Sebahagian daripada jual beli yang dilarang ini jatuh dibawahnya apa yang serupa dengannya dan ianya juga termasuk kepada dasar-dasar sebab larangan yang telah kita pelajari.

6 PINJAMAN (‘ARIYYAH) Istilah ‘ariyyah menurut bahasa:
Bermaksud sesuatu yang diberikan oleh seseorang kepada seseorang yang lain untuk digunakan dan kemudian dikembalikan semula kepadanya. Menurut istilah syarak: Membenarkan penggunaan sesuatu yang halal digunakan dengan mengekalkan keadaan asal.

7 DALIL PENSYARI‘ATAN PINJAMAN
Firman Allah s.w.t : “(Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan agama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang –(iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya; (Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya), Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya) (Al-Ma‘un: 4-7)

8 Sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Anas r. a; Suatu ketika Nabi s
Sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Anas r.a; Suatu ketika Nabi s.a.w meminjam seekor kuda daripada Abu Talhah dan Baginda menunggangnya (Riwayat al-Bukhari no.2484, Muslim no.2307) Hadis riwayat Jabir bin Abdullah r.a katanya, saya mendengar Nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa yang mempunyai tanah, hendaklah dia menghadiahkannya atau meminjamkannya” (Riwayat Muslim no.1536) Kesahihan amalan pinjaman yang dinyatakan oleh Al-Quran dan Sunnah ini telah diterima secara Ijmak oleh seluruh ulama Islam sepanjang zaman

9 HIKMAH PINJAMAN Untuk mewujudkan suasana saling tolong menolong sesama umat Islam. Bertujuan menjaga kepentingan manusia, menjauhkan segala kesulitan, menghentikan segala kesukaran dan memastikan mereka tidak terbeban. Supaya hidup dalam suasana harmoni dan mesra

10 HUKUM PINJAMAN Amalan pinjaman adalah sunat dan digalakkan.
Amalan ini akan menjadi wajib, jika ia diperlukan untuk menyelamatkan nyawa manusia yang dilindungi dan untuk memelihara chak harta yang dihormati. Pinjaman juga boleh menjadi haram jika ia digunakan untuk melakukan sesuatu yang ditegah dan dilarang oleh syarak. Pinjaman juga makruh jika ia digunakan untuk melakukan sesuatu yang makruh.

11 RUKUN-RUKUN PINJAMAN Pemberi pinjaman Lafaz pinjaman Barang Peminjam

12 PEMBERI PINJAMAN Memiliki perkhidmatan barangan yang dipinjamkan.
Seorang yang layak membuat sumbangan. Pinjaman dilakukan secara sukarela.

13 PEMINJAM Boleh menerima sumbangan melalui kontrak.
Kelayakan ini mestilah diakui berdasarkan syarak dan amalan yang diguna pakai (uruf) Peminjam mestilah dinyatakan secara khusus.

14 LAFAZ PINJAMAN Ia tidak semestinya dilafazkan oleh kedua-dua pihak.
Lafaz ini tidak perlu dinyatakan secara berturutan oleh kedua-dua pihak dengan syarat tiada tanda yang menunjukkan pemberi pinjaman menarik balik persetujuannya atau peminjam mengembalikannya. Pinjaman boleh diberikan tanpa dihadkan masa atau dikaitkan dengan syarat tertentu dan boleh juga dihadkan dengan syarat atau masa tertentu.

15 BARANG PINJAMAN Hak perkhidmatan barangan tersebut mestilah dimiliki oleh pemberi pinjaman. Barangan tersebut mestilah boleh digunakan. Penggunaan barang pinjaman mestilah dibenarkan oleh syarak. Penggunaan barang pinjaman mestilah tidak menyebabkan barang tersebut susut.

