Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

KARYA TATABAHASA MELAYU

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "KARYA TATABAHASA MELAYU"— Transcript presentasi:

1 KARYA TATABAHASA MELAYU
UNIT 02 KARYA TATABAHASA MELAYU

2 * menerangkan karya awal tatabahasa Melayu dan tatabahasa rujukan
HASIL PEMELAJARAN Pelajar dapat: * menerangkan karya awal tatabahasa Melayu dan tatabahasa rujukan

3 KARYA AWAL TATABAHASA MELAYU
Daftar kata telah dihasilkan oleh Pigafetta, Elbinck dan C. Houtman pada abad ke-16 Bentuk kamus dan huraian tatabahasa oleh penulis Belanda seperti F. De Houtman (1803), Wiltens Dankaerts (1623), Heumius (1650), dan Gueynier (1677) Karya yang paling berjaya pada masa itu ialah karya Werndly (1736) Sumbangan orang Inggeris bermula pada kurun ke-19, seperti Marsden (1812), W. E. Maxwell (1882), Shellaber (1899), dan R.O. Winstedt (1913) Penulis lain yang terlibat ialah Eliot (1825), de Hollander (1845), A.P. Favre (1876), Klinkert (1879), Pijnappel (1888), dan Roorda Van Eysinger (1939)

4 KARYA AWAL TATABAHASA MELAYU
Bustanul Katibin (1857) Pemimpin Johor (1878) Kitab Permulaan Pertuturan Melayu (1911) oleh Abdullah bin Abd Rahman Senjuh Suratan (1922) oleh Mohd Shah bin Yusof Kitab Pelita Mengarang (1925) oleh O.T. Dussek dan Mohd Hashim bin Hj Talib Kitab Punca Bahasa (1928) oleh Abdullah bin Talib Rencana Melayu (1928) oleh Raja Hj Mohd Tahir bin Mursyid Riau Ilmu Mengarang Melayu (1934) oleh Za’ba Kitab Penanggam Bahasa (1936) oleh Ibrahim bin Hj Salam Kitab Permulaan Mengarang (1936) oleh Syed Muhammad bin Othman Jalan Bahasa Melayu (1937) oleh Hj Muhammad Said bin Sulaiman Penokok dan Penambah dalam Bahasa Melayu (1939) oleh Hj Muhammad Said bin Sulaiman Pelita Bahasa Melayu (1940) oleh Za’ba

5 TATABAHASA RUJUKAN Asmah Haji Omar. (2014). Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima.. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Hasan Alwi et. al. (2000). Tata Bahasa Baku Bahasa Indonesia. Jakarta: Balai Pustaka Liaw Yock Fang dan Abdullah Hassan. (1994). Nahu Melayu Moden.. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Hj Musa, Abdul Hamid Mahmood. (2015). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Za’ba. (2000). Pelita Bahasa Melayu Penggal I – III Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

6 Hasan Alwi, et. al. (2000). Tatabahasa Baku Bahasa Indonesia Edisi Ketiga. Jakarta: Balai Pustaka

7 Buku ini tidak bermaksud untuk membatasi keluwesan berbahasa sehari-hari, tetapi penggunaan bahasa ujaran yang sembarangan akan merupakan keleluasaan setiap penggunanya untuk cenderung menyimpang daripada kaedah tatabahasa yang benar Buku ini disusun untuk mengelakkan penyimpangan yang mungkin terjadi dengan memuatkan asas tatabahasa baku, yang digunakan dalam situasi rasmi dalam pergaulan beradab Buku ini juga akan membantu pelajar dan masyarakat untuk menggunakan bahasa yang baik dan terpelihara.

8 Hasan Alwi, et. al. (2000). Tatabahasa Baku Bahasa Indonesia Edisi Ketiga. Jakarta: Balai Pustaka Daftar Isi Bab I Pendahuluan… … … … 01 Bab II Beberapa Pengertian Dasar… … 25 Bab III Bunyi Bahasa dan Tata Bunyi… … 47 Bab IV Verba… … … … … 87 Bab V Adjektiva… … … … 171 Bab VI Adverbia… … … … 197 Bab VII Nomina, Pronomina, dan Numeralia … 213 Bab VIII Kata Tugas… … … … 287 Bab IX Kalimat… … … … 311 Bab X Hubungan Antarklausa… … … 385 Bab XI Wacana… … … … 419

9 Nik Safiah Karim, Farid M Onn, Hashim Hj Musa, Abdul Hamid Mahmood
Nik Safiah Karim, Farid M Onn, Hashim Hj Musa, Abdul Hamid Mahmood. (2015). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

10 Dalam edisi ini, terdapat dua unsur tambahan, iaitu kata adverba dan wacana. Kata adverba dimasukkan dalam subkelas kata tugas Wacana ialah unit bahasa yang berada di atas ayat. Penekanannya terhadap konsep wacana dan penanda wacana Buku ini ialah hasil kajian tatabahasa yang komprehensif, boleh menjadi pegangan dan pedoman kepada guru, pensyarah, penulis, pegawai dan pengguna bahasa yang ingin mendalami pengetahuan bahasa Melayu mereka Kandungan buku ini memberikan penekanan terhadap pembentukan kata dan pembinaan ayat

