Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN ISLAM

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN ISLAM"— Transcript presentasi:

1 PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN ISLAM
BAB 7 PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN ISLAM Kandungan Pendahuluan Prinsip pemerintahan dan pentadbiran Islam Mentauhidkan Allah Risalah Rasulullah Khilafah Ciri Pemerintahan dan Pentadbiran Islam Konsep khilafah, Imamah dan Imarah Pemerintahan Rasulullah Pemerintahan Khulafa’ al-Rasyidin Institusi Pemerintahan dan Pentadbiran Islam Majlis syura Jawatankuasa hisbah

2 لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِى رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةٌ۬
Pengenalan Kepimpinan Rasulullah dan khulafa’ al-rasyidin merupakan model pemerintahan kurun terbaik dlm sejarah Islam dan mengandungi ‘qudwah hasanah’ Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: “Sahabat-sahabat diibaratkan bintang-bintang di langit. Sekiranya kamu mengikut mereka, nescaya akan mendapat petunjuk” لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِى رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةٌ۬ “Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik” (al-Ahzab: 21)

3 Prinsip Pemerintahan dan Pentadbiran
Sistem pemerintahan sebagai salah satu dari kewajipan agama dan syariah berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah. Bertujuan lahirkan negara dan ummah yang mardhatillah bagi mencapai kebahagian akhirat Asas falsafah dan prinsip pemerintahan Islam ialah: Mentauhidkan Allah Menyedari bhw segala kuasa dan hak pemerintahan adalah milik mutlak Allah sebagai penguasa, pentadbir, pemilik kerajaan langit dan bumi. Tiada lain yang berhak melainkan Allah jua. Inilah yang dimaksudkan dengan tauhid Uluhiyyah (hanya Allah sahaja yang berhak disembah) dan tauhid Rububiyyah (Dialah Pencipta, pemerintah dan pemilik segalanya) Risalah Rasulullah Iaitu Rasulullah s.a.w satu-satunya utusan Allah s.w.t untuk memimpin dan membimbing manusia ke jalan kebenaran serta menjadi contoh teladan (role model) Rasulullah s.a.w dibekalkan al-Quran untuk dijadikan panduan kepada umat manusia

4 Khilafah Manusia dicipta oleh Allah di muka bumi sebagai khalifah untuk memikul amanah dan tanggungjawab Antara tugas manusia ialah memakmurkan alam. Setiap anugerah seperti pangkat, kekayaan dan kekuasaan datang bersama amanah yang bakal dihitung di akhirat kelak. ﯰ ﯱ ﯲ ﯳ ﯴ ﯵ ﯶ ﯷ ﯸ ﯹ ﯺ “Kemudian Kami (Allah) jadikan kamu sebagai khalifah di muka bumi sesudah mereka, supaya Kami nilaikan aapa yang kamu perbuat” (Yunus: 14) Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: “Ia (pemimpin) adalah amanah. Pada hari kiamat ia menjadi punca kehinaan dan penyesalan, kecuali mereka yang mengambilnya dengan haknya dan menunaikan kewajipan-kewajipan..”

5 Ciri-ciri Pemerintahan dan Pentadbiran Islam
Pemerintah mentauhidkan Allah Menjadikan Al-Quran dan al-Sunnah sebagai sumber rujukan Mewujudkan perlembagaan yang meletakkan ketaatan kepada Allah dan Rasul Konsep khalifah yang memegang amanah Wujud sistem syura Mengutamakan keadilan, persamaan dan kebebasan Memelihara akhlak Berusaha mencapai keredhaan Allah dan kejayaan (dunia dan akhirat)

6 Konsep Khilafah, Imamah dan Imarah
Dalam sistem pemerintahan Islam, istilah Siasah Syariyyah sering digunakan yang bererti ilmu ketatanegaraan, ilmu kenegaraan dan ilmu pengetahuan berkaitan dgn kegiatan manusia utk peroleh kuasa Siasah bermakna perintah melakukan pembaikan dan mendidik. Iaitu pemerintah memimpin rakyat ke arah kebaikan Segi praktikalnya siasah syariyyah ialah sistem dan peraturan yang diwujudkan bagi memelihara dan mendaulatkan negara dan pemerintahan serta melaksanakan syariat Allah