16 HUKUM-HAKAM BERKAITAN PINJAMAN
Had Penggunaan Barang Pinjaman Peminjam hanya boleh menggunakan barang yang dipinjam mengikut had yang dibenarkan oleh pemiliknya kerana ia adalah had yang dipersetujui pemilik. Peminjam tidak dibenarkan menggunakannya dengan cara yang tidak dibenarkan kecuali jika kesan penggunaan dengan cara tersebut terhadap barangan lebih rendah berbanding had yang dibenarkan oleh pemilik.

17 Jika kebenaran yang diberikan tidak dihadkan kepada kegunaan tertentu, peminjam boleh menggunakan barangan tersebut mengikut kebiasaannya. Jika pemilik melarang menggunakannya untuk kegunaan tertentu, peminjam mestilah mematuhinya, sekalipun kesan terhadap barangan tersebut lebih rendah. Ini kerana pemberi pinjaman adalah pemilik kepada khidmat barang pinjaman dan dia memberikannya secara percuma.

18 Sekiranya pemberi pinjaman meminjamkan sebidang tanah untuk digunakan (diambil manfaat), peminjam boleh membina bangunan, menanam pokok atau bercucuk tanam di tanah tersebut kerana kebenaran yang diberikan adalah tanpa had. Jika pemberi pinjaman meminjamkannya untuk didirikan bangunan atau untuk ditanam pokok, peminjam boleh bercucuk tanam kerana kesan bercucuk tanam lebih rendah daripada had yang dibenarkan.

19 Jika kebenaran yang diberikan adalah untuk bercucuk tanam, peminjam tidak berhak membina bangunan atau menanam pokok kerana membina bangunan dan menanam pokok lebih berat berbanding bercucuk tanam. Jika kebenaran yang diberikan adalah untuk bercucuk tanam tanpa had. Peminjam boeh bercucuk tanam apa sahaja tanaman yang dikehendakinya. Jika kebenaran yang diberikan hanya untuk tanaman tertentu, peminjam boleh menanam tanaman yang seumpamanya atau tanaman yang memberi kesan yang lebih rendah.

20 Yad doman bermaksud seseorang yang bertanggungjawab
terhadap kerosakan yang berlaku terhadap harta dalam pengangannya tanpa mengira sebab ia berlaku. Status Peminjam Peminjam bertanggungjawab ke atas keselamatan barang pinjaman (yad doman). Sebaik sahaja menerima barang pinjaman,tanggungjawab barang tersebut berpindah ke tangan peminjam. Peminjam akan membayar ganti rugi menurut nilai barang pinjaman pada ketika kerosakan berlaku. Dia perlu bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan yang berlaku walaupun disebabkan becana alam.

21 Walau bagaimanapun, peminjam tidak perlu membayar ganti rugi jika barang pinjaman rosak atau susut nilai disebabkan oleh penggunaan yang dibenarkan. Jika kerosakan berlaku disebabkan penggunaan yang tidak dibenarkan, barulah peminjam perlu membayar ganti rugi.

22 Peminjam perlu membayar ganti rugi akibat penyusutan jika barang tersebut digunakan di luar kebiasaannya. Peminjam perlu membayar ganti rugi jika dia menggunakan barangan tersebut selepas pemberi pinjaman menarik balik kebenarannya atau menuntut semula miliknya.

23 Kos Penyelenggaraan & Pemulangan
Jika barang pinjaman melibatkan kos tertentu seperti haiwan yang memerlukan makanan atau rumah yang memerlukan penyelenggaraan, kesemua perbelanjaan ini adalah tanggungjawab pemilik. Tidak kira sama ada pemberi pinjaman adalah pemilik asal atau hanya penyewa. Ini kerana perbelanjaan barang pinjaman adalah di bawah tanggungan pemilik.

24 Jika pemulangan tersebut membabitkan kos dan perbelanjaan seperti upah pengangkutan, ia menjadi tanggungan peminjam. Ini kerana peminjam wajib memulangkan barang tersebut kerana dia menerima barang untuk kegunaan dirinya sendiri. Ini berlaku jika barang yang dipinjam dipulangkan sendiri oleh peminjam.