11 Pelbagai aspek binaan perkataan dan ayat, iaitu dari segi pola, bentuk, jenis, struktur binaannya dan bahagian komponennya dihuraikan dengan rinci Setiap huraian disertai contoh untuk memperjelas bentuk perkataan dan ayat dengan sebaik-baiknya Usaha pengekodan bahasa seperti ini perlu disebarluaskan dalam bentuk yang mudah difahami untuk memperkukuh penggunaan bahasa baku dalam semua jenis komunikasi rasmi dan umum

12 Nik Safiah Karim, Farid M Onn, Hashim Hj Musa, Abdul Hamid Mahmood
Nik Safiah Karim, Farid M Onn, Hashim Hj Musa, Abdul Hamid Mahmood. (2015). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Daftar Isi Sejarah Ringkas Bahasa Melayu Variasi Bahasa Melayu Morfologi Pembentukan Kata Golongan Kata Kata Nama Kata Kerja Kata Adjektif Kata Tugas Pembentukan Kata Baharu Sintaksis Frasa Nama Frasa Kerja Frasa Adjektif Frasa Sendi Nama Ayat Ayat Tunggal Ayat Majmuk Proses Penerbitan Ayat

13 Frasa Bilangan Frasa Kerja Frasa Sifat Frasa Preposisi Frasa Adverba Klausa Ayat Ayat dan Sistem Ayat dan Modus

14 Buku ini menggunakan kaedah sistemik-fungsional yang bersifat maksimalis dalam menerangkan bentuk bahasa berdasarkan sistem BM serta fungsi bentuk itu dalam unsur nahu seperti frasa, klausa dan ayat Pendekatan nahu dalam buku ini bersifat eklektik, iaitu menerapkan aspek yang relevan daripada aliran struktural, medan makna, analisis komponen makna, sosiolinguistik, wacana, dan linguistik sejarah untuk menerangkan pembentukan sesuatu unsur Panduan mengapa sesuatu bentuk itu boleh diterima atau tidak, dapat diterangkan dengan jelas. Contohnya, mengapa bentuk seperti ini tidak dapat diterima dalam penggunaan bahasa yang baik dan benar oleh penutur bahasa Melayu jati

15 Mereka/Dia ialah mahasiswa universiti, Pada Sabtu lalu kami telah mengadakan demontrasi, Orang itu pandai bercakap Hindi, sebuah pemikiran, sebuah cinta, tiga buah pedang, tiga biji televisyen, dan mengapa ujaran seperti Mahathir telah meletak jawatan sebagai perdana menteri dalam tahun 2003, dan Dia Jawa dari Sabak Bernam, tidak dapat diterima dari segi kehalusan budi dan hati nurani orang Melayu Dalam penggunaan bahasa kini, banyak lagi gejala yang menyimpang daripada peraturan nahu dan panduan kesantunan Melayu terjadi, bukan sahaja dalam media tetapi juga dalam ucapan rasmi dan penerbitan canggih Audian hanya merasakan bahawa berlaku kesilapan dalam memilih bentuk seperti itu, tetapi tidak mengetahui mengapa bentuk berkenaan tidak dapat diterima. Penjelasannya terdapat dalam buku ini

16 Asmah Hj. Omar. (2014). Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima
Asmah Hj. Omar. (2014). Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Daftar Isi Pendekatan Morfem dan Penambahan Kata Kata Nama Pembentukan Kata Nama Berlapis Pembentukan Kata nama Berlapis dengan Penambah Pinjaman Kata Ganti Nama Kata Bilangan Kata Kerja dan Kata Kerja Leksikal Kata Kerja bantu Pembentukan Kata Kerja Berlapis Kata Sifat Pembentukan Kata Sifat Berlapis Pembentukan Kata Sifat Berlapis dengan Penambah Pinjaman Kata Nafi Kata Supraayat Kata Adverba Partikel dan Penghubung Kata Majmuk penggandaan Frasa Frasa Nama

17 Liaw Yock Fang dan Abdullah Hassan. (1994). Nahu Melayu Moden
Liaw Yock Fang dan Abdullah Hassan. (1994). Nahu Melayu Moden. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd

18 Buku ini dirancang untuk pembaca semua lapisan, dari pelajar sekolah, maktab, mahasiswa hinggalah individu yang ingin mendalami pengetahuan BM Judul di dalamnya mendekati kehendak pengajaran bahasa, dan sesuai pula dengan keperluan orang ramai yang belajar dan mengajarkan BM Di samping menjadi rujukan, buku ini juga sesuai sesuai digunakan sebagai teks tambahan di sekolah, maktab dan universiti Buku ini juga sesuai untuk pelajar, bakal guru, guru BM dan individu yang berminat untuk memperbaiki penguasaan bahasa mereka Pendekatan yang digunakan ialah pendekatan eklektik, iaitu tidak terikat dengan mana-mana aliran linguistik Buku ini juga merupakan buku nahu yang berdasarkan teks. Ayat contoh dipetik daripada kamus, karya sastera, dan sebagainya

