Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

HEGEMONI BARAT.

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "HEGEMONI BARAT."— Transcript presentasi:

1 HEGEMONI BARAT

2 Pengenalan Tamadun Barat
Hegemoni Barat Globalisasi Media Ekonomi Politik Sosial Hak Asasi Manusia

3 Pengenalan Tamadun Barat
Tamadun Barat adalah lanjutan daripada Tamadun Yunani (muncul 2000 sebelum masihi) dan Tamadun Rom (sekitar 753 sebelum masihi). Tamadun Barat berteraskan kepada pemikiran & falsafah Tamadun Yunani dan Rom.

4 Tamadun Yunani …… Kehidupan sosiobudaya orang-orang Yunani lebih berbentuk materialistik hinggakan kepada urusan keagamaan. Kepercayaan agama tidak mempunyai unsur-unsur spiritual atau mistik, tetapi lebih bercorak fizikal, rasionalistik dan materialistik. Contohnya: konsep beauty & love yang menaikkan keghairahan seks adalah faktor penting dalam agama mereka. Sebab itu banyak patung manusia dibina yang melambangkan “seks” di bandar-bandar utama Greek.

5 TAMADUN ROM ….. Bangsa Rom terkenal dalam bidang ketenteraan (Julius Ceaser sebagai ikon kekuatan ketenteraan Tamadun Rom). Mereka juga mempelajari bidang-bidang keilmuan, falsafah, kesusasteraan, pendidikan dan logik (Socrates SM & Plato SM). Tamadun Rom tidak diasaskan kepada agama – mereka menganggap tuhan-tuhan tidak boleh campur tangan dalam urusan politik dan urusan harian mereka.

6 Walaupun berlaku penindasan terhadap pengikut Kristian oleh pemerintahan Rom, akhirnya agama Kristian diterima oleh seluruh masyarakat termasuk pemerintah. Sebuah gereja Kristian didirikan di Kota Rom (Vatican City) dan diletakkan nama St. Peter. Maharaja Rom (Constantine) merupakan pemerintah pertama menganut Kristian pada 350M. Beliau memberi kebebasan beragama kepada rakyat dan gereja diberikan kuasa memungut cukai, serta melaksanakan hukuman terhadap penganut Kristian yang ingkar kepada ajaran agama. 330M - pusat pemerintahan Rom dipindahkan dari Kota Rom ke Kota Byzantium yang ditukar nama kepada Constantinople dan menubuhkan Empayar Rom Timur yang menjadi pusat tamadun Eropah. Sambungan …

7 HUBUNGAN TAMADUN BARAT DENGAN TAMADUN ISLAM
Nabi Muhammad s.a.w. diutuskan sebagai rasul pada abad ke-7M ketika berlaku Zaman Kegelapan di Eropah. Umat Islam mula membina ketamadunan Islam hingga ke zaman kegemilangan ilmu pengetahuan bermula dari zaman Rasul di Madinah ( M), Khulafa’ al-Rasyidin, Umayyah, hingga akhir hayat kerajaan Abbasiyyah 1258 di Baghdad dan ke akhir tempoh pemerintahan kerajaan Umayyah II di Andalusia pada 1492M. Ramai pelajar dari Eropah mengikuti pengajian di universiti-universiti Islam di Andalusia dan lain-lain. Era kecemerlangan Tamadun Islam berlaku bersamaan dengan Zaman Kegelapan (Dark Age) di Eropah.

8 ILMU PENGETAHUAN ORANG-ORANG ISLAM TELAH BERPINDAH KE EROPAH MELALUI:
Pelajar Eropah yang belajar di Sepanyol Pulau Sicily (Selatan Itali) dikuasai oleh orang-orang Islam (9 hingga 12 M) Perang Salib yang berlaku selama hampir 200 tahun. Perkembangan Tamadun Islam mendominasikan seluruh ketamadunan dunia dan sebab utama kepada kebangkitan era Renaissance di Eropah

9 Sambungan … Tamadun Islam telah meletakkan asas akidah (berpaksikan ketauhidan kepada Allah), syariah dan akhlak untuk pembangunan manusia yang akan membangun alam ini. Tradisi keilmuan ketamadunan Islam menjadi pemangkin kepada pencetusan keilmuan dan ketamadunan moden Barat dan dunia seluruhnya.