25 Sekiranya peminjam meminjam daripada penyewa kemudian dia memulangkannya kepada pemilik yang memberi sewa, dalam keadaan ini, kos akan ditanggung oleh pemilik kerana peminjam seolah-olah mewakili penyewa untuk memulangkan barang yang disewa kepada pemberi sewa. Kos pemulangan dalam kontrak sewa mestilah ditanggung oleh pemilik, bukan oleh penyewa.

26 Penarikan atau Pemulangan Semula Pinjaman
Kontrak pinjaman adalah kontrak jaiz bagi kedua-dua pihak. Ini bermakna, kedua-dua pihak berhak membatalkan kontrak ini pada bila-bila masa. Ini boleh dibuat walaupun tanpa pengetahuan atau persetujuan pihak kedua. Kontrak yang jaiz adalah kontrak yang boleh dibatalkan oleh kedeua-dua pihak

27 Pemberi pinjaman berhak menarik atau mengambil semula barang pinjaman yang diberikan pada bila-bila masa walaupun pinjaman tersebut tertakluk kepada tempoh tertentu yang masih belum tamat. Peminjam juga berhak memulangkan semua barang pinjaman pada bila-bila masa. Kedua-dua

28 Cara Pemulangan Barang
Pemulangan barang yang dipinjam perlu dibuat mengikut kebiasaan dan amalan yang diguna pakai.  Barang yang boleh diangkut perlu diangkut dan diserahkan kepada pemiliknya. Terutamanya bagi barang yang berharga kerana penyerahan barang berbeza mengikut harganya.  Jika barang yang dipinjam tidak boleh diangkut seperti tanah, rumah atau sebagainya, cukup sekadar dipastikan tiada sebarang perkara yang menghalang penyerahan atau penggunaannya oleh pemilik.

29 Percanggahan antara Pemberi Pinjaman & Peminjam
Percanggahan mengenai pemulangan. Contohnya, peminjam mendakwa dia telah memulangkan barang yang dipinjam tetapi pemberi pinjaman menafikan dengan berkata: “Kamu belum memulangkannya kepada saya”. Jika pemberi pinjaman bersumpah bagi menyokong dakwaannya, pengakuannya itu akan diterima kerana dia berada dalam kedudukan menafikan dakwaan peminjam.

30 Percanggahan mengenai kerosakan.
Jika barang yang dipinjam rosak dan peminjam mendakwa ia rosak kerana penggunaan yang dibenarkan oleh pemilik, namun pemberi pinjaman menafikannya dan menyatakan bahawa ia rosak bukan kerana penggunaan yang dibenarkan, atau rosak kerana penggunaan yang tidak dibenarkan; pengakuan peminjam yang disokong oleh sumpah akan diterima kerana sukar untuk membuktikan apa yang dikatakannya. Ini kerana kebiasaannya, barang ini digunakan bukan di khalayak ramai. Ini menyebabkan tiada siapa yang melihat punca kerosakan.

31 Percanggahan mengenai kontrak asal
Pemilik mendakwa kontrak tersebut adalah kontrak sewa, sementara pengguna berkata ia adalah kontrak pinjaman. Demikian juga apabila pengguna berkata: “Anda telah meminjamkannya kepada saya”. Pemilik pula berkata: “Tidak, anda merampasnya daripada saya”. Menurut pendapat yang paling sahih (asoh), pengakuan pemilik akan diterima jika disokong oleh sumpah.

32 Penamatan Kontrak Pinjaman
Pemberi pinjaman menuntut semula barang pinjaman dan menarik balik kebenarannya sama ada sebelum tamat tempoh pinjaman atau selepasnya. Ini kerana ia adalah kontrak jaiz. Peminjam memulangkan semula barang pinjaman kepada pemberi pinjaman sama ada sebelum tamat tempoh atau selepasnya. Ini kerana ia adalah kontrak jaiz.