7 Khilafah Asal perkataan ialah khalafa iaitu pengganti kpd org terdahulu / menggantikan org lain Khalifah diertikan sebagai ketua negara / masyarakat Saidina Abu Bakar merupakan pemegang jawatan khalifah pertama dlm pemerintahan Islam selepas kewafatan Rasulullah. Hakikatnya, umat Islam merupakan khalifah yg bertanggungjawab melaksanakan amanah bg mentadbir, mengurus, memakmurkan bumi seterusnya melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar Nabi Adam – khalifah pertama (manusia) ﮮ ﮯ ﮰ ﮱ ﯓ ﯔ ﯕ ﯖ ﯗ Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu sia-sia sahaja? Dan kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?(al-Mukminun:115)

8 ﯵ ﯶ ﯷ ﯸ ﯹ ﯺ ﯻ ﯼ ﯽ ﯾ Imamah Khalifah juga disebut sebagai imamah .
Orang melaksanakan / beroleh kuasa dikenali ulil imam. Dalam konteks sekarang dikenali sbg. sultan, raja, perdana menteri dsb. ﯵ ﯶ ﯷ ﯸ ﯹ ﯺ ﯻ ﯼ ﯽ ﯾ “Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan Rasul dan kepada Ulil-Amri dari kalangan kamu.”(an-Nisaa: 59) Elemen berkaitan khalifah dan imamah: Kuasa mutlak adalah milik Allah Khalifah sbg pemegang amanah / wakil utk tadbir alam Tujuan khalifah ialah utk memastikan manusia bertindak sejajar dgn Allah dan Rasul Hukum menegakkan imamah Islam adalah wajib

9 Sebaik-baik calon khalifah ialah dari mereka yang soleh:
ﭬ ﭭ ﭮ ﭯ ﭰ ﭱ ﭲ ﭳ ﭴ ﭵ “Allah menjanjikan orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi..(an-Nur: 55) Tugas Khalifah dan Imam terhadap alam: mewujudkan kesejahteraan tidak berlaku zalim tidak rakus dalam menikmati hasil alam sehingga melakukan pencemaran dan kemudharatan mengkaji alam utk kebaikan dan mengenal Allah Berhati-hati dlm menikmati alam ini kerana ia adalah amanah memahami alam tidak kekal, tetapi akhirat tempat kembali dan kekal

10 Imarah Berkait rapat dgn khilafah dan imamah. Ia bererti pemerintah atau pemimpin umum berkaitan dengan hidup di dunia utk kesejahteraan akhirat spt raja, perdana menteri, khalifah dsb. Kesimpulan: Khilafah, imamah dan imarah ialah konsep yg berkaitan dgn pentadbiran, pemerintahan dan jawatan dlm Islam Ianya bertanggungjawab: Memelihara kebajikan masyarakat Memastikan mereka mentaati syariat Mencotohi kehidupan Rasulullah Menegakkan amar maaruf dan nahi mungkar

11 Pemerintahan di Zaman Rasulullah s.a.w
Usaha-usaha pentadbiran dan pemerintahan baginda di Madinah: mendirikan masjid yang menjadi tempat ibadat, perhimpunan dan pusat pentadbiran menyatukan dan mempersaudarakan masyarakat yang berbilang kaum membentuk perlembagaan dan negara Islam membentuk majlis syura yang terdiri dari kalangan sahabat dan diketuai oleh baginda memperkenalkan sistem ekonomi Islam seperti mudharabah, wadiah dan menghapuskan riba mengasaskan undang-undang/syariat dalam seluruh aspek kehidupan menjamin keadilan dan hak warganegara

