Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

AL-IJARAH (KONTRAK SEWA)

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "AL-IJARAH (KONTRAK SEWA)"— Transcript presentasi:

1 AL-IJARAH (KONTRAK SEWA)
Maiza Fikri, ST, M.M Meiza86

2 AL-IJARAH (KONTRAK SEWA)
Menurut istilah kalimah Ijarah bermaksud: Bayaran yang diberikan kepada orang yang melakukan sesuatu kerja sebagai ganjaran kepada apa yang dilakukannya. Menurut istilah Fuqaha’: Ijarah ialah kontrak untuk mendapatkan khidmat (manfaat) tertentu yang boleh dibayar dan dihalalkan dengan barangan tetentu. Atau : Pemindahan hak milik sesuatu khidmat (manfaat) dan dibayar dengan suatu barangan.

3 DALIL PENSYARIA’TAN AL-IJARAH
Firman Allah s.w.t “Jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya” (Al-Talaq: 6)

4 Hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan selainnya daripada A’isyah (hadis hijrah yang panjang). Dalam hadis tersebut A’isyah r.a berkata: “Nabi s.a.w dan Abu Bakar menupah seorang lelaki Bani al-Dail daripada Bani Abd bin A’ddi, seorang penunjuk jalan yang mahir dan masih menganut agama kafir Quraisy. Nabi s.a.w dan Abu Bakar mempercayainya dan menyerahkan dua ekor unta tunggangan mereka kepadanya. Mereka berjanji untuk bertemu dengannya di gua Thur selepas tiga hari. Pada hari ketiga, lelaki itu datang bersama unta tunggangan mereka dan mereka berangkat” (Riwayat al-Bukhari no.2144)

5 Dari Abu Hurairah r. a bahawa Nabi s. a
Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: “Allah Taala berfirman; Ada tiga orang yang akan aku musuhi pada hari kiamat. Lelaki yang memberi sesuatu dengan menggunakan namaku tetapi kemudian mengkhianatinya. Lelaki yang menjual lelaki merdeka dan dia makan hasilnya. Lelaki yang mengupah seorang upahan dan setelah menggunakannya dia tidak membayar upahnya” (Riwayat al-Bukhari no. 2150)

6 RUKUN AL-IJARAH (KONTRAK SEWA)
Sighah Kontrak Manfaat Pihak yang mengikat kontrak Bayaran sewa atau upah

7 SYARAT-SYARAT SAH AL-IJARAH (KONTRAK SEWA)
Pertama: Pihak yang mengikat kontrak; a) Layak untuk mengikat kontrak disisi syarak, iaitu baligh dan berakal. b) Bukan orang yang dihalang daripada menggunakan hartanya. c) Pilihan sendiri : Tidak dipaksa * Kontrak ini hanya sah jika membabitkan orang yang mempunyai kuasa keatas dirinya dan hartanya

8 b) Tidak wujud jurang masa yang lama. c) Tidak bersyarat.
Kedua: Sighah kontrak (ijab dan qabul); a) Mesti selari b) Tidak wujud jurang masa yang lama. c) Tidak bersyarat. Ketiga: Manfaat ; a) Mestilah mempunyai nilai menurut syara’ dan uruf. b) Mampu diserahkan. c) Dapat diperolehi / digunakan oleh pengupah. d) Mestilah dimaklumi oleh kedua-dua belah pihak dari segi barangan, sifat dan kadarnya.

9 Keempat: Bayaran sewa atau upah;
a) harus dimaklumi (diketahui) oleh kedua-dua belah pihak ; banyak, jenis dan sifatnya. b) Suci menurut syara’ c) Boleh dimanfaatkan. d) Mampu diserahkan.

10 JENIS DAN SYARAT PENYEWAAN
Terdapat 2 jenis kontrak sewa : Sewa barangan: Sewa yang membabitkan perkhidmatan yang diperolehi daripada barangan tertentu. Sewa jaminan: Sewa yang membabitkan perkhidmatan yang diperolehi melalui jaminan pemilik.

11 SYARAT SEWA BARANGAN Barangan yang disewa mestilah ditetapkan.
Barangan yang disewa mestilah wujud dan dipamerkan di hadapan kedua-dua pihak ketika memeterai kontrak sewa. Penggunaan khidmat (manfaat) barangan tersebut tidak ditangguh selepas kontrak dimeterai.

