Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

PENENTUAN SEKS PADA MANUSIA

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "PENENTUAN SEKS PADA MANUSIA"— Transcript presentasi:

1 PENENTUAN SEKS PADA MANUSIA
R S M B A H N NAMA AHLI KUMPULAN : EMEY SUZANA BINTI ABDUL MANAF NORHASHIMAH BINTI RASHID SAMMIMAH BINTI AZNAN N S I S

2 ISI KANDUNGAN : Kromosom Seks
Bilangan Kromosom Pada Gamet Jantan Dan Betina Persenyawaan Dan Penentuan Seks KEJADIAN ANAK KEMBAR Kembar Seiras Kembar Tak Seiras

3 KROMOSOM SEKS Lelaki (testis) : 44 autosom + XY
Setiap sel badan manusia mempunyai 46 kromosom atau 23 pasang kromosam. Antara 23 pasang kromosom tersebut, terdapat sepasang kromosom yang menentukan seks seseorang. Kromosom ini dikenal sebagai kromosom seks. 22 pasang kromosom lagi dikenal sebagai autosom. Autosom membawa gen yang menentukan sifat, sifat seseorang seperti warna mata dan kebolehan menggulung lidah. Lelaki (testis) : 44 autosom + XY Perempuan (ovari) : 44 autosom + XX

4 Sambungan.. # Kromosom X dan # Kromosom Y.
Kromosom seks terdiri daripada dua jenis iaitu : # Kromosom X dan # Kromosom Y. Kromosom seks X lebih besar dan lebih panjang daripada kromosom seks Y sebab kromosom seks Y tidak membawa bahan genetik. Bagi lelaki, sel badannya mempunyai 44 kromosom, 1 kromosom seks X dan 1 kromosom seks Y (44 + XY). Bagi perempuan pula, sel badannya mempunyai 44 kromosom (autosom) dan sepasang kromosom seks X (44 + XX).

5 BILANGAN KROMOSOM PADA GAMET JANTAN DAN BETINA
Proses meiosis dalam sel pembiakan menghasilkan gamet-gamet yang mempunyai bilangan kromosom separuh daripada induknya. Organ pembiakan lelaki iaitu testis akan menghasilkan sperma manakala organ pembiakan perempuan iaitu ovari akan menghasilkan ovum. Proses meiosis dalam sel testis menghasilkan dua jenis sperma yang berlainan,iaitu sperma yang mempunyai : a) 22 kromosom dan 1 kromosom seks X,(22 + X). b) 22 kromosom dan 1 kromosom seks Y,(22 + Y). Nisbah sperma jenis (22 + X) dan jenis (22 + Y) yang terhasil adalah sama iaitu, 1 : 1. Proses meiosis dalam sel ovari menghasilkan satu jenis ovum sahaja iaitu ovum yang mempunyai 22 kromosom dan 1 kromosom seks X.(22 + X).

6 BILANGAN KROMOSOM PADA GAMET JANTAN & BETINA
44 + XY 44 + XX meiosis meiosis 22 + X 22 + Y Dua jenis sperma 22 + X 22 + X ovum Proses Meiosis dalam testis Proses Meiosis dalam ovari sperma ovum

7 # # # # # PERSENYAWAAN DAN PENENTUAN SEKS ,
Jantina atau seks seseorang adalah ditentukan semasa proses persenyawaan. Proses persenyawaan adalah proses percantuman atau penyatuan antara gamet jantan(sperma)dengan gamet betina(ovum)untuk membentuk zigot. Persenyawaan berlaku dalam tiub Fallopio seseorang wanita.Zigot yang terbentuk akan membesar untuk menjadi embrio dan bergerak ke uterus. Semasa persenyawaan, hanya satu sperma akan bercantum dengan ovum walaupun berjuta-juta sperma dihasilkan semasa proses meiosis. Zigot yang terbentuk akan berkembang menjadi embrio dan seterusnya menjadi anak. # # # # Lihat rajah disebelah

8 Penentuan seks anak

9 Ada dua jenis anak kembar iaitu :
KEJADIAN ANAK KEMBAR Anak kembar terjadi apabila dua fetus berkembang pada masa yang sama dalam uterus ibu dan dilahirkan pada masa yang hampir sama selepas tempoh penghamilan yang sama. Ada dua jenis anak kembar iaitu : a) Kembar Seiras, dan b) Kembar Tak Seiras.

10 KEMBAR SEIRAS Anak kembar seiras terjadi apabila satu ovum yang tersenyawa membahagi dua membentuk dua zigot yang berkembang menjadi dua orang anak. Kembar empat seiras terjadi apabila satu ovum yang tersenyawa membahagi dua membentuk dua zigot.Kemudian, kedua-dua zigot ini membahagi untuk membentuk empat zigot. Keempat-empat zigot berkembang menjadi empat orang anak. Oleh kerana kembar seiras terjadi daripada sperma dan satu ovum yang membawa bahan genetik yang sama, maka sifat-sifat kembar seiras adalah sangat serupa antara satu sama lain.

11 5. Antaranya ialah : Ciri-ciri keterunan seperti bentuk muka,warna dan jenis rambut adalah hampir sama sebab ciri ini berasal daripada genetik yang sama. Berkongsi plasenta semasa dalam kandungan ibu Jantina adalah sama,iaitu sama ada keduanya perempuan atau keduanya lelaki. 6. Kadangkala, zigot tidak membahagi dengan sempurna.Hasilnya ialah dua zigot yang melekat antara satu sama lain. 7. Fenomena ini menyebabkan anak kembar yang dilahirkan bersambung di satu bahagian badan. 8. Anak kembar siam mungkin bersambung antara satu sama lain pada bahu, kepala, punggung, dan bahagian belakang.

12 KEMBAR TAK SEIRAS Kembar tak seiras terjadi apabila dua ovum dibebaskan serentak dan kedua-duanya disenyawakan oleh dua sperma secara berasingan dan menghasilkan dua zigot. Kedua-dua zigot akan berkembang menjadi dua orang anak. Anak kembar tak seiras yang dilahirkan mempunyai peibagai variasi antara mereka seperti yang terdapat pada adik-beradik biasa. Sifat kembar tak seiras adalah seperti adik-beradik biasa.

13 penghargaan Terima kasih diucapkan kepada guru sains kami iaitu Pn Rodziah yang banyak memberi tunjuk ajar kepada kami selama ini. Tidak lupa juga kepada Pn Revathi yang memberi sokongan kepada kami untuk menyiapkan kerja ini. Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa kami yang banyak mendorong sehingga kami selesai menyempurnakan tugasan yang diberikan. Terima kasih banyak-banyak. Jasamu dikenang. ‘N’


Download ppt "PENENTUAN SEKS PADA MANUSIA"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google