Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Adab Ziarah dan Meminta Izin

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Adab Ziarah dan Meminta Izin"— Transcript presentasi:

1 Adab Ziarah dan Meminta Izin
Tafsir 2 Minggu 3 Dikemaskini oleh Siti Fairuz Ramlan

2 Surah An-Nur Ayat

3 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَدْخُلُوا بُيُوتًا غَيْرَ بُيُوتِكُمْ حَتَّى تَسْتَأْنِسُوا وَتُسَلِّمُوا عَلَى أَهْلِهَا ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya. Yang demikian itu lebih baik bagimu, agar kamu ingat.

4 فَإِن لَّمْ تَجِدُوا فِيهَا أَحَدًا فَلَا تَدْخُلُوهَا حَتَّى يُؤْذَنَ لَكُمْ وَإِن قِيلَ لَكُمُ ارْجِعُوا فَارْجِعُوا هُوَ أَزْكَى لَكُمْ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ Jika kamu tidak mendapati seorang pun di dalamnya, maka janganlah kamu masuk sebelum kamu mendapat izin. Dan jika dikatakan kepadamu: "Kembali (saja) lah", maka hendaklah kamu kembali. Itu lebih bersih bagimu dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.

5 لَّيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَن تَدْخُلُوا بُيُوتًا غَيْرَ مَسْكُونَةٍ فِيهَا مَتَاعٌ لَّكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تُبْدُونَ وَمَا تَكْتُمُونَ Tidak ada dosa atasmu memasuki rumah yang tidak disediakan untuk didiami, yang di dalamnya ada keperluanmu, dan Allah mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan.

6 Sebab Turunnya Ayat: Maka Allah s.w.t pun menurunkan ayat ini.
Diriwayatkan bahawa sababun nuzul bagi ayat ini ialah kerana seorang perempuan datang berjumpa Rasulullah s.a.w dan berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku kadangkala di rumahku dalam keadaan yang aku tidak suka sesiapa pun melihatku baik orang besar mahupun budak kecil, kemudian ada yang datang dan masuk berjumpaku… apa yang harus ku lakukan?” Maka Allah s.w.t pun menurunkan ayat ini.

7 Dalam riwayat yang lain dari Muqatil:
Apabila diturunkan ayat pertama, “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya” Abu Bakar As-Siddiq r.a berkata: Bagaimana pula bagi pedagang-pedagang Quraisy yang memalui Mekah, Madinah, Syam dan Baitul Maqdis sedangkan mereka ada rumah-rumah yang diketahui sepanjang perjalanan? Bagaimana harus mereka memberi salam sedangkan rumah-rumah itu tidak berpenghuni? Lalu Allah s.w.t menurunkan ayat, لَّيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَن تَدْخُلُوا بُيُوتًا غَيْرَ مَسْكُونَةٍ “Tidak ada dosa atasmu memasuki rumah yang tidak disediakan untuk didiami”

8 Ringkasan Kandungan Ayat:
Allah s.w.t mengajar orang-orang mukmin tentang adab berziarah; iaitu meminta izin dam memberi salam sebelum masuk. Larangan memasuki rumah orang lain tanpa izin supaya tidak ternampak perkara yang tidak sepatutnya dilihat. Menghormati aurat dan privacy tuan rumah. Izin di sini bererti memberi salam kemudian menunggu dijemput masuk.

9 Suruhan supaya pengunjung pulang jika tidak dibenarkan masuk; itu adalah lebih baik dan mulia baginya. Larangan memasuki rumah yang penghuninya tiada di dalam. Pengecualian bagi keadaan-keadaan dimana sesuatu rumah atau tempat memang lazimnya tiada penghuni; atau rumah yang dibina sebagai manfaat untuk pengunjung yang lalu di situ.

10 Faedah dari Ayat: Wajib meminta izin bila hendak memasuki rumah orang.
Haram memasuki rumah bila penghuninya tiada. Wajib pulang bila tidak diizinkan masuk. Disyari’atkan memberi salam kerana ia adalah syi’ar Islam.