12 SYARAT SEWA JAMINAN Bayaran sewa adalah serta-merta dan diserahkan dalam majlis kontrak. Spesifikasi barangan yang ditawarkan perkhidmatan itu hendaklah dinyatakan dengan jelas.

13 HUKUM KONTRAK SEWA Apabila kontrak sewa memenuhi rukun dan syarat yang ditetapkan, kontrak tersebut sah dan segala hukum berkaitan akan terpakai sebaik sahaja kontrak dimeterai. Hak milik penyewa terhadap khidmat yang disewa disahkan dan penyewa berhak menggunakannya. Hak milik sewaan terhadap bayaran iaitu bayaran bagi perkhidmatan yang diserahkan kepada penyewa pada masa kontrak disahkan.

14 Jika barangan yang disewa rosak selepas sebahagian khidmatnya sahaja digunakan, beberapa perkara perlu dilihat:  Jika bahagian yang telah digunakan pada kebiasaannya boleh dimanfaatkan, pemilik berhak memperolehi bayaran sewa bagi bahagian yang telah digunakan.

15 Contohnya, penyewa menyewa sebuah kereta untuk membawanya ke suatu tempat lalu kereta ini rosak sebelum tiba, pemilik berhak memperolehi bayaran sewa untuk jarak yang telah dilalui hanya jika penyewa boleh meneruskan perjalanan dari tempat tersebut tanpa perlu bersusah payah, atau pun penyewa mempunyai urusan tertentu di tempat tersebut.

16  Jika khidmat (manfaat) daripada bahagian yang digunakan biasanya tidak boleh dimanfaatkan.
Contohnya, tempat kereta tersebut rosak biasanya bukan tempat tuju atau sukar untuk meneruskan perjalanan dari tempat tersebut, pemilik tidak berhak memperolehi walau sedikitpun bayaran sewa.

17 HAK MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN
Penyewa berhak menggunakan sendiri khidmat tersebut atau diserahkan kepada orang lain. Jika penyewa menyewa sebuah rumah, dia berhak mendiaminya bersama-sama orang lain atau membenarkan orang lain mendiaminya dengan cara pinjaman atau sewa.

18 TANGGUNGJAWAB KE ATAS BARANG SEWAAN
Orang yang memegang barangan sewaan dianggap sebagai pemegang amanah. Oleh itu dia tidak perlu menanggung segala kerosakan atau kecacatan yang berlaku pada barangan tersebut. Sama ada ia berlaku ketika khidmat barangan tersebut digunakan, sebelum atau selepasnya.

19 Sebarang kerosakan atau kecacatan pada barangan yang disewa tidak akan ditanggung oleh penyewa selagimana ia bukan berpunca daripada salah laku atau cuai ketika menggunakannya. Contohnya, apabila penyewa menyewa sebuah rumah kediaman dan dia mendiaminya. Rumah ini kemudiannya terbakar berpunca daripada alat memasak yang biasa digunakan di dalam rumah dan bukan kerana kecuaiannya. Dalam keadaan ini, penyewa tidak perlu bertanggungjawab dengan sebarang kerosakan akibat kebakaran tersebut.

20  Namun demikian, jika kebakaran berlaku bukan disebabkan oleh apa yang biasa berlaku di dalam rumah kediaman. Contohnya, penyewa membuat pembakaran untuk perusahaan besi atau sebagainya. Dalam keadaan ini, penyewa perlu bertanggungjawab kerana dia menyalahgunakan rumah tersebut lain daripada tujuan asal penyewaan.

21 Begitu juga penyewa perlu bertanggungjawab jika dia menggunakan barangan sewaan di luar tempoh sewaan, atau dia tidak menggunakannya tetapi tidak menyerahkan semula kepada pemiliknya. Namun jika penyewa tidak menggunakan dan berlaku sesuatu sebelum sempat dia memulangkannya atau sebelum sempat dia melepaskan hak antaranya dengan pemiliknya, dia tidak perlu bertanggungjawab. Hukum ini disamakan dengan hukum kerosakan sebelum tempoh sewa tamat kerana ketika itu dia tidak dipertanggungjawabkan.

22 PENAMATAN KONTRAK SEWA
Pembatalan kontrak Penggunaan barang sewaan berakhir

23 PEMBATALAN KONTRAK Kontrak ini hanya boleh dibatalkan kerana sesuatu sebab. Apabila dibatalkan, kontrak tersebut dianggap tamat. SEBAB YANG MEMBATALKAN KONTRAK: Barangan yang disewa rosak.