33 Salah satu pihak yang terlibat gila atau pengsan
Salah satu pihak yang terlibat gila atau pengsan. Ini kerana, keadaan ini bercanggah dengan syarat-syarat pemberi kontrak pinjaman dan peminjam yang ditetapkan. Salah satu pihak meninggal dunia. Ini kerana, pinjaman adalah kontrak yang memberikan kebenaran untuk menggunakan sesuatu.

34 Pemberi pinjaman atau peminjam ditahan daripada menguruskan harta kerana kebodohan (safih). Ini kerana, orang yang ditahan kehilangan kelayakan untuk memberi sumbangan. Pemilik ditahan disebabkan muflis kerana dalam keadaan ini dia dilarang menyumbangkan khidmat hak miliknya. Langkah ini bertujuan memelihgaran kepentingan pemiutang.

35 Dari Abu Hurairah r. a, Nabi s. a
Dari Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa yang melepaskan orang mukmin dari sesuatu kesengsaraan daripada kesengsaraan dunia nescaya Allah akan melepaskan daripadanya kesengsaraan pada hari kiamat, dan sesiapa yang memudahkan orang yang sedang dalam kesulitan nescaya Allah akan memberi kemudahan kepadanya di dunia dan akhirat” (Riwayat Muslim)

36 3) Ijamk Ulama Seluruh umat Islam telah mengamalkan sistem ini semenjak zaman Rasulullah s.a.w sehinggalah zaman kita ini. Para ulama pula telah menerima sistem ini dan tiada seorangpun yang menentangnya.

37 HIKMAH PENSYARIA’TAN HUTANG
Dapat mewujudkan suasana tolong menolong. Mengukuhkan hubungan persaudaraan sesama umat Islam. Dapat membentuk sifat musyarakah dalam menyelesaikan masalah. Dapat menghalang manusia mengambil kesempatan daripada kesusahan orang lain.

38 HUKUM MEMBERI HUTANG Hukum Asal memberi hutang: Sunat. Meminta untuk berhutang: Harus Hukum ini akan berubah bergantung kepada niat dan keadaan orang yang berhutang: Haram: Jika untuk tujuan yang diharamkan. Makruh: Jika untuk tujuan tidak bermanfaat. Wajib: Jika orang yang berhutang amat memerlukannya.

39 RUKUN HUTANG Sighah Kontrak Hutang
Harta/Barang yang diberikan sebagai hutang Pihak yang mengikat kontrak (Pemiutang dan Penghutang)

40 PIHAK YANG MENGIKAT KONTRAK
Waras : Sudah baligh dan berkelayakan melaksanakan perintah agama dan menguruskan harta. Pilihan sendiri : Tidak dipaksa. Pemiutang mampu menyerahkan hutang.

41 SIGHAH KONTRAK HUTANG Sighah penting dalam kontrak hutang kerana menjadi bukti kerelaan dan persetujuan kedua-dua pihak. Tidak memadai dengan hanya hulur-menghulur. Tidak ada perantaraan antara ijab dan kabul. Dalam hutang diperlukan “surat hutang” sebagai bukti untuk menghindarkan kemungkinan timbul pertengkaran dikemudian hari.

42 SYARAT HUTANG Semua barang yang boleh dimiliki secara jual beli.
Kadar hutang diketahui ketika akad dibuat, sama ada dalam bentuk sukatan, bilangan, atau ukuran supaya barang ini boleh dipulangkan seumpama dengannya. Hutang tersebut mestilah satu jenis dan tidak bercampur dengan jenis yang lain.

43 HUTANG ROTI Para ulama membenarkan penghutangan roti sama ada mengikut berat atau bilangan kerana perbuatan ini telah diamalkan smeenjak zaman-berzaman tanpa sebarang bantahan. Jadi, roti dikecualikan daripada barangan yang bercampur dan tanpa spesifikasi.

44 BILAKAH HUTANG DITUNTUT ?
Pemiutang berhak menuntut hutang pada bila-bila masa selepas penghutang menerima barangan tersebut. Ini kerana menurut hukum hutang, penghutang diwajibkan memulangkan semula hutang pada ketika pemiutang menuntutnya semula.

