Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

PEMINDAHAN HUTANG (HIWALAH)

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "PEMINDAHAN HUTANG (HIWALAH)"— Transcript presentasi:

1 PEMINDAHAN HUTANG (HIWALAH)
Menuruf bahasa: Pemindahan atau perpindahan Menurut istilah fuqaha: Kontrak yang menyebabkan pemindahan hutang daripada satu pihak kepada pihak lain. Menurut al-Mughni al-Muhtaj: Istilah ini merujuk kepada perpindahan hutang daripada satu pihak kepada pihak yang lain.

2 DALIL PENSYARI‘ATAN HIWALAH
Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: “Melambatkan pembayaran hutang oleh orang kaya adalah zalim. Apabila salah seorang daripada kamu dibawa kepada orang kaya yang lain maka ikutlah” Dalam riwayat Ahmad disebut: “Sesiapa yang dipindahkan kepada orang kaya yang lain maka berpindahlah” (Al-Bukhari daripada Abu Hurairah no Muslim no Ahmad, Musnad 2/463)

3 CONTOH PEMINDAHAN HUTANG (HIWALAH)
Ali (Muhtal) Ali memberi hutang pada Abu Ahmad (Muhal ‘Alaih) akan berurusan Abu (Muhil) Abu memberi hutang pada Ahmad dengan Ali lansung

4 RUKUN & SYARAT PEMINDAHAN HUTANG
Muhil : Penghutang yang memindahkan hutangnya kepada orang lain. Muhtal : Pemberi hutang (pemiutang) yang mana hutangnya akan dibayar oleh orang lain (bukan penghutang asal). Muhal ‘Alaih : Orang yang bertanggunjawab melunaskan hutang kepada pemberi hutang (Muhtal). Muhal Bih : Hutang yang perlu dijelaskan. Sighah lafaz pemindahan hutang.

5 Muhil, Muhtal & Muhal ‘Alaih
Mestilah orang yang berkelayakan menjalankan kontrak; berakal dan baligh. Muhal bih Mestilah dalam bentuk hutang Hutang tersebut mestilah telah berkuatkuasa.

6 Sighah (penawaran dan persetujuan)
Penawaran ialah apabila penghutang (muhil) berkata: “Aku pindahkan hutang kamu kepada orang ini”. Persetujuan pula ialah apabila pemiutang (muhtal) berkata: “Saya setuju atau saya terima”.  Penawaran dan persetujuan ini mestilah diadakan serentak dalam majlis kontrak.

7 SYARAT SAH PEMINDAHAN HUTANG
Muhal ‘Alaih mestilah berhutang dengan Muhil. Hutang Muhal ‘Alaih mestilah menepati syarat-syarat berikut: Mestilah telah berkuatkuasa. Mestilah setara dengan hak pemiutang (Muhtal) dari segi jenis, kadar dan sifat.

8 Persetujuan penghutang (Muhil) dan pemiutang (Muhtal).
Penghutang (Muhil) dan pemiutang (Muhtal) perlu mengetahui kadar hutang yang perlu dijelaskan.

9 PERCANGGAHAN ANTARA PENGHUTANG (MUHIL) DAN PEMIUTANG (MUHTAL)
Jika setelah pemiutang memperolehi hutang daripada muhal ‘alaih, kemudian dia bercanggah pula dengan penghutang; Penghutang berkata: “Saya tidak berhutang dengan anda. Anda hanyalah wakil saya untuk mengutip hutang tersebut. Hutang tersebut adalah hak saya” Pemiutang pula berkata: “Tidak, anda telah memindahkan hutang tersebut kepada saya sebagai ganti bayaran hutang anda kepada saya. Atas dasar itu, saya mengutip hutang tersebut”

10 Pengakuan yang diterima ialah pengakuan penghutang yang disokong dengan sumpah.
Alasannya, pemiutang mendakwa penghutang berhutang dengannya tetapi penghutang menafikannya. Dalam keadaan ini, pengakuan yang diterima ialah pengakuan yang menafikannya berserta sumpah jika tiada sebarang bukti.

11 Demikian juga jika penghutang mengakui hutang tersebut tetapi berkata: “Saya hanya melantik anda sebagai wakil mengutip hutang tersebut bagi pihak saya” Pemiutang pula berkata: “Tidak, anda memindahkannya kepada saya” Atau penghutang berkata: “Apa yang saya maksudkan dengan kata saya, saya pindahkan kepada anda ialah saya melantik anda sebagai wakil” Pemiutang pula berkata: “Tidak, apa yang anda maksudkan ialah pemindahan hutang”

12 Dalam keadaan ini pengakuan penghutang berserta sumpahnya akan diterima kerana dia lebih tahu apa yang dimaksudkan dan apa yang dikatakannya. kerana pada dasarnya, segala perkataan kekal mengikut keadaan asalnya.

13 Jika penghutang berkata: “Apa yang saya maksudkan dengan kata saya, saya pindahkan kepada anda $100 yang dihutang daripada saya, oleh si fulan, sebenarnya ialah perlantikan sebagai wakil”  Pengakuannya ini tidak diterima kerana perkataan yang digunakan hanya boleh merujuk kepada pemindahan hutang. Dengan ini dakwaan oleh pemiutang akan diterima.


Download ppt "PEMINDAHAN HUTANG (HIWALAH)"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google