24 Jika penyewa menyewa sebuah rumah atau kereta dan kemudian rumah tersebut musnah atau kereta tersebut rosak sebelum ia digunakan, kontrak tersebut terbatal. Ini kerana khidmat barangan tersebut yang menjadi subjek sewaan tidak lagi boleh digunakan. Jika kontrak sewa ialah kontrak sewa jaminan. Contohnya, penyewa menyewa sebuah kereta yang dinyatakan sifat-sifatnya secara jaminan pemilik supaya dia dihantar ke sesuatu tempat, dan kereta tersebut dibawa kepada penyewa tetapi kemudiannya rosak atau cacat, kontrak ini tidak terbatal. Sebaliknya pemilik perlu menggantikannya dengan kereta lain, sama ada kerosakan berlaku sebelum atau selepas khidmat tersebut digunakan.

25 Barangan sewaan tidak diserahkan pada masa yang ditetapkan.
Bagi kontrak sewa yang membabitkan barangan sewaan dan khidmatnya ditetapkan hanya untuk tempoh tertentu, apabila tempoh ini tamat dan pemilik masih tidak menyerahkan barangan sewaan yang ditetapkan, kontrak tersebut terbatal. Ini kerana barangan tidak dapat diserahkan pada masa yang ditetapkan. Hukum yang sama berlaku kepada kontrak sewa jaminan, sekiranya pemilik tidak menyerahkan khidmat yang dipersetujui pada masa yang ditetapkan.

26 SEBAB YANG TIDAK MEMBATALKAN KONTRAK:
Kontrak sewa tidak terbatal hanya kerana barangan yang disewa tidak lagi menjadi milik pemilik. Kontrak sewa juga tidak terbatal hanya kerana salah satu pihak, sama ada pemilik atau penyewanya meninggal dunia, mahupun kedua-duanya sekali. Kontrak sewa tidak terbatal jika berlaku sesuatu yang tidak membabitkan barangan yang disewa.

27 PENGGUNAAN BARANGAN SEWAAN BERAKHIR
Kontrak sewa berakhir dari segi hukumnya apabila khidmat barangan tersebut selesai digunakan. Jika khidmat diukur melalui kerja yang dilakukan, kontrak tersebut tamat sebaik sahaja kerja tersebut selesai. Jika khidmat diukur mengikut masa, kontrak tersebut tamat apabila tamat masa yang ditetapkan.

28 KHIYAR DALAM KONTRAK SEWA
Khiyar Majlis atau Khiyar Syarat Dalam kontrak sewa tidak wujud khiyar majlis atau khiyar syarat kerana kontrak sewa termasuk di antara kontrak yang berisiko. Ini kerana ia membabitkan barangan yang tidak wujud ketika kontrak iaitu perkhidmatan. Walau bagaimanapun ia tetap dibenarkan bertujuan memudahkan orang ramai.

29 Khiyar cacat (aib) Khiyar aib wujud dalam kontrak sewa barangan. Apabila berlaku sesuatu kecacatan kepada barangan yang disewa dan memberikan kesan yang ketara kepada nilai khidmat yang ditawarkan, penyewa boleh membuat pilihan sama ada meneruskan sewaan atau membatalkannya. Walau bagaimanapun, khiyar aib tidak wujud dalam kontrak sewa jaminan.

30 PENGAKUAN BERBEZA ANTARA PEMILIK DAN PENYEWA DALAM KES PEMULANGAN ATAU KEROSAKAN

31 Dakwaan rosak Jika barangan yang disewa rosak atau cacat dalam tangan penyewa dan penyewa mendakwa dia tidak menyalahgunakannya, sebaliknya ia disebabkan oleh bencana alam iaitu sebab yang di luar kehendaknya, ataupun ia disebabkan oleh faktor yang dibenarkan oleh penggunaan biasa. Sementara pemilik pula mendakwa ia berlaku disebabkan oleh salah guna penyewa akibat penggunaan yang berlebihan atau kecuaian atau tidak menjaga barangan yang disewa dengan baik.

32  Dalam kes ini pengakuan yang akan diterima ialah pengakuan penyewa dan diperakui selepas dia bersumpah. Ini kerana pemilik membuat dakwaan wujudnya salah guna sementara penyewa menafikannya dan mendakwa penyalahgunaan tidak wujud.  Jadi mengikut hukum asal, salah guna tidak wujud dan tiada siapa yang dipertanggungjawabkan. Dengan ini, pengakuan yang diterima ialah dakwaan asal yang disokong oleh sumpahnya.