11 Hadis-hadis yang berkaitan
Dari Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: Barangsiapa yang melihat ke arah rumah tanpa izin (tuan punya rumah) maka dihalalkan utk mereka (tuan punya rumah) melempar (batu) ke arah mata (si pelihat) Dari Ubadah bin Samit R.A: Bahawa (ketika) Rasulullah S.A.W bertanya tentang meminta izin (sebelum masuk ke) rumah makan baginda bersabda: Barangsiapa yang melemparkan pandangan (ke rumah) sebelum meminta izin dan memberi salam maka tiadalah izin baginya dan dia telah mengingkari tuhannya. Riwayat Tabrani

12 Hadis-hadis yang berkaitan
Dari Abi Zar R.A berkata: Rasulullah S.A.W bersabda: Mana-mana lelaki yang membuka tirai dan menjengukkan padangan sebelum diizinkan baginya maka sesungguhnya dia telah melangkau sesuatu batas yang tidak halal untuknya, Dan kalaulah dia dilempar (batu) ke arah matanya, maka (tentu) dia akan marah. Dan sekiranya seorang lelaki itu melalui sebuah pintu yang tiada tirai dan (ter)lihat aurat ahli (rumah), maka dia tidak bersalah, sebaliknya ahli rumah yang bersalah. Riwayat Ahmad

13 Hukum-Hukum yang Terkandung dalam Ayat

14 1) Bilakah perlu memberi salam; sebelum meminta izin atau selepas?
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَدْخُلُوا بُيُوتًا غَيْرَ بُيُوتِكُم حَتَّى تَسْتَأْنِسُوا وَتُسَلِّمُوا عَلَى أَهْلِهَا Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya.

15 Sebahagian ‘Ulama, antaranya Al-Mawardi & Al-Alusi
PENDAPAT Yang sepatutnya adalah memberi salam dahulu sebelum meminta izin masuk Zahir ayat menunjukkan meminta izin dahulu sebelum memberi salam IMAM / MAZHAB Jumhur ‘Ulama Sebahagian ‘Ulama, antaranya Al-Mawardi & Al-Alusi HUJJAH Hadis “As-Salam qabla Al-Kalam” Riwayat Abu Hurairah “Tidak diizinkan masuk sehingga ia memberi salam” Cara ‘Umar apabila menziarahi Nabi: “As-Salamu ‘ala Rasulillah. Bolehkan ‘Umar masuk?” * Jika pengunjung nampak ada orang di dalam rumah, maka mesti beri salam dahulu. Tetapi jika tidak nampak sesiapa mestilah meminta izin kemudian baru memberi salam setelah nampak ahli rumah.

16 Dalam konteks kehidupan hari ini, meminta izin boleh difahami sebagai mengetuk pintu, membunyikan loceng dan sebagainya. Ini kerana pada zaman Rasulullah s.a.w & Sahabat r.a, rumah-rumah mereka tidak berpintu atau kadang-kala tidak berhijab langsung.

17 2) Berapa kali kah had meminta izin?
Ayat Al-Quran tidak menjelaskan berapa kali kah dibolehkan meminta izin. Zahir ayat seolah-olah menunjukkan bahawa meminta izin sekali sahaja, dan jika tidak disahut atau tidak dibenarkan, maka pengunjung harus pulang.

18 Namun beberapa nas dari Sunnah Nabawi menyebut 3 kali.
Hadis Marfu’ riwayat Abu Hurairah: “Meminta izin (bilangannya) 3 kali: Yang pertama…………. Kisah Abu Musa Al-Asy’ari dan ‘Umar r.a yang diriwayatkan dalam Sahih Al-Bukhari.

19 3) Apakah hikmah meminta izin sebelum masuk?
Secara logik, akal yang sihat memperakui hak peribadi yang diperlukan setiap individu, lebih-lebih lagi di dalam rumah sendiri. Jika hak “privacy” ini tidak dipelihara, mungkin aib atau ‘aurat tuan rumah akan terdedah kepada orang asing.

20 4) Adakah memberi salam dan meminta izin wajib bagi orang yang memasuki rumah?
Zahir ayat menunjukkan bahawa meminta izin dan memberi salam kedua-duanya sekali adalah wajib. Namun Jumhur Fuqaha berpendapat bahawa meminta izin diwajibkan atas dasar supaya menjaga pandangan dari melihat aurat tuan rumah. Manakala memberi salam hukumnya sunnah atas dasar menebarkan kasih-sayang sesama umat Islam.