45 MENSYARATKAN DALAM KONTRAK HUTANG
Syarat yang boleh membatalkan kontrak hutang Syarat yang tidak diterima pakai dan tidak membatalkan kontrak hutang

46 SYARAT YANG BOLEH MEMBATALKAN kONTRAK HUTANG
Contoh: Pemiutang memberikan hutang dengan syarat terdapat bayaran tambahan atau, dengan syarat penghutang pulangkan barangan yang baik sebagai ganti kepada barang yang tidak baik dan sebagainya. Hukum ini berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w “Semua hutang yang membawa keuntungan adalah riba” (Riwayat al-Tabrani) Menurut kitab Mughni al-Muhtaj walaupun hadis ini daif, tetapi al-Baihaqi telah meriwyatkan hadis ini daripada beberapa orang sahabat.

47 Apabila penghutang membayar hutang lebih daripada hutang asal, ataupun penghutang memberikan hadiah sebagai tambahan kepada bayaran hutang (yang tidak disyaratkan dalam kontrak hutang) dan bukan menjadi amalan yang diguna pakai (uruf), apakah hukum tindakan ini ?

48 Beberapa perkara perlu dilihat:
Jika manfaat tersebut diberikan sebelum hutang dibayar sepenuhnya, adalah lebih baik jika ia ditolak. Kecuali jika amalan bertukar-tukar manfaat tersebut telah menjadi kebiasaan kedua-dua pihak sebelum kontrak hutang dilakukan.

49 Pendapat ini berpandukan hadis yang diriwayatkan daripada Anas r
Pendapat ini berpandukan hadis yang diriwayatkan daripada Anas r.a yang pernah ditanya: Seorang lelaki di kalangan kami telah memberikan suatu barangan sebagai hutang kepada saudaranya, lalu saudaranya itu memberikannya hadiah. Anas menjawab: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “Apabila seseorang di kalangan kamu memberikan hutang lalu orang yang berhutang memberikannya hadiah atau orang itu membawanya menaiki kendaraan, janganlah dia naik atau menerimanya kecuali jika perbuatan itu telah pun biasa berlaku antara mereka sebelum itu” (Riwayat Ibnu Majah no. 2432)

50 Hukum makruh ini juga akan dikecualikan jika pemiutang turut memberi hadiah kepada penghutang sebagai membalas (mengimbangi) manfaat yang diberikan oleh penghutang.

51 Jika manfaat tersebut diberikan selepas hutang dibayar, tindakan ini tidak salah dan pemiutang tidak dimakruhkan untuk mengambilnya kerana hutang tersebut telah selesai dibayar. Malah, penghutang digalakkan berbuat demikian kerana mencontohi perbuatan dan juga perintah Rasulullah s.a.w yang menyuruh umat Islam membayar hutang mereka dengan cara yang terbaik. Perbuatan ini adalah salah satu perbuatan yang baik.

52 Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan, Jabir r
Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan, Jabir r.a berkata: “Suatu ketika saya datang menemui Nabi s.a.w. Ketika itu Baginda berhutang dengan saya, lalu Baginda membayar hutangnya dan Baginda membayar lebih kepada saya” (Riwayat al-Bukhari no. 2264, Muslim)

53 Hadis Abu Rafi’, hamba Rasulullah s. a. w : “Nabi s. a
Hadis Abu Rafi’, hamba Rasulullah s.a.w : “Nabi s.a.w berhutang seekor unta muda daripada seorang lelaki. Selepas itu Baginda menerima unta sedekah (Zakat). Lantas Baginda meminta Abu Rafi’ membayar semula seekor unta muda kepada lelaki tadi tetapi Abu rafi’ kembali sambil berkata: Saya tidak jumpa dan yang ada hanya unta rabaie. Baginda bersabda: Berikanlah unta itu kepadanya. Manusia terbaik ialah manusia terbaik dalam membayar hutangnya” (Riwayat Muslim no Diriwayatkan juga oleh al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a no. 2183)

54 Perkara ini hanya dibenarkan dengan syarat tindakan penghutang memulangkan hutang bersama bayaran tambahan atau memberikan sesuatu manfaat kepada pemiutang sebelum hutang sebenar dijelaskan tidak menjadi amalan (uruf) orang ramai. Jika perbuatan tersebut menjadi amalan orang ramai atau menjadi amalan penghutang, mengikut pendapat yang kuat (aujah), makruh menerima manfaat ini kerana amalan ini boleh diibaratkan seperti syarat.