33 Dakwaan pemulangan. Jika pemilik dan penyewa berbeza pengakuan. Contohnya, penyewa mendakwa dia telah memulangkan barang yang disewa kepada pemilik, namun pemilik menafikannya dan berkata: Anda tidak pulangkan kepada saya.  Pengakuan pemilik akan diterima jika disokong oleh sumpah. Ini kerana penyewa memegang barangan yang disewa untuk mendapatkan khidmatnya. Pada asalnya tiada sebarang pemulangan dan penyewa adalah orang yang mendakwa.

34 Dengan ini, pengakuan yang diterima ialah pengakuan orang yang menafikannya dengan disokong oleh sumpah. Jadi pengakuan pemilik akan diterima kerana dia menafikan wujudnya pemulangan dan dakwaannya ini sesuai dengan hukum asal iaitu pemulangan tidak dilakukan.

35 SYARIKAT Menurut bahasa: Bermaksud perkongsian melalui kontrak atau tanpa kontrak. Menurut istilah ulama fikah: Syarikat ialah hak dua orang atau lebih terhadap sesuatu tanpa pengagihan yang khusus. Contohnya, dua orang atau lebih berkongsi memiliki sebidang tanah tanpa ditentukan sempadan masing-masing. Takrif ini dianggap umum merangkumi semua perkongsian melalui kontrak atau tanpa kontrak.

36 Takrif yang lebih khusus bagi syarikat ialah kontrak yang diwujudkan secara sukarela dengan tujuan pengurusan dan memperolehi keuntungan.

37 JENIS-JENIS SYARIKAT Syarikat amlak (perkongsian harta)
Berdasarkan takrif di atas, syarikat adakalanya berkonsep keuntungan dan adakalanya tidak. Oleh itu, para ulama membahagikan syarikat kepada 2 jenis: Syarikat amlak (perkongsian harta) Syarikat aqad (kontrak)

38 DALIL PENSYARI‘ATAN SYARIKAT
Al-Quran Firman Allah s.w.t “Dan jika si mati yang diwarisi itu, lelaki atau perempuan, yang tidak meninggalkan anak atau bapa, dan ada meninggalkan kalalah (seorang saudara lelaki seibu atau seorang saudara perempuan seibu) maka bagi tiap-tiap seorang dari keduanya ialah satu perenam. Kalau pula mereka (sudara-saudaranya yang seibu) lebih dari seorang, maka mereka bersyarikat (berkongsi) pada satu pertiga” (Al-Nisa’ : 12)

39 Sunnah Hadis riwayat Abu Hurairah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda “Allah taala berfirman: Aku adalah rakan kongsi ketiga selagimana tiada siapa di antara mereka yang mengkhianati sahabatnya. Apabila ada yang mengkhianati sahabatnya, Aku akan keluar daripada perkongsian mereka” (Abu Daud no. 3383)

40 Hadis al-Sa‘ib bin Abu al-Sa‘ib r
Hadis al-Sa‘ib bin Abu al-Sa‘ib r.a yang menyatakan; beliau telah menjadi rakan kongsi perniagaan dengan Rasulullah s.a.w sebelum Baginda dilantik sebagai nabi. Ketika pembukaan Mekah Baginda bersabda: “Selamat datang saudara dan rakan kongsi saya yang tidak pernah menolak dan tidak pernah bertengkar” (Abu Daud no.4836) Di samping itu, budaya perkongsian yang diamalkan oleh manusia ini tidak pernah ditegah oleh Baginda. Budaya ini juga telah diamalkan oleh umat Islam semenjak dahulu tanpa ada sesiapa yang menentangnya. Kenyataan ini menggambarkan ia diterima secara Ijmak.

41 JENIS-JENIS SYARIKAT KONTRAK
Syarikat ‘Inan Syarikat yang dianggotai oleh dua orang atau lebih masing-masing menyumbangkan modal dan keuntungan akan dibahagikan sesama mereka. Syarikat jenis ini dibenarkan oleh syarak menurut Ijmak ulama.

