Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Sistem Ejaan dalam Bahasa Melayu

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Sistem Ejaan dalam Bahasa Melayu"— Transcript presentasi:

1 Sistem Ejaan dalam Bahasa Melayu

2 Sistem Ejaan Sistem ejaan diperkenalkan oleh R.J.Wilkinson pada tahun 1902. Sistem ejaan rumi mengalami perubahan kepada sistem Ejaan Rumi Za’ba dan diguna pakai sebagai ejaan rasmi agak lama di Malaysia 16 Ogos 1972 diganti oleh Sistem Ejaan Rumi Baharu BM

3 Pedoman Umum Ejaan dan Sebutan Baku
Abjad – 26 abjad Vokal – 6 [ a/ e pepet/ e taling/ i/ o/ u ] Konsonan – 21 Diftong – 3 [ ai au oi ] Digraf – 5 [ kh gh ng ny sy ]

4 Pola Keselarasan Vokal 18 pola keselarasan vokal
Contoh perkataan a-a amal baka masak a- i masjid balik alih a- u barut patut datuk e (pepet ) – a sedar jelas emak e (pepet) – i elak ekar engkar e (pepet) – u -- telur belum tebus e (taling) –a e taling e leleh telek remeh

5 e taling o esok bengkok cedok i - a bilang pinang kilas i - i pilih didih sirih i- u tidur hibur hidup o-a otak rosak bosan o-e (taling) oleh boleh celoteh o-o obor borong keropok u-a ulat bulat ketupat u-i ulit kulit seruling u-u untuk buluh seluruh

6 Kekecualian Keselarasan Vokal bagi Kata Pinjaman
Pola Vokal Contoh Perkataan a-e (taling) aneh pamer a - o calon lakon e (pepet) – o gabenor setor e (pepet) – e (taling) gembeleng i- e (taling) simen tiket i-o transistor pistol u-e (taling) tulen subjek u-o kupon konduktor e (taling) - i tesis objektif e (taling) - u spektrum e pepet – e pepet pepet i- e (pepet) iseng filem o-i fosil hipokrit o-u bonus forum u- e (taling) skuter e taling e taling meter o-e pepet Oktober

7 Ejaan Kata Pinjaman Penyesuaian huruf-huruf konsonan tertentu
cc- ks access menjadi akses x- ks express menjadi ekspres Pengguguran satu daripada gabungan huruf konsonan yang sama - ff- f traffic menjadi trafik Penyesuaian huruf bagi gabungan dua huruf vokal ia – ia dialect menjad dialek oo-u boot menjadi but Pengekalan gugus konsonan dalam bahasa Inggeris dengan penyesuaian block menjadi blok draft menjadi draf

8 - generation menjadi generasi - agent menjadi agen
e. Huruf g yang diucapkan sebagai [j] menurut sebutan BI ditulis sebagai g dan disebut sebagai [g] dalam BM - generation menjadi generasi - agent menjadi agen f. Kata yang asalnya berakhir dengan –sion, -sional, -tion, -tional menjadi -si, -sen, -syen, --sional -lotion menjadi losen; section menjadi seksyen g. Pengekalan kata yang berakhir dengan –ism - nationalism menjadi nasionalisme h. Pengejaan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris yang telah mantap - pencil menjadi pensel - action menjadi aksi - dial menjadi dail

9 Penulisan Singkatan Kata Ganti Nama
4 singkatan kata ganti nama – kau, ku, mu,nya Contoh: kulihat, kusedari, kautulis, kausedari Mu dan nya bagi nama Tuhan dieja menggunakan huruf besar pada huruf pertama dan ditulis dengan menggunakan tanda sempang Contoh: Ampunilah hamba-Mu ini, ya Tuhan. Mereka memohon rahmat-Nya.