21 5) Bagaimanakah cara bagi seorang pengunjung untuk berdiri di depan pintu?
Adab ketika meminta izin sambil menunggu di muka pintu ialah berdiri tanpa menghala directly ke bahagian dalam rumah. Digalakkan berdiri memiringkan badan ke sebelah kanan atau kiri agar tidak berdepan muka dengan muka pintu. Diriwayatkan dari Sa’id ibn ‘Ubadah r.a , beliau berkata: “Aku telah mengunjungi Rasulullah s.a.w sedang beliau di rumahnya. Aku berdiri menghadap pintu dan meminta izin lalu Rasulullah mengisyaratkan kepadaku supaya berundur seraya berkata: Bukankah meminta izin itu semata-mata kerana penglihatan?”

22 Surah An-Nur ayat يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لِيَسۡتَـٔۡذِنكُمُ ٱلَّذِينَ مَلَكَتۡ أَيۡمَـٰنُكُمۡ وَٱلَّذِينَ لَمۡ يَبۡلُغُواْ ٱلۡحُلُمَ مِنكُمۡ ثَلَـٰثَ مَرَّٲتٍ۬‌ۚ مِّن قَبۡلِ صَلَوٰةِ ٱلۡفَجۡرِ وَحِينَ تَضَعُونَ ثِيَابَكُم مِّنَ ٱلظَّهِيرَةِ وَمِنۢ بَعۡدِ صَلَوٰةِ ٱلۡعِشَآءِ‌ۚ ثَلَـٰثُ عَوۡرَٲتٍ۬ لَّكُمۡ‌ۚ ۬ Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh dari kalangan kamu, meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu), dalam tiga masa; (iaitu) sebelum sembahyang Subuh dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari dan sesudah sembahyang Isyak; itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya).

23 لَيۡسَ عَلَيۡكُمۡ وَلَا عَلَيۡهِمۡ جُنَاحُۢ بَعۡدَهُنَّ‌ۚ طَوَّٲفُونَ عَلَيۡكُم بَعۡضُڪُمۡ عَلَىٰ بَعۡضٍ۬‌ۚ كَذَٲلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمُ ٱلۡأَيَـٰتِ‌ۗ وَٱللَّهُ عَلِيمٌ (٥٨) حَكِيمٌ Kamu dan mereka tidaklah bersalah kemudian daripada tiga masa yang tersebut, (kerana mereka) orang-orang yang selalu keluar masuk kepada kamu dan kamu masing- masing sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat- ayatNya (yang menjelaskan hukum-hukumNya) dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

24 وَإِذَا بَلَغَ ٱلۡأَطۡفَـٰلُ مِنكُمُ ٱلۡحُلُمَ فَلۡيَسۡتَـٔۡذِنُواْ ڪَمَا ٱسۡتَـٔۡذَنَ ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ‌ۚ كَذَٲلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَڪُمۡ ءَايَـٰتِهِۦ‌ۗ وَٱللَّهُ عَلِيمٌ حَڪِيمٌ۬ Dan apabila kanak-kanak dari kalangan kamu telah baligh, maka hendaklah mereka meminta izin sama seperti cara orang-orang (yang telah cukup umur) yang tersebut dahulu, meminta izin. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (yang menjelaskan hukum-hukumNya) dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

25 وَٱلۡقَوَٲعِدُ مِنَ ٱلنِّسَآءِ ٱلَّـٰتِى لَا يَرۡجُونَ نِكَاحً۬ا فَلَيۡسَ عَلَيۡهِنَّ جُنَاحٌ أَن يَضَعۡنَ ثِيَابَهُنَّ غَيۡرَ مُتَبَرِّجَـٰتِۭ بِزِينَةٍ۬‌ۖ وَأَن يَسۡتَعۡفِفۡنَ خَيۡرٌ۬ لَّهُنَّ‌ۗ وَٱللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ۬ Dan mana-mana perempuan tua yang telah putus kedatangan haid, yang tidak mempunyai harapan berkahwin lagi maka tidak ada salahnya mereka menanggalkan pakaian luarnya, dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka; dalam pada itu perbuatan mereka menjaga kehormatannya (dengan tidak menanggalkan pakaian luarnya itu adalah) lebih baik bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

26 لَّيۡسَ عَلَى ٱلۡأَعۡمَىٰ حَرَجٌ۬ وَلَا عَلَى ٱلۡأَعۡرَجِ حَرَجٌ۬ وَلَا عَلَى ٱلۡمَرِيضِ حَرَجٌ۬
Tidak ada salahnya bagi orang buta dan tidak ada salahnya bagi orang tempang, dan tidak ada salahnya bagi orang sakit (jika masing-masing tidak menjalankan sesuatu perintah disebabkan keuzurannya menghendaki dia berlaku demikian)