42 Syarikat Mufawadhah Syarikat yang dianggotai oleh dua orang atau lebih dan mereka berkongsi semua harta mereka secara bersama. Kedua-dua mereka juga akan menjadi wakil dan penjamin kepada rakan kongsi mereka. Mereka akan beroleh segala untung atau menanggung segala rugi bersama-sama. Syarikat jenis ini tidak sah menurut ulama mazhab Shafie kerana perkongsian seperti ini mempunyai risiko yang terlalu besar kerana ia mengamalkan sistem wakil dan jaminan yang tidak pasti. Setipa sistem yang tidak pasti ini tidak sah jika diamalkan secara berasingan. Apatah lagi jika kedua-duanya diamalkan secara serentak.

43 Syarikat Abdan Syarikat yang dianggotai oleh dua orang atau lebih yang tidak menyumbangkan modal tetapi masing-masing menyumbangkan kerja. Mereka mungkin mempunyai kemahiran yang sama atau berlainan. Keuntungan mereka pula mungkin dibahagikan secara sama rata atau berbeza-beza. Syarikat seperti ini jua tidak sah kerana wujud kemudaratan yang tidak dibenarkan oleh syarak. Mungkin ada di antara mereka yang melakukan kerja lebih daripada orang lain. Ada kalanya hanya seorang sahaja yang bekerja sementara yang lain tidak.

44 Syarikat wujuh Syarikat yang dianggotai oleh dua orang atau lebih dikalangan mereka yang mempunyai kedudukan dan pengaruh dalam masyarakat. Mereka akan membeli sesuatu barangan secara hutang secara bersama atau berasingan, kemudian mereka menjual barangan tersebut. Keuntungan yang diperolehi akan dikongsi bersama secara rata atau mengikut persetujuan yang dicapai.

45 Syarikat jenis ini juga tidak sah kerana tiada harta yang dikongsi bersama sedangkan asas dalam sebuah syarikat ialah perkongsian harta. Faktor lain ialah terdapat kemudaratan dalam syarikat seperti ini kerana masing-masing memberikan keuntungan kepada rakan kongsi mereka tanpa sebarang kerja, kemahiran atau sebagainya. Keuntungan di sini dibuat bukan dalam bentuk mengembangkan harta atau diperolehi hasil daripada usaha yang dilakukan. Atas dasar ini, masing-masing tidak berhak memperolehinya.

46 SYARAT-SYARAT SYARIKAT ‘INAN
Syarikat seperti ini sah jika ia memenuhi syarat berikut: Lafaz kontrak (sighah) Berkelayakan sebagai wakil Modal yang dikongsi mestilah harta yang sama Menggabungkan modal syarikat Menetapkan keuntungan dan kerugian mengikut nisbah modal

47 Setiap rakan kongsi menyumbangkan modal yang sama.
Walau bagaimanapun, ulama mazhab Hanafi dan Hanbali membenarkan seseorang rakan kongsi memperolehi keuntungan yang lebih daripada nisbah modal. Kebenaran ini diberikan dalam beberapa keadaan seperti berikut: Setiap rakan kongsi menyumbangkan modal yang sama. Contohnya masing-masing menyerahkan sepertiga modal syarikat. Mereka juga sama-sama bekerja.

48 Dalam keadaan ini menetapkan keuntungan yang melebihi nisbah modal yang disumbangkan dibenarkan kerana mungkin ada di antara mereka yang lebih mahir bekerja berbanding rakan kongsi yang lain. Oleh itu kelebihan ini adalah berdasarkan kerja dan kemahirannya. Setiap rakan kongsi menyumbangkan modal yang sama banyak tetapi kerja hanya dilakukan oleh sebahagian daripada mereka.

49 Modal yang disumbangkan tidak sama banyak.
Contohnya, seorang menyumbangkan sepertiga dan seorang lagi menyumbangkan dua pertiga modal syarikat. Kemudian mereka berdua sama-sama bekerja. Dalam pembahagian keuntungan, salah seorang antara mereka dibenarkan memperolehi keuntungan melebihi nisbah modal yang disumbang.

50 Seperti diatas, modal disumbangkan juga tidak sama
Seperti diatas, modal disumbangkan juga tidak sama. Kerja-kerja syarikat pula akan dilaksanakan oleh penyumbang modal yang paling sedikit. Manakala keuntungan akan dibahagi sama rata atau melebihi nisbah modal untuk orang yang melakukan kerja. Syarikat seperti ini sah kerana keuntungan lebih diberikan sebagai balasan kepada kerja yang dilakukan.

