Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
MODUL 7 KAUNSELING
2
PENGENALAN KAUNSELING
Apa itu kaunseling…. Kaunseling ialah suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor profesional bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien, yang baik dan menyeluruh secara sukarela sepanjang hayat berlandaskan etika kaunseling.
3
OBJEKTIF KAUNSELING Menolong menganalisa keadaan, sikap, pandangan dan kelakuan yang menghalang klien bekerja dengan berkesan. Menolong klien untuk menyesuaikan diri dalam situasi bekerja melalui proses penyelesaian masalah. Membolehkan klien menganalisa pandangan mereka dan mencari pelbagai cara dan tingkah laku yang mengganggu. Menolong klien menyelesaikan masalahnya.
4
TUJUAN KAUNSELING Masalah klien selalunya berkaitan dengan kekurangan maklumat. Mendapatkan gambaran (kefahaman) yang jelas berhubung dengan masalah daripada kaunselor. MENGGALAKKAN CELIK AKAL Membantu klien memahami lebih lanjut mengenai diri (menyelami diri dan persekitaran). Membantu klien mengetahui dirinya adalah kunci kepada masalah.
5
MEMBERI SOKONGAN Klien memerlukan sokongan emosi yang tidak berbelah bagi, kemesraan dan pameran perasaan yang diharapkan dapat mengurangkan bebanan masalah. PENYELESAIAN KONFLIK Mengurangkan ketegangan dan permusuhan di antara dua individu (pihak). Membantu mereka menerima perbezaan dan mencari jalan untuk mencapai penyelesaian yang mengutungkan.
6
MEMBUAT KEPUTUSAN Membantu klien membuat keputusan kerana kerap kali menghadapi masalah untuk membuat keputusan. Kaunselor boleh mengemukakan cadangan dan berbincang dengan klien sebelum sesuatu keputusan diambil.
7
AKTIVITI KAUNSELING PERKEMBANGAN
Memberikan maklumat mengenai sumber dan kekuatan seseorang supaya ia mempunyai azam dan usaha kepada aktiviti sihat, peningkatan sifat positif PENCEGAHAN Mengadakan program-program pencegahan ke atas perlakuan dan sifat yang negatif dari segi emosi dan pemikirannya
8
INTERVENSI Merubah dan membuka pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang yang bermasalah supaya menerokai, memulih dan mempertingkatkan keyakinan diri. PEMULIHAN Penekanan adalah kepada isu-isu dan permasalahan peribadi, mentaliti, kerjaya dan penyesuaian diri agar seseorang itu dapat berfungsi sepenuhnya
9
RASIONAL PERKHIDMATAN KAUNSELING
3. Kebimbangan tentang kemahiran & kemampuan 1. Kewujudan ketegangan dan ketidakpuashatian di tempat kerja 4. Perbezaan individu yang bertentangan dengan imej korporat 2. Ketidakseimbangan emosi
10
5. Konflik peranan dengan cara gaya pengurus
6. Prestasi kerja yang tidak memuaskan & tabiat kerja yang tidak baik 7. Masalah peribadi & keluarga 8. Kebosanan kerja & kekurangan pergerakan kerjaya 9. Keperluan pertolongan untuk mengembangkan sesuatu tingkah laku 10. Keperluan sokongan dalam menghadapi krisis semasa
11
MENGAPA PERLU KAUNSELING
1. Masalah pencapaian mutu kerja 2. Stress di tempat kerja 3. Masalah penyesuaian diri 4. Masalah sikap 5. Masalah peribadi
12
5 PRINSIP KAUNSELING PEKERJA
1. Mendengar dengan sebaiknya sebelum membuat pernyataan 2. Elakkan mengkritik atau nasihat yang terburu-buru 3. Jangan bertelagah atau berhujah
13
perhatian kepada pekerja
4. Menumpukan sepenuh perhatian kepada pekerja 5. Dapatkan sesuatu yang Tersirat yang cuba di sampaikan
14
FUNGSI KAUNSELING DALAM ORGANISASI
Mengdiagnosis masalah pekerja atau kepincangan organisasi Memberi peluang pekerja meluahkan perasaan. Membantu pekerja berfikir dengan jelas dan tidak dikuasai oleh emosi. Memberi nasihat. Menyokong dan menenangkan pekerja. Menilai diri. Mempertingkatkan komunikasi dalam organisasi. Memajukan diri.
15
PERINGKAT-PERINKAT KAUNSELING
Peringkat Permulaan Membuat klien menerima kaunselor dengan hati yang terbuka dan sebagai seorang yang boleh dipercayai. Membuat klien sedar bahawa ada sesuatu masalah yang perlu diselesaikan dan dia sendiri perlu memainkan peranan dalam proses penyelesaian. Di peringkat ini juga, kaunselor menentukan sama ada masalah wujud dan perlu diselesaikan dan bersedia untuk meneruskan proses kaunseling itu.
16
Peringkat Pertengahan
Peringkat penentuan masalah dan penyelesaian. Kaunselor dan klien bersama mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh klien. Kaunselor dan klien bersama mengenalpasti tindakan-tindakan yang perlu diambil oleh klien untuk menangani masalah yang dihadapinya
17
Peringkat Akhir Peringkat apabila klien telah selesai melakukan tindakan yang dipersetujui dengan jayanya. Diperingkat ini kaunselor berkenaan akan: Membincangkan tentang tindakan yang telah diambil oleh klien dan penilaian terhadap tindakan yang diambil itu. Mengenalpasti tindakan seterusnya yang diperlukan tanpa penyeliaan dari pihak kaunselor. Mengakhiri kaunseling dengan teratur dan membuat rumusan tentang kejayaan proses kaunseling tersebut
18
KAUNSELING YANG BERETIKA
Kerahsiaan: Perkhidmatan kaunseling adalah berpandukan Piawaian Amalan Kaunseling (Standards of Practice) serta memelihara Kod Etika. Setiap maklumat dalam sesi kaunseling adalah dijamin kerahsiaannya. Maklumat klien tidak akan diberitahu kepada mana-mana pihak melainkan setelah mendapat kebenaran dan persetujuan klien demi kebaikan klien sendiri.
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.