Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

KLINIK BAHASA MELAYU Sekolah Menengah Sayyidina Husain

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "KLINIK BAHASA MELAYU Sekolah Menengah Sayyidina Husain"— Transcript presentasi:

1 KLINIK BAHASA MELAYU Sekolah Menengah Sayyidina Husain
CAKAP AJUK DAN CAKAP PINDAH KLINIK BAHASA MELAYU Sekolah Menengah Sayyidina Husain

2 Tukarkan Petikan Berikut:
Cakap Ajuk Roslan : Cuti sekolah akan tiba tidak lama lagi. Apakah yang akan kamu berdua lakukan pada masa itu? Kamal : Kami belum ada rancangan lagi. Bagaimana dengan kamu, Roslan? Roslan : Saya bercadang hendak pergi berkhemah di Pulau Cermin. Apa pendapat kamu berdua? Azim : Itu satu rancangan yang baik. Kamal : Betul kata Azim tu, lagipun saya tidak pernah ke sana. Cakap Pindah Roslan mengatakan bahawa cuti sekolah akan tiba tidak lama lagi dan bertanya kepada Kamal dan Azim apa yang akan mereka buat pada masa itu. Kamal dan Azim mengatakan yang mereka belum ada rancangan lagi. Kemudian mereka bertanya kepada Roslan apa rancangannya. Roslan memberitahu mereka bahawa dia bercadang hendak pergi berkhemah di Pulau Cermin. Dia juga meminta pendapat kawan-kawannya tentang rancangannya itu. Azim mengatakan bahawa rancangan Roslan itu satu rancangan yang baik. Kamal juga bersetuju dengan Azim dan mengatakan dia tidak tidak pernah pergi ke sana.

3 Konsep Ajuk - Pindah Cakap Ajuk Cakap Pindah 2.Gantinama Tunjuk ini
1.Gantinama Diri Pertama: saya, aku, kami Kedua: anda, awak, kamu Ketiga: dia, mereka Gantinama Diri Ketiga Pertama: dia, mereka Kedua: dia, mereka Ketiga: dia mereka 2.Gantinama Tunjuk ini itu Gantinama Tunjuk

4 4.Gantinama Arah/Tempat sini situ Gantinama Arah/Tunjuk
3.Gantinama Cara begini begitu Gantinama Cara 4.Gantinama Arah/Tempat sini situ Gantinama Arah/Tunjuk

5 5.Gantinama Waktu Gantinama Waktu
petang/pagi/malam ini semalam kelmarin tadi Gantinama Waktu pada petang/pagi/malam itu pada hari semalamnya pada hari kelmarinnya tadinya itu

6 Panduan Menjawab Soalan
Cakap Ajuk: Bentuk Dialog Diana : Hai, mimpi apa ni! Pagi-pagi dah datang. Saliha : Sesekali datang awal apa salahnya. Diana : Macam mana awak boleh datang cepat hari ini? Saliha : Saya tumpang kereta Cikgu Salmi. Tadi masa saya tunggu bas. Cakap Pindah Diana agak terkejut dan mengagak Saliha mungkin bermimpi kerana dia datang pagi-pagi itu. Saliha menyatakan adalah tidak salah sekali sekala datang awal. Diana menanyakan cara Saliha datang awal pagi itu. Saliha menjelaskan bahawa dia menumpang kereta cikgu Salmi dan menjelaskan lagi yang Cikgu Slami memanggilnya ketika dia sedang menunggu bas. Cakap Ajuk: Petikan Karangan Biasa “Hai, mimpi apa ni! Pagi-pagi dah datang,” kata Diana. “Sesekali datang awal apa salahnya,” ujar Saliha. “Macam mana awak boleh datang cepat hari ini?” “Saya tumpang kereta Cikgu Salmi. Tadi masa saya tunggu bas, Cikgu Salmi panggil saya.”

7 Cakap Pindah ke Cakap Ajuk
Pak Cik Bakar bertanya kepada Ramli mengapa dia datang dengan tercungap-cungap begitu. Ramli memberitahu Pak Cik Bakar bahawa anak kambing itu sudah terlepas lagi. Pak Cik Bakar berasa terkejut mendengar keterangan Ramli itu. Cakap Ajuk = Dialog Pak Cik Bakar : Ramli kenapa awak datang dengan tercungap-cungap begini? Ramli : Anak kambing itu terlepas lagi. Pak Cik Bakar : Apa, terlepas lagi ! Cakap Ajuk Karangan Biasa Pak Cik Bakar bertanya kepada Ramli, “kenapa awak datang dengan tercungap-cungap begini?” “Anak kambing itu terlepas lagi,” jawab Ramli. “Apa! Terlepas Lagi!” kata Pak Cik Bakar terkejut.

8 SELAMAT MENGUBATI DIRI SENDIRI
PRESKRIPSI DARIPADA DOKTOR.. Semoga Berjaya !!


Download ppt "KLINIK BAHASA MELAYU Sekolah Menengah Sayyidina Husain"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google