10 Penulisan kata sendi nama
Kt sendi nama ialah perkataan yg hadir di hdpn frasa nama. Kt sendi mempunyai tugas yang berlainan dan kehadiran dalam ayat sering disalahgunakan. Antaranya:- a) kt sendi nama di - kt sendi nama di digunakan di hdpn kt nama atau frasa nama yg menunjukkan tempat spt: a) di sekolah b) di jalan - Tidak boleh menerangkan waktu, masa atau zaman. - cth : a) Di pagi hari (salah) Pada pagi hari (betul) b) Di kurun ke-15 (Salah) Pada kurun ke-15 (betul) c) Di zaman itu (Salah) Pada zaman itu (betul)

11 Samb… b) Kt sendi nama ke
Kt sendi nama ke digunakan di hdpn kt nama atau frasa nama yg menunjukkan tempat atau arah dan waktu atau masa. Ke tidak boleh digunakan di hdpn kt nama atau frasa nama yg menunjukkan manusia atau binatang. Cth : - Ke pihak polis (salah) kepada pihak polis (betul) - Ke Ali (salah) kepada Ali (betul)

12 Samb… c) Kt sendi nama dari
Kt sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yg menyatakan arah, tempat dan waktu atau masa Cth : Bertiup daripada selatan (Bertiup dari selatan) Daripada kiri ke kanan (Dari kiri ke kanan) Daripada pukul pagi (Dari pukul pagi) d) Kt sendi nama daripada Kt sendi nama daripada digunakan di hadapan kt nama atau frasa nama yg menyatakan punca bg manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber, atau unsur perbandingan. Cth : Pemain sarkas itu menerima bola daripada beruangnya. Sumbangan daripada kerajaan sudah diterima. Lebih baik Ahmad daripada Ali.

13 Kt sendi nama kepada Hadir di hdpn kt nama atau frasa nama yg merujuk manusia, haiwan, unsur mujarab dan perubahan keadaan. Cth : - Ke kerani itu (salah) Kepada kerani itu (betul) - Ke orang tuanya (salah) Kepada orang tuanya (betul) - Ali mengirim surat ke abangnya (salah) Ali mengirim surat kepada abangnya (betul) Perlu juga mempunyai perseimbangan ungkapan dari-ke, daripada -kepada spt:- - Dari semasa kepada semasa (salah) Dari semasa ke semasa (betul)

14 Penggunaan tanda baca 1 ) tanda baca noktah (.)
- berakhirnya sesuatu ayat. - digunakan utk menyatakan singkatan. - Cth : Hj. ,Prof. ,Y.B ,Abd. 2) tanda baca sempang (-) a) sebagai tanda kata ganda - cth : rumah-rumah,pemimpin-pemimpin, berlari-lari, gunung-ganang. b) antara ke dgn angka - cth : ke-10, ke-100 c) antara angka yg merujuk thn dgn akhiran –an - tahun 20-an, tahun 50-an

15 Samb… d) Antara huruf kecil dgn huruf besar
- Huruf besar iaitu merujuk kpd tuhan atau nama khas. - Tanda sempang ini digunakan utk memisahkan huruf besar dgn huruf kecil. - Cth: Hamba-Mu, Rahmat-Nya, Pro-Malaysia, Pan-Malaysia. 3) Tanda baca seru (!) - tanda seru hadir di akhir ayat seruan. - Salah sekiranya tanda seru diletakkan selepas kata seru. - cth : Wah! cantiknya baju itu. Aduh! sakit kakiku. Sepatutnya, Wah, cantiknya baju itu!

16 Penulisan Partikel 4 partikel - -lah, -kah, - tah, & pun
Partikel –lah, -kan, dan –tah ditulis serangkai dengan kata dasar yang mendahuluinya Contoh: berilah, diakah, manatah Partikel pun bagi maksud juga, lalu atau terus ditulis terpisah daripada kata sebelumnya Contoh: Jika dia berjaya, saya pun akan berjaya Partikel pun ditulis serangkai dengan perkataan yang telah ditentukan, iaitu: adapun, sekalipun, walaupun, lagipun

17 Penulisan kata berimbuhan

18 Penulisan Kata Ganda Penulisan bagi perkataan bentuk kata ganda hendak menggunakan tanda sempang daun-daun, bergoyang-goyang, kejar-mengejar, serba-serbi

19 Penulisan Kata Majmuk 3 jenis kata majmuk
Kata bebas yang membentuk kata umum ditulis sebagai terpisah Cth: air hujan, sama ada, luar biasa, terima kasih Gabungan parataksis atau rangkai kata setara Cth: hidup mati, ibu bapa, tunjuk ajar, makan minum Simpulan bahasa ditulis secara terpisah Cth: buah hati, makan angin, puas hati