55 SYARAT YANG TIDAK DITERIMA PAKAI DAN TIDAK MEMBATALKAN KONTRAK HUTANG
Contohnya: Diletakkan syarat supaya penghutang memulangkan barangan yang cacat sebagai ganti kepada barangan yang sempurna, atau pun barangan yang tidak elok untuk barangan yang elok. Atau pun syarat mewajibkan penghutang meminjamkan pula barangan tersebut kepada orang lain.

56 Syarat-syarat seperti ini tidak diterima pakai dan tidak perlu dilaksanakan.
Pendapat yang paling sahih (asah) mengatakan syarat seperti ini tidak membatalkan kontrak kerana syarat-syarat seperti ini hanya mengukuhkan lagi hasrat asal hutang iaitu melahirkan simpati. Syarat-syarat seperti ini tidak sedikit pun membawa manfaat kepada pemiutang. Sebaliknya semua manfaat tersebut diperolehi oleh penghutang. Seolah-olah tindakan pemiutang lebih bertujuan membantu penghutang.

57 SYARAT YANG PERLU DILAKSANAKAN
Syarat yang perlu dilaksanakan ialah syarat-syarat yang ditetapkan bertujuan untuk mengukuhkan lagi kontrak tersebut dan mengesahkan hak pihak yang terbabit. Contohnya: Syarat yang menetapkan perlu disertakan gandaian atau penjamin atau saksi bagi kontrak tersebut, atau kontrak tersebut mesti disokong oleh hakim atau wujud catatan bagi penghutang tersebut.

58 Semua syarat-syarat seperti ini dibenarkan.
Pemiutang berhak meletakkan syarat-syarat seperti ini kerana syarat-syarat ini mengukuhkan lagi kontrak tersebut dan bukan sebagai syarat tambahan.

59 Al-Bukhari meriwayatkan daripada Anas r. a “Nabi s. a
Al-Bukhari meriwayatkan daripada Anas r.a “Nabi s.a.w telah menggadaikan sebuah perisai miliknya di Madinah kepada seorang yahudi supaya Baginda memperolehi barli untuk keluarga Baginda” (Riwayat al-Bukhari no. 1963) Penghutang perlu memenuhi syarat-syarat ini dan jika syarat-syarat ini tidak dipenuhi, pemiutang boleh membatalkan kontrak tersebut.

60 PEMINDAHAN HUTANG (HIWALAH)
Menuruf bahasa: Pemindahan atau perpindahan Menurut istilah fuqaha: Kontrak yang menyebabkan pemindahan hutang daripada satu pihak kepada pihak lain. Menurut al-Mughni al-Muhtaj: Istilah ini merujuk kepada perpindahan hutang daripada satu pihak kepada pihak yang lain.

61 DALIL PENSYARI‘ATAN HIWALAH
Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: “Melambatkan pembayaran hutang oleh orang kaya adalah zalim. Apabila salah seorang daripada kamu dibawa kepada orang kaya yang lain maka ikutlah” Dalam riwayat Ahmad disebut: “Sesiapa yang dipindahkan kepada orang kaya yang lain maka berpindahlah” (Al-Bukhari daripada Abu Hurairah no Muslim no Ahmad, Musnad 2/463)

62 CONTOH PEMINDAHAN HUTANG (HIWALAH)
Ali (Muhtal) Ali memberi hutang pada Abu Ahmad (Muhal ‘Alaih) akan berurusan Abu (Muhil) Abu memberi hutang pada Ahmad dengan Ali lansung

63 RUKUN & SYARAT PEMINDAHAN HUTANG
Muhil : Penghutang yang memindahkan hutangnya kepada orang lain. Muhtal : Pemberi hutang (pemiutang) yang mana hutangnya akan dibayar oleh orang lain (bukan penghutang asal). Muhal ‘Alaih : Orang yang bertanggunjawab melunaskan hutang kepada pemberi hutang (Muhtal). Muhal Bih : Hutang yang perlu dijelaskan. Sighah lafaz pemindahan hutang.

