Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

UNIT 4: PENULISAN BERITA KHUSUS DAN FORMAT PENULISAN BERITA

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "UNIT 4: PENULISAN BERITA KHUSUS DAN FORMAT PENULISAN BERITA"— Transcript presentasi:

1 UNIT 4: PENULISAN BERITA KHUSUS DAN FORMAT PENULISAN BERITA

2 ELEMEN PENULISAN BERITA
Menurut Jeniri (2011), elemen penulisan berita, perlu fokus kepada (5W 1H): Who (siapa yang terlibat) Where (di mana ia berlaku) What (apa yang berlaku) When (bila ia berlaku) Why (kenapa ia berlaku) How (bagaimana ia boleh berlaku)

3 Berita Khusus terbahagi kepada empat iaitu:
1.Berita musibah (seperti kebakaran, kemalangan) 2. Berita sukan 3. Berita ekonomi 4. Berita jenayah

4 1. Berita Musibah Laporan musibah yang menimpa individu, masyarakat yang melibatkan kesan emosi kepada mangsa dan orang yang melihat, membaca dan mendengar.

5 Contoh: Berita Musibah: Tajuk: Pesawat MAS KL – Beijing Hilang?
Kuala Lumpur: Awal pagi tadi, rakyat Malaysia amnya dan dunia dikejutkan dengan berita yang tersebar luas apabila didapati Pesawat MAS KL – Beijing hilang. Sumber: Berita Harian (8 Mac 2014)

6 2. Berita Sukan Berita sukan sama penting dengan berita politik, ekonomi, pendidikan dan jenayah. Menurut Mustakim (2010), berita sukan bermula sebagai bahan bacaan ringan dan sekadar hiburan.

7 Tajuk: Skuad kebangsaan kurang teknik servis
Contoh: Berita Sukan Tajuk: Skuad kebangsaan kurang teknik servis KUALA LUMPUR - Bekas jurulatih sepak takraw kebangsaan, Asif Khan menyifatkan pasukan negara yang tewas kepada Thailand dalam perlawanan akhir Kejohanan Sepak Takraw Siri Super Akhir Istaf 2013/14. Sumber: Utusan Malaysia 11 Mac 2014

8 3. Berita Ekonomi Adalah laporan tentang ekonomi, dan sistem kewangan negara. Apabila menulis berita perniagaan, wartawan harus mempunyai fakta maklumat dan laras bahasa yang betul. Sebarang kesilapan laporan seperti titik perpuluhan dan laras bahasa akan memberi kesan kepada berita tersebut.

9 Contoh Berita Ekonomi:
Rizab Antarabangsa BNM RM429b KUALA LUMPUR 7 Mac - Rizab antarabangsa Bank Negara berjumlah RM429 bilion atau AS$140.3 bilion setakat 28 Februari. Sumber- BERNAMA

10 4. Berita Jenayah Berita jenayah adalah berita yang melibatkan penjenayah, pihak berkuasa dan mangsa.

11 Berita jenayah harus dilaporkan kerana:
1. Pembaca dan penonton ingin mengetahui mengapa jenayah terjadi. 2. Pembaca ingin mengetahui bagaimana undang-undang tidak dipatuhi, mengapa penjenayah melanggar undang-undang dan hukuman yang akan diterima.

12 Wartawan harus menulis dengan baik kerana ia memberi kesan kepada:-
1. Mangsa jenayah 2. Sistem kehakiman Negara 3. Masyarakat

13 APAKAH YANG PATUT DILAPORKAN?

14 1. Melaporkan berita serius
Semakin serius jenayah yang dilaporkan semakin bernilai berita tersebut. Cth: curi kereta mewah, pembunuhan 2. Melaporkan jenayah yang luar biasa Semakin luar biasa jenayah yang dilaporkan semakin bernilai berita tersebut Cth: Kanak-kanak tembak mati ibu bapa. 3. Melaporkan jenayah setempat Melaporkan berita yang berlaku dalam komuniti setempat. Cth: jika melaporkan kejadian curi kereta di ibu kota, masyarakat tidak mengambil kisah. Tetapi jika melaporkan kes curi kereta di kawasan kejiranan atau setempat berita itu amat bernilai kepada mereka. 4. Melaporkan identiti mangsa dan penjenayah Berita jenayah semakin bernilai jika ia melibatkan mangsa dan penjenayah dalam kalangan orang yang terkenal.

15 FORMAT PENULISAN BERITA

16 Tajuk berita/headline
Nama penulis/byline Baris tanggal/dateline Pendulu/lead Tubuh berita Penutup berita Foto Kapsyen

17 1. TAJUK BERITA / HEADLINE
Tajuk berperanan untuk menarik perhatian pembaca. Melalui tajuk juga pembaca boleh menyimpulkan isi berita. Untuk menghasilkan tajuk berita yang menarik:-

18 1 Bersifat Provokatif/merangsang pemikiran pembaca 2 Mesti ringkas dan padat 3 Relevan/saling berkait 4 Fungsional/menjelaskan isi berita 5 Dalam keadaan informal/tidak mengikut tatabahasa 6 Representatif/ mewakili isi berita

19 Pegawai kerajaan terima rasuah diburu
CONTOH TAJUK BERITA:- Pegawai kerajaan terima rasuah diburu

20 Pegawai kerajaan terima rasuah diburu
2. BYLINE / NAMA PENULIS Nama penulis yang menulis berita tersebut. Namun begitu, tidak semua berita yang ditulis mempunyai “byline”.    CONTOH BYLINE:- Pegawai kerajaan terima rasuah diburu Oleh: ILAH HAFIZ AZIZ DAN NORAZRIN MARZUKI

21 3. BARIS TANGGAL / DATELINE Tempat dan tarikh berita itu dilaporkan
CONTOH DATELINE:- Pegawai kerajaan terima rasuah diburu Oleh: ILAH HAFIZ AZIZ DAN NORAZRIN MARZUKI KUALA LUMPUR 2 Julai -

22 4. PENDULU / LEAD Pendulu merupakan bahagian yang penting dalam berita, yang akan membantu pembaca mengetahui isi utama sesebuah berita dengan cepat. Menurut Metz (1991), pendulu menonjolkan fakta utama dalam berita itu.