20 Kata umum yang menerima awalan dan akhiran ditulis serangkai
Cth: ambil alih – pengambilalihan Ijab kabul - diijabkabulkan Lipat ganda – melipatgandakan Sama rata – menyamaratakan Gabungan kata yang sudah dianggap sebagai satu kata hendaklah ditulis serangkai Cth: beritahu – pemberitahuan Kemas kini – dikemaskinikan Warganegara – kewarganegaraan Pengulangan kata majmuk Balai raya – balai-balai raya Kapal terbang – kapal-kapal terbang Ketua pejabat kerajaan – ketua-ketua pejabat kerajaan

21 Penggunaan Tanda Sempang
a. Tanda sempang digunakan bagi kata yang diulang sepenuhnya atau sebahagian spt: anak-anak, lauk-pauk, diporak-perandakan b. Tanda sempang digunakan bagi menghubungkan awalan se- diikuti nama khas dan menghubungkan huruf kecil dan huruf besar spt: se-Malaysia, anti-Rusia, petunjuk-Nya c. Tanda sempang digunakan untuk merangkaikan angka yang menunjukkan tahun dengan akhiran –an dan merangkaikan awalan ke- dengan angka spt: tahun 50-an, ke-17, ke-100 Tanda sempang digunakan untuk menyatakan hubungan antara kata pada istilah spt: alat pandang-dengar, perbadanan semi-kekal

22 Prinsip dan dasar bahasa baku
Dalam Kamus Dewan 1989, perkataan ‘baku’ membawa pengertian yang (sudah) diterima umum sebagai betul dan sah dan dapat dijadikan asas perbandingan.  Bahasa Melayu baku ialah satu jenis bahasa yang menggambarkan keseragaman dalam bentuk dan fungsi bahasa. Bahasa Melayu Baku yang digunakan dalam penulisan rasmi ialah Bahasa Melayu yang digunakan setiap hari dalam urusan rasmi. Dapat dibezakan menerusi pilihan kata, ungkapan dan ayat kerana maksudnya juga berbeza-beza. Oleh sebab sifatnya rasmi, maka bahasanya perlu gramatis (mematuhi peraturan dan prinsip berbahasa).

23 Unsur dan Proses tatabahasa dalam peristilahan
1. Penggunaan Kata Akar/Bebas Istilah dapat dibentuk daripada kata akar (yakni kata bebas). Misalnya: gaya,sudut, kaji, rumpuk, watt, volt, asid. 2. Proses Pengimbuhan Susunan istilah berimbuhan menunjukkan pertalian yang tersusun antara bentuk dan maknanya. Susunan itu hendaklah dimanfaatkan dalam pembentukan istilah yang berbeza-beza. Kata dasar/akar Pelaku/alat Hal/keadaan/tempat tani petani pertanian (hal bertani) usaha pengusaha perusahaan (hal berusaha)

24 Samb… 4. Proses Penggabungan
3. Proses Penggandaan Istilah yang mengungkapkan konsep keanekaan, kemiripan (kecil), kumpulan, atau kejamakan dapat dibentuk dengan penggandaan. Contoh : kacang kacang-kacang jari jejari rumput rerumput 4. Proses Penggabungan Istilah yang berupa gabungan kata sedapat-dapatnya berbentuk singkat. meja tulis Kerjasama kapal korek.

25 Betulkan ejaan yang berikut

26 Latihan Ramai pelancung dari Luar Negeri dan tempatan yang berkunjung ketaman air tersebut kerana taman itu menyediakan berbagai kemudahan. Di taman itu terdapat pelbagai permainan yang menghiburkan bagi orang dewasa dan juga kanak-kanak. Kemudian tempat berehat dan makan minum juga sangat baik. Layanan para pekerja disana sungguh mesra bersopan dan mengagumkan pengujung. Itu lah sebab banyak orang yang datang berkunjung kesana.

27 Ramai pelancong dari luar negeri dan tempatan yang berkunjung ke taman air tersebut kerana taman itu menyediakan pelbagai kemudahan. Di taman itu terdapat pelbagai permainan yang menghiburkan bagi orang dewasa dan juga kanak-kanak. Kemudian tempat berehat dan makan minum juga sangat baik. Layanan para pekerja di sana sungguh mesra bersopan dan mengagumkan pengujung. Itulah sebab banyak orang yang datang berkunjung ke sana.


Download ppt "Sistem Ejaan dalam Bahasa Melayu"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google