51 Perlu diingatkan, penambahan yang diberikan kepada mereka yang dibenarkan ini sah jika dilakukan dalam bentuk menambahkan peratus keuntungan yang layak diterimanya ialah 50%, 60% atau sebagainya daripada keseluruhan keuntugan yang diperolehi Walau bagaimanapun, jika balasan kepada kerja yang dilakukan diberikan dalam bentuk peratusan yang berasingan atau ditetapkan jumlah tertentu, contohnya $1000 sebulan atau sebagainya, penambahan ini tidak sah menurut persepakatan ulama.

52 IMPLIKASI KONTRAK Apabila semua syarat-syarat dalam syarikat ‘inan dipatuhi, ia akan membabitkan implikasi seperti berikut: Semua rakan kongsi berhak menguruskan harta syarikat kerana masing-masing adalah wakil kepada rakan kongsinya, disamping pemilik kepada syernya sendiri. Walau bagaimanapun, tindakan tersebut mestilah tertakluk kepada amalan kebiasaan (uruf) dan tidak memudaratkan rakan kongsi yang lain.

53 Setiap pekongsi hendaklah melakukan kerja seperti yang dipersetujui.
Jika salah seorang rakan kongsi menggunakan harta syarikat untuk membeli sesuatu (dengan syarat-syarat yang dinyatakan tadi), pembelian tersebut adalah bagi pihak semua kerana dia adalah wakil syarikat.

54 PENAMATAN KONTRAK Pembubaran kontrak oleh kesemua atau sebahagian ahli syarikat. Kematian semua rakan kongsi Gila atau pengsan

55 PELABURAN (MUDHARABAH / QIRADH)
Takrif Mudharabah dari segi bahasa : Melepas seseorang pergi berdagang Menurut istilah syara’ : Harta yang diserahkan kepada seseorang supaya diperdagangkannya, sedang keuntungan dibahagi antara keduanya.

56 Dalil Pensyaria’tan Mudharabah
Diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a daripada bapanya, Abbas bin Abdul Muttalib r.a: Apabila dia menyerahkan harta untuk pelaburan, dia akan meletakkan syarat kepada sahabatnya iaitu dia tidak boleh membawa hartanya melalui laut atau melalui lembah dan tidak menggunakan harta ini untuk membeli haiwan yang mempunyai hati yang masih lembab (masih hidup). Jika dia melakukannya juga, dia perlu menggantinya. Syarat ini telah disampaikan kepada Rasulullah s.a.w dan Baginda membenarkannya. (Riwayat al-Baihaqi [6/111] )

57 Nabi s.a.w bersabda: “Ada tiga perkara yang diberkati iaitu jual beli secara hutang, muqaradhah dan mencampurkan gandum dan barli untuk kegunaan rumah bukan untuk dijual” (Riwayat Ibnu Majah no.2289) Contoh amalan para sahabat: Diriwayatkan oleh Al-Ala’ bin Abdul Rahman daripada bapanya daripada datuknya; Suatu ketika Uthman r.a berikan kepadanya harta sebagai pelaburan untuk dia usahakan dan keuntungan akan dibahagi sesama mereka (Malik, Muwatto [2/687], Al-Baihaqi, Sunan [6/111])

58 HIKMAH Tujuan sebuah perkongsian pada dasarnya adalah untuk pelaburan harta. Ia juga dapat mewujudkan amalan tolong-menolong sesama anggota masyarakat. Ia mewujudkan suasana saling lengkap-melengkapi dengan memanfaatkan segala keupayaan. Ini dapat dicapai dengan menggabungkan mereka yang mempunyai banyak harta tetapi kurang berkemahiran (pemodal/pelabur) dengan mereka yang mempunyai kemahiran yang tinggi tetapi kurang berharta atau sebagainya (pengusaha).

59 HUKUM PELABURAN Kontrak mudharabah adalah kontrak yang jaiz. Maknanya, kedua-dua pihak iaitu pemodal/pelabur dan pengusaha berhak membatalkan kontrak, tidak kira sama ada pengusaha telah memulakan kerjanya ataupun tidak. Jika pembatalan dibuat sebelum kerja-kerja dimulakan, pengusaha tidak berhak menggunakan sama sekali modal tersebut. Ini kerana tindakan tersebut dianggap sebagai menggunakan harta orang lain tanpa kebenaran.