23 Menurut Mansor (2010), bagi menghasilkan pendulu yang baik – kepanjangan ayat mestilah tidak melebihi 25 perkataan. Manakala Mencher (2010), pendulu yang baik- kepanjangan ayat tidak melebihi 35 perkataan.

24 Contoh:- . Pegawai kerajaan terima rasuah diburu
ILAH HAFIZ AZIZ 
DAN NORAZRIN MARZUKI  . Lead 1 KUALA LUMPUR 2 Julai - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesan beberapa pegawai kerajaan disyaki terlibat dalam aktiviti rasuah di Cameron Highlands. Lead 2 Pegawai kerajaan itu disyaki antara penerima wang suapan yang menjadi punca usaha kerajaan memulihkan kerosakan alam sekitar di Cameron Highlands gagal.

25 5. Tubuh Berita Tubuh berita merupakan bahagian yang menghurai fakta-fakta yang terdapat pada bahagian pendulu kepada pembaca. Tubuh berita merupakan keseluruhan daripada peristiwa yang diambil menjadi berita.Sekiranya berita itu mempunyai 7 para, maka tubuh berita bermula di para ke-3 hingga 5.

26 Lead 1 KUALA LUMPUR 2 Julai - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesan beberapa pegawai kerajaan disyaki terlibat dalam aktiviti rasuah di Cameron Highlands. Lead 2 Pegawai kerajaan itu disyaki antara penerima wang suapan yang menjadi punca usaha kerajaan memulihkan kerosakan alam sekitar di Cameron Highlands gagal. Tubuh 1 Sumber berkata, SPRM akan membuat tangkapan susulan berhubung isu ketirisan di Cameron Highlands tidak lama lagi. Tubuh 2 “Jika sebelum ini, kita menangkap pemberi rasuah tetapi selepas ini kita akan melakukan operasi sama memburu mereka yang menerima rasuah pula. Sesiapa sahaja termasuklah pegawai kerajaan dan orang tengah yang membantu melancarkan proses suapan akan kita tangkap. Tubuh 3 “Kita juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan walaupun terhadap pihak yang mempunyai kuasa dalam kes pencerobohan tanah di situ,” kata sumber yang terlibat dalam siasatan rasuah di Cameron Highlands di sini hari ini Contoh Tubuh Berita: .

27 6. PENUTUP BERITA Memberikan penekanan terhadap kepentingan fakta yang dilaporkan pada bahagian pendulu dan tubuh berita.

28 Contoh Penutup Berita:
Sementara itu, Pengarah Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi menegaskan, pihaknya tidak akan sesekali berkompromi jika terdapat sebarang unsur rasuah membabitkan pegawai kerajaan atau penguat kuasa dalam isu terbabit. Penutup 2 “Mereka yang ditangkap itu merupakan pemberi rasuah dan hasil siasatan lanjut kita telah mengenal pasti mereka yang menerima wang suapan. Tindakan selanjutnya akan dilakukan,” ujarnya

29 7. FOTO Imej fotografi boleh menunjukkan dan menentukan sifat kejadian atau menjadi petunjuk hal-hal yang telah dilakukan. Roland Barthes (1980) mengesahkan bahawa imej fotografi telah bertindak sebagai mesej yang berkesan.

30 8. KAPSYEN Maklumat di kapsyen sangat terperinci dan khusus, tetapi pendek dan tepat. Kapsyen tidak menceritakan tentang keseluruhan kisah. Kapsyen mengiringi cerita berpandukan gambar/foto.

31 Kepentingan Kapsyen

32 1. Pembaca melihat tajuk berita dan gambar untuk memutuskan apa yang mereka mahu baca. Jika tidak faham maksud gambar,mereka akan membaca kapsyen. Jika kapsyen menarik, mereka akan membaca artikel.

33 2. Kapsyen adalah satu lagi cara untuk menyampaikan berita.

34 3. Kapsyen menambah warna dan membuat akhbar dan berita tersebut lebih menarik.

35 Contoh Foto & Kapsyen

36 Akibat tidak mendengar nasihat ibu (WHY), Mohd Faizal Ibrahim, 21 (WHO) menunjukkan dua jari tangan kiri yang hilang (WHAT), angkara bermain mercun buatan sendiri (HOW) kira-kira empat tahun lalu (WHEN)

37 LATIHAN 1

38 ALIAS (kiri) menceritakan pengalamannya mendengar bunyi deruman dan dentuman yang kuat dipercayai mempunyai kaitan dengan pesawat MAS yang hilang di Marang, Terengganu semalam.


Download ppt "UNIT 4: PENULISAN BERITA KHUSUS DAN FORMAT PENULISAN BERITA"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google