Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA MELAYU

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA MELAYU"— Transcript presentasi:

1 BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA MELAYU
Dr. Norazlina Hj. Mohd. Kiram Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

2 komunikasi memudahkan urusan saya komunikasi membuat saya gembira
komunikasi membuat saya sedih Komunikasi menyukarkan hidup saya

3 KOMUNIKASI Mendengar dan bertutur merupakan sistem komunikasi manusia yang awal dan paling asli. Secara asasnya, komunikasi manusia terdiri daripada seorang pengirim maklumat yang hendak menyampaikan fikiran / idea / pendapatnya kepada seorang penerima maklumat.

4 Istilah “komunikasi” berasal daripada perkataan Latin communis yang bermaksud “persamaan”. Apabila kita berkomunikasi, maknanya kita sedang memupuk persamaan seperti berkongsi pendapat, fikiran, maklumat pengetahuan, kemahiran, jenaka dan sebagainya.

5 Komunikasi yang berkesan akan menghasilkan maklum balas dan seterusnya tindak balas yang diharapkan. Selain itu, ia juga dapat mengubah pemikiran, tindakan dan perlakuan seseorang itu.

6 Komunikasi ialah satu proses yang bermula apabila satu mesej (maklumat) daripada pengirim (penutur, penulis). Kemudian, dipindahkan menerusi alat atau saluran khas kepada penerima (pembaca, pendengar) yang kemudiannya memberi maklum balas (mengekod dan mentafsir) terhadap mesej tersebut. Akhirnya, mengembalikan isyarat itu dalam bentuk sama ada mesej tersebut sudah difahami atau belum.

7 PROSES-PROSES KOMUNIKASI
Gangguan Sumber Mesej Saluran Penerima Maklum Balas

8 PROSES-PROSES KOMUNIKASI
Sumber Elemen komunikasi pertama yang menyebabkan berlakunya komunikasi Boleh terdiri daripada individu, kumpulan dan organisasi Mesej Dikenali sebagai utusan, maklumat atau informasi Boleh disampaikan dalam bentuk lisan dan bukan lisan Tersurat dan tersirat Saluran Terdapat 2 jenis saluran, iaitu saluran bersemuka dan perantara

9 Penerima Dikenali sebagai khalayak sasaran Mempunyai latar belakang yang pelbagai Cepat atau lambat maklum balas penerima bergantung kepada saluran yang digunakan Maklum Balas Reaksi yang ditunjukkan oleh penerima terhadap mesej yang disampaikan oleh sumber Berbentuk positif atau negatif

10 Gangguan Elemen yang wujud di antara mesej dan saluran Menghalang proses komunikasi Persekitaran - Persekitaran membantu pembentukan komunikasi yang berkesan

11 FUNGSI KOMUNIKASI Kita berkomunikasi kerana kita ingin mencapai pelbagai tujuan. Ada masanya, kita sedar apa tujuan kita itu dan ada kalanya kita tidak sedar kerana ia berada pada tingkat bawah sedar sahaja.

12 Memberitahu memberitahu orang lain tentang sesuatu perkara yang dirasakan oleh penyampai perlu diketahui oleh orang lain.

13 Menjalin Hubungan Manusia tidak boleh hidup bersendirian. Kita ingin dikasihi dan perlu mengasihi orang lain supaya kita tidak kesepian. Melalui komunikasi, kita dapat memahami orang lain, berkongsi masalah, memahami kejadian yang berlaku dan memahami dunia di sekeliling kita.

14 Mempengaruhi Sikap, Nilai dan Kepercayaan
Kita sentiasa cuba mengubah sikap orang lain dan begitu juga orang lain, mereka sentiasa mengubah sikap kita.

15 Mendidik Diri dan Orang Lain
Memberi ilmu pengetahuan dan menambah maklumat mengenai sesuatu bidang. Fungsi mendidik ini mementingkan kedua-dua pihak, iaitu penyampai dan penerima maklumat.

16 JENIS-JENIS KOMUNIKASI
1. Komunikasi Interpersonal (lisan) - Melibatkan dua individu dan lebih individu - bersemuka – spontan Kemahiran 4M: Mengetahui, Memahami, Menghargai dan Menghormati

17 2. Komunikasi Intrapersonal
Individu berkomunikasi dengan dirinya sendiri Berperanan sebagai sumber dan penerima

18 3. Komunikasi Khalayak Pengucapan awam
- forum, syarahan, ceramah, debat, ucapan biasa

19 4. Komunikasi Massa Khalayak adalah lebih besar Mengambil masa untuk mendapatkan reaksi

20 5. Komunikasi Tanpa lisan
komunikasi yang kompleks kerana menggunakan simbol tertentu untuk menyampaikan mesej. Wujud tanpa sedar/tidak dirancang Lebih berkesan untuk menunjukkan perasaan.

21 Sukar ditafsirkan secara tepat
Sukar ditafsirkan secara tepat. Ada faktor yang perlu dipertimbangkan seperti: Konteks – situasi interaksi Sejarah perhubungan antara pengirim dengan penerima mesej – baik atau bermusuh Budaya – adakah pengirim dan penerima mesej dalam lingkungan budaya yang sama?

22

23

24

25 Komunikasi tanpa lisan bergantung kepada lima kategori, iaitu:
Proksemik – merujuk kepada ruang dan jarak yang dapat menjelaskan interaksi itu bersifat personal, sosial atau awam. - Ruang menggambarkan status, kuasa, sikap dll Ruang – terbahagi kepada tiga (Edward Hall) i. Ruang tetap – bergantung kepada status, pengetahuan, kewibawaan dan sebagainya.

26 Ruang separuh tetap – tidak memberi
mesej tetapi memberi gambaran tentang diri seseorang itu Ruang tidak formal – interaksi secara tidak formal dan tidak mempunyai mesej

27 Jarak: mesra, peribadi, sosial dan awam 2. Kinesik – gerakan anggota badan semasa berkomunikasi Menggambarkan emosi dan tingkah laku Contoh: a) Isyarat Mata

28 b) Mimik Muka c) Sentuhan d) Gerakan Badan dan Tangan 3. Kronemik – tafsiran penggunaan masa oleh orang lain terhadap kita.

29 4. Paralinguistik – kajian tentang isyarat suara
Ia melibatkan mesej verbal tetapi merujuk kepada bagaimana mesej verbal diperkatakan. Terdapat 3 komponen penting: Kelancaran dan kelajuan Nada suara Kualiti

30 Artifaktual – penampilan diri seperti solekan, pakaian, barangan kemas dan sebagainya.

31 Halangan Dalam Komunikasi
Gugup Tidak bersedia Masalah penggunaan bahasa Masalah budaya Perbezaan latar belakang Tiada maklum balas


Download ppt "BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA MELAYU"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google