64 Muhil, Muhtal & Muhal ‘Alaih
Mestilah orang yang berkelayakan menjalankan kontrak; berakal dan baligh. Muhal bih Mestilah dalam bentuk hutang Hutang tersebut mestilah telah berkuatkuasa.

65 Sighah (penawaran dan persetujuan)
Penawaran ialah apabila penghutang (muhil) berkata: “Aku pindahkan hutang kamu kepada orang ini”. Persetujuan pula ialah apabila pemiutang (muhtal) berkata: “Saya setuju atau saya terima”.  Penawaran dan persetujuan ini mestilah diadakan serentak dalam majlis kontrak.

66 SYARAT SAH PEMINDAHAN HUTANG
Muhal ‘Alaih mestilah berhutang dengan Muhil. Hutang Muhal ‘Alaih mestilah menepati syarat-syarat berikut: Mestilah telah berkuatkuasa. Mestilah setara dengan hak pemiutang (Muhtal) dari segi jenis, kadar dan sifat.

67 Persetujuan penghutang (Muhil) dan pemiutang (Muhtal).
Penghutang (Muhil) dan pemiutang (Muhtal) perlu mengetahui kadar hutang yang perlu dijelaskan.

68 PERCANGGAHAN ANTARA PENGHUTANG (MUHIL) DAN PEMIUTANG (MUHTAL)
Jika setelah pemiutang memperolehi hutang daripada muhal ‘alaih, kemudian dia bercanggah pula dengan penghutang; Penghutang berkata: “Saya tidak berhutang dengan anda. Anda hanyalah wakil saya untuk mengutip hutang tersebut. Hutang tersebut adalah hak saya” Pemiutang pula berkata: “Tidak, anda telah memindahkan hutang tersebut kepada saya sebagai ganti bayaran hutang anda kepada saya. Atas dasar itu, saya mengutip hutang tersebut”

69 Pengakuan yang diterima ialah pengakuan penghutang yang disokong dengan sumpah.
Alasannya, pemiutang mendakwa penghutang berhutang dengannya tetapi penghutang menafikannya. Dalam keadaan ini, pengakuan yang diterima ialah pengakuan yang menafikannya berserta sumpah jika tiada sebarang bukti.

70 Demikian juga jika penghutang mengakui hutang tersebut tetapi berkata: “Saya hanya melantik anda sebagai wakil mengutip hutang tersebut bagi pihak saya” Pemiutang pula berkata: “Tidak, anda memindahkannya kepada saya” Atau penghutang berkata: “Apa yang saya maksudkan dengan kata saya, saya pindahkan kepada anda ialah saya melantik anda sebagai wakil” Pemiutang pula berkata: “Tidak, apa yang anda maksudkan ialah pemindahan hutang”

71 Dalam keadaan ini pengakuan penghutang berserta sumpahnya akan diterima kerana dia lebih tahu apa yang dimaksudkan dan apa yang dikatakannya. kerana pada dasarnya, segala perkataan kekal mengikut keadaan asalnya.

72 Jika penghutang berkata: “Apa yang saya maksudkan dengan kata saya, saya pindahkan kepada anda $100 yang dihutang daripada saya, oleh si fulan, sebenarnya ialah perlantikan sebagai wakil”  Pengakuannya ini tidak diterima kerana perkataan yang digunakan hanya boleh merujuk kepada pemindahan hutang. Dengan ini dakwaan oleh pemiutang akan diterima.


Download ppt "Jual Beli lain yang dilarang"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google