27 وَلَا عَلَىٰٓ أَنفُسِڪُمۡ أَن تَأۡكُلُواْ مِنۢ بُيُوتِڪُمۡ أَوۡ بُيُوتِ ءَابَآٮِٕڪُمۡ أَوۡ بُيُوتِ أُمَّهَـٰتِكُمۡ أَوۡ بُيُوتِ إِخۡوَٲنِڪُمۡ أَوۡ بُيُوتِ أَخَوَٲتِڪُمۡ أَوۡ بُيُوتِ أَعۡمَـٰمِڪُمۡ أَوۡ بُيُوتِ عَمَّـٰتِڪُمۡ أَوۡ بُيُوتِ أَخۡوَٲلِكُمۡ أَوۡ بُيُوتِ ۥۤ خَـٰلَـٰتِڪُمۡ أَوۡ مَا مَلَڪۡتُم مَّفَاتِحَهُ أَوۡ صَدِيقِڪُمۡ‌ۚ   dan juga tidak ada salah bagi kamu (termasuk orang-orang yang tersebut turut sama) makan di rumah kamu sendiri atau di rumah bapa kamu atau di rumah ibu kamu, atau di rumah saudara kamu yang lelaki atau di rumah saudara kamu yang perempuan, atau di rumah bapa saudara kamu (sebelah bapa) atau di rumah emak saudara kamu (sebelah bapa) atau di rumah bapa saudara kamu (sebelah ibu) atau di rumah emak saudara kamu (sebelah ibu) atau di rumah yang kamu kuasai kuncinya atau di rumah sahabat kamu;

28 لَيۡسَ عَلَيۡڪُمۡ جُنَاحٌ أَن تَأۡڪُلُواْ جَمِيعًا أَوۡ أَشۡتَاتً۬ا‌ۚ فَإِذَا دَخَلۡتُم بُيُوتً۬ا فَسَلِّمُواْ عَلَىٰٓ أَنفُسِكُمۡ تَحِيَّةً۬ مِّنۡ عِندِ ٱللَّهِ مُبَـٰرَڪَةً۬ طَيِّبَةً۬‌ۚ ڪَذَٲلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَڪُمُ ٱلۡأَيَـٰتِ لَعَلَّڪُمۡ تَعۡقِلُونَ tidak juga menjadi salah bagi kamu, makan bersama-sama atau berasing-asing. Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada (sesiapa yang seperti) kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat (yang menjelaskan hukum-hukumNya), supaya kamu memahaminya.

29 Hukum-Hukum yang Terkandung dalam Ayat

30 1) Adakah wajib meminta izin dari sesama mahram?
Diriwayatkan bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w: “Perlukah aku meminta izin dari ibuku sendiri?” Rasulullah menjawab: “Ya”. Dia berkata lagi: “Ibuku tiada sesiapa yang berkhidmat untukknya kecuali aku, perlukah aku tetap meminta izin setiap kali aku masuk?” Rasulullah berkata: “Apakah kau suka melihat ibumu berbogel?” Kata pemuda itu: “Tidak”. Maka Rasulullah berkata: “Minta izinlah daripadanya”.

31 Pengharusan kanak-kanak yang belum baligh supaya memasuki kamar ibu bapa kecuali 3 waktu tersebut:
Sebelum subuh Ketika pulang dari kerja dan bersalin pakaian Sesudah solat isyak Hikmah dibolehkan kanak-kanak boleh masuk ke dalam kamar selain waktu tersebut ialah kerana keperluan mereka pada ibu bapa mereka Suruhan kepada anak-anak yang sudah baligh untuk meminta izin setiap kali ingin masuk ke kamar peraduan ibu bapa mereka

32 Keharusan bagi wanita*** yang tiada berkeinginan untuk menanggalkan pakaian luar ***mereka dengan tiada bertujuan untuk menunjukkan perhiasan tubuh badan Tetapi bagi mereka yang tetap menjaga kehormatan maka adalah lebih baik Pengecualian bagi orang yang buta, tempang dan sakit bagi hukum-hukum di atas Keharusan bagi para mu’min untuk berkumpul di rumah kerabat mereka

33 Keharusan untuk masuk ke rumah sahabat atau sesiapa yang dimiliki kunci pintu rumahnya***
Sebaik-baik akhlak ialah untuk memberi salam dan meminta izin ke mana pun rumah yang ditujui


Download ppt "Adab Ziarah dan Meminta Izin"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google