12 Pemerintahan di Zaman Khulafa’ al-Rasyidin
Terdiri daripada Abu Bakar al-Siddiq, Umar al Khattab, Usman bin Affan, Ali bin Abi Talib Mereka merupakan sahabat yang pernah berjuang menegakkan Islam bersama nabi Konsep pemerintahan yg diaplikasikan oleh Khulafa’ al-Rasyidin dlm pemerintahan: Keadilan Keadilan bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya iaitu melaksanakan sesuatu tindakan dan hukuman yang bersesuaian Keadilan termasuk sebahagian amanah yg wajib dilaksanakan. Contoh keadilan – Saidina Umar sering melakukan rondaan waktu malam untuk menyiasat masalah rakyat. Beliau telah mengarahkan pihak Baitulmal membantu seorang lelaki tua Yahudi yang hidup melarat kerana kerajaan telah mengutip jizyah (cukai) yang dikenakan ke atas orang kafir.

13 Kesamarataan dan persamaan
Persamaan (musawwah) ada kaitan bahawa umat Islam adalah bersaudara. Hak dan kedudukan manusia di sisi Allah adalah sama dan yang membezakannya adalah taqwa. Hak rakyat dilayan dengan adil dan saksama. Orang bukan Islam (kafir zimmi) yg tinggal di bawah pemerintah Islam tidak boleh dizalimi Di zaman Khulafa’ al-Rasyidin, orang Islam diwajibkan bayar zakat, manakala orang bukan Islam dikenakan jizyah Kebebasan Kebebasan bermaksud bebas dalam lingkungan yang dibenarkan syarak. Contoh kebebasan - Khulafa al-Rasyidin memberi kebebasan kepada rakyat mengamalkan agama masing namun tertakluk kepada peraturan demi menjaga keharmonian / keamanan

14 Ketelusan Khulafa’ al-Rasyidin sentiasa mengamalkan prinsip ketelusan dalam pemerintahan kerana dosa dan pahala tidak boleh dipisahkan daripada urusan sebagai ketua negara. Sikap telus dalam setiap perkara menggambarkan kejujuran dalam melaksanakan amanah Sesuatu yang bukan hak pemerintah akan diberikan kepada yang berhak atau diberikan kepada Baitulmal

15 Institusi Pemerintahan dan Pentadbiran Islam
Majlis syura Syura bermaksud perundingan / perbincangan / nasihat. Ianya dilaksanakan dalam hal ehwal pemerintahan dan pentadbiran kerajaan. Sebelum keputusan dicapai terlebih dahulu diadakan majlis syura. Sistem syura berlawanan dgn sistem autokrasi (pemerintahan bersifat kuku besi iaitu pemerintah mempunyai kuasa mutlak) Rasulullah dan para sahabat menggunakan pendekatan syura dalam pemerintahan. Contoh, nabi menerima pandangan membina parit keliling Madinah dalam peperangan Khandak Ciri-ciri ahli syura : adil, luas ilmu, berhikmah, cerdas, cergas, mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam pelbagai bidang Antara tugas ahli syura: Memilih, melantik dan melucutkan jawatan Khalifah Melakukan ijtihad Menafsir al-Quran Menasihati kerajaan / pemerintah

16 Jawatankuasa Hisbah Contoh ahli syura zaman Saidina Umar al-Khattab:
Ketua Muhajirin dan Ansar, Ulama’, Panglima tentera dan Khalifah Urusan syura di zaman Rasulullah adalah mengenai hal-ehwal: Pentadbiran dan pengurusan negara Peperangan Perlantikan jawatan penting Masyarakat yang melibatkan persoalan ijtihad Membuat keputusan bagi permasalahan yang timbul Jawatankuasa Hisbah Hisbah bermaksud menyeru kepada kebaikan dan cegah kemungkaran. Pegawai pelaksana disebut Muhtasib Peringkat Islam – institusi hisbah berperanan mengawasi dan menyelia pasar berkaitan harga barangan, sukatan dan timbangan, hak pengguna dsb. Dlm konteks hari ianya boleh dikaitkan dengan KPDNHEP, SPRM dsb.


Download ppt "PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN ISLAM"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google