Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

KULIAH 4 SISTEM PEMERINTAHAN I: PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "KULIAH 4 SISTEM PEMERINTAHAN I: PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA"— Transcript presentasi:

1 KULIAH 4 SISTEM PEMERINTAHAN I: PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA
DATIN DR. SARVINDER KAUR

2 DEFINISI D.Robertson Tun Mohd. Salleh Abas K.C Wheare
Perlembagaan mengandungi satu set hak, kuasa dan prosedue yang mengawal hubungan antara autoriti awam dalam sesebuah negara dan antara autoriti awam dengan rakyat. Tun Mohd. Salleh Abas “Perlembagaan itu (Perlembagaan bertulis) ialah satu suratan atau suratcara yang mengandungi semua undang-undang tertinggi yang difikirkan mustahak bagi menubuhkan sebuah negara moden.” K.C Wheare “Perlembagaan ialah keseluruhan sistem kerajaan sesebuah negara. Ia merupakan satu himpunan atau koleksi kaedah-kaedah yang menubuh dan mengawal atau menguasai kerajaan itu.” Secara amnya – merujuk kepada undang-undang yang berkaitan dengan keseluruhan sistem dan struktur kerajaan sesebuah negara.

3

4 KEDUDUKAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Perkara 4 – “Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang berlawanan dengan Perlembagaan ini maka hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu.” Konsep keutamaan undang-undang (constitutional supremacy)

5 LATARBELAKANG PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Suruhanjaya Reid telah ditubuhkan untuk menggubal satu perlembagaan untuk Persekutuan Tanah Melayu. Suruhanjaya ini telah meminta cadangan dari semua pihak dan hasilnya 131 cadangan telah diterima. Cadangan Parti Perikatan telah digunakan sebagai asas pembentukan Perlembagaan dan satu deraf Perlembagaan telah diterbitkan. Dengan ini, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan pada 31 haribulan Ogos 1957. Berikutan dengan Pembentukan Malaysia pula, Perlembagaan Persekutuan Malaysia telah digubal berasaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan telah diisytiharkan pada 16 haribulan September 1963.

6 Unsur-Unsur Tradisi Dalam Perlembagaan Malaysia
Agama Islam (Perkara 3) Agama Islam adalah agama rasmi Malaysia, tiada larangan terhadap agama lain Telah diiktiraf sebagai agama utama di Tanah Melayu sebelum kedatangan Inggeris Peruntukan lain dalam Perlembagaan – per. 11(4), 12(2) & 121(1A). Kedudukan istimewa Masyarakat Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak (Perkara 153) Meliputi perkara-perkara seperti jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan dll. Sebahagian dari Kontrak Sosial. Tidak boleh dipinda/ diubah/ dilucutkan tanpa persetujuan MRR. Bahasa Melayu (Perkara 152) Pemerintahan Beraja

7 Mengikut Tun Mohamed Suffian (1990) Perlembagaan mempunyai ciri-ciri asas seperti berikut :
Malaysia sebagai sebuah Persekutuan (secara federalisme) Raja Berperlembagaan Demokrasi Berparliamen Islam sebagai agama rasmi Konsep ketinggian Perlembagaan Doktrin pengasingan kuasa Badan kehakiman yang berasing dan bebas

8 Perlembagaan Malaysia adalah dibahagikan kepada 15 Bahagian :
Negeri-negeri, agama dan undang-undang bagi persekutuan Kebebasan asasi Kewarganegaraan Persekutuan Negeri-negeri Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri Peruntukan-Peruntukan Kewangan Pilihanraya Perhakiman Perkhidmatan Awam Kuasa-kuasa menentang perbuatan subversif dan kuasa-kuasa Darurat Am dan pelbagai 12A. Perlindungan tambahan bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak 13. Peruntukan sementara dan Peralihan 14. Pengecualian bagi kedaulatan Raja-raja dan sebagainya 15. Tindakan undang-undang terhadap YDPA dan raja-raja.

9 Menurut Raja Azlan Shah, Perlembagaan Persekutuan mempunyai 3 konsep asas yang penting :
Setiap individu mempunyai hak-hak tertentu yang dilindungi dan tidak boleh diganggu oleh mana-mana pihak. (Kebebasan Asasi) Dijamin dalam Bahagian II, Perkara 5 hingga 13, terdapat 9 jenis kebebasan asasi. Kebebasan asasi dan sekatan-sekatan: Perkara 5, Perkara 149, Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA), Perkara 2. Pembahagian kuasa di antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri. 3. Pengasingan kuasa antara badan eksekutif, perundangan dan kehakiman.

10 PINDAAN PERLEMBAGAAN Cara-cara : Perkara 159
Memerlukan kelebihan suara dua pertiga dalam tiap-tiap satu sidang Parlimen Memerlukan kelebihan suara dua pertiga dalam tiap-tiap satu sidang Parlimen dan persetujuan Majlis Raja-Raja Cth. Kewarganegaraan, kedaulatan raja-raja, bahasa dll. Memerlukan kelebihan suara dua pertiga dalam tiap-tiap satu sidang Parlimen dan persetujuan Yang Dipertua Negeri Sabah dan Sarawak Cth. Keanggotaan dan bidangkuasa Mah. Tinggi Sabah dan Sarawak Memerlukan kelebihan suara biasa dalam tiap-tiap satu sidang Parlimen Cth. Kemasukan atau gabungan negeri-negeri dalam Persekutuan

11 PERLEMBAGAAN NEGERI Perkara 71(4)
Jika pada bila-bila masa Perlembagaan sesuatu Negeri tidak mengandungi peruntukan-peruntukan yang dinyatakan dalam Bahagain I Jadual Kelapan, sama ada berserta atau tidak berserta pengubahsuaian-pengubahsuaian yang dibenarkan di bawah fasal (5) (kemudian daripada ini disebut sebagai ‘peruntukan-peruntukan perlu’ atau peruntukan-peruntukan pada isinya mempunyai maksud yang sama ataupun mengandungi peruntukan-peruntukan yang berlawanan dengan peruntukan-peruntukan perlu itu maka, walau apapun yang terkandung dalam Perlembagaan ini, Parliamen boleh dengan undang-undang membuat peruntukan-peruntukan bagi menguatkuasakan dalam negeri itu peruntukan-peruntukan perlu itu atau bagi membuangkan peruntukan-peruntukan yang berlawanan itu.


Download ppt "KULIAH 4 SISTEM PEMERINTAHAN I: PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google