19 Liaw Yock Fang dan Abdullah Hassan. (1994). Nahu Melayu Moden
Liaw Yock Fang dan Abdullah Hassan. (1994). Nahu Melayu Moden. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd Daftar Isi Kata Nama dan Kata Ganti Nama Kata Bilangan dan Kata Sifat Kata Kerja Kata Keterangan Kata Tugas Imbuhan Kata Majmuk dan Kata Ganda Frasa Bahagian Ayat dan Fungsinya Ayat dan Ayat Inti Klausa Ragam dan Jenis Ayat

20 Za’ba. (2000). Pelita Bahasa Melayu Penggal I – III Edisi Baharu
Za’ba. (2000). Pelita Bahasa Melayu Penggal I – III Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

21 Pelita Bahasa Melayu Penggal I – III edisi baharu merupakan gabungan tiga jilid karya agung Pendeta Za’ba yang terdiri daripada Pelita Bahasa Melayu Penggal I, Pelita Bahasa Melayu Penggal II dan Pelita Bahasa Melayu Penggal III. Ketiga-tiga buku ini dicetak semula dengan menggunakan ejaan baharu, dengan tidak mengubah struktur bahasa penulisnya Secara keseluruhannya, karya ini meliputi bidang fonologi dan nahu bahasa Melayu pada zaman itu Semua kaedah nahu dan konsep utama linguistik dimuatkan dalam buku Penggal I, manakala buku Penggal II dan III memuatkan latihan membentuk ayat dan perenggan, dan juga latihan memahami, menikmati dan mengarang pantun, syair dan seloka Buku ini amat berguna sebagai rujukan kepada ahli bahasa, pengkaji bahasa, pelajar serta pencinta bahasa yang ingin menelusuri keagungan nahu BM sejak zaman 40-an hingga kini

22 Za’ba. (2000). Pelita Bahasa Melayu Penggal I – III Edisi Baharu
Za’ba. (2000). Pelita Bahasa Melayu Penggal I – III Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

23 Za’ba. (2000). Pelita Bahasa Melayu Penggal I – III Edisi Baharu
Za’ba. (2000). Pelita Bahasa Melayu Penggal I – III Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka PELITA BAHASA MELAYU PENGGAL III ISI Pemdahuluan BAB I Bagaimana Hendak mengarang 505 BAB II Sedikit Lagi Petua-Petua Mengarang 513 BAB III Kesalahan-Kesalahan dalam Ayat Karangan 533 BAB IV Cara Memakai Setengah-Setengah Perkataan 576 BAB V Cara Memakai Setengah-Setengah Perkataan Sendi Nama 590 BAB VI Cara memakai Setengah-Setengah Perkataan Sendi Kata 600 BABVII Kecacatan Karangan BAB VIII Kecacatan Karangan (sambungan) 640 BAB IX Menghiasi Karangan BAB X Mengarang Pantun dan Syair 672 BAB XI Mengarang Sajak, Gurindam dan Seloka 698 BAB XII Mengarang Surat Kiriman yang Senang-Senang 706 BAB XIII Lain-lain Jenis Surat Kiriman 730 BAB XIV Memahamkan Karangan: Mengarangkan Semula 751 BAB XV Beberapa Teladan Karangan 764 Hujungan

24 KESIMPULAN Penulisan awal tatabahasa Melayu telah diterokai oleh penulis Belanda dan Inggeris. Karya yang dianggap besar dan berjaya pada masa itu ialah karya Werndly (1736), Marsden (1812), Shellabear (1899) dan Wintedt (1913) Karya penulis tempatan yang paling awal ialah Bustanul Katibin (1857), dan Pemimpin Johor (1978). Karya awal tatabahasa Melayu yang terpenting ialah Pelita Bahasa oleh Za’ba Karya tatabahasa Melayu moden yang terkemuka ialah Tatabahasa Baku Bahasa Indonesia Edisi Ketiga (2000), Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2015), Nahu Kemas Kini (2011), dan Nahu Melayu Moden (1994) Bidang yang dicakupi dalam kebanyakan buku tatabahasa moden ialah morfologi dan sintaksis

25 Wahai anakanda kekasih ibu percayalah engkau pada dirimu
MADAH PUJANGGA Langkah pertama untuk menakluk kehidupan ialah anda kena tentukan apa yang benar-benar anda inginkan Wahai anakanda kekasih ibu percayalah engkau pada dirimu menumpang orang hendaklah malu di kaki sendiri engkau bertumpu


Download ppt "KARYA TATABAHASA MELAYU"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google