Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

TAJUK : CABARAN MAHASISWA

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "TAJUK : CABARAN MAHASISWA"— Transcript presentasi:

1 TAJUK : CABARAN MAHASISWA
LMCK1331 Set72 KOMUNIKASI EFEKTIF TAJUK : CABARAN MAHASISWA NAMA : AINUR JALALIA BINTI ABD RAHIM NO MATRIK : A151286

2 KANDUNGAN Pengenalan Penglibatan Aktiviti Pengalaman Refleksi
Kesimpulan

3 PENGENALAN Setiap ahli dalam set 72 komunikasi efektif ini diberi tugasan bagi menghasilkan video yang memberi pengajaran kepada penonton. Video yang kumpulan kami hasilkan ini adalah berkisarkan tentang cabaran yang dihadapi oleh para mahasiswa di universiti serata Malaysia. Penekanan yang ingin diwujudkan dalam video ini adalah bagaimana cara para mahasiswa berhadapan dengan cabaran yang mereka perlu hadap setelah mereka menjejakkan kaki ke universiti.

4 Beberapa nilai murni dan pengajaran yang memberi kesan mendalam turut diterapkan dalam video ini.
Pengucapan awam telah dipilih sebagai konsep utama bagi menyampaikan pengajaran melalui video ini dan juga diselangi dengan beberapa sesi lakonan ringkas. Masalah yang dikemukakan termasuklah masalah sumber air, duit, makanan, belajar, masa, tugasan berkumpulan, ‘video games addiction’, masalah berkaitan rakan dan persekitaran. Video ini disusuli oleh penyelesaian masalah bagi membantu para mahasiswa menguruskan masalah yang mereka alami.

5 PENGLIBATAN AKTIVITI Bukti gambar

6

7 PENGALAMAN Dapat berkenalan dengan pensyarah, para pelajar set 72 dan ahli kumpulan 3. Merasai pengalaman bercakap selama dua minit dihadapan setiap pelajar di dalam kelas mengenai tajuk yang diberi. Berbincang dengan ahli kumpulan tentang tajuk untuk tugasan video yang diberi pensyarah. Menentukan organisasi kumpulan dan membahagikan tugas. Membuat latihan untuk video dan bersama ahli kumpulan bagi melengkapkan skrip dan pengucapan. Mendapat pengalaman baru bagi mempelajari kendalian peralatan rakaman dan perisian penyuntingan video serta dapat meningkatkan latihan kemahiran cara penggunaan peralatan rakaman dan perisian penyuntingan.

8 REFLEKSI Sepanjang saya dan kumpulan saya menghasilkan video ini, terdapat banyak halangan dan yang perlu kami hadapi. Ini kerana kumpulan kami mempunyai 9 ahli yang sebahagian besarnya berlainan kolej dan kursus. Setiap seorang dari kami mempunyai jadual dan masa lapang yang berbeza. Kesukaran untuk kami mencari masa yang sesuai untuk berjumpa dan membuat perjumpaan kumpulam. Tambahan lagi, keadaan cuaca yang tidak mengizinkan kami untuk mengadakan perbincangan. Masa yang diberi pensyarah untuk menghasilkan video ini adalah singkat di mana kami dari fakulti sains dan teknologi mempunyai jadual masa yang sangat padat dan tugasan yang banyak.

9 Melalui perbincangan kumpulan dan aktiviti yang dilakukan sepanjang melaksanakan tugasan ini, saya dapat merapatkan diri dengan ahli kumpulan yang lain serta dengan pensyarah mahupun dengan pelajar lain dari set yang sama. Saya juga dapat meningkatkan kemahiran berfikir melalui pemilihan tajuk bagi membuat tugasan video ini Saya berharap pensyarah dan penonton yang menilai video ini berpuas hati dengan kualiti penyampaian video ini

10 KESIMPULAN Kesimpulannya, para mahasiswa tidak dapat mengelak sebarang perkara baik atau buruk yang akan menimpa ke atas diri mereka di mana sahaja mereka berada. Terutamanya apabila mereka di dalam suatu fasa yang tinggi seperti di universiti. Para mahasiswa seharusnya bijak dalam menyelesaikan masalah dan haruslah mempunyai inisiatif mencari solusi. Setiap orang akan mengalami benda yang sama apbila berada di persekitaran baru. Setiap pengalaman adalah suatu perkara yang boleh meningkatkan taraf hidup mahasiswa dan mematangkan fikiran dan emosi para mahasiswa. Diharapkan video ini dapat membantu sedikit sebanyak bagi menyedarkan para penonton video ini tentang kebaikan yang dapat dilihat disebalik kesusahan yang dihadapi.


Download ppt "TAJUK : CABARAN MAHASISWA"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google