60 Jika pembatalan dibuat selepas kerja-kerja dimulakan, pengusaha perlu menghentikan serta-merta sebarang urusan yang baru. Dalam keadaan ini, pengusaha wajib menjual barangan yang ada padanya untuk mendapatkan wang tunai tempatan dan menyelesaikan hutang yang berkaitan dengan syarikat. Selepas itu, barulah pengiraan dijalankan. Semua modal akan diserahkan semula kepada pelabur sementara keuntungan akan dibahagi mengikut perjanjian.

61 RUKUN KONTRAK PELABURAN
Lafaz (sighah) iaitu penawaran dan persetujuan dengan kata-kata yang menunjukkan persetujuan untuk mewujudkan kontrak dan perkongsian ini. Lafaz ini mestilah terus berkuatkuasa. Persetujuan juga mestilah berturutan dengan penawaran berdasarkan amalan yang diguna pakai.

62 Pihak yang mengikat kontrak iaitu pelabur dan pengusaha
Kedua-dua mestilah mempunyai kelayakan sebagai wakil dan pewakil Pelabur akan bertindak sebagai pewakil dan pengusaha sebagai wakil apabila ia mengusahakan modal pelabur dengan kebenarannya.

63 Modal. Ia tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
Mestilah berbentuk matawang Modal tidak boleh berbentuk barangan perniagaan kerana ia membabitkan risiko yang besar. Iaitu keuntungan dan modal tidak dapat dipastikan kerana sesuatu barangan mempunyai nilai yang berbeza pada ketika diterima, dijual dan dipulangkan.

64 Modal mestilah dalam jumlah tertentu.
Modal mestilah dalam bentuk tunai. Hutang pelabur yang ditanggung oleh pengusaha tidak sah dijadikan modal, kecualilah jika ia diserahkan secara tunai dalam majlis kontrak. Modal mestilah diserahkan kepada pengusaha. Maksudnya, modal mestilah berada dalam pegangan pengusaha dan hanya dia sahaja yang mempunyai hak untuk menggunakannya.

65 SYARAT-SYARAT KONTRAK MUDHARABAH
Kebebasan menjalankan urusan tanpa tertakluk kepada syarat tertentu. Keuntungan hanya dikongsi antara pelabur dan pengusaha. Pengusaha mestilah bebas menguruskan modal dan bekerja.

66 STATUS PENGUSAHA Pengusaha adalah pihak yang memegang amanah (yad amanah) terhadap modal yang diserahkan kepadanya dan barangan yang dibeli menggunakan modal tersebut. Dia tidak perlu membayar ganti rugi terhadap modal pelaburan yang musnah dalam pegangannya. Kecualilah jika ia berlaku secara sengaja atau kerana kecuaian dalam melaksanakan tanggungjawab.

67 KERUGIAN DITANGGUNG OLEH PELABUR
Oleh kerana pengusaha sebagai orang yang memegang amanah, ini bermakna segala kerugian sepanjang pelaburan akan ditanggung oleh pelabur sahaja.

68 GARIS PANDUAN PENGUSAHA
Terdapat beberapa perkara yang perlu dipatuhi oleh pengusaha: Pengusaha tidak boleh membeli sesuatu barangan untuk pelaburan dengan harga yang melebihi modal. Pengusaha tidak harus membawa modal bersama dalam perjalanan tanpa izin pelabur.

69 Pengusaha tidak boleh menjual secara hutang iaitu dengan menangguhkan bayaran hingga ke suatu tempoh tertentu. Kecualilah jika ia dibenarkan oleh pelabur. Pengusaha tidak dibenarkan mengambil pengusaha lain untuk bekerja dan berkongsi keuntungan bersamanya walaupun ia dibenarkan oleh pelabur [menurut pendapat yang paling sahih (asoh)]

70 Pengusaha tidak boleh sama sekali menggunakan modal pelaburan untuk kegunaan peribadi ketika dia menetap di tempat perniagaan.   Menurut ulama mazhab Hanafi, pengusaha berhak mengambil semua perbelanjaannya daripada modal ketika dalam perjalanan kerana dalam perjalanan tersebut, segala tindakannya tertumpu hanya untuk pelaburan. Dengan itu dia berhak mendapat peruntukan sebagai ganjaran kepada penumpuan tersebut.