10 Hegemoni Barat Blok Barat yang dipelopori oleh Amerika Syarikat dan sekutunya telah menjalankan agenda hegemoni mereka untuk mendominasi dunia adalah jelas melalui polisi yang diamalkan. Antara tiga polisi yang diamalkan oleh Barat ke atas bukan Barat: Usaha Barat mengekalkan keunggulan militari melalui dasar dan perjanjian senjata nuklear, biologikal dan kimia yang berat sebelah. Usaha mempromosikan hak asasi manusia dan demokrasi ala-Barat. Menjaga integriti negara bangsa Barat dengan menyekat kebanjiran imigran ke Barat

11 Barat ialah pasar dan pelanggan barangan utama dunia.
Jeffrey F.Bennet (Exclusion as National Security Policy, dalam Jurnal Parameters 1994) telah merumuskan ciri-ciri dominasi Tamadun barat ke atas dunia sejagat seperti berikut: Barat memiliki sistem perbankan antarabangsa dunia (IMF, World Bank & bank-bank gergasi multinasional). Barat mengawal mata wang utama dunia (US dollar sebagai pengukur nilai mata wang antarabangsa). Barat ialah pasar dan pelanggan barangan utama dunia. Barat membekalkan kebanyakan barangan siap dunia.Barat mendominasi pasaran modal antarabangsa. Barat mendominasi kepimpinan moral dunia.

12 Sambungan … Jeffrey F.Bennet
Barat berupaya melakukan campur tangan ketenteraan ke atas mana-mana negara bangsa. Barat mengawal laluan maritim antarabangsa dunia. Barat melaksanakan program penyelidikan dan pembangunan teknikal (R&D) terkemuka di dunia. Barat terkehadapan dalam sistem pendidikan sains dan teknologi dunia.

13 Sambungan… Jeffrey F.Bennet
Barat mendominasi akses ke ruang angkasa dunia. Barat mendominasi industri aero angkasa dunia. Barat mendominasi industri, sistem dan kandungan media komunikasi dan hiburan dunia. Barat mendominasi industri senjata teknologi tinggi di dunai. Barat mendominasi sistem operasi dan perisian komputer seluruh dunia.

14 Lagi Bentuk Dominasi Barat
Barat juga mendominasi bahasa komunikasi dunia melalui bahasa Inggeris (bahasa peradaban Barat: US,UK, Kanada). Mengawal penciptaan dan pembangunan senjata nuklear, biologikal & kimia melalui perjanjian non-proliferation terhadap negara-negara lain (obligatory compliance), bukan terhadap sekutu mereka seperti Israel.

15 Beza Hegemoni Barat Dulu & Sekarang
Manifestasi hegemoni Barat ke atas Benua Amerika, Asia dan Afrika sebelum ini adalah dalam bentuk penjajahan dengan tiga matlamat utama (the three Gs): Gold, Gospel and Glory. Dasar ini dijalankan hampir 500 tahun dengan mengaut banyak sumber asli dan tenaga manusia. Kini hegemoni Barat muncul dalam bentuk lain: Globalisasi (Globalisme Barat).

16 Globalisasi Barat Globalisasi : Satu proses menjadikan DUNIA TANPA SEMPADAN (global village). Sebagai satu agenda bentuk baru penjajahan Barat untuk menguasai negara lain/dunia, sebab itu globalisasi pada satu tahap dapat digelar dengan “westernization” bertujuan memalingkan mentaliti manusia (berkiblatkan Barat) atau mengubah mentaliti ke arah mengagungkan Barat. Kenichi Ohmea: Globalisasi menjadikan dunia tanpa sempadan yang bertujuan mengubah dunia menjadi satu unit sahaja. Proses ini dipermudahkan dengan wujudnya kemajuan dalam bidang teknologi (komunikasi dan perhubungan canggih).

17 Media Kecanggihan teknologi komunikasi telah menyebabkan penyebaran berita antarabangsa didominasi oleh Barat. Media Barat berperanan sebagai mahkamah antarabangsa yang menjatuhkan hukuman walaupun tiada bukti kukuh - hanya berdasarkan kepada tuduhan. Boleh menyebabkan peperangan, perselisihan faham dan menjejaskan ekonomi. Contoh agensi berita Barat seperti CNN berperanan memburukkan Islam dengan berita : Islam adalah radikal & fanatik, Orang-orang Islam sebagai pengganas & pelampau agama & antarabangsa.

18 Ekonomi Penguasaan ekonomi oleh negara-negara kapitalis Barat membentuk struktur ekonomi dan politik antarabangsa yang telah membawa fungsi yang lebih penting daripada struktur ekonomi dan politik kebangsaan. Dasar liberalisasi ekonomi iaitu menggalakkan kemasukan modal asing tanpa batas merupakan dasar monopoli MNC (Multimedia Cooperation) untuk menekan negara-negara membangun. Kuasa-kuasa kapitalis berlumba-lumba meningkatkan hasil pengeluaran dengan menekan negara-negara kecil. Ini akan mengukuhkan cengkaman ekonomi negara pusat kapitalis yang akan membentuk kuasa imperialisme bentuk baru.

