Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
Penyelidikan Periklanan
2
Pengenalan Penyelidikan periklanan ialah satu usaha yang membantu menentukan perkara yang perlu disampaikan dalam periklanan; membantu menentukan khalayak yang dituju, membantu menilai sejauh mana pelaksanaan komunikasi periklanan disampaikan dengan jayanya, dan membantu menilai sejauh mana wang untuk periklanan dibelanjakan dengan bermanfaat dan berkesan.
3
Fungsi Penyelidikan Pengguna
Menentukan analisis situasi pemasaran Mendapatkan maklumat tentang pengguna dan fikiran mereka bagi tujuan penentuan khalayak Mendapatkan informasi tentang media sedia ada Membangunkan strategi mesej dan mengkaji keberkesanannya
4
Kaedah Penyelidikan Periklanan
Penyelidikan tinjauan (survey) Borang soal selidik digunakan untuk mendapatkan informasi tentang gelagat pengguna, pengetahuan, penggunaan media dan pendedahan terhadap mesej iklan. Ia berbentuk kuantitatif.
5
Kaedah Penyelidikan Periklanan
Temubual mendalam (in-depth interview) Berbentuk kualitatif.
6
Kaedah Penyelidikan Periklanan
Kumpulan fokus (focus group) Objektif utamanya adalah untuk membentuk satu perbincangan dan mendapatkan sebanyak mungkin pandangan terhadap sesuatu produk.
7
Kaedah Penyelidikan Periklanan
Penyelidikan Pemerhatian (Observation) Mengkaji gelagat sebenar pengguna seperti di manakah mereka membeli belah dll.
8
Kaedah Penyelidikan Periklanan
Penyelidikan Etnografi Melibatkan penyelidik untuk turut serta dalam kehidupan seharian responden.
9
Kaedah Penyelidikan Periklanan
Kaedah dairi Merekodkan setiap aktiviti mereka menerusi penggunaan dairi. Penting kepada perancang media.
10
Kategori Penyelidikan
Terdapat 4 kategori penyelidikan: Penyelidikan pasaran sasaran Penyelidikan aktiviti persaingan Penyelidikan penghalaan (positioning) Penyelidikan mesej periklanan Penyelidikan khalayak
11
Penyelidikan pasaran sasaran
Mendapatkan beberapa maklumat berkaitan khalayak sasaran seperti: Penggunaan produk (kategori pengguna) Ciri demografik dan psikografik Corak penggunaan media mereka
12
Penyelidikan aktiviti persaingan
Untuk mengetahui aktiviti pesaing seperti jumlah wang yang dibelanjakan, media yang digunakan, kekerapan iklan, strategi, kreativiti dan perlaksanaan yang digunakan.
13
Penyelidikan penghalaan (positioning)
Untuk mendapatkan maklumat tentang pendapat dan fikiran pengguna terhadap produk sedia ada di pasaran, barangan baru dan barangan pesaing. Cth: manfaat yang dicari, bgm mereka menggunakan produk tersebut.
14
Penyelidikan mesej periklanan
Mesej pra ujian – untuk menentukan strategi periklanan dan pemasaran yang lebih berkesan Mesej lepas ujian – mengenal pasti keberkesanan Penting bagi iklan produk dan kempen khidmat awam
15
Penyelidikan khalayak
Bertujuan mendapatkan maklumat tentang saiz dan komposisi khalayak bagi sesuatu media.
16
Kesimpulan Penyelidikan memainkan peranan penting dalam periklanan.
Melalui proses ini pengiklan dapat memastikan keperluan pengguna Melalui penyelidikan juga pengiklan dapat mengenal pasti kaedah dan saluran penyampaian mesej pengiklanan yang berkesan kepada pengguna.
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.