71 BILAKAH PENGUSAHA MEMPEROLEHI KEUNTUNGAN ?
Setelah pengusaha menerima modal, menggunakannya dalam jual beli dan kemudiannya memperolehi keuntungan, dia berhak mengambil bahagiannya setelah semua modal dan keuntungan diperolehi. Ini adalah pendapat yang paling kuat (azhar) Ini adalah setelah semua barangan berjaya dijual dan modal diperolehi semula dalam bentuk tunai. Kemudian, pelabur dan pengusaha akan membahagikan keuntungan setelah modal pelaburan diasingkan.

72 PENAMATAN KONTRAK MUDHARABAH
Pembatalan Kematian salah satu pihak Salah satu pihak gila atau pengsan Kemusnahan modal pelaburan

73 PERCANGGAHAN ANTARA PELABUR DAN PENGUSAHA
Jika pengusaha dan pelabur bercanggah mengenai keuntungan; Jika pengusaha mendakwa tidak memperolehi apa-apa keuntungan. Ataupun dia berkata “Saya hanya mendapat keuntungan sebanyak ini” Pengakuan pengusaha ini akan diterima jika disokong oleh sumpah. Ini kerana pada asalnya tiada keuntungan.

74 Jika pengusaha mengaku mendapat sejumlah keuntungan, kemudian dia mendakwa tersilap membuat perkiraan. Dakwaannya ini tidak akan diterima kerana dia menarik balik pengakuan yang telah dibuat membabitkan hak pihak lain. Oleh itu dakwaannya tidak diterima.

75 Apabila kedua-dua pihak bercanggah mengenai sesuatu barangan;
Pelabur berkata: “Anda membeli barang ini untuk pelaburan”. Sementara pengusaha mendakwa: “Saya beli barang ini untuk diri saya” ataupun sebaliknya.

76 Pengakuan pengusaha akan diterima jika disokong oleh sumpah dan sekiranya pembelian tersebut dibuat dalam bentuk hutang. Ini kerana pengusaha adalah pihak yang dipercayai dan lebih mengetahui tentang niatnya. Namun jika pengusaha membeli menggunakan wang modal pelaburan, pengakuannya tidak diterima. Walaupun dia sebenarnya berniat membeli untuk dirinya sendir. Barang yang dibeli ini kira termasuk dalam pelaburan.

77 Sekiranya mereka bercanggah mengenai jumlah modal pelaburan atau jenis modal.
Pengakuan yang diterima ialah pengakuan pengusaha yang disokong oleh sumpah. Ini kerana asalnya tiada bayaran tambahan yang diberikan kepadanya.

78 Sekiranya mereka bercanggah mengenai sebab kemusnahan modal.
Jika pelabur mendakwa kemusnahan dilakukan dengan sengaja atau kerana cuai, sementara pengusaha berkata “Tidak, ia berlaku tanpa disengajakan dan bukan kerana kecuaian” Pengakuan pengusaha akan diterima jika disokong oleh sumpah kerana pengusaha adalah orang yang diberi kepercayaan

79 Jika mereka bercanggah mengenai pemulangan modal.
Jika pengusaha mendakwa telah memulangkannya, sementara pelabur menafikan yang ia telah dipulangkan. Pengakuan pengusaha akan diterima kerana dia adalah orang yang diberi amanah. Setiap orang yang diberi amanah yang mengaku telah memulangkan milik orang yang memberi amanah kepadanya, pengakuannya akan diterima jika disokong oleh sumpah.

80 Jika berlaku kemusnahan kepada modal dan pelabur mendakwa ia sebenarnya diberikan sebagai hutang, sementara pengusaha mendakwa ia adalah pelaburan. Pengakuan pelabur akan diterima jika ia disokong oleh sumpah. Ini kerana pengusaha mengaku menerima modal tersebut dan mendakwa tidak menanggung sebarang tanggungjawab. Sedangkan pada asalnya dia bertanggungjawab.

81 Jika mereka bercanggah mengenai pembahagian keuntungan.
Kedua-dua pihak perlu mengangkat sumpah bagi menyokong dakwaan masing-masing. Ini kerana masing-masing bercanggah mengenai untung yang bakal diperolehi. Setelah kedua-dua pihak bersumpah, pemilik akan memperolehi seluruh keuntungan kerana keuntungan ini adalah hasil pelaburan hartanya. Sementara pengusaha pula akan mendapat upah sepadan dengan kerjanya


Download ppt "AL-IJARAH (KONTRAK SEWA)"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google