19 Sambungan … Syarikat-syarikat multinasional Barat menguasai perdagangan antarabangsa dengan mendominasi penggunaan sumber asli, perkembangan sains & teknologi, perindustrian dan lain-lain. Sistem kewangan antarabangsa dikawal oleh syarikat-syarikat kewangan gergasi, bank-bank, pedagang mata wang dan spekulator antarabangsa Barat yang disokong oleh International Monetary Fund (IMF), Bank Dunia dan World Trade Organisation (WTO). Peraturan IMF & Bank Dunia memberikan ruang yang luas kepada Amerika menguasai ekonomi dunia.

20 Politik Konflik dunia yang berlaku hari ini banyak bergantung kepada konflik politik global. Pembersihan etnik, perang saudara yang terus menerus dan perlanggaran hak asasi manusia adalah mainan pengaruh politik kuasa-kuasa besar dunia. Kekuasaan Barat berada pada puncak yang luar biasa dalam hubungannya dengan peradaban lain. Barat mendominasi lembaga-lembaga politik & keamanan internasional. Masalah-masalah politik & keamanan global secara efektifnya dikuasai oleh Amerika, Britain dan Perancis.

21 Sambungan … Barat menganggap mereka bertanggungjawab mentamadunkan dunia & berjaya mendominasi dunia dengan kepelbagaian faktor seperti kecanggihan senjata. Contoh : Tindakan Amerika secara sendirian membelakang keputusan dunia (PBB), sebagai polis dunia boleh campur tangan dalam mana-mana negara lain. Keputusan PBB yang mencerminkan kepentingan Barat dikemukakan sebagai cerminan dari keinginan masyarakat dunia. Politik sekular Barat telah berkembang tanpa dibatasi atas nama negara moden. Ide-ide masyarakat dunia telah dijajah yang akhirnya berlaku kolonialisme dalam bentuk baru.

22 Sosial Kerancakan globalisasi akhir-akhir ini telah menyebabkan falsafah sosial Barat telah berkembang pesat di kalangan masyarakat dunia. Falsafah kebendaan ini mengajar kehidupan yang mengosongkan perkiraan dan pertimbangan daripada kehidupan beragama. Kemajuan yang dianjurkan adalah kemajuan material. Manusia moden ternyata kehilangan aspek kawalan moral dan terjebak dalam apa yang diistilahkan oleh Betrand Rusell sebagai keburukan cinta kepada kebendaan.

23 Unsur-unsur budaya Barat menembusi pasaran dunia – Globalisasi 3 F :
John Naisbit dan Patricia Aburdence dalam Megatrends 2000 mengatakan bahawa telah berlaku kesamaan gaya hidup masyarakat dunia dalam abad ke 21 apabila diperhatikan kepada globalisasi 3F (Food, Fashion & Fun). Unsur-unsur budaya Barat menembusi pasaran dunia – Globalisasi 3 F : Fun : Budaya melalaikan seperti seks bebas, seks rambang, budaya nyanyian, perfileman, tarian spt.rock / rap, artis-artis dunia hiburan menjadi idola. Fashion : Fesyen dedah & menjolokkan mata, kepelbagaian rekaan yang dikatakan cara moden, pakaian berjenama yang mahal. Food : Iklan-iklan makanan ringan, segera & tidak berkhasiat Makanan dari Barat banyak mempengaruhi minda masyarakat dunia seperti KFC, Pepsi, Coca-cola (makanan tempatan dianggap tidak berprestij). Sambungan …

24 Hak Asasi Manusia Pencabulan ke atas hak asasi manusia berlaku:
Kebebasan Berpolitik/Bernegara Kebebasan Bersuara/Pendapat Kebebasan Beragama Kebebasan Hidup Kebebasan Berekonomi

25 RUMUSAN Hegemoni Barat melalui dasar globalisasi banyak memberikan kesan kepada ketamadunan dunia meliputi politik, ekonomi, sosial, budaya dan lain-lain. Cara menanganinya: menghayati Islam sebagai satu cara hidup (way of life) Ketahanan diri dengan nilai-nilai keagamaan perlu dikukuhkan dan didampingi dengan persekitaran politik, ekonomi dan sosial yang betul-betul mengikut landasan Islam sambil berusaha mengembalikan semula era globalisasi Islam pada zaman kebangkitan Islam. Globalisasi Barat perlu ditangani dengan baik agar masyarakat dapat dihindarkan daripada gaya hidup yang jauh dari nilai-nilai keagamaan dan berada dalam kehidupan yang tidak bermoral.


Download ppt "HEGEMONI BARAT."

Presentasi serupa